Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan KKTSS USM

Directions Website

Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan KKTSS USM Halaman Facebook Rasmi Pusat Pengajian Bahasa, Literasi & Terjemahan Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin

16/09/2026
PROGRAM SORT, CLEAN AND RECYCLE8 September 2026 - Jawatankuasa Kelestarian, Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjema...
14/09/2026

PROGRAM SORT, CLEAN AND RECYCLE

8 September 2026 - Jawatankuasa Kelestarian, Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (PPBLT), Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin (KKTSS), Universiti Sains Malaysia telah berjaya menganjurkan Program Sort, Clean and Recycle sebagai salah satu inisiatif untuk memupuk kesedaran dan membudayakan amalan kelestarian dalam kalangan warga kampus.

Menerusi program ini, warga PPBLT KKTSS digalakkan untuk mengamalkan konsep “Sort, Clean and Recycle” dengan mengasingkan serta mengumpulkan barangan yang boleh dikitar semula. Inisiatif ini bertujuan memastikan barangan kitar semula diuruskan secara lebih sistematik, di samping mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan.

Barangan kitar semula yang berjaya dikumpul sepanjang program kemudiannya dihantar ke Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan (SERC) untuk proses mengitar semula yang sewajarnya. Langkah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran sumber, malah menyokong usaha ke arah pengurusan sisa yang lebih bertanggungjawab dan lestari.

Pelaksanaan program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran warga PPBLT KKTSS mengenai kepentingan pengasingan barangan kitar semula serta menggalakkan penglibatan warga kampus secara berterusan berkaitan amalan kitar semula. Usaha secara bersama ini selaras dengan komitmen PPBLT KKTSS dalam usaha memperkukuh budaya kelestarian dan mewujudkan persekitaran kampus yang lebih bersih, teratur dan mesra alam.

PROGRAM PENGENALAN TAI CHI: SIHAT BERSAMA TAI CHI "BADAN CERGAS, MINDA TENANG"9 September 2026 – Kelab Staf PPBLT, Kampu...
10/09/2026

PROGRAM PENGENALAN TAI CHI: SIHAT BERSAMA TAI CHI "BADAN CERGAS, MINDA TENANG"

9 September 2026 – Kelab Staf PPBLT, Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin (KKTSS), Universiti Sains Malaysia, telah berjaya menganjurkan Program Pengenalan Tai Chi: Sihat Bersama Tai Chi "Badan Cergas, Minda Tenang". Penganjuran program ini bertujuan memperkenalkan asas seni Tai Chi serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga staf di kampus ini.

Program yang berlangsung dalam suasana santai dan ceria ini memberikan peluang kepada para peserta mempelajari pergerakan asas Tai Chi yang menekankan aspek keseimbangan, koordinasi pergerakan, kecergasan fizikal dan ketenangan minda.

Selain menjadi aktiviti riadah, program ini turut memberikan ruang kepada warga staf untuk meluangkan masa bersama dalam suasana yang lebih santai, sekali gus mengeratkan hubungan dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga PPBLT KKTSS.

Penganjuran program ini diharapkan dapat menjadi salah satu aktiviti untuk membudayakan gaya hidup sihat dan aktif serta meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental warga staf.

Kelab Staf PPBLT KKTSS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta, jurulatih serta ahli jawatankuasa yang terlibat dalam usaha menjayakan program ini.

BENGKEL INTENSIF "MUMTAZ" BAHASA ARAB UPKK3 September 2026 – Bahagian Bahasa Asing, Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan...
04/09/2026

BENGKEL INTENSIF "MUMTAZ" BAHASA ARAB UPKK

3 September 2026 – Bahagian Bahasa Asing, Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan, Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Sains Malaysia (USM) telah berjaya menganjurkan Bengkel Intensif “Mumtaz” Bahasa Arab UPKK. Program ini memberikan tumpuan khusus kepada 22 orang murid Tahun 5 dari sekitar Nibong Tebal dan Parit Buntar sebagai persediaan menduduki peperiksaan UPKK.

Bengkel yang diterajui oleh Ustaz Mohammad Najib bin Mat Basir ini dirangka untuk mengatasi kelemahan penguasaan kosa kata "mufradat" dan kemahiran menjawab soalan dalam subjek Bahasa Arab. Penganjuran bengkel ini juga bermatlamat untuk melonjakkan keupayaan kognitif, mengasah literasi bahasa asing, serta meminimumkan kesilapan lazim calon semasa menjawab peperiksaan UPKK.

Bagi merealisasikan sasaran gred A (Mumtaz), peserta dibimbing secara interaktif menerusi tiga modul utama. Modul tersebut merangkumi "إِتقانُ المُفردات" untuk hafalan 50 perkataan popular dan pengecaman Isim, Fi'il, Harf, "صانِع الجُمل" bagi formula binaan ayat mudah (Muzakkar/Muannas), serta "بطْل الإختِبار" yang memfokuskan teknik menjawab soalan peperiksaan secara strategik.

Secara ringkasnya, penganjuran bengkel ini menonjolkan komitmen teguh USM dalam usaha memperkasakan komuniti setempat sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan ke-4 (SDG 4).

