26/09/2026
🇲🇾✨ 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐄-𝟔𝟗 ✨🇲🇾
Tarikh : 25 September 2026
Hari : Jumaat
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Surau KVNT
Sasaran : Semua warga KV Nibong Tebal
Pihak Kolej Vokasional Nibong Tebal merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua jawatankuasa, warga kolej serta semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia Ke-69 sehingga ke hari penutupannya.
Pihak kolej berharap agar semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap negara yang telah diterapkan sepanjang program ini terus subur dalam diri seluruh warga KVNT. Semoga semangat Malaysia MADANI, bersatu hati dan cinta akan tanah air terus menjadi nilai yang diamalkan dalam kehidupan seharian serta membentuk warga kolej yang bertanggungjawab dan berjiwa patriotik.