IPG Kampus Pendidikan Teknik - Rasmi

Call Directions Website

IPG Kampus Pendidikan Teknik - Rasmi Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPG KPT) adalah sebuah institusi pendidikan guru

MAKLUMAN PENCAPAIAN WARGA IPG KPTSukacita dimaklumkan bahawa warga Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IP...
20/10/2026

MAKLUMAN PENCAPAIAN WARGA IPG KPT

Sukacita dimaklumkan bahawa warga Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPG KPT) telah mengharumkan nama institut dengan meraih dua Anugerah Emas dan satu Anugerah Perak dalam Festival of Teaching & Learning Ideas (FoTLI) 2026.

๐Ÿฅ‡ ANUGERAH EMAS
Projek: KEMBARA KATA
Pensyarah Pembimbing:
* Dr. Gayatri a/p Marimothu
* Pn. Fauziah binti Ahmad @ Muhd Zailani
Ahli Pasukan:
* Lailee Shakirah binti Rosni
* Joanne Siew Wee Jie
* Duratun Najiha binti Mohd Azam

๐Ÿฅ‡ ANUGERAH EMAS
Projek: SUKMA โ€” Suku Kata Mudah Aktif
Pensyarah Pembimbing:
* Pn. Zawiah binti Bahrom
* Pn. Sobinti Rejab
Ahli Pasukan:
* Mac Frederon Feridlee
* Muhammad Adli bin Badarul Khisam
* Muhammad Nursyazwi bin Sabaruddin

๐Ÿฅˆ ANUGERAH PERAK
Projek: JEJAKA โ€” Jejak Kata Adjektif
Pensyarah Pembimbing:
* Pn. Zawiah binti Bahrom
Ahli Pasukan:
* Nur Afiqah binti Abdul Rashid
* Ditzy Meliannie Ipisus
* Muhammad Ikrimah bin Mohd Zawawi
* Ahmad Azhari Zafran bin Ahmad Azmil

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pensyarah pembimbing dan siswa guru atas usaha, kreativiti serta komitmen dalam menghasilkan inovasi pengajaran dan pembelajaran yang membanggakan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga IPG KPT untuk terus membudayakan penyelidikan dan inovasi demi meningkatkan mutu pendidikan serta memperkukuh kecemerlangan pendidikan guru.

Tahniah atas pencapaian yang membanggakan ini! ๐ŸŽ‰๐Ÿฅ‡๐Ÿฅˆ๐Ÿ‘๐Ÿป







PROGRAM JOM GIGI BERSIH, SENYUMAN MENAWANProgram Jom Gigi Bersih, Senyuman Menawan telah dilaksanakan pada 19 Oktober 20...
20/10/2026

PROGRAM JOM GIGI BERSIH, SENYUMAN MENAWAN

Program Jom Gigi Bersih, Senyuman Menawan telah dilaksanakan pada 19 Oktober 2026 dengan penglibatan seramai 22 daripada 25 orang murid Prasekolah Dinamik, guru prasekolah Pn. Noor Faeiza binti Md Omar dan seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM), Pn. Nurfarhana binti Karim serta dua orang staf pergigian dari Klinik Kesihatan Kuarters KLIA.

Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran murid tentang kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan gigi sejak kecil, di samping membentuk amalan penjagaan kesihatan diri yang baik.

Program dimulakan dengan ceramah kesihatan pergigian yang disampaikan oleh jururawat pergigian, Nur Husnina binti Apilin bersama seorang staf pergigian. Melalui sesi ini, murid diberikan pendedahan tentang kepentingan menjaga kebersihan gigi, kesan pengabaian penjagaan gigi serta amalan pemakanan yang baik untuk mengekalkan kesihatan mulut.

Seterusnya, murid mengikuti demonstrasi dan aktiviti memberus gigi bagi mempelajari teknik memberus gigi yang betul dengan bimbingan staf pergigian. Aktiviti ini memberi peluang kepada murid mempraktikkan kemahiran yang dipelajari serta memahami kepentingan memberus gigi secara teratur dalam kehidupan harian.

Program turut diteruskan dengan pemeriksaan kesihatan gigi bagi mengenal pasti keadaan gigi murid dan memberikan pendedahan awal tentang kepentingan pemeriksaan pergigian secara berkala.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada murid dalam aspek penjagaan kesihatan diri. Murid berpeluang meningkatkan pengetahuan tentang kebersihan gigi, mempelajari teknik memberus gigi yang betul dan memahami kepentingan menjaga kesihatan mulut sejak usia prasekolah.

Program ini juga menyokong pembentukan tabiat penjagaan gigi yang positif serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mendapatkan pemeriksaan pergigian.

Diharapkan amalan yang dipelajari dapat diteruskan di rumah dengan sokongan ibu bapa agar murid membesar dengan gigi yang sihat, senyuman yang berseri dan keyakinan diri yang tinggi, selaras dengan slogan โ€œJom, Gigi Bersih, Senyuman Menawan!โ€


Tahniah๐ŸŽ‰ Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Kumpulan Teratak Seni Kerawang, IPG Kampus Pendidikan Teknik (IPG KPT)...
17/10/2026

Tahniah

๐ŸŽ‰ Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Kumpulan Teratak Seni Kerawang, IPG Kampus Pendidikan Teknik (IPG KPT) atas kejayaan menjadi JOHAN dalam Pertandingan Video X-BREAK HePiLI Peringkat Negeri Sembilan 2026, Kategori Institusi Pendidikan Tinggi sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera yang telah dirasmikan oleh YBrs. Dr Zuraida binti Mohamed, Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan yang telah berlangsung pada:

๐Ÿ—“๏ธ 17 Oktober 2026 (Sabtu)
๐Ÿ† Hadiah: RM 800
๐ŸŽฌ Pensyarah pembimbing:
๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐Ÿซ Pn. Che Rohani Che Aziz
Pensyarah Penasihat Kelab dan Persatuan
๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐Ÿซ Pn. Wahadatul Artaโ€™iah Saaudi
Penyelaras PROSIS IPG KPT

Kumpulan yang diketuai oleh Siswa Guru Muhamad Zairul Naim bin Yusri ini telah mengetengahkan kreativiti dan bakat siswa guru dalam menghasilkan kandungan yang menyokong mesej kesihatan, kesejahteraan dan pembudayaan gaya hidup sihat.

๐ŸŒฑ X-BREAK HePiLI merupakan antara inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah usaha promosi kesihatan dan pembudayaan amalan hidup sihat dalam komuniti institusi pendidikan. Penyertaan ini turut memperkukuh pelaksanaan Program Siswa Sihat (PROSIS) IPG KPT.

๐Ÿ‘ Tahniah kepada seluruh pasukan atas kreativiti, kerjasama, komitmen dan semangat membawa nama IPG Kampus Pendidikan Teknik ke pentas kebangsaan.
Sekian, terima kasih.


PROGRAM PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK PEDAGOGI ORANG ASLI BERSAMA IPGK TENGKU AMPUAN AFZAN DAN SK MENSON 2026๐Ÿ“Seramai 10 or...
17/10/2026

PROGRAM PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK PEDAGOGI ORANG ASLI BERSAMA IPGK TENGKU AMPUAN AFZAN DAN SK MENSON 2026

๐Ÿ“Seramai 10 orang pensyarah Jabatan Pendidikan Islam (JPI) IPGKPT telah menyertai Program Perkongsian Amalan Terbaik Pedagogi Orang Asli. Program ini dianjurkan oleh JPI dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Latihan, IPG Kampus Pendidikan Teknik. Program telah berlangsung selama tiga hari pada 13 hingga 15 Oktober 2026 (Selasa โ€“ Khamis), bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Lokasinya ialah IPGK Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA), Kuala Lipis, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Cameron Highlands dan Sekolah Kebangsaan Menson, Cameron Highlands, Pahang.

๐Ÿ“Program ini menghimpunkan kepakaran IPGKTAA dalam latihan perguruan berkaitan pendidikan Orang Asli bersama guru-guru SK Menson yang mengajar komuniti tersebut secara langsung. Melalui taklimat, pemerhatian PdPc, sesi temu bual bersama guru serta perbincangan penyelidikan, pensyarah didedahkan kepada strategi pengajaran, pengurusan bilik darjah dan pengalaman sebenar mendidik murid Orang Asli. Sumbangan cenderahati turut disampaikan kepada murid-murid SK Menson.

๐Ÿ“Program ini merangkumi empat objektif utama:๏ฟฝโœ’๏ธMengenal pasti pedagogi guru dalam menyampaikan ilmu kepada murid-murid Orang Asli.๏ฟฝโœ’๏ธMengenal pasti pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah Orang Asli.๏ฟฝโœ’๏ธMengenal pasti pelaksanaan aktiviti kerohanian di sekolah Orang Asli.๏ฟฝโœ’๏ธMengenal pasti isu dan cabaran guru yang ditempatkan di sekolah Orang Asli.

๐Ÿ“Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Dr. Kartini binti Abdul Mutalib, Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik, kerana sudi meluangkan masa untuk merasmikan majlis penutup program ini. Sokongan dan galakan beliau amat bermakna dalam memastikan kejayaan program serta menyuntik semangat para pensyarah untuk terus memperkasakan pedagogi Pendidikan Islam yang inklusif.