Program ini diharapkan dapat membina keyakinan diri peserta di samping memupuk kecenderungan positif terhadap penguasaan bahasa asing.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga staf USM dan keluarga!Jom amalkan gaya hidup sihat dan tingkatkan k...
20/08/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga staf USM dan keluarga!

Jom amalkan gaya hidup sihat dan tingkatkan kesejahteraan diri dengan menyertai Program Pengenalan Tai Chi anjuran kami. Sambil bersenam, kita juga boleh meluangkan masa berkualiti bersama keluarga! 👨‍👩‍👧‍👦

Butiran program adalah seperti berikut:

📅 Tarikh: 9 September 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 5.15 petang – 6.30 petang
📍 Tempat: Dewan PUMA, KKTSS, USM
👕 Tema: Hari Malaysia (Pakaian Sukan)
💵 Yuran Penyertaan: RM3.00 (Staf) | RM2.00 (Kanak-kanak)

Daftar sekarang sebelum tempat penuh dengan mengimbas kod QR atau melalui pautan di bawah:
🔗 https://forms.gle/Hs4eBMXpCRCaEUs39

📞 Sebarang pertanyaan lanjut, boleh terus hubungi Puan Shamin di talian: 017-4523654

Jumpa anda di sana! ✨

Program Pengenalan Seni Kaligrafi Cina ✒️28 Julai 2026 – Kelab Staf Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (PPB...
02/08/2026

Program Pengenalan Seni Kaligrafi Cina ✒️

28 Julai 2026 – Kelab Staf Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (PPBLT), Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin (KKTSS), Universiti Sains Malaysia telah selesai menganjurkan program Pengenalan Seni Kaligrafi Cina.

Program ini dijalankan untuk memberikan pendedahan kepada warga staf PPBLT KKTSS mengenai sejarah, keunikan, serta asas seni kaligrafi sebagai warisan budaya masyarakat Cina.

Melalui sesi taklimat dan praktikal yang dikendalikan oleh Dr. Khor Gek Suan, para peserta berpeluang mencuba teknik asas penulisan menggunakan peralatan tradisional secara langsung. Aktiviti ini secara tidak langsung telah menerapkan nilai kesabaran, ketelitian dan disiplin dalam diri staf di sini.

Inisiatif seumpama ini amat bertepatan dengan objektif kelab dalam memupuk penghargaan terhadap kepelbagaian budaya, di samping mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat saling menghormati dalam kalangan warga universiti.

Diharapkan agar program seumpama ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,📢 HEBAHAN | LARANGAN MEROKOK DI PEJABAT 🚭Dimaklumkan bahawa seluruh kawasan pejabat ...
29/07/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

📢 HEBAHAN | LARANGAN MEROKOK DI PEJABAT 🚭

Dimaklumkan bahawa seluruh kawasan pejabat merupakan kawasan larangan merokok bagi memastikan persekitaran tempat kerja yang sihat, selamat dan selesa untuk semua staf.

🚭 Berikut ialah kawasan larangan merokok:
• Di dalam bangunan pejabat
• Pintu masuk dan koridor
• Tangga dan kawasan umum
• Bilik mesyuarat dan ruang bekerja

Marilah bersama-sama:
✅ Menjaga kesihatan diri dan rakan sekerja.
✅ Mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, sihat dan produktif.
✅ Mematuhi peraturan serta membudayakan amalan tempat kerja bebas asap rokok.

“Pejabat Bebas Asap Rokok, Warga Sihat, Organisasi Cemerlang.”

Terima kasih atas kerjasama semua.

Ikhlas daripada Jawatankuasa Kelestarian PPBLT KKTSS USM

🌱🎁 GREEN GIFT@SoLLaT: MENYEMAI HIJAU, MEMBUDAYAKAN KELESTARIAN 🌱23 Julai 2026 - Sebagai usaha memperkukuh budaya hijau d...
24/07/2026

🌱🎁 GREEN GIFT@SoLLaT: MENYEMAI HIJAU, MEMBUDAYAKAN KELESTARIAN 🌱

23 Julai 2026 - Sebagai usaha memperkukuh budaya hijau di tempat kerja, Program Green Gift@SoLLaT telah dianjurkan sebagai salah satu inisiatif kelestarian melalui pemberian pokok kepada warga staf di PPBLT Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin (KKTSS).

Program ini bertujuan menggalakkan warga PPBLT KKTSS menghargai alam sekitar serta menjadikan tanaman hijau sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian.

Setiap pokok yang diterima diharapkan dapat menghiasi ruang kerja, mewujudkan suasana yang lebih segar dan menyemai rasa tanggungjawab terhadap penjagaan alam.

Melalui langkah kecil ini, warga PPBLT KKTSS bersama-sama menyokong aspirasi kampus lestari serta membudayakan amalan mesra alam dalam komuniti universiti.

🌿 Satu pokok, satu sumbangan bermakna untuk bumi yang lebih hijau.

Address

Pusat Pengajian Bahasa, Literasi Dan Terjemahan Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin
Nibong Tebal
14300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan KKTSS USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share