Geng Kartunis USIM, SPMM.

GenKU (GENG Kartunis USIM) merupakan unit kecil bawah unit IT Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia SPMM yang menghimpunkan bakat-bakat dalam seni lukisan didalam kampus USIM. Malah setiap ahli akan berkongsi fikiran dan tenaga bagi melakukan usaha dakwah dalam bidang seni lukis ataupun komik.

💕 SALAM MAULIDUR RASUL | 12 RABIULAWAL 1444H 💕Mari kita sama-sama selawat ke atas Nabi Muhammad SAWاللَّهُمَّ صَلِّ عَلَ...
09/10/2022

💕 SALAM MAULIDUR RASUL | 12 RABIULAWAL 1444H 💕

Mari kita sama-sama selawat ke atas Nabi Muhammad SAW

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Firman Allah dalam al-Quran:

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad SAW). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.”

(Al-Ahzab: 56)

"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah."

GENG KARTUNIS USIM 2021/2022
LAJNAH MULTIMEDIA DAN PUBLISITI
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA



SENARAI PERDANA MENTERI MALAYSIA"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah."GENG KARTUNIS USIM 2021/2022LAJNAH MULTIMEDIA DAN ...
16/09/2022

SENARAI PERDANA MENTERI MALAYSIA

"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah."

GENG KARTUNIS USIM 2021/2022
LAJNAH MULTIMEDIA DAN PUBLISITI
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA



TARIKH-TARIKH PENTING MENJELANG HARI MALAYSIA"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah."GENG KARTUNIS USIM 2021/2022LAJNAH MU...
16/09/2022

TARIKH-TARIKH PENTING MENJELANG HARI MALAYSIA

"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah."

GENG KARTUNIS USIM 2021/2022
LAJNAH MULTIMEDIA DAN PUBLISITI
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA



🇲🇾 MAKNA SAMBUTAN HARI MALAYSIA PADA 16 SEPTEMBER 🇲🇾Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia adalah 2 sambutan yang berbeza. H...
16/09/2022

🇲🇾 MAKNA SAMBUTAN HARI MALAYSIA PADA 16 SEPTEMBER 🇲🇾

Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia adalah 2 sambutan yang berbeza. Hari Kemerdekaan disambut pada 31 Ogos manakala Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun.

📌Jadi, mengapa kita mempunyai 2 hari yang berbeza untuk memperingati sejarah Malaysia ini?

Ini kerana Hari Kemerdekaan disambut untuk memperingati kemerdekaan persekutuan Tanah Melayu daripada jajahan British, manakala Hari Malaysia disambut bagi memperingati hari bergabungnya persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura menjadi sebuah negara baru bernama Malaysia.

"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah."

GENG KARTUNIS USIM 2021/2022
LAJNAH MULTIMEDIA DAN PUBLISITI
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA



SUNNAH HARI ARAFAH✨ Memperbanyakkan solat sunat. Solat sunat secara khususnya mempunyai keistimewaan seperti menampung k...
09/07/2022

SUNNAH HARI ARAFAH

✨ Memperbanyakkan solat sunat. Solat sunat secara khususnya mempunyai keistimewaan seperti menampung kekurangan dalam amalan fardu.

✨ Puasa Sunat Arafah (9 Zulhijjah)
Hukum puasa sunat Arafah adalah sunat muakkadah (yang sangat dituntut) bagi orang yang tidak mengerjakan haji.

Puasa sunat Arafah sangat besar fadilatnya. Abu Qatadah r.a meriwayatkan bahawasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda:

Maksudnya: "Puasa Hari Arafah, aku memohon kepada Allah agar menebus dosa-dosa setahun sebelumnya serta setahun selepasnya.

(Hadits riwayat Imam Muslim)

✨ Memperbanyakkan zikir dan doa. Baginda menggalakkan supaya memperbanyakkan zikir pada hari-hari tersebut. Amalan terbaik pada hari wukuf di Arafah adalah berdoa kepada Allah S.W.T. Ia merupakan waktu berdoa yang paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan.

Ini diriwayatkan dalam beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

Sebaik-baik doa adalah doa di Hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير

"Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

(Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

✨ Mula takbir pada 9 Zulhijjah selepas solat subuh sehingga terbenam matahari 13 Zulhijjah. Takbir dilakukan selepas setiap jenis solat wajib dan sunat.

"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah."

GENG KARTUNIS USIM 2021/2022
LAJNAH MULTIMEDIA DAN PUBLISITI
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA



📚 HAPPY STUDY WEEK 📚It's that time of year come again!Happy Study Week to all students for your upcoming final examinati...
09/07/2022

📚 HAPPY STUDY WEEK 📚

It's that time of year come again!

Happy Study Week to all students for your upcoming final examinations!

Because tremendous accomplishment comes from great determination, be composed and try not to overstress yourself.

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا۟ مَا بِأَنفُسِهِمْ

“Indeed, Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves.”

(Ar-ra'd 13: 11)

"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah."

