Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak Kampus Mukah

Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak Kampus Mukah Facebook rasmi Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak Kampus Mukah

Isnin | 17 Ogos 2026Hari ini, UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah telah menerima kunjungan daripada Majlis Kanser Nasiona...
17/08/2026

Isnin | 17 Ogos 2026

Hari ini, UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah telah menerima kunjungan daripada Majlis Kanser Nasional (MAKNA) bagi menjayakan Sesi Taklimat Fungsi serta Peranan MAKNA dan Penerangan My Pledge Against Cancer (MPAC) bersempena Kempen Peduli Kanser 2026. Program telah berlangsung di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Kampus Mukah.

Sesi taklimat ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga kampus mengenai peranan MAKNA dalam membantu pesakit kanser, khususnya mereka yang memerlukan sokongan sepanjang menjalani rawatan. Para peserta turut diberikan penerangan mengenai cara memohon bantuan MAKNA, kesedaran mengenai kanser, langkah-langkah pencegahan serta pemeriksaan sendiri payudara (PSP).

Selain itu, peserta diperkenalkan kepada program My Pledge Against Cancer (MPAC) yang memberi peluang kepada masyarakat untuk bersama-sama menyokong usaha membantu pesakit kanser yang memerlukan. Penerangan turut menyentuh kemudahan serta bentuk sokongan yang disediakan oleh MAKNA kepada pesakit kanser dan keluarga mereka.

Program ini bukan sahaja memberi pendedahan yang bermanfaat mengenai isu kanser, malah turut memperkukuh kesedaran tentang kepentingan pengesanan awal, langkah pencegahan dan sokongan masyarakat terhadap individu yang berhadapan dengan kanser.

UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak MAKNA atas perkongsian ilmu dan maklumat yang sangat bermanfaat serta kepada semua warga kampus yang telah menjayakan sesi ini.

Bersama kita tingkatkan kesedaran, sebarkan pengetahuan dan hulurkan sokongan dalam perjuangan menentang kanser. ๐ŸŽ—๏ธ๐Ÿ’—








17/08/2026

Kemeriahan dan keceriaan sekitar Program Jom Sihat bersama Penolong Rektor pada 14 Ogos 2026 yang lalu. Taichi, zapin dan gelek, semua ada! Okay ke pinggang semua orang di situ? ๐Ÿ˜‚

Isnin | 17 Ogos 2026UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah dan lebih spesifiknya, Unit Pengurusan Fasiliti dengan kerjasama ...
17/08/2026

Isnin | 17 Ogos 2026

UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah dan lebih spesifiknya, Unit Pengurusan Fasiliti dengan kerjasama pihak konsesi Global Facilities Management (GFM), telah mengetuai penganjuran Program Jom Sihat Bersama Penolong Rektor bertempat di Dewan Sri Balau pada hari Jumaat, 14 Ogos 2026 yang lalu. Program yang diadakan bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan 2026 ini turut disertai oleh YBrs. Dr. Yussri bin Sawani, Penolong Rektor UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah.

Program dimulakan dengan aktiviti senamrobik dan Zumba, diikuti sesi minum pagi, bacaan doa serta ucapan ringkas yang disampaikan oleh Penolong Rektor. Turut berlangsung ialah Sesi Perasmian Bulan Kemerdekaan 2026, sesi interaktif Kahoot, persembahan pidato, syair dan deklamasi puisi bertemakan kemerdekaan serta penyampaian hadiah.

Penganjuran program ini bukan sahaja menggalakkan warga kampus mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan serta menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara dalam kalangan warga UiTM Kampus Mukah.

Semoga semangat kebersamaan, kesihatan dan kemerdekaan yang diterapkan melalui program ini terus menjadi pemangkin kepada pembentukan warga kampus yang sihat, ceria dan bersemangat.

Bersama Menyemarakkan Semangat Kemerdekaan!
Keranamu Malaysia!๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ






๐Ÿ“ข SATU HARI LAGI!Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat ...
13/08/2026

๐Ÿ“ข SATU HARI LAGI!

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.

YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN), UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah akan menganjurkan webinar seperti ketetapan berikut:

๐ŸŽ“ Webinar Pengukuhan Kolaborasi Industri:
Strategi Pelaksanaan MoU/MoA, Kelestarian Projek dan Pembiayaan Bersama

๐Ÿ“… Tarikh: 14 Ogos 2026 (Jumaat)
๐Ÿ•‘ Masa: 2.00 โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ’ป Platform: Google Meet (https://meet.google.com/cjw-rmvs-jso)

๐ŸŽ™ Penceramah Jemputan:
โ€ข Prof. Dr. Khong Heng Yen (Profesor, UiTM Cawangan Sarawak)
โ€ข Dr. Wan Juliana Emeih Wahed (Koordinator, UiTM Global Sarawak)

๐ŸŽค Moderator:
โ€ข Encik Amirul Fikri Hamdan (Pegawai Psikologi, UiTM Kampus Mukah)

๐Ÿ“Œ Jam latihan disediakan untuk staf UiTM.

Semua warga UiTM adalah dijemput untuk menyertai webinar ini.

Kerjasama dan sokongan YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

10/08/2026

Sama-sama kita mendoakan agar segala urusan pemeriksaan dan prosedur kesihatan YAB Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, dipermudah dan dikurniakan keafiatan yang berpanjangan.

โ€‹Semoga YAB Perdana Menteri diberikan kesembuhan secepat mungkin untuk kembali menjalankan tugas demi negara. Insya-Allah.

๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—จ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—น ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฐ๐˜‚ ๐—•๐˜‚๐—บ๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น
ุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ูˆู„ูŠุง

10/08/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ ๐—ฌ๐—”๐—• ๐——๐—”๐—ง๐—ขโ€™ ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—”๐—ก๐—ช๐—”๐—ฅ ๐—œ๐—•๐—ฅ๐—”๐—›๐—œ๐— 

โ€‹Seluruh warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Lahir kepada YAB Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia sempena hari kelahiran beliau pada 10 Ogos 2026 (26 Safar 1448H).

โ€‹Semoga YAB Dato' Seri dipanjangkan usia, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, serta sentiasa berada di bawah naungan rahmat dan petunjuk Allah SWT dalam memimpin negara menuju kemakmuran Malaysia MADANI!

Ucapan tulus ikhlas daripada Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Naib Canselor, Pengurusan Eksekutif, serta seluruh warga UiTM.

๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—จ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—น ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฐ๐˜‚ ๐—•๐˜‚๐—บ๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น
ุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ูˆู„ูŠุง

09/08/2026

๐‘ฐ๐‘ฑ๐‘จ๐’๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ซ๐‘ถ๐‘ฒ๐‘ป๐‘ถ๐‘น ๐‘ญ๐‘จ๐‘ณ๐‘บ๐‘จ๐‘ญ๐‘จ๐‘ฏ

Tahniah diucapkan kepada Dr. Suraiya Binti Mahdian, Pensyarah, Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, Kampus Mukah, atas kejayaan memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkuat kuasa pada 14 Julai 2026.

Pencapaian ini merupakan hasil daripada dedikasi, ketekunan dan komitmen yang tinggi dalam bidang akademik. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan serta menyumbang kepada pembangunan ilmu, universiti dan masyarakat.

Tahniah dan syabas, Dr. Suraiya!

Sekalung Tahniah dan Syabas!


Ikhlas daripada
Rektor dan Seluruh Warga
Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak

7 Ogos 2026 | JumaatPenolong Rektor yang kesembilan untuk UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah, Dr. Yussri bin Sawani, tel...
07/08/2026

7 Ogos 2026 | Jumaat

Penolong Rektor yang kesembilan untuk UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah, Dr. Yussri bin Sawani, telah mengadakan perjumpaan pertama beliau bersama seluruh warga kampus semalam (6 Ogos, Khamis) pada jam 9 pagi bagi berkongsi hala tuju dan harapan kepimpinan.

