IQRA' Centre for Ummah

Directions

IQRA' Centre for Ummah FB page rasmi IQRA' Centre for Ummah,
Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM

’Centre🤍

LENSA PENGHARGAAN MAHASISWA USIM ATAS PENCAPAIAN NAIB JOHAN (TILAWAH LELAKI) MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN QURAN ANTARABANG...
12/10/2026

LENSA PENGHARGAAN MAHASISWA USIM ATAS PENCAPAIAN NAIB JOHAN (TILAWAH LELAKI) MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN QURAN ANTARABANGSA

10/10/2026
[UCAPAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA]IQRA’ Centre for Ummah USIM men...
10/10/2026

[UCAPAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA]

IQRA’ Centre for Ummah USIM mengucapkan sekalung tahniah buat Cik Hasnul Taqiyuddin bin Cik Sazali, pelajar Tahun 4, Program Pengajian Quran dan Sunnah, atas kejayaan meraih Naib Johan Kategori Tilawah Lelaki dalam Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa bagi tahun 1448H/2026M.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga USIM untuk terus mencintai, menghayati dan berkhidmat kepada al-Quran. