Sahabat Insani

Sahabat Insani Sahabat Insani Malaysia menubuhkan SRII Tahfiz Sahabat Insani & Maahad Tahfiz Integrasi Sahabat Insa

Alhamdulillah dan setinggi-tinggi tahniah buat semua calon SPM 2025 MTISI atas pencapaian yang membanggakan.Anda adalah ...
01/04/2026

Alhamdulillah dan setinggi-tinggi tahniah buat semua calon SPM 2025 MTISI atas pencapaian yang membanggakan.
Anda adalah 'fighter' yang telah berjuang sehabis baik menempuh segala cabaran dan ranjau sehingga tamat peperiksaan SPM.
Batch pertama menggalas amanah dalam program kerjasama akademik dengan SMK Kompleks KLIA selepas Program Intervensi Tahfiz di tahun-tahun sebelum ini. Syukur kerana jejak pertama ini terus membuahkan butir mutiara yang terus membuktikan kemampuan anak-anak tahfiz MTISI.
Terima kasih buat semua guru yang mendidik di SMK Kompleks KLIA dan juga para pentadbir yang telah memberikan kerjasama terbaik. Jazakumullahu khairan.
Tidak dilupakan juga kepada barisan guru MTISI yang sabar mendidik, membimbing serta mencurahkan ilmu tanpa jemu, serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membentuk perjalanan kejayaan ini.
Sekali lagi setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid SPM MTISI 2025 atas kejayaan yang telah diraih.
Kejayaan ini bukanlah hasil usaha individu semata-mata, bahkan merupakan natijah daripada doa, pengorbanan dan sokongan yang tidak pernah putus daripada para ibu ayah yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada anak-anak.
Semoga kejayaan ini menjadi asbab untuk terus melangkah lebih jauh, istiqamah dalam menjaga Al Quran dan terus bersungguh-sungguh menuntut ilmu, dan seterusnya menjadi generasi mutadabbir Rabbani yang memberi manfaat kepada agama, ummah dan negara.
Teruskan langkah kejayaan ke peringkat lebih tinggi. Dengan izin Allah, mudah-mudahan sentiasa cemerlang. Amiiin.
Anda kebanggaan kami!

🚨 INI HARI TERAKHIR RAMADHAN…🚨Maghrib nanti, Ramadhan 1447H akan tinggalkan kita…Apa bekal TERAKHIR yang kita bawa?Tiada...
20/03/2026

🚨 INI HARI TERAKHIR RAMADHAN…🚨
Maghrib nanti, Ramadhan 1447H akan tinggalkan kita…
Apa bekal TERAKHIR yang kita bawa?
Tiada masa lagi…
Tiada esok lagi…
Hanya 1 peluang terakhir.
KHAIRAT PENDIDIKAN SRIITSI
💔 Anak-anak kecil tahfiz diasuh menghafaz Al-Quran, menjaga adab…
✨ Tapi pahala itu… belum tentu milik kita. Kita perlu selitkan saham untuk tumpang sebagai pahala jariah kita!
💛 Ambil 30 saat sekarang!
Jangan tangguh lagi…
📌 Sumbang walau RM10, walau RM50, walau RM100

💳 MAYBANK
5551 0832 2035
Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Sahabat Insani (SRIITSI)
⏳ Sebelum azan Maghrib… semuanya akan berakhir buat Ramadhan kali ini.
👉 Jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa sumbangan sedekah terbaik kita.
📲 SHARE sekarang…
Mungkin ini antara asbab kita gembira di akhirat nanti. 🤲

PUASA ITU PERISAI... ELAKKAN DARI....Siri Komik Adab Berpuasa.Jom bersama kita perbanyakkan amal kebaikan.
12/03/2026

PUASA ITU PERISAI... ELAKKAN DARI....
Siri Komik Adab Berpuasa.
Jom bersama kita perbanyakkan amal kebaikan.

