09/01/2025
| Living Lab Ayer Hitam Utara UTHM | ICRC UTHM - Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat | Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM | 9 Januari 2025 | Program STI 100 on the Power of Three Anjuran Akademi Sains Malaysia (ASM), MOSTI dengan kerjasama ICRC UTHM dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Tasik Chini Pahang
ICRC UTHM Melalui Pusat Masyarakat (CoS) Living Lab Ayer Hitam Utara diketuai Prof Madya Ts. Dr. Muhammad Abdul Latiff Abu Bakar telah dijemput oleh Akademi Sains Malaysia (ASM) untuk menjalankan Program STI 100 on the Power of Three (1003) bersama komuniti pelajar Orang Asli di SK Tasik Chini (Di Bawah penyelarasan Jab Hal Ehwal Orang Asli, JHEOA). Program melibatkan Perkongsian & Pemindahan Ilmu (KSTP), pertandingan melukis, menulis esei, mewarna dan pameran telah dilaksanakan pada program kali ini.
Turut hadir bersama pada sesi ini ialah Prof Dato Dr Mohd Tajuddin Abdullah, Felo Akademi Sains Malaysia, PM Dr Zaleha dari UIAM, En Abdul A’dzim, Analyst ASM, En Mohd Ilham Norhakim Lokman Felo Living Lab AHU dan Pelajar PhD di bawah seliaan PM Dr Latiff, Puan Norhidayah Haris dan Dr Nursyuhada Othman.
Semoga program berimpak tinggi dengan kerjasama agensi nasional dapat diteruskan untuk memupuk minat kepada sains kepada pelajar, termasuk menjalankan fungsi Universiti untuk Masyarakat selain meningkatkan keterlihatan dan kecemerlangan UTHM insyaAllah.
“We collaborate, we commit & we excel”