Polis Bantuan Bahagian Keselamatan Unimas

Polis Bantuan Bahagian Keselamatan Unimas Polis Bantuan UNIMAS merupakan salah satu organisasi pentadbiran UNIMAS. Ianya merupakan bahagian yang bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan kampus

bahagian keselamatan

19/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙

Maaf zahir dan batin. Semoga anda semua menikmati hari raya dengan penuh keceriaan, keselamatan dan kasih sayang bersama keluarga.

10/03/2026
Penglibatan Ke Forum Keselamatan ‘Transformasi Sistem Keselamatan Kampus di Era Digital’/ Perkongsian ‘Campus Intelligen...
10/03/2026

Penglibatan Ke Forum Keselamatan ‘Transformasi Sistem Keselamatan Kampus di Era Digital’/ Perkongsian ‘Campus Intelligent Operation Centre – Huawei/ Perkongsian Amalan Terbaik Bahagian Keselamatan UA dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengarah Keselamatan Universiti Awam (JKPUA) Bil. 1/2026 Ke-35

Pada kali ini Pengarah Keselamatan UNIMAS, YS Kolonel Bersekutu (PA) Dr. Nasriman bin Abdul Rahman dan ASP PB Idzhar Shaffarrul bin Hasli telah bersempatan hadir ke program dan mesyuarat berkenaan. Ianya telah diadakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bermula pada 03 dan 04 Februari 2026 (Selasa dan Rabu) bertempat di kampus Induk di Skudai. Ianya telah dihadiri oleh kesemua wakil dan pengarah Bahagian Keselamatan Universiti Awam (UA).

Di sepanjang dua (2) hari program berlangsung, banyak manfaat yang telah diperolehi di mana pada 03 Februari 2026 peserta telah berkesempatan untuk menghadiri Forum Keselamatan ‘Transformasi Sistem Keselamatan Kampus di Era Digital’ pada sebelah pagi dan sebelah petangnya adalah menghadiri perkongsian berkaitan Campus Intelligent Operation Center dikendalikan oleh pihak Huawei (Malaysia). Pada sebelah malamnya semua peserta telah diraikan di dalam majlis makan malam bersama Naib Canselor UTM, Pendaftar UTM dan VVIP yang terdiri dari Ketua Polis Negeri, CEO Huawei (M) dan Pegawai UTM, bertempat di Kediaman Rasmi, Rumah Putih, Naib Canselor UTM.

Pada 04 Februari p**a telah diadakan sesi Perkongsian Amalan Terbaik UA. Pihak BK UNIMAS telah membentangkan projek ‘UForce (Patrol and Incident Management)’. Selain itu, pihak BK USIM telah membentangkan perkongsian tentang ‘Penstrukturan Baharu Nama Jabatan dan Penambahbaikan Sistem Waktu Bekerja Syif’. Diikuti oleh pihak BK USM dengan perkongsian tentang ‘Pengurusan Lalu Lintas melalui Sistem LPR’. Sementara pihak BK UTeM mempersembahkan perkongsian tentang ‘Pemakaian Dasar Parkir Kenderaan Motor’. Pihak BK UiTM p**a membentangkan perkongsian tentang ‘Sistem Rondaan Campus’.

Pada sebelah petangnya jam 2.30pm telah diadakan mesyuarat Jawatankuasa Pengarah Keselamatan Universiti Awam (JPKUA) Ke-35 bertempat di Bilik Mesyuarat, Balai Cerapan UTM. Antara lain, perbincangan di dalam mesyuarat JPKUA kali ini adalah berkaitan perancangan untuk mengadakan Seminar Pegawai Keselamatan UA, Sukan Keselamatan UA SUKUA) 2026 serta beberapa isu terkini berhubung pelaksanaan operasi dan pengurusan BK dari rakan-rakan Pengarah BK.UA. Sebelum mesyuarat petang berkenaan, pada jam 02.00pm, satu sesi perjumpaan dan aluan oleh Pendaftar UTM di tempat yang sama. Beliau berkongsi beberapa penekanan penting yang perlu dilakukan oleh pihak BK UA bagi menjayakan misi pendigitilan pentadbiran BK serta memastikan BK sentiasa relevan dan berdaya maju.

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

PERHIMPUNAN BULANAN PENGARAH KESELAMATAN UNIMAS BULAN FEBRUARI 2026Perhimpunan Bulanan Pengarah Keselamatan UNIMAS bagi ...
09/03/2026

PERHIMPUNAN BULANAN PENGARAH KESELAMATAN UNIMAS BULAN FEBRUARI 2026

Perhimpunan Bulanan Pengarah Keselamatan UNIMAS bagi bulan Februari 2026 anjuran Polis Bantuan Bahagian Keselamatan (BK) UNIMAS telah disempurnakan oleh Pengarah Keselamatan UNIMAS, YS Kolonel Bersekutu (PA) Dr. Nasriman bin Abdul Rahman dengan jayanya pada hari Rabu, 25 Februari 2026 bertempat di Ruang Legar Pejabat Bahagian Keselamatan UNIMAS.