🤲BUAT SEKALI, DIGANDA 1000 BULAN!🤲Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.✨Kami dari Sekolah Rendah Islam Integrasi T...
10/03/2026

🤲BUAT SEKALI, DIGANDA 1000 BULAN!🤲
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
✨Kami dari Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Sahabat Insani (SRIITSI) sedang membuka peluang Infaq Seribu Bulan sempena penghujung Ramadan kali ini.✨
*Tujuan* kutipan ini adalah untuk menyediakan 🔊Sistem Siaraya Sekolah🔊 supaya bacaan Al-Quran, selawat dan zikir dapat diperdengarkan di seluruh kawasan sekolah bagi mewujudkan suasana tenang dan mendidik jiwa anak-anak tahfiz.💚
🗳️Anggaran kos keseluruhan hanyalah RM3,000.📥
🤔 Bayangkan setiap hari anak-anak tahfiz mendengar bacaan Al-Quran di sekolah, jiwanya dihiasi oleh selawat kepada Rasulullah junjungan tercinta dan bibirnya sentiasa meniti zikir ingat kepada Allah.💭
InsyaAllah limpahan pahala itu juga akan mengalir kepada para penyumbang sebagai sedekah jariah yang berterusan.😇
📌Kami perlukan:
*100 penyumbang yang hanya menyumbang RM30 sahaja*🔍
🧮 Tapi, cuba tuan/puan kira, berapa agaknya ganjaran yang tuan/puan akan dapat jika sumbangan RM30 ini berlaku pada Malam Lailatul Qadr? Malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Sepanjang 1000 bulan tu, tiap-tiap malam dapat pahala tuan/puan menyumbang RM30... Tu belum kira lagi ganjaran manfaat anak-anak tahfiz dapat dengar kalimah yang baik setiap hari hasil sumbangan tuan/puan.💫💫💫🤔
💰📱Jika tak terkira banyaknya, tuan/puan tak perlu tunggu lagi. Sampaikan terus sumbangan ke akaun ini ye:

💡Bank: MAYBANK
No Akaun: 555108322035
Nama Akaun: Sek. Ren. Islam Integrasi Tahfiz Sahabat Insani

atau melalui QR Code yang disertakan.
Semoga Allah membalas setiap kebaikan tuan/puan dengan ganjaran yang besar.
Terima kasih kerana membantu membina suasana Islami untuk anak-anak tahfiz kami.
Hubungi Guru Besar untuk maklumat lanjut di talian : 0126834763 Ust. Mohd Affendi

SUMBANGAN CSR BUBUR LAMBUKAlhamdulillah. Petang ini MTISI menerima sumbangan bubur lambuk dari pihak Pusat Keselamatan M...
10/03/2026

SUMBANGAN CSR BUBUR LAMBUK
Alhamdulillah. Petang ini MTISI menerima sumbangan bubur lambuk dari pihak Pusat Keselamatan Makanan Negara atau National Centre For Food Safety (NCFS).
Sumbangan ini telah disampaikan oleh Pengarah NCFS YBhg. Ts. Hj. Mohd Khairuddin Bin Mohd Talib kepada Pengetua MTISI.
YBhg. Tuan Pengarah telah diiringi oleh hulubalang-hulubalang beliau yang cukup ramah menyantuni anak-anak tahfiz MTISI sekaligus menyemarakkan lagi suasana ukhuwwah di bulan yang mulia ini.
Sambil disambut mesra oleh anak-anak MTISI, rombongan NCFS dibawa melawat ke sekitar bangunan MTISI dan diberi penerangan mengenai informasi pembinaan bangunan MTISI, program hafazan & akademik, kejayaan yang telah dicapai dan laluan kecemerlangan yang telah digapai oleh Alumni MTISI.
Kami difahamkan bahawa bubur lambuk yang disumbangkan ini adalah bubur lambuk yang istimewa. Ia dihasilkan menggunakan alat teknologi terkini yang menepati keperluan keselamatan dan kualiti makanan. Bubur yang disampaikan dengan penuh kasih sayang ini telah diadun dengan ramuan semangat kerjasama oleh kakitangan NCFS sendiri. Pasti sedap dan menggembirakan anak-anak MTISI di kala berbuka ini.
Setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan pihak kami ucapkan kepada YBhg tuan Pengarah NCFS dan seluruh pasukan atas sumbangan dan ingatan ikhlas ini.
Jazakumullahu khairan. Semoga kebaikan ini dibalas dengan limpahan keberkatan di sisi Allah SWT jua.
Jemput datang lagi ke MTISI dipertemuan yang lain. 😊
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
Apm Negeri Sembilan
Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Sahabat Insani

✨10 TINDAKAN DI 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN✨Ayuh sama-sama ibu ayah, kita fokus 10 tindakan bersama ahli keluarga kita da...
10/03/2026

✨10 TINDAKAN DI 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN✨
Ayuh sama-sama ibu ayah, kita fokus 10 tindakan bersama ahli keluarga kita dan anak-anak SRIITSI mengejar keberkatan dan keampunan.
Pasti, tidak akan diperolehi pada malam-malam biasa yang lain kerana keistimewaan ini hanya ada pada Ramadhan.
Kita didik anak-anak kita sekali ye.

😊Kata Nabi SAW : SENYUMAN ITU SEDEKAH😊Dengan senyuman, ia boleh merubah banyak perkara. Ya, senyum boleh merubah hormon ...
10/03/2026

😊Kata Nabi SAW : SENYUMAN ITU SEDEKAH😊
Dengan senyuman, ia boleh merubah banyak perkara.
Ya, senyum boleh merubah hormon dalam badan secara positif. Apabila tersenyum, otot muka merangsang pengeluaran endorfin (hormon gembira) yang bertindak sebagai pengurangkan rasa takut, tidak selesa, dan kesakitan semulajadi. Ia juga membantu merembeskan serotonin untuk kawal emosi dan menurunkan tekanan darah.
Dah melepasi separuh Ramadhan dah kita. Terus fokus mengejar malam > seribu bulan.

🗳️TABUNG IHYA’ RAMADHAN SRIITSI 2026💵ASSALAMUALAIKUM WBT,Kepada Ibubapa/penjaga/waris anak-anak SRIITSI sesi 2026 yang d...
05/03/2026

🗳️TABUNG IHYA’ RAMADHAN SRIITSI 2026💵

ASSALAMUALAIKUM WBT,

Kepada Ibubapa/penjaga/waris anak-anak SRIITSI sesi 2026 yang dirahmati Allah swt,

Sukacitanya, seiring dengan keberkatan bulan Ramadhan, pihak sekolah sedang menjalankan Program Ihya’ Ramadhan. Program ini berhasrat menyuburkan amalan dan penghayatan Ramadhan dalam diri anak-anak.

Justeru, Tabung Infaq Ihya’ Ramadhan turut dilancarkan bertujuan untuk melatih anak-anak dengan amalan bersedekah/ berinfaq di bulan Ramadhan yang digandakan pahalanya.

Sumbangan yang diberikan akan digunakan untuk melancarkan semua aktiviti dan program yang akan dijalankan sepanjang bulan yang mulia ini demi manfaat dan galakan penglibatan semua anak-anak.

Ibu ayah boleh membekalkan anak-anak dengan duit ringgit untuk dimasukkan dalam tabung atau menyumbang melalui QR Code yang disediakan di pintu masuk sekolah.

Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang membawa keberkatan kepada semua.

Marilah kita manfaatkan peluang ini untuk memperbanyakkan amalan dan mendapatkan ganjaran pahala di bulan yang mulia ini.

✨Tadabbur Kalamullah 5 Ramadhan✨SEDEKAH AMALAN KE SYURGAOleh : BAKRI BIN AMBOALA, Bahagian Dakwah JAKIMإِنَّ ٱلۡمُصَّدِّ...
23/02/2026

✨Tadabbur Kalamullah 5 Ramadhan✨
SEDEKAH AMALAN KE SYURGA
Oleh : BAKRI BIN AMBOALA, Bahagian Dakwah JAKIM
إِنَّ ٱلۡمُصَّدِّقِينَ وَٱلۡمُصَّدِّقَٰتِ وَأَقۡرَضُواْ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنٗا يُضَٰعَفُ لَهُمۡ وَلَهُمۡ أَجۡرٞ كَرِيمٞ ١٨

"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah (membenarkan Allah dan Rasul-Nya) dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), nescaya akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka p**a akan beroleh pahala yang mulia."

[Surah al-Hadid 18]

Antara amalan yang digalakkan untuk dilakukan ialah bersedekah. Amalan yang mudah dan menjanjikan pahala yang besar dan berganda-ganda. Bahkan sifat dermawan merupakan sifat orang yang bertaqwa. Orang yang kuat bersedekah akan memasuki syurga melalui pintu sedekah.