๐Ÿ“Secara keseluruhannya, program ini telah memberi impak positif kepada para peserta. Pensyarah dapat meningkatkan pengetahuan mengenai pedagogi naturegogi. Pensyarah juga dapat mengenal pasti amalan pedagogi terbaik bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab murid Orang Asli di SK Menson. Selain itu, pensyarah dapat menilai secara kritis isu serta cabaran dalam memperkasakan Pendidikan Islam bagi murid Orang Asli. Pengalaman lapangan ini akan diintegrasikan dalam kuliah, tutorial dan aktiviti mikro-pengajaran guru pelatih PISMP. Hal ini akan melahirkan bakal guru Pendidikan Islam yang kompeten, inklusif dan responsif terhadap kepelbagaian murid. Jaringan profesional yang terbina bersama IPGKTAA, PPD Cameron Highlands dan SK Menson turut membuka ruang kolaborasi penyelidikan dan pembangunan bahan pengajaran pada masa hadapan.



๐๐ž๐ง๐ ๐ค๐ž๐ฅ ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐Š๐ž๐œ๐ž๐ซ๐๐š๐ฌ๐š๐ง ๐๐ฎ๐š๐ญ๐š๐ง : ๐๐ž๐ฆ๐ข๐ค๐ข๐ซ๐š๐ง ๐Š๐จ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ญ๐š๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ,๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ญ๐ฎ๐ซ๐œ๐š๐ซ๐š๐š๐ง, ๐‘๐จ๐›๐จ๐ญ๐ข๐คPada 13-14 Oktober 2026, IPG Kampu...
15/10/2026

๐๐ž๐ง๐ ๐ค๐ž๐ฅ ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐Š๐ž๐œ๐ž๐ซ๐๐š๐ฌ๐š๐ง ๐๐ฎ๐š๐ญ๐š๐ง : ๐๐ž๐ฆ๐ข๐ค๐ข๐ซ๐š๐ง ๐Š๐จ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ญ๐š๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ,
๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ญ๐ฎ๐ซ๐œ๐š๐ซ๐š๐š๐ง, ๐‘๐จ๐›๐จ๐ญ๐ข๐ค

Pada 13-14 Oktober 2026, IPG Kampus Pendidikan Teknik (IPG KPT) bersama-sama dengan rakan strategik International Science, Technology & Innovation Centre (ISTIC), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Bahagian Pembangunan Kurikulum, (BPK) KPM telah mengadakan bengkel kecerdasan yang merangkumi Pemikiran Komputasional, Pengaturcaraan, Robotik.

Bengkel ini dirasmikan oleh YBrs Prof. ChM Dr Mohd Basyaruddin bin Abdul Rahman, FASc iaitu Chairman of Governing Board ISTIC. Turut hadir Pengarah IPG KPT Dr Kartini binti Abdul Mutalib, Timbalan Pengarah IPG KPT Dr Muhaida Akmal binti Mohamad bersama-sama ketua-ketua jabatan dan unit. Lebih 30 orang peserta yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan dan unit, guru-guru sekolah, pelajar-pelajar sarjana muda serta siswazah.

Bengkel ini bersifat amali dan dilatih oleh Dr Kok Boon Shiong ( JDTM), Dr. Norshaliza Binti Kamaruddin, UTM dan Encik Mohd Azim Noor, ISTIC. Sepanjang bengkel ini, peserta didedahkan dengan pemerkasaan pemikiran komputasional, pengenalan kepada pengaturcaraan micro:bit bersama alat HuskeyLens 2.0, serta pendedahan kepada siber fizikal. Aplikasi kecerdasan buatan dipraktikkan semasa peserta membangun projek ringkas.

Melalui perkongsian ilmu, aktiviti amali, pembentangan kumpulan bengkel ini diharapkan dapat memperkukuh budaya digital secara beretika, meningkatkan kemahiran menyelesaikan isu pengajaran dan pembelajaran serta menggalakkan amalan inovatif ke arah peningkatan kualiti pendidikan terutama dalam siber
fizikal.


๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐กSukacita dimaklumkan bahawa warga Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPG KPT) telah mengharumkan ...
15/10/2026

๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก

Sukacita dimaklumkan bahawa warga Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPG KPT) telah mengharumkan nama institut melalui penyertaan secara online dalam pertandingan International Agro Revolution and Innovation Challenge (AgroRIC 2026) pada 1-12 Oktober 2026 anjuran Karnival Industri Asas Tani (AGX), Universiti Malaysia Kelantan dengan pencapaian berikut:

๐Ÿฅˆ SILVER AWARD
Projek: GROW BOOST
Pensyarah Pembimbing:
* TS. DR. MOHD FAIRUS BIN JOHARI
Ahli Pasukan:
* MUHAMMAD NORMAN BIN ABDUL ASIS
* MUHAMMAD HAIKAL BIN AZMAN
* NUR ADIBBAH ROSS BT ROSLI
* MOHAMAD DANISH IRFAN BIN K**A AZMIN

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pensyarah pembimbing dan siswa guru yang telah mengharumkan nama IPG KPT di persada inovasi. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga institut untuk terus cemerlang dalam bidang penyelidikan, kreativiti dan inovasi.