Dalam ucapannya, YS Kolonel merakamkan ucapan terima kasih di atas komitmen staf yang hadir dalam perbarisan ini walaupun di dalam bulan puasa Ramadhan dengan kehadiran seramai 40 orang staf yang terdiri daripada 5 pegawai, 30 anggota sokongan dan 5 staf pentadbiran. Penekanan perjumpaan kali ini adalah lebih kepada pendekatan peringatan dan penekanan aspek spiritual serta kerohanian di dalam menjalankan tugas sebagai badan penguatkuasa di UNIMAS.

Dalam penekanan ini, YS Kolonel telah memperingatkan semua anggota agar sentiasa bersiap siaga, berintegriti, berdisiplin dan komited di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan demi keselamatan kampus. Pelaksanaan tugas harus menekankan bahawa kita sebagai barisan hadapan (Frontliner) yang berperanan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan serta pemegang taruh UNIMAS.
Selain itu, YS Kolonel sempat berkongsikan konsep Keserakanan (Collegiality) yang harus diterapkan di dalam budaya kerja agar hasil kerja, suasana kerja harmoni dan semangat persaudaraan (Brotherhood) sentiasa dijunjung dan dipegang demi kesejahteraan bersama.

YS Kolonel juga menerangkan proses-proses kerja yang telah ditetapkan di dalam peraturan dan SOP yang harus dipatuhi dan dilaksanakan dengan baik di samping perkara-perkara asas dalam pasukan harus tidak dilupakan. Hal ini termasuklah persiapan sebelum, semasa dan selepas menjalankan tugas perlu dilakukan dengan baik seperti perbarisan serah tugas harian pertukaran shif, mengambil tahu isu serta maklumat semasa ketika menjalankan tugas dan memastikan kesinambungan kerja diambil tahu oleh rakan yang akan menyambung kerja shif.

Perkembangan semasa turut dikongsikan seperti isu-isu semasa berhubung latihan, inovasi dan pendigitilan kerja, perjawatan serta perancangan dan penambahbaikan tugas untuk masa hadapan. YS Kolonel juga menekankan kepentingan semangat bekerja dalam kump**an (Teamwork), kepentingan menjaga kesihatan fizikal, diet serta kesihatan mental (Mental Health) dan konsep ibadah di dalam pekerjaan iaitu konsep kesederhanaan.

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

15/01/2026

PERHIMPUNAN BULANAN PENGARAH KESELAMATAN UNIMAS BULAN JANUARI 2026

Perhimpunan Bulanan Pengarah Keselamatan UNIMAS bagi bulan Januari 2026 anjuran Polis Bantuan Bahagian Keselamatan (BK) UNIMAS disempurnakan oleh Pengarah Keselamatan UNIMAS, YS Kolonel Bersekutu (PA) Dr. Nasriman bin Abdul Rahman telah berlangsung dengan jayanya pada hari Rabu, 14 Januari 2026 bertempat di Ruang Legar Pejabat Bahagian Keselamatan UNIMAS.

Dalam ucapannya, YS Kolonel merakamkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2026 kepada warga BK UNIMAS serta menzahirkan penghargaan di atas komitmen dan dedikasi yang telah ditunjukkan oleh anggota di sepanjang tahun 2025.

Di samping itu, YS Kolonel juga memperingatkan semua anggota agar sentiasa bersiap siaga, berintergriti, berdisiplin dan komited di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan demi keselamatan kampus. Selain itu, YS Kolonel sempat berkongsikan serba sedikit maklumat berhubung peranan BK di dalam menjayakan Pelan Strategik UNIMAS tahun 2026 – 2030, isu-isu semasa berhubung Latihan, inovasi dan pendigitilan kerja, perjawatan serta perancangan dan penambahbaikan tugas untuk masa hadapan. YS Kolonel juga menekankan kepentingan semangat bekerja dalam kump**an (teamwork), kepentingan menjaga kesihatan fizikal, diet serta kesihatan mental (Mental Health) dan konsep ibadah di dalam pekerjaan.