GENG KARTUNIS USIM 2021/2022
LAJNAH MULTIMEDIA DAN PUBLISITI
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA



*[ DOA ]*Doa adalah ibadah. Setiap mukmin yang patuh harus meyakini bahawa doa akan mengiringi setiap perjalanannya sert...
09/06/2022

*[ DOA ]*

Doa adalah ibadah. Setiap mukmin yang patuh harus meyakini bahawa doa akan mengiringi setiap perjalanannya serta merapatkannya dengan Allah SWT secara rohaniah. Ketahuilah, doa juga merupakan ubat bermanfaat, sekali gus diibaratkan musuh bagi segala bencana dan musibah yang menimpa umat Muslimin.

Rasulullah SAW bersabda:

الدُّعَاءُ سِلاحُ الْمُؤْمِنِ، وَعِمَادُ الدِّينِ، وَنُورُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ

“Doa adalah senjata orang beriman, tiang agama dan cahaya langit-langit dan bumi.”

(HR Abu Ya'la)

Terus ikuti perkembangan kami di:
https://linktr.ee/spmmofficial

"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah."

GENG KARTUNIS USIM 2021/2022
LAJNAH MULTIMEDIA DAN PUBLISITI
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA



*[ PUASA ENAM DI BULAN SYAWAL ]*Syawal disambut dengan penuh rasa kesyukuran. Dalam kita meraikan kemeriahan Syawal, dig...
25/05/2022

*[ PUASA ENAM DI BULAN SYAWAL ]*

Syawal disambut dengan penuh rasa kesyukuran. Dalam kita meraikan kemeriahan Syawal, digalakkan untuk kita berpuasa enam. Jadilah kita seorang Rabbani (hamba Allah yang selalu beribadah kepada-Nya di setiap waktu dan tempat) dan janganlah kita menjadi seorang Ramadani (orang yang beribadah kepada Allah di bulan Ramadan sahaja).

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

“Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian meneruskan dengan enam hari di bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun.”

(Riwayat Imam Muslim)

Semoga kita terus istiqamah dengan amal kebaikan yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan. Sambutlah Syawal dengan sebaiknya agar hari kemenangan ini lebih bermakna.

"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah."

GENG KARTUNIS USIM 2021/2022
LAJNAH MULTIMEDIA DAN PUBLISITI
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA



*[ ILMU ]*Dari Anas Bin Malik r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardhu yang wajib atas t...
17/05/2022

*[ ILMU ]*

Dari Anas Bin Malik r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardhu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."

(Riwayat Ibn Majah)

Kemudian ilmu itu perlulah diamalkan kerana:

الْعِلْمُ بِلَا عَمَلٍ كَالشَّجَرِ بِلَا ثَمَرٍ

“Ilmu tanpa amal umpama pohon tak berbuah.”

Sebesar mana pun sesuatu pohon itu, tetap tidak dapat memberikan manfaat kepada sesiapa pun sekiranya pokok tersebut tidak menghasilkan buah. Begitulah juga perumpamaannya dengan ilmu. Sehebat mana atau setinggi mana ilmu seseorang itu, tetapi kalau tidak diamalkan atau dikongsikan samalah seperti pohon yang tidak berbuah.

"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah."

GENG KARTUNIS USIM 2021/2022
LAJNAH MULTIMEDIA DAN PUBLISITI
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA



✨ RAMADAN REMINDER ✨Mari kita muhasabah diri dengan beristiqamah dalam melakukan amalan agar dapat mendekatkan diri kepa...
01/05/2022

✨ RAMADAN REMINDER ✨

Mari kita muhasabah diri dengan beristiqamah dalam melakukan amalan agar dapat mendekatkan diri kepada Allah dan mendapat keredaan-Nya. Semoga kita dipertemukan ramadan akan datang.

"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah."

GENG KARTUNIS USIM 2021/2022
LAJNAH MULTIMEDIA DAN PUBLISITI
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA



✨ RAMADAN REMINDER ✨Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim ya...
30/04/2022

✨ RAMADAN REMINDER ✨

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

“Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah (pada bulan Ramadan) untuk menyucikan bagi orang yang berpuasa daripada segala perbuatan lagha (yakni perbuatan yang sia-sia) dan kata-kata keji dan juga dijadikan makanan bagi orang-orang yang miskin."

(HR Abu Daud)

"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah."

GENG KARTUNIS USIM 2021/2022
LAJNAH MULTIMEDIA DAN PUBLISITI
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA



✨ RAMADAN REMINDER ✨Sebagai umat Islam, antara perkara penting yang sewajarnya diamalkan adalah untuk sentiasa berdoa se...
29/04/2022

✨ RAMADAN REMINDER ✨

Sebagai umat Islam, antara perkara penting yang sewajarnya diamalkan adalah untuk sentiasa berdoa selepas solat.

Ada juga dinyatakan dalam al-Quran mengenai kelebihan berdoa iaitu:

Allah SWT berfirman:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”

(Ghafir 40: 60)

Antara waktu mustajab berdoa ialah:
- selepas solat fardhu
- saat hujan
- saat sepertiga malam terakhir
- saat sujud dalam solat
- antara azan dan iqamah
- saat berbuka puasa

"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah."

GENG KARTUNIS USIM 2021/2022
LAJNAH MULTIMEDIA DAN PUBLISITI
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA



Address

Nilai

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Geng Kartunis USIM, SPMM. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Geng Kartunis USIM, SPMM.:

Share