โ€œKejayaan hari ini adalah hasil usaha, dedikasi dan semangat kerja berpasukan.โ€

Tahniah atas pencapaian yang membanggakan ini. ๐ŸŽ‰๐Ÿฅ‡๐Ÿฅˆ๐Ÿ‘๐Ÿป





๐Ÿ“š BENGKEL KERJA PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI KPM 2026Pada 14 Oktober 2026, IPG Kampus Pendidikan Teknik (IPG KPT...
15/10/2026

๐Ÿ“š BENGKEL KERJA PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI KPM 2026

Pada 14 Oktober 2026, IPG Kampus Pendidikan Teknik (IPG KPT) melalui Jawatankuasa Program Sekolah Pengajar telah menganjurkan bengkel yang melibatkan 22 orang guru sekolah pengajar dan 10 orang pensyarah.

Bengkel ini memberi pendedahan serta bimbingan kepada peserta dalam merancang dan melaksanakan kajian tindakan, di samping meneroka penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam penulisan dan pelaporan penyelidikan.

Melalui perkongsian ilmu dan aktiviti amali, bengkel ini diharapkan dapat memperkukuh budaya penyelidikan dalam kalangan guru, meningkatkan kemahiran menyelesaikan isu pengajaran dan pembelajaran serta menggalakkan amalan inovatif ke arah peningkatan kualiti pendidikan.






๐Ÿ“ข Tahniah dan terima kasih bagi yang telah menghadiri Kursus Aktiviti Bilik Misteri Sastera anjuran Unit Perpustakaan. S...
13/10/2026

๐Ÿ“ข Tahniah dan terima kasih bagi yang telah menghadiri Kursus Aktiviti Bilik Misteri Sastera anjuran Unit Perpustakaan.

Sila like post di fb Perpustakaan IPG Teknik https://www.facebook.com/share/p/1CiJD7Yfu4/. Jangan lupa tanda pagar




BENGKEL MERUNGKAI DAN MERANGKAI KURIKULUM PEMBELAJARAN BERMAKNA : KURSUS EDUP3123 PEDAGOGI (SISWA GURU AMBILAN OGOS 2025...
09/10/2026

BENGKEL MERUNGKAI DAN MERANGKAI KURIKULUM PEMBELAJARAN BERMAKNA : KURSUS EDUP3123 PEDAGOGI (SISWA GURU AMBILAN OGOS 2025 - JULAI 2029)

Jabatan Ilmu Pendidikan telah mengadakan Bengkel Merungkai dan Merangkai Kurikulum Pembelajaran Bermakna bagi Pelajar Ambilan Ogos 2025-Julai 2029 bagi interaksi lain-lain yang terkandung dalam MK EDUP3123 Pedagogi bermula pada 28 September 2026 hingga 2 Oktober 2026 bertempat di Bilik Tutorial dan Dewan Kuliah, IPG KPT.

Para penceramah yang telah terlibat terdiri daripada Pn. Pn Azlin binti Mohd Rosdi, Dr. Muhd Fariz bin Ismail, Ts. Mohd Amin bin Said, Pn. Haslinah binti Abdullah, Pn. Anida binti Idrus, Pn. Wan Nur Fuziana binti Abdol Jani dan Pn. Wahadatul Artaโ€™iah binti Saaudi.

Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada para siswa guru tentang Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) selain memberi bimbingan kepada mereka untuk menghasilkan satu pelan pembelajaran bermakna yang menggunakan kerangka Kefahaman melalui Rekabentuk (KmR).

Inisiatif ini diharapkan dapat membantu siswa guru menyediakan kemahiran dan pengetahuan awal agar dapat diaplikasikan semasa sesi praktikum seterusnya diamalkan serta disebarluaskan di sekolah kelak.

Semoga para siswa guru ini sentiasa memperbaiki dan memperbaharui kompetensi mereka agar menjadi guru yang berjiwa pendidik kelak.

Terima kasih kepada Pengurusan Tertinggi IPGK PT serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini dalam memastikan kualiti kejayaan pelaksanaan dan kelestarian program sejajar dengan moto IPGK PT iaitu "Kualiti, Dinamik dan Keunggulan".


Bengkel Amalan Refleksi Pengajaran Didaktik PISP
07/10/2026

Bengkel Amalan Refleksi Pengajaran Didaktik PISP


Address

IPG Kampus Pendidikan Teknik, Kompleks Pendidikan Nilai
Nilai
71760

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6067979600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IPG Kampus Pendidikan Teknik - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share