Jurugambar: Encik Mohamad Hamizan bin Baki & Encik Surialie bin Abdul Hamid

Seramai 20 orang staf Bahagian Keselamatan yang terdiri daripada anggota Polis Bantuan telah berjaya menamatkan Kursus P...
26/09/2025

Seramai 20 orang staf Bahagian Keselamatan yang terdiri daripada anggota Polis Bantuan telah berjaya menamatkan Kursus Penyelamatan di Air dan Pertolongan Cemas Siri 1 yang berlangsung pada 17 hingga 19 September 2025.
Sepanjang tiga hari kursus ini, para peserta telah didedahkan kepada tiga modul utama, iaitu:

Hari Pertama: Teknik Asas Berenang
Hari Kedua: Teknik Menyelamatkan Orang yang Lemas
Hari Ketiga: Pertolongan Cemas

Kursus seperti ini amat penting bagi memberi pendedahan awal kepada peserta terhadap kemahiran asas menyelamat dan pengurusan kecemasan. Pendedahan ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan dan keyakinan ketika menghadapi situasi kritikal, malah mampu menyelamatkan nyawa apabila berlaku insiden sebenar di lapangan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pasukan jurulatih daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kota Samarahan yang diketuai oleh Kapt. (PA) Hasrol bin Alwi bersama 5 orang jurulatih lain atas bimbingan yang sangat berkesan sepanjang kursus ini. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada semua urusetia yang telah bertungkus-lumus dalam membuat persiapan dan memastikan kelancaran kursus dari awal hingga akhir.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta atas komitmen dan kesungguhan sepanjang latihan. Semoga segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam tugasan harian, khususnya dalam meningkatkan tahap keselamatan dan kesiapsiagaan anggota di lapangan.

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Pusat Kepimpinan Universiti Malaysia Sarawak

Bahagian Keselamatan UNIMAS merakamkan ucapan takziah kepada YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zoh...
23/06/2025

Bahagian Keselamatan UNIMAS merakamkan ucapan takziah kepada YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak, atas pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tuanku Haji Bujang.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

LAWATAN DAN SESI PERKONGSIAN BERSAMA POLIS BANTUAN UiTM CAWANGAN SARAWAK.Lawatan ini diketuai oleh ASP PB Mazlan Takap t...
14/03/2025

LAWATAN DAN SESI PERKONGSIAN BERSAMA POLIS BANTUAN UiTM CAWANGAN SARAWAK.

Lawatan ini diketuai oleh ASP PB Mazlan Takap terdiri daripada 12 deligasi iaitu Insp PB Mohamad Shalihin bin Salleh dan Insp PB Mohamad Hassan Ali, 7 APR dan 2 pelajar intern.

Perkongsian dari UNIMAS dibentangkan oleh ASP PB Idzhar Shaffarrul Hasli dan yang turut hadir peg kanan Pn Brenda Olivia Gunung dan Insp PB Raja Norazizah bt Raja Harun dan 3 SM PB Unimas. (SM PB Nazaruddin Mohd Jais, SM PB Isawani Daud dan SM PB Mohammad Firdaus Ugak Abdullah)

Perkongsian yang memberi input yang baik kepada kedua-dua agensi dimana bertukar pandangan dan melihat sistem keselamatan yang boleh diadaptasi di agensi masing-masing. Jika ada peluang dan ruang, pihak PB UNIMAS akan berkunjung lagi ke PB UiTM Sarawak.

MESYUARAT PENTADBIRAN BAHAGIAN KESELAMATAN.Tarikh: 4 Mac 2025 (Selasa)Masa: 10:00 PagiTempat: Bilik Mesyuarat Utama Baha...
14/03/2025

MESYUARAT PENTADBIRAN BAHAGIAN KESELAMATAN.

Tarikh: 4 Mac 2025 (Selasa)
Masa: 10:00 Pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama Bahagian Keselamatan
Pengerusi: ASP/PB Idzhar Shaffarrul bin Hasli

Mesyuarat ini dilaksanakan di peringkat pentadbiran secara berkala sepanjang tahun bagi membincangkan tindakan-tindakan semasa yang perlu diambil oleh setiap unit dalam Bahagian keselamatan. Hal ini bagi memastikan arahan dan proses kerja yang dikeluarkan dilaksana dengan baik dan hasil pelaporan dapat diselaraskan untuk dibawa ke Mesyuarat utama keselamatan jika diperlukan.

Dihadiri oleh semua pegawai kanan dan semua staf pentadbiran Bahagian Keselamatan dalam membincangkan perancangan aktiviti bulan ramadhan dan hal-hal yang berbangkit yang diperlukan tindakan oleh setiap unit di dalam bahagian keselamatan.

Terima kasih atas kehadiran penuh semua walaupun dalam bulan Ramadhan ini.

Pengarah Keselamatan UNIMAS dan seluruh warga Bahagian Keselamatan mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah kepadaL/Kpl PB Ru...
30/10/2024

Pengarah Keselamatan UNIMAS dan seluruh warga Bahagian Keselamatan mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah kepada
L/Kpl PB Ruziana binti Serah dan L/Kpl Muhammad Farhan bin Drahman diatas kenaikan pangkat ke gred KP14.

Semoga terus berusaha dengan gigih dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Address

Muara Tuang
94300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

082-581999

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Bantuan Bahagian Keselamatan Unimas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Polis Bantuan Bahagian Keselamatan Unimas:

Shortcuts

Share