ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal

Directions Website

ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal Official ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal FB Page

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐Š๐Ž๐‹๐€๐๐Ž๐‘๐€๐’๐ˆ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐’๐”๐Š ๐ƒ๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐‚๐„๐“๐€๐Š๐€๐ ๐Š๐Ž๐๐“๐€ ๐’๐ƒ๐ ๐๐‡๐ƒ๐Ÿ๐Ÿ• ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐Š๐‡๐€๐Œ๐ˆ๐’)Hari ini, ADTEC J...
17/09/2026

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐Š๐Ž๐‹๐€๐๐Ž๐‘๐€๐’๐ˆ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐’๐”๐Š ๐ƒ๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐‚๐„๐“๐€๐Š๐€๐ ๐Š๐Ž๐๐“๐€ ๐’๐ƒ๐ ๐๐‡๐ƒ

๐Ÿ๐Ÿ• ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐Š๐‡๐€๐Œ๐ˆ๐’)

Hari ini, ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal amat berbesar hati menerima kunjungan delegasi daripada pihak pengurusan Percetakan Konta Sdn Bhd. Kunjungan pada jam 10:00 pagi tadi bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama strategik antara pihak industri dan institusi, di samping mendekati para pelajar dari kluster percetakan.

Sejurus selepas mesyuarat, pihak pengurusan syarikat telah dibawa melawat ke kawasan bengkel sebelum menghadiri sesi pertemuan istimewa bersama pelajar Semester Akhir Teknologi Rekabentuk Grafik dan Teknologi Percetakan Digital serta Semester 3 Teknologi Percetakan Industri bertempat di Auditorium Cetak.

Paling menarik perhatian ialah sesi Taklimat Kerjaya! Pihak Percetakan Konta Sdn Bhd bukan sahaja berkongsi hala tuju industri, malah turut membuka peluang keemasan kepada para pelajar untuk menjalani Latihan Industri (LI) di syarikat mereka dengan tawaran elaun yang sangat lumayan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Percetakan Konta Sdn Bhd atas kesudian hadir, berkongsi ilmu, dan membuka peluang kerjaya yang hebat untuk bakal-bakal graduan kami. Semoga jalinan kolaborasi ini membawa manfaat besar kepada kedua-dua belah pihak pada masa hadapan.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™–๐’Œ๐™–๐’ ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€













๐€๐Š๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐Š๐Ž๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐€๐’๐€๐’ ๐€๐๐†๐Š๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐“๐€๐‡๐€๐๐€๐ ๐€๐–๐€๐Œ12 - 13 September 2...
15/09/2026

๐€๐Š๐“๐ˆ๐•๐ˆ๐“๐ˆ ๐Š๐Ž๐Š๐”๐‘๐ˆ๐Š๐”๐‹๐”๐Œ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐€๐’๐€๐’ ๐€๐๐†๐Š๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐“๐€๐‡๐€๐๐€๐ ๐€๐–๐€๐Œ

12 - 13 September 2026 (Sabtu - Ahad)

ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal telah menganjurkan Kursus Asas Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sesi 2/2026 pada 12 hingga 13 September 2026 bertempat di Dewan Sukan ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Seberang Perai Selatan.

Program ini melibatkan pelajar Semester 1 sebagai salah satu aktiviti kokurikulum yang bertujuan memberikan pendedahan asas berkaitan pertahanan awam, keselamatan dan kesiapsiagaan diri. Antara pengisian yang dijalankan termasuk taklimat arahan pertahanan awam, asas kawad kaki, asas ikatan dan simp**an, asas pertolongan cemas, asas CPR dan choking dan asas melawan kebakaran.

Kehadiran pelajar ke kursus ini adalah diwajibkan kerana ia merupakan salah satu syarat bagi memenuhi jam kredit modul kokurikulum berdasarkan silibus latihan kemahiran.

Diharapkan pelaksanaan kursus ini dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta tahap kesiapsiagaan pelajar dalam menghadapi situasi kecemasan, di samping membentuk sikap berdisiplin, bertanggungjawab dan bekerjasama.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€

โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€





๐๐„๐‘๐‹๐€๐–๐€๐๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐€ ๐“๐€๐Œ๐๐€๐‘ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”7 - 9 September 2026 (Isnin - Rabu)Perlawanan ...
14/09/2026

๐๐„๐‘๐‹๐€๐–๐€๐๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐€ ๐“๐€๐Œ๐๐€๐‘ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

7 - 9 September 2026 (Isnin - Rabu)

Perlawanan Bola Tampar Peringkat ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal Sesi 2/2026 telah berlangsung dengan meriah selama tiga hari, bermula 7 hingga 9 September 2026 yang lepas.

Perlawanan ini telah melibatkan penyertaan daripada 7 kump**an yang terdiri daripada para pelajar lelaki ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal. Program ini dianjurkan oleh Biro Sukan & Kebajikan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal Sesi 2026 sebagai salah satu usaha menggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti sukan dan riadah.

Penganjuran perlawanan bola tampar ini diharapkan dapat terus menyemarakkan budaya bersukan dalam kalangan pelajar serta memberi peluang kepada mereka untuk mengembangkan bakat dan potensi dalam bidang sukan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua 7 kump**an yang telah mengambil bahagian. Semoga semangat kesukanan, kerjasama dan persahabatan yang terjalin sepanjang pertandingan dapat diteruskan dalam aktiviti-aktiviti akan datang.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€

โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€





๐’๐„๐’๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐„๐๐“๐€๐๐†๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐€๐Š๐‡๐ˆ๐‘ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐ƒ๐ˆ๐๐‹๐Ž๐Œ๐€ ๐“๐„๐Š๐๐Ž๐‹๐Ž๐†๐ˆ ๐๐„๐‘๐‚๐„๐“๐€๐Š๐€๐ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ6๐Ÿ— โ€“ ๐Ÿ๐ŸŽ ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‘๐€๐๐” โ€“ ๐Š๐‡๐€๐Œ๐ˆ...
11/09/2026

๐’๐„๐’๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐„๐๐“๐€๐๐†๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐€๐Š๐‡๐ˆ๐‘ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐ƒ๐ˆ๐๐‹๐Ž๐Œ๐€ ๐“๐„๐Š๐๐Ž๐‹๐Ž๐†๐ˆ ๐๐„๐‘๐‚๐„๐“๐€๐Š๐€๐ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ6

๐Ÿ— โ€“ ๐Ÿ๐ŸŽ ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‘๐€๐๐” โ€“ ๐Š๐‡๐€๐Œ๐ˆ๐’)

Pada 9 hingga 10 September 2026, telah berlangsung Sesi Pembentangan Projek Tahun Akhir bagi pelajar Diploma Teknologi Percetakan Sesi 2/2026 di ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal. Sesi pembentangan ini merupakan platform bagi para pelajar membentangkan hasil projek yang telah dibangunkan dengan mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran teknikal dan kreativiti yang diperoleh sepanjang tempoh pengajian.

Sebanyak 10 kump**an Projek Tahun Akhir telah terlibat dalam sesi pembentangan kali ini dengan mengetengahkan tema penghasilan kotak cenderahati bagi ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal. Setiap kump**an telah menghasilkan konsep dan reka bentuk kotak cenderahati yang menggabungkan aspek kreativiti, identiti korporat, fungsi pembungkusan serta kesesuaian proses pengeluaran dalam bidang percetakan.

Sesi pembentangan ini turut mendapat penglibatan pihak industri menerusi kehadiran Encik Jayaraju a/l Narayanasamy, Pengarah Syarikat, Yamagata (Malaysia) Sdn. Bhd., selaku Panel Penilai Industri. Penglibatan beliau memberikan nilai tambah kepada sesi penilaian melalui perkongsian pandangan, maklum balas serta penilaian daripada perspektif industri terhadap hasil projek yang dibangunkan oleh para pelajar.

Sepanjang sesi pembentangan, para pelajar berpeluang menerangkan keseluruhan proses pembangunan projek, bermula daripada penghasilan idea dan konsep, pembangunan reka bentuk, pemilihan bahan, proses percetakan dan kemasan sehingga penghasilan produk akhir. Sesi ini turut menilai keupayaan pelajar dalam aspek teknikal, penyelesaian masalah, komunikasi, kerja berpasukan serta pengurusan projek.

Semoga pelaksanaan Projek Tahun Akhir serta penglibatan panel daripada industri ini dapat memperkukuh kompetensi dan keyakinan para pelajar, di samping memberi pendedahan terhadap kehendak dan jangkaan sebenar industri sebagai persediaan untuk melangkah ke alam kerjaya.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€

โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™–๐’Œ๐™–๐’ ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐๐Ž๐–๐‹๐„๐ƒ๐†๐„ ๐’๐‡๐€๐‘๐ˆ๐๐† & ๐“๐„๐‚๐‡๐๐Ž๐‹๐Ž๐†๐˜ ๐“๐‘๐€๐๐’๐…๐„๐‘ ๐’๐„๐’๐’๐ˆ๐Ž๐ ๐ƒ๐€๐‘๐ˆ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐Š๐€๐“ ๐˜๐€๐Œ๐€๐†๐€๐“๐€ (๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€) ๐’๐ƒ๐. ๐๐‡๐ƒ.๐Ÿ— ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‘๐€๐...
10/09/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐๐Ž๐–๐‹๐„๐ƒ๐†๐„ ๐’๐‡๐€๐‘๐ˆ๐๐† & ๐“๐„๐‚๐‡๐๐Ž๐‹๐Ž๐†๐˜ ๐“๐‘๐€๐๐’๐…๐„๐‘ ๐’๐„๐’๐’๐ˆ๐Ž๐ ๐ƒ๐€๐‘๐ˆ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐Š๐€๐“ ๐˜๐€๐Œ๐€๐†๐€๐“๐€ (๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€) ๐’๐ƒ๐. ๐๐‡๐ƒ.

๐Ÿ— ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‘๐€๐๐”)

Pada 9 September 2026, telah berlangsungnya Program Knowledge Sharing & Technology Transfer Session yang cukup membina untuk para pelajar di Auditorium Cetak, ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal. Program ini dirangka khusus untuk mempersiapkan pelajar kampus ini sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Program inisiatif di bawah Memorandum of Understanding (MoU) ini direalisasikan dengan kehadiran istimewa penceramah jemputan industri kita, iaitu Encik Jayaraju a/l Narayanasamy, Pengarah Yamagata (M) Sdn Bhd. Beliau telah berkongsi pelbagai tip dan pengalaman berharga menerusi topik "Building a Successful Career in the Manufacturing Industry".

Semoga perkongsian ilmu daripada wakil industri hebat ini dapat menyuntik semangat dan menjadi panduan berguna buat semua pelajar melangkah ke alam kerjaya.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™–๐’Œ๐™–๐’ ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€













๐๐‘๐Ž๐Œ๐Ž๐’๐ˆ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹ ๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐Œ๐„๐‘๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐˜๐€ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐€๐’๐๐ˆ๐‘๐€๐’๐ˆ ๐ˆ๐‹๐Œ๐” ๐’๐„๐‰๐ˆ๐–๐€ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”9 September 202...
10/09/2026

๐๐‘๐Ž๐Œ๐Ž๐’๐ˆ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹ ๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐Œ๐„๐‘๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐˜๐€ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐€๐’๐๐ˆ๐‘๐€๐’๐ˆ ๐ˆ๐‹๐Œ๐” ๐’๐„๐‰๐ˆ๐–๐€ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

9 September 2026 (Rabu)

ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal telah menyertai Pameran Kerjaya sempena Karnival Aspirasi Ilmu Sejwa Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Seri Sejiwa, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jawi pada 9 September 2026.

Penyertaan dalam pameran kerjaya ini merupakan salah satu usaha ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal dalam memberikan pendedahan secara langsung kepada para murid mengenai peluang pendidikan dan laluan kerjaya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Sepanjang pameran berlangsung, para murid berpeluang mendapatkan maklumat berkaitan program pengajian, bidang kemahiran serta peluang melanjutkan pengajian di ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal. Sesi perkongsian dan interaksi secara bersemuka ini turut memberi ruang kepada murid untuk mendapatkan penjelasan berkaitan pilihan pendidikan dan kerjaya yang bersesuaian dengan minat serta potensi masing-masing.

Penyertaan ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal dalam program sebegini diharapkan dapat membantu meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid terhadap kepentingan pendidikan berasaskan kemahiran serta membuka minda mereka terhadap pelbagai peluang kerjaya yang ditawarkan dalam sektor industri.

Semoga jalinan kerjasama bersama SMK Jawi melalui pameran kerjaya ini dapat terus diperkukuhkan dalam usaha memperluas akses maklumat TVET kepada generasi muda serta membantu para pelajar membuat perancangan pendidikan dan kerjaya yang lebih jelas untuk masa hadapan.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€

โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€





๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐Š๐Ž๐‹๐€๐๐Ž๐‘๐€๐’๐ˆ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„ ๐๐„๐‘๐‚๐„๐“๐€๐Š๐€๐ ๐’๐€๐๐–๐€ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ๐„๐’ ๐’๐ƒ๐ ๐๐‡๐ƒ๐Ÿ• ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐ˆ๐’๐๐ˆ๐)Pada 7 September...
08/09/2026

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐Š๐Ž๐‹๐€๐๐Ž๐‘๐€๐’๐ˆ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„ ๐๐„๐‘๐‚๐„๐“๐€๐Š๐€๐ ๐’๐€๐๐–๐€ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ๐„๐’ ๐’๐ƒ๐ ๐๐‡๐ƒ

๐Ÿ• ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐ˆ๐’๐๐ˆ๐)

Pada 7 September 2026 (Isnin), delegasi seramai 4 orang pegawai kanan dari ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal telah mengadakan lawatan rasmi dan mesyuarat kolaborasi ke Percetakan Sanwa Industries Sdn Bhd di Chemor, Perak.

