06/08/2026
TABUNG KECEMASAN KEBAKARAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dua buah kediaman warga Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Sains Malaysia telah terjejas akibat kejadian kebakaran:
🏠 Kediaman Puan Nor Hayati binti Ismail
No. 39, Tingkat Murai 6, Taman Selesa, Nibong Tebal, Pulau Pinang
Staf Perpustakaan Musa Mohamad
🏠 Kediaman Puan Najmah binti Sabri
No. 20, Jalan Putera 1, Taman Putera, Parit Buntar, Perak
Staf Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral
Sehubungan itu, Kelab Kebajikan dan Sukan Staf Kejuruteraan (KKSSK) membuka Tabung Kecemasan Kebakaran bagi membantu meringankan beban kedua-dua mangsa dan keluarga yang terkesan.
💳 Maklumat Sumbangan
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad
No. akaun: 08022010032561
Nama akaun: Kelab Kebajikan dan Sukan Staf Kejuruteraan
Rujukan: Tabung Kecemasan 2026
📅 Tarikh tutup sumbangan: 24 Ogos 2026
BUKTI SUMBANGAN BOLEH DIHANTAR MELALUI E-MEL KEPADA:
Encik Mohammad Najhan Awang
Setiausaha KKSSK
📧 [email protected]
📞 019-461 4760
Setiap sumbangan, walaupun kecil, amat bermakna dan akan disalurkan terus kepada mangsa yang terkesan. Mohon jasa baik semua untuk turut menyebarkan hebahan ini agar lebih ramai pihak dapat bersama-sama membantu.
“Barang siapa yang membantu meringankan kesusahan saudaranya, Allah akan meringankan kesusahannya di dunia dan akhirat.”
— Hadis Riwayat Muslim
Semoga segala sumbangan, doa dan keprihatinan yang diberikan mendapat ganjaran pahala serta keberkatan daripada Allah SWT.
Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.