(Rujuk HR al-Bukhari).

Bersempena kita berada di bulan Ramadhan ini, maka sepatutnya kita menggandakan amal sedekah kita dan menjadi manusia yang paling pemurah berbanding di bulan yang lain.

Sayidina Ibnu Abbas RA berkata: "Rasulullah SAW adalah orang yang paling pemurah dalam berbuat kebajikan. Rasulullah saw akan menjadi lebih pemurah terutama di bulan Ramadan. Kerana setiap tahun Jibril selalu menemui baginda tiap-tiap malam, hingga habis bulan Ramadan. Rasulullah SAW memperdengarkan bacaan al-Quran kepadanya (dan Jibril menyemak). Apabila Jibril mendatanginya, baginda akan lebih banyak lagi berbuat kebajikan (lebih pemurah) melebihi dari angin yang bertiup."
(HR Muslim)

Antara perkara yang kita boleh lakukan dengan harta dan wang kita untuk bersedekah:

1. Infaq untuk pembinaan masjid, surau, sekolah, tempat menuntut ilmu, rumah anak yatim dan seumpamanya.
2. Wakaf mesin air minuman.
3. Infaq al-Quran, buku agama dan buku yang bermanfaat.
4. Membiayai anak yatim, ibu tunggal, fakir miskin dan orang sakit.
5. Membiayai para pelajar menuntut ilmu.
6. Membina atau menyediakan rumah untuk fakir miskin dan orang musafir.
7. Membiayai para alim ulamak dan orang yang menyampaikan ilmu.
8. Belikan barang-barang keperluan dan kemudahan untuk masjid/surau.
9. Mewaqafkan kenderaan untuk kerja-kerja kebajikan dan khidmat kemasyarakatan.
10. Membiayai golongan yang kurang berkemampuan menunaikan ibadah umrah/haji.
11. Menyediakan makanan dan minuman utk orang yang memerlukan dan juga binatang yang berkeliaran.
12. Dan apa sahaja yang berunsur kebaikan dan kebajikan.

Selain itu, terdapat beberapa jenis perbuatan yang dianggap sedekah / beroleh ganjaran sedekah:
1. Memberi senyuman dan bermanis muka.
2. Melakukan kerja amar mahruf nahi mungkar.
3. Menolong menyelesaikan masalah orang lain.
4. Memberi khidmat/pertolongan kepada orang yang memerlukan.
5. Mendamaikan orang yang bersengketa.
6. Menolong mengangkat barangan (meringankan beban orang lain).
7. Melangkah kaki ke tempat solat (tempat yang baik).
8. Membuang duri atau perkara yang menghalang laluan di jalan.
9. Tidak mengganggu, menyusah dan menyakiti orang lain.
10. Dan segala perbuatan baik yang dianjurkan oleh agama.

Selain itu, Islam menganjurkan beberapa adab dalam memberi dan menerima sedekah:
1. Ikhlas.
2. Memberi barang yang baik dan disayangi.
3. Tidak mengungkit pemberian.
4. Tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk.
5. Mengucapkan terima kasih saat menerima.
6. Menghargai pemberian orang lain dengan menjaganya.
7. Tidak meminta-meminta akan sesuatu.

لَن تَنَالُواْ ٱلۡبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَۚ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيۡءٖ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٞ ٩٢

"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya."

[Surah Aali Imran 92]

Rebutlah peluang Ramadhan ini dengan memperbanyakkan sedekah dan melakukan kebaikan. Tunaikan segera kerana belum tentu kita akan hidup lagi pada esok hari dan pada Ramadhan yang akan datang.