Fokus utama perbincangan ini adalah untuk merencana hala tuju kerjasama strategik yang baharu, di samping membentangkan cadangan dari pihak ADTEC JTM untuk membantu Sanwa dalam aspek pembangunan sumber manusia. Inisiatif ini amat bertepatan dengan peranan ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal sebagai Center of Excellence (CoSE) bagi bidang Teknologi Percetakan untuk sentiasa selari dengan kehendak industri semasa.

Selepas mesyuarat yang cukup membuahkan hasil, delegasi kami telah dibawa melawat ke bahagian produksi kilang. Memang teruja dapat melihat dengan lebih dekat teknologi cetakan terkini dan keseluruhan proses percetakan yang beroperasi di sana.

Semasa sesi lawatan, kami sempat berjumpa dengan alumni kebanggaan kampus, Saudara Nasrullah bin Mohd Anuar. Beliau merupakan graduan tahun 2020 dalam Bidang Teknologi Percetakan Ofset dan yang paling hebat, beliau masih berkhidmat di Sanwa sejak tamat latihan industri lagi. Ini adalah bukti nyata kebolehpasaran graduan TVET di tahap yang terbaik.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Percetakan Sanwa Industries Sdn Bhd atas sambutan yang mesra dan peluang kerjasama yang terbuka luas. Semoga kolaborasi ini membawa manfaat yang besar kepada institusi dan juga industri.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™–๐’Œ๐™–๐’ ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€













๐๐„๐‘๐‹๐€๐–๐€๐๐€๐ ๐Œ๐Ž๐๐ˆ๐‹๐„ ๐‹๐„๐†๐„๐๐ƒ๐’ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”1 - 4 September 2026 (Selasa - Jumaat)Perla...
07/09/2026

๐๐„๐‘๐‹๐€๐–๐€๐๐€๐ ๐Œ๐Ž๐๐ˆ๐‹๐„ ๐‹๐„๐†๐„๐๐ƒ๐’ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

1 - 4 September 2026 (Selasa - Jumaat)

Perlawanan Mobile Legends Peringkat ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal Sesi 2/2026 telah berlangsung selama empat hari, bermula 1 hingga 4 September 2026 dengan penyertaan sebanyak 12 kump**an. Program ini telah dianjurkan oleh Biro Sukan dan Kebajikan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal Sesi 2026 sebagai salah satu inisiatif untuk menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti e-sukan serta mencungkil bakat dalam kalangan pelajar.

Penyertaan sebanyak 12 kump**an telah menyemarakkan lagi suasana pertandingan yang berlangsung dengan penuh semangat, persaingan sihat dan kerjasama berpasukan. Setiap kump**an menunjukkan komitmen, kesungguhan dan semangat juang yang tinggi dalam mengatur strategi bagi menghadapi setiap perlawanan.

Selain menguji kemahiran permainan Mobile Legends, pertandingan ini turut memberi peluang kepada para peserta untuk mengembangkan kemahiran komunikasi, kepimpinan, kerjasama dan pemikiran strategik. Aktiviti sebegini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat setiakawan dalam kalangan pelajar.

Penganjuran pertandingan ini mencerminkan usaha MPP ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal dalam menyediakan aktiviti yang bermanfaat kepada pelajar, di samping mewujudkan suasana kampus yang lebih aktif, sihat dan kompetitif.

Diharapkan program e-sukan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform untuk para pelajar mengembangkan bakat, membina keyakinan diri serta meningkatkan kemahiran kerja berpasukan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada kesemua 12 kump**an yang telah mengambil bahagian serta memberikan komitmen yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€

โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€





๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹27 Ogos 2026 (Khamis)ADTEC JTM Kampus Nibon...
01/09/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹

27 Ogos 2026 (Khamis)

ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal telah menganjurkan Program Sambutan Maulidur Rasul 1448H Peringkat ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal dengan kerjasama Biro Keagamaan & Kebudayaan, MPP ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal Sesi 2026 dan Rakan Belia Musleh ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal bertempat di Auditorium ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal dan program ini berlangsung dalam suasana penuh penghayatan dan meriah dengan penglibatan warga kerja serta para pelajar.

Program dimulakan dengan perarakan staf dan pelajar yang bermula dari Pintu Pagar Utama ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal menuju ke auditorium. Perarakan ini bukan sahaja menyemarakkan suasana sambutan malah menjadi wadah untuk menyuburkan rasa cinta dan kasih kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Majlis diteruskan dengan bacaan doa, alunan Nasyid Asmaul Husna serta ucapan Timbalan Pengarah Operasi ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal. Suasana majlis kemudiannya diserikan dengan persembahan Kump**an Qasidah Soutul Jabbar yang menyampaikan alunan qasidah dalam suasana penuh kerohanian.

Acara kemuncak program ialah ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Mohamad Moqti bin Ahmad, dengan tema โ€œMeneladani Akhlak Rasulullah SAW Membentuk Ummah Madaniโ€. Perkongsian beliau memberikan penghayatan kepada para peserta tentang kepentingan mencontohi akhlak, keperibadian dan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

Bagi menyemarakkan lagi sambutan dan menggalakkan penglibatan aktif warga ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal, beberapa pertandingan turut diadakan antaranya Kuiz Online Maulidur Rasul, Pertandingan Azan, Pertandingan Poster Maulidur Rasul serta Pertandingan Perarakan Terbaik Maulidur Rasul.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi kesemua pertandingan tersebut sebagai penghargaan atas penyertaan, kreativiti, kesungguhan dan komitmen yang telah ditunjukkan.

Program kemudiannya diakhiri dengan sesi bersurai. Pada sebelah malam p**a, aktiviti kerohanian khas untuk para pelajar turut dilaksanakan sebagai kesinambungan pengisian sempena Sambutan Maulidur Rasul 1448H.

Semoga penganjuran program ini dapat menyemai rasa cinta yang lebih mendalam kepada Rasulullah SAW serta membentuk warga ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal yang bukan sahaja berilmu dan berkemahiran, malah mempunyai akhlak terpuji, jati diri kukuh dan keperibadian unggul berlandaskan teladan Rasulullah SAW.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€

โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€





๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‚๐„๐‘๐€๐Œ๐€๐‡ ๐Š๐„๐‘๐Ž๐‡๐€๐๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐‘๐’๐€๐“๐”๐€๐ ๐‡๐ˆ๐๐ƒ๐” ๐’๐€๐๐†๐€๐Œ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€27 Ogos 2026 (Khamis)ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal den...
28/08/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‚๐„๐‘๐€๐Œ๐€๐‡ ๐Š๐„๐‘๐Ž๐‡๐€๐๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐‘๐’๐€๐“๐”๐€๐ ๐‡๐ˆ๐๐ƒ๐” ๐’๐€๐๐†๐€๐Œ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

27 Ogos 2026 (Khamis)

ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal dengan kerjasama Persatuan Hindu Sangam Malaysia telah menganjurkan Program Ceramah Kerohanian pada 27 Ogos 2026 bertempat di Dewan Sukan ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal. Program ini melibatkan pelajar bukan beragama Islam sebagai salah satu usaha dalam memperkukuh pembangunan sahsiah, nilai murni dan kesejahteraan diri dalam kalangan pelajar.

Antara pengisian utama yang dilaksanakan ialah sesi ceramah berkaitan Digital Wellness yang memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan mengamalkan penggunaan teknologi dan media digital secara positif, seimbang dan berhemah dalam kehidupan seharian.

Selain itu, para pelajar turut mengikuti sesi perkongsian berkaitan sikap yang baik sebagai panduan dalam membentuk keperibadian, hubungan yang harmoni serta tingkah laku positif dalam kehidupan seharian. Pengisian ini diharapkan dapat membantu pelajar memahami kepentingan nilai murni dan sikap positif dalam membentuk individu yang lebih bertanggungjawab dan berdisiplin.

Bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih santai dan interaktif, program turut diserikan dengan beberapa aktiviti kuiz yang melibatkan penyertaan para pelajar. Aktiviti ini bukan sahaja menceriakan program malah memberi peluang kepada pelajar menguji pengetahuan serta meningkatkan interaksi dan penglibatan mereka sepanjang program berlangsung.

Program ini turut menjadi platform yang baik dalam memupuk semangat saling menghormati, toleransi dan keharmonian dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Kerjasama bersama Persatuan Hindu Sangam Malaysia juga mencerminkan komitmen ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal dalam menyokong pembangunan pelajar secara menyeluruh bukan sahaja dari aspek kemahiran teknikal tetapi juga dari segi sahsiah dan nilai kemanusiaan.

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan pelajar yang berkemahiran, berdisiplin, berakhlak mulia dan mempunyai jati diri yang kukuh, selaras dengan aspirasi pembangunan modal insan negara.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€

โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€





Address

Nibong Tepal

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share