Kelab Sahabat Alumni USIM

Kelab Sahabat Alumni USIM -official page of Kelab Sahabat Alumni Sains Islam Malaysia yang sebelum ini bernaung di bawah HEP USIM.

Kelab Sahabat Alumni, KSA (Alumni Friends Club AFC) merupakan sebuah kelab yang ditubuhkan dibawah Pusat Alumni dan Kerjaya Uni. Ikuti kami di laman sosial:
IG:usim_ksa
TW: kelab sahabat alumni

24/03/2023

Rumah alumni

*[ SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1444 HIJRAH ]*Assalamualaikum w.b.t.Kelab Sahabat Alumni (KSA) ingin mengucapkan selamat me...
22/03/2023

*[ SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1444 HIJRAH ]*

Assalamualaikum w.b.t.

Kelab Sahabat Alumni (KSA) ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh mahasiswa/mahasiswi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Semoga segala amal kebaikan kita diterima dan diberikan ganjaran pahala yang melimpah ruah daripada Allah SWT sepanjang kita berpuasa pada bulan yang penuh barakah ini.

شهر رمضان الذي أنزل في القرءان هدى للناس وبينة من الهدى والفرقان

“ Bulan ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk kepada sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah. “

Marilah kita bersama-sama berlumba mengerjakan amal-amal soleh agar kehidupan kita sebagai seorang muslim terbaik dapat dicapai melalui redha-Nya.

*KELAB SAHABAT ALUMNI*
*SESI AKADEMIK 2022/2023*
*UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA*
*23 MAC 2023 | 1 RAMADHAN 1444 HIJRAH*

*[BITTAUFIQ WANNAJAH DALAM PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI AKADEMIK 2022/2023]*Kelab Sahabat Alumni (KSA) ingin menguc...
06/02/2023

*[BITTAUFIQ WANNAJAH DALAM PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI AKADEMIK 2022/2023]*

Kelab Sahabat Alumni (KSA) ingin mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Akhir Semester 1 Sesi Akademik 2022/2023. Semoga seluruh mahasiswa/i Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dipermudahkan dan dilapangkan dada oleh Allah SWT sepanjang menduduki peperiksaan tersebut.

اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا

"Ya Allah, tidak ada yang mudah kecuali apa yang Engkau mudahkan, dan Engkau menciptakan kesedihan ketika Engkau berkehendak mudah."

Setiap doa kepada Allah SWT disusuli dengan usaha dan akhirnya bertawakal kepada-Nya ialah aturan yang terbaik dalam kehidupan sebagai seorang muslim.

"DOA, USAHA, IKHTIAR, TAWAKAL"
..................................................

*KELAB SAHABAT ALUMNI*
*SESI AKADEMIK 2022/2023*
*UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA*
*6 FEBRUARI 2023 | 15 REJAB 1444 HIJRAH*

12/07/2022

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Daripada Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali.
Salam takziah daripada Pusat Alumni & Kerjaya USIM buat ahli keluarga Nor Dalila Iylia binti Abu, Alumni USIM 2009, Sarjana Muda Da’wah dan Pengurusan Islam dengan Kepujian, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP)

“Semoga allahyarhamah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh”.
Ameen Ya Rabbal Alamin.

Al-Fatihah

Jemput semua
03/09/2021

Jemput semua

🎓🎓🎓 [INSPIRATIONAL TALK 2.0] 🎓🎓🎓
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
🖥️[ Serangan Siber: Sedarkah Kita] 🖥️

"Adakah anda pernah menjadi _mangsa serangan siber_?"

"Apakah cara-cara mengesan _serangan siber_? "
__________
💠 Jangan lupa bersama kami di medium Facebook kali ini pada:

📅 Tarikh: 3 September 2021 (Jumaat )
⏳ Masa: 8.00 malam
🎥 Medium: Live Facebook MPP USIM

🎤 Moderator: Muhammad Farhan Bujang (Naib Presiden 1 Sekretariat Pusat Islam)

🗣 Panel: Hafizulrahman Mazelin (Jurutera Rangkaian, Alumni FPQS 2017)

🔥🔥 Jom sama-sama kita meriahkan INSPIRATIONAL TALK 2.0!

✨_*E-Tullabiyah Disediakan*_✨

‼️Ayuh Sertai Kami‼️
‼️Save the Date‼️

Facebook:
https://t.co/wmJzkl3Xkh

.0


15/07/2021

PROGRAM BACAAN YASIN DAN DOA HAJAT ANJURAN PERSATUAN ALUMNI USIM DAN KERJASAMA PUSAT ISLAM USIM

Tarikh: 15 Jul, 2021
Masa: 07:45 PM

Medium: Pautan link ZOOM seperti di bawah dan bersama FB LIVE di FB Page Persatuan Alumni USIM

7.45PM:
Pautan link ZOOM dibuka

8.00PM:
Ucapan Aluan drp Ust. Mohd Hakimi bin Ali (Pengerusi Persatuan Alumni USIM)

8.10PM:
Bacaan Yasin dan Doa Hajat diketuai oleh Ust. Muhammad Nur Fathi bin Mohd (Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam USIM)

8.30PM:
Majlis Penutup dan bersurai

Pusat Islam USIM is inviting you to a scheduled Zoom meeting.

Join Zoom Meeting
https://usim-edu-my.zoom.us/j/7073510695

Meeting ID: 707 351 0695
Password: 112233

04/07/2021

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuan/Puan,

Untuk makluman, Persatuan Alumni Universiti Sains Islam Malaysia (PA USIM) mengambil inisiatif bagi mengumpulkan sumbangan bagi memberikan bantuan keperluan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Tuanku Canselor USIM bagi kegunaan orang awam.

Dengan itu, Persatuan Alumni berbesar hati mempelawa tuan/puan untuk memberikan sumbangan kepada PPV USIM. Kami ingin memohon jasa baik tuan/puan daftar dan bayar menggunakan borang _online_ yang diberikan dibawah 👇

shorturl.at/wxC29

Semoga dengan sumbangan tuan/puan ini dapat memberikan manfaat kepada semua.

Sekian, terima kasih.

18/06/2021

NAK KERJA APA YER? APA KERJAYA YG RELEVAN MUSIM COVID? MUDAH KE JADI TAKAFUL PLANNER?

Persoalan2 ini akan di jawab oleh panel jemputan kami kerana mereka sudah cukup stabil dalam kerjaya Takaful Planner dan juga mencapai pengiktirafan MDRT.. kejap, apa tu MDRT? Semuanya bakal terjawab nanti. Jom, save the date, jangan ketinggalan utk mendengarkan perkongsian menarik ini

🤵🏻 *Moderator*
Encik Mior Iskandar Shah Mior Rasidi
(Alumni FSU) - SB Imtiyaz Alhikmah

👩🏻‍🏫👨🏻‍🏫 *Panel Jemputan:*

Panel 1: Encik Mohd Rizal Sukor (Alumni FKP) - KL Saudagar Empire

Panel 2: Puan Nur Hanisah Jaafar (Alumni FST) - Agensi KL Deenar Group

🗓️ *Tarikh:* 18 Jun 2021(Jumaat)
🕑 *Masa:* 8:30 Malam
🖥️ Live di FB page *Anda Dengar Anda Tahu*

🤝🏻Anjuran Pusat Alumni dan Kerjaya USIM & Kelab Sahabat Alumni USIM.

Jumpa anda disana!




Address

Nilai
71800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Sahabat Alumni USIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Kelab Sahabat Alumni USIM:

Share