INFAQ NAIK TARAF SISTEM PEMBESAR SUARA TAHFIZ"Jom kita bantu bina generasi anak-anak yang cinta agama dan al-Quran"Assal...
10/02/2026

INFAQ NAIK TARAF SISTEM PEMBESAR SUARA TAHFIZ

"Jom kita bantu bina generasi anak-anak yang cinta agama dan al-Quran"
Assalamualaikum wrt wbt
Dato', Datin, Tuan dan Puan yang dirahmati Allah SWT sekalian,
Mohon bantuan untuk sumbangan Infaq Naik Taraf Sistem Pembesar Suara Dewan Dan Aras Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Sahabat Insani (SRIITSI) ini.
Tahun ini kami bercadang untuk membina suasana al-Quran dan zikir di SRIITSI. Selain sebagai terapi dan membantu ingatan hafazan, ia juga dapat membentuk cara bacaan berlagu dalam diri anak-anak semasa keadaan santai. Kita biasakan kehidupan harian anak-anak ini dengan alunan al-Quran selawat dan zikir.
Disamping itu, usaha naik taraf ini juga membantu menyediakan sistem siaraya yang baik untuk aktiviti dewan serta membantu proses memanggil anak-anak dengan lebih jelas pada waktu p**ang.
Justeru, kami menjemput Dato', Datin, Tuan dan Puan sekalian untuk menyumbang dan juga membantu menyebarkan iklan ini bagi menjayakan hasrat murni demi manfaat semua anak-anak tahfiz SRIITSI.
Sasaran kutipan infaq ialah RM3,000.00 dan boleh disumbangkan melalui QR Code atau transfer ke akaun sekolah:
Maybank
5551 0832 2035
Sek. Rendah Islam Integrasi Tahfiz Sahabat Insani
Segala kerjasama sumbangan dan bantuan Dato', Datin, Tuan & Puan sekalian amatlah kami hargai. Semoga dilimpahi keberkatan di bulan Syaaban yang mulia ini dan mudah-mudahan kita diberi kesempatan meraih limpahan pahala Ramadhan.
Jazakumullahu khairan.

Sambungan gambar aktiviti bersama anak-anak MTISI pada petang semalam untuk program  The Courage Code : Speak. Stop. Sta...
27/01/2026

Sambungan gambar aktiviti bersama anak-anak MTISI pada petang semalam untuk program The Courage Code : Speak. Stop. Stay safe - Stop Sexual Harrasment!
MTISI sekali lagi merakamkan jutaan penghargaan buat Prof. Dr. Siti Aishah dan seluruh jawatankuasa aktiviti serta peserta program dari Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling Fakulti Pendidikan UPM atas jasa bakti dan ilmu yang disumbangkan melalui program ini.
Terima kasih.
Universiti Putra Malaysia
Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling - JPKPK UPM

Mengajar dan belajar.Hari ini (17 Januari 2026) di MTISI berlangsung program The Courage Code : Speak. Stop. Stay safe -...
27/01/2026

Mengajar dan belajar.
Hari ini (17 Januari 2026) di MTISI berlangsung program The Courage Code : Speak. Stop. Stay safe - Stop Sexual Harrasment!
Program bermula 9.00 pagi hingga 5.30 petang ini merupakan program bersama pelajar Bacelor dan Master Pendidikan (Bimbingan dan kaunseling) Universiti Putra Malaysia (UPM).
Sesi pagi tadi melibatkan para muaddib dan muaddibah bersama 13 orang pelajar Bacelor atas tema Cakna dan Runding.
Turut hadir bersama pada pagi ini ialah YBhg. Prof. Dr. Siti Aishah Hassan yang merupakan pensyarah program. Dalam ucapan beliau, Prof. menyatakan bahawa isu gangguan seksual perlu difahami hatta kepada guru dan murid-murid tahfiz. Isu ini bersifat merentas dan individu dalam bidang agama turut terdedah kepada jenayah ini.
Melalui program pagi ini, muaddib dan muaddibah mendapat pendedahan tentang bagaimana mengenali dan membantu menangani gangguan seksual.
Selepas ini akan berlangsung program sesi petang bersama anak-anak MTISI p**a.
Pihak kami merakamkan jutaan penghargaan buat Prof. Dr. Siti Aishah dan seluruh jawatankuasa aktiviti serta peserta program dari Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling Fakulti Pendidikan UPM atas jasa bakti dan ilmu yang disumbangkan melalui program ini.
Terima kasih.
Universiti Putra Malaysia

Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling - JPKPK UPM

Address

PT12882-12886, Jalan BBN1/7D, Putra Nilai
Nilai
71800

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+6068569995

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sahabat Insani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Sahabat Insani:

Share