Bhgn. Pengurusan Prasiswazah, USIM / Division of Academic Management, USIM

  • Home
  • Malaysia
  • Nilai
  • Bhgn. Pengurusan Prasiswazah, USIM / Division of Academic Management, USIM
Call Directions Website

Bhgn. Pengurusan Prasiswazah, USIM / Division of Academic Management, USIM Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan akademik bagi para pelajar Sarjana Muda.

BPA merupakan sebuah jabatan yang berorientasikan perkhidmatan kepada mahasiswa-mahasiswi, kakitangan akademik dan pentadbiran dalam hal ehwal pengurusan akademik.

ANNOUNCEMENT ON THE CLOSURE OF COUNTER SERVICESAssalamualaikum and greetings.Please be informed that all counter operati...
11/06/2026

ANNOUNCEMENT ON THE CLOSURE OF COUNTER SERVICES

Assalamualaikum and greetings.

Please be informed that all counter operations at the Centre for Academic Management will be closed in accordance with the Notice on Work-from-Home Office Operations following the implementation of Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Utility Cost-Saving Initiative.

Accordingly, counter services at the Centre for Academic Management will be closed every Thursday and Friday, effective 11 June 2026.

🗓 Counter services will operate as usual according to the following schedule:

📅 Days:
Monday, Tuesday and Wednesday

⏰ Time:
8.30 am – 5.00 pm

📞 For any enquiries, please contact the relevant divisions via WhatsApp or email as follows:

👥 lDivision of Undergraduate Management
🟢 WhatsApp: wa.me/6067988148
📧 Email: [email protected]

👥 Division of Graduate Management
🟢 WhatsApp: +606-797 8640
📧 Email: [email protected]

👥 Division of Marketing and Student Admission
🟢 WhatsApp: +606-798 8027
📧 Email: [email protected]

BENGKEL SEMAKAN SEMULA DOKUMEN ISO BAGI SKOP PERKHIDMATAN PENDIDIKAN TINGGI (PPT) PERINGKAT SARJANA MUDA📍 Galeri Canselo...
10/06/2026

BENGKEL SEMAKAN SEMULA DOKUMEN ISO BAGI SKOP PERKHIDMATAN PENDIDIKAN TINGGI (PPT) PERINGKAT SARJANA MUDA

📍 Galeri Canselori, USIM
🗓️ 9-10 Jun 2026 (Selasa & Rabu)
⏰ 10:00 pagi - 5:00 petang

SEMAKAN PENGIJAZAHAN BAGI PELAJAR TAHUN AKHIR SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2025/2026Dimaklumkan bahawa seramai 3,000 pelaj...
07/04/2026

SEMAKAN PENGIJAZAHAN BAGI PELAJAR TAHUN AKHIR SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2025/2026

Dimaklumkan bahawa seramai 3,000 pelajar tahun akhir program Sarjana Muda dijangka akan menamatkan pengajian dan bergraduasi pada hujung tahun 2026. Sehubungan dengan itu, dimohon kepada semua Pelajar Tahun Akhir program Sarjana Muda untuk membuat semakan Laporan Akademik (Academic Report) bagi tujuan pengijazahan dalam PORTAL iSTUDENT - MENU GRADUATION - ACADEMIC REPORT (GENERATE REPORT).

Semakan dan pengemaskinian Laporan Akademik (Academic Report) perlu dibuat bagi memastikan pelajar telah memenuhi keperluan dan syarat-syarat pengijazahan serta dapat bergraduat mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Tarikh Akhir semakan dan pengemaskinian Laporan Akademik adalah pada 30 Jun 2026. Kelewatan dalam pengemaskian akan menyebabkan pelajar TIDAK DAPAT bergraduasi pada tahun ini.

Notis penuh ➡️ https://shorturl.at/TsSbS
Pertanyaan ➡️ 067988148 atau Whatsapp wa.me/6067988148

PERMOHONAN PEMINDAHAN KREDIT BAGI SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2025/2026 A252 (LEPASAN DIPLOMA)Dimaklumkan bahawa permohon...
31/03/2026

PERMOHONAN PEMINDAHAN KREDIT BAGI SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2025/2026 A252 (LEPASAN DIPLOMA)

Dimaklumkan bahawa permohonan Pemindahan Kredit pelajar Sarjana Muda Lepasan Diploma bagi Semester II, Sesi Akademik 2025/2026 adalah seperti berikut:

📅 Tarikh : 30 Mac 2026 hingga 12 April 2026 (2 minggu)
🖇 Capaian : iStudent > Services > Credit Transfer

Pelajar perlu:
1. Semak struktur program masing-masing dan masukkan semua kursus peringkat Diploma yang ingin dibuat Pemindahan Kredit;
2. Jelaskan bayaran RM30.00 menerusi perbankan online ke akaun Bendahari USIM (No. AkaunBIMB 05058010008884);
3. Muat naik slip bayaran serta salinan Transkrip Akademik Rasmi (Diploma).

⚠️ Permohonan yang diterima selepas 12 April 2026 tidak akan diproses.

Lihat notis penuh di ➡️ https://shorturl.at/srDof

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan
Bahagian Pengurusan Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia

JADUAL PEPERIKSAAN GANTIAN AKHIR SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2025/2026 SARJANA MUDADimaklumkan bahawa Peperiksaan Gantian ...
31/03/2026

JADUAL PEPERIKSAAN GANTIAN AKHIR SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2025/2026 SARJANA MUDA

Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Gantian Akhir Semester I, Sesi Akademik 2025/2026 (A251) bagi program Sarjana Muda akan berlangsung mulai pada 6 hingga 7 April 2026 (Isnin hingga Selasa) bertempat di Galeri Canselori, Aras 1, Bangunan Canselori USIM.