Dalam pertemuan tersebut, beliau merakamkan penghargaan kepada Dr. Abdul Jabbar Abdullah atas jasa mengemudi kampus ini dengan jayanya sepanjang dua tahun lalu. Beliau turut menyatakan komitmen untuk memahami budaya kerja warga Kampus Mukah, mendengar cabaran setiap bahagian/unit serta mengenal pasti keutamaan, risiko dan projek semasa yang memerlukan perhatian pengurusan tertinggi.

Beliau turut menekankan prinsip โ€œPeople First" dan "Student Firstโ€, budaya kerja berprestasi tinggi, kerja berpasukan rentas bahagian/unit, sikap proaktif, responsif dan budaya kerja yang berorientasikan penyelesaian. Amanah, integriti, pematuhan, komunikasi telus serta pengurusan berasaskan data turut menjadi keutamaan.

Pensyarah kanan juga diseru membimbing pensyarah junior. Beliau berharap dapat menjadi sahabat dan ayahanda kepada warga kampus, sekali gus membina UiTM Mukah yang lebih progresif, berintegriti dan cemerlang.

Pertemuan ini menjadi langkah awal memperkukuh kerjasama dan kecemerlangan warga kampus bersama. Akhir sekali, semua staf diseru menyumbang pandangan terbuka demi penambahbaikan berterusan dalam setiap bahagian/unit.



4 Ogos 2026 | SelasaPenolong Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Mukah yang baharu iaitu Dr Yussri Sawani, telah berkes...
04/08/2026

4 Ogos 2026 | Selasa

Penolong Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Mukah yang baharu iaitu Dr Yussri Sawani, telah berkesempatan mengadakan kunjungan Ziarah Kasih ke kediaman salah seorang warga UiTM Kampus Mukah, Encik Ramzi Omar, yang kini sedang menjalani rawatan akibat masalah kesihatan yang dialami beliau.

Kunjungan pada jam 2.30 petang tadi merupakan manifestasi keprihatinan dan komitmen pihak pengurusan kampus dalam memastikan aspek kebajikan warga sentiasa diberi perhatian. Seiring dengan aspirasi kepimpinan baharu, kesejahteraan dan kebajikan staf merupakan antara keutamaan dalam usaha memperkukuh hubungan kekeluargaan serta semangat kebersamaan dalam kalangan warga kampus.

Dalam suasana penuh mesra dan penuh ihsan, pihak universiti turut menyampaikan sumbangan berbentuk ubat-ubatan sebagai tanda sokongan dan semangat kepada Encik Ramzi serta ahli keluarga yang sedang melalui ujian ini. Diharapkan kunjungan ringkas ini dapat memberikan sedikit keceriaan, kekuatan dan motivasi kepada beliau sepanjang proses pemulihan.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna, mempermudahkan segala urusan, serta memberikan kekuatan kepada Encik Ramzi dan Puan Rakiah Ahak sekeluarga dalam menghadapi dugaan ini. Semoga Encik Ramzi dikurniakan kesihatan yang baik menjelang persaraan beliau tidak lama lagi pada Februari 2027.





04/08/2026

๐—›๐—”๐—ฃ๐—ฃ๐—ฌ ๐Ÿณ๐Ÿฒ๐—ง๐—› ๐—•๐—œ๐—ฅ๐—ง๐—›๐——๐—”๐—ฌ, ๐—ฌ๐—”๐—• ๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐— ๐—œ๐—˜๐—ฅ ๐—ข๐—™ ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ž

Assalamualaikum w.b.t and Salam Sarawak Maju Makmur.

On behalf of the entire community of Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak Branch, I would like to express our heartfelt 76th birthday greetings to The Right Honourable Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg, Premier of Sarawak.

May YAB Premier always be blessed with good health, longevity, and remain under the grace and protection of Allah SWT. We at UiTM Sarawak Branch highly admire your visionary leadership in driving the development of the Land of the Hornbills, especially the unwavering support you have consistently provided toward the higher education agenda of both the state and the nation.

May you continue to lead Sarawak to greater heights!

Sincerely,
Rector & the Entire Community of UiTM Sarawak Branch

Address

Lot 35, Blok 99, Mukah Land District, Km 7. 5 Jalan Oya
Mukah
96400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6084876100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak Kampus Mukah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak Kampus Mukah:

Shortcuts

Share