18/09/2026
*KEPERLUAN PENDAFTARAN PELAJAR LAMA KOLEJ KEDIAMAN UITM KAMPUS MUKAH (SERI KUALA & SERI TANJUNG)*
1. Tarikh & Masa:
25 - 27 September 2026 (Jumaat - Ahad)
Jumat 8:00 pagi - 11:30 pagi, 2:30 petang - 5:00 petang.
Sabtu & Ahad - 8:00 pagi - 5:00 petang.
2. Pakaian:
Kemas dan mematuhi sahsiah rupa diri pelajar. Tidak dibenarkan menggunakan seluar pendek atau pakaian yang ketat. Pastikan siswa & siswi mengenakan pakaian yang sopan, rambut tidak berwarna (dye) serta kemas dan pendek (bagi lelaki).
3. Dokumen:
Slip Skore (cetak sendiri) dan kad pelajar/IC).
4. Lain - lain perkara:
Semua pelajar semester 2 dan ke atas perlu mendapatkan kelulusan kolej kediaman & menempah bilik melalui sistem SKORE sebelum mendaftar.
Sila rujuk infografik untuk butiran lanjut.
Sekian, terima kasih.
Unit Residensi dan Hospitaliti Pelajar
UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah