24/09/2026
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,
Jabatan Pendaftar, Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin dan ​seluruh warga kampus mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas jasa dan khidmat bakti Encik Said bin Saidin, Penolong Jurutera JA6 di Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Sains Malaysia.
Mekar indah kelopak melati
Dipetik teruna hiasan jambangan
Bertahun bakti sepenuh hati
Bersara kini meniti kenangan
Nak dara sunti cerianya riang
Celoteh hikayat sambil berdansa
Surut langkah di penghujung siang
Sinarnya jasa tidak kan binasa
Anyaman ketupat daunan palas
Buat bingkisan putera Semantan
Waktu dipetik khidmat digalas
Harum tinggalan dalam ingatan
Tangkas pendekar bukan kepalang
Langkah berani tiada tentangan
Jejak ditinggal bukanlah hilang
Mencoret indah langit kenangan
Kami di Universiti Sains Malaysia mendoakan tuan diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.