20/10/2026
Pada 17 Oktober 2026, Program TT Thrive 2026 telah diadakan di Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM). Program ini merupakan program anjuran Tamhidi Syariah dan Undang-undang (TSU) dan dihadiri oleh 550 orang pelajar dan juga barisan mentor Tutelage.
Antara objektif utama penganjuran program ialah untuk mengeratkan silaturrahim di antara murabbi dan pelajar melalui aktiviti kumpulan tutelage.
Antara slot pengisian ialah Sharing Session Bersama alumni Tamhidi Syariah dan Undang-undang (TSU) iaitu Saudara Dinca Alfansia Bin Omar Khayyam Ansari. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) di atas tajaan makanan.