Peperiksaan Gantian ini akan diadakan sekali sahaja pada tarikh yang telah ditetapkan. Pelajar yang gagal menghadirkan diri pada tarikh yang ditetapkan tanpa alasan yang munasabah akan dikira TIDAK HADIR (TH) dan mendapat GRED F (GAGAL).

➡️ NOTIS RASMI & JADUAL: https://shorturl.at/VR52t

Sebarang kemusykilan hubungi Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan, Bahagian Pengurusan Prasiswazah, Pusat Pengurusan Akademik di talian 06-7988148 atau melalui emel [email protected] atau Whatapps PPA wa.me/6067988148 untuk maklumbalas segera.

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia

TARIKH-TARIKH PENTING BAGI SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2025/2026 (A252)Dimaklumkan bahawa tarikh-tarikh penting berkaitan...
26/03/2026

TARIKH-TARIKH PENTING BAGI SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2025/2026 (A252)

Dimaklumkan bahawa tarikh-tarikh penting berkaitan pendaftaran kursus dan penjadualan bagi pelajar program Sarjana Muda, Semester II, Sesi Akademik 2025/2026 adalah seperti dipautan https://shorturl.at/OeC4r

Pelajar perlu mematuhi tarikh-tarikh yang ditetapkan serta bertanggungjawab terhadap pendaftaran kursus masing-masing bagi mengelakkan berlakunya sebarang permasalahan semasa Penilaian/Peperiksaan Akhir Semester kelak. Pelajar adalah dinasihatkan untuk menyemak melalui portal iStudent masing-masing dari semasa ke semasa.

Notis penuh ➡️ https://shorturl.at/OeC4r

Sekian, harap maklum.

‘BERILMU, BERDISIPLIN DAN BERTAKWA’

Dikeluarkan oleh:
Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan Bahagian Pengurusan Prasiswazah
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia

PENDAFTARAN BAGI SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2025/2026 (A252)Dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran bagi Semester II, Sesi...
16/03/2026

PENDAFTARAN BAGI SEMESTER II, SESI AKADEMIK 2025/2026 (A252)

Dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran bagi Semester II, Sesi Akademik 2025/2026 secara online melalui portal iStudent (https://istudent2.usim.edu.my) telah ditetapkan seperti dipautan https://shorturl.at/PM5yN

Pelajar yang tidak membuat pendaftaran dalam tempoh yang ditetapkan TIDAK AKAN DIBENARKAN mengikuti pengajian pada semester berkenaan.

Sebarang kemusykilan boleh merujuk terus kepada fakulti masing-masing.

Lihat notis penuh ➡️ https://shorturl.at/PM5yN

Dikeluarkan oleh,
Seksyen Pendaftaran Kursus dan Penjadualan
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia - USIM

PERMOHONAN SURAT PENGESAHAN PELAJAR DAN SURAT PENGESAHAN BAGI PENGELUARAN KWSPAdalah dimaklumkan bahawa permohonan Surat...
04/03/2026

PERMOHONAN SURAT PENGESAHAN PELAJAR DAN SURAT PENGESAHAN BAGI PENGELUARAN KWSP

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan Surat Pengesahan Pelajar dan Surat Pengesahan Bagi Pengeluaran KWSP untuk Semester II, Sesi Akademik 2024/2025 (A242) boleh dibuat sehingga pukul 4.00 petang, 13 Mac 2025 (Jumaat).

Penutupan akan dibuat mulai pada 14 Mac 2026 (Sabtu) hingga 29 Mac 2026 (Ahad) untuk tujuan pengemaskinian status aktif pelajar bagi Semester II, Sesi Akademik 2026/2027 (A252).

Notis penuh ➡️ https://shorturl.at/Ltlv5

TARIKH PENTING PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2025/2026 SARJANA MUDASebarang pertanyaan sila hubungi:Seksye...
03/03/2026

TARIKH PENTING PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2025/2026 SARJANA MUDA

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan,
Bhgn. Pengurusan Prasiswazah,
Pusat Pengurusan Akademik.

Telefon 067978643 | Whatsapp wa.me/6067988148

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2025/2026 (A251)Adalah dimaklumkan bahawa Keputusan Peperiksaan Ak...
03/03/2026

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER I, SESI AKADEMIK 2025/2026 (A251)

Adalah dimaklumkan bahawa Keputusan Peperiksaan Akhir Semester I, Sesi Akademik 2025/2026 (A251) bagi program Sarjana Muda boleh dicapai melalui Portal iStudent selepas pengesahan Mesyuarat Senat Universiti pada 16 Mac 2026 mulai jam 6.00 petang.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, pelajar boleh merujuk terus ke pejabat fakulti masing-masing atau menghubungi Pusat Pengurusan Akademik (PPA) di talian 06-7988148 (Whatapps wa.me/6067988148) atau emel kepada [email protected]

Lihat notis penuh➡️ https://shorturl.at/f0FJq

Dikeluarkan oleh:-
Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan
Pusat Pengurusan Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia

Address

Bahagian Pengurusan Akademik, Universiti Sains Islam
Nilai
71800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6067988335

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bhgn. Pengurusan Prasiswazah, USIM / Division of Academic Management, USIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share