15/05/2020
Unit Keusahawanan dan Alumni, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) buat julung kalinya akan menganjurkan PROGRAM MYALUMNI TVET-TOURISM SEMBANG SANTAI BERSAMA MYALUMNI POLYCC ZON UTARA yang akan dikendalikan oleh Unit Kolaborasi dan Keusahawanan (Alumni) Langkawi Tourism Academy sebagai tuan rumah. Tema sembang santai ini adalah MEMBANGUNKAN INDUSTRI PELANCONGAN PASCA COVID-19.
Progam sembang santai ini akan dikendalikan dalam dua (2) sesi iaitu sesi 1 pada jam 10.00 pagi dan sesi 2 pada jam 2.30 petang. Sembang santai boleh dilayari secara langsung dalam talian melalui saluran Youtube Langkawi Tourism Academy@Kolej Komuniti Langkawi.
Setiap sesi akan mengetengahkan 4 orang panel yang terdiri daripada alumni T-VET TOURISM Zon Utara. Langkawi Tourism Academy berbesar hati dengan kesudian Tuan Haji Mohd Nor Mazlan Bin Ismail, Timbalan Pengarah, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, JPPKK kerana sudi menjadi salah seorang panel bagi sesi 2 nanti.
Jangan lupa set tarikh dan masa anda. Layari saluran Youtube Langkawi Tourism Academy@Kolej Komuniti Langkawi 17 Mei ini jam 10 pagi dan 2.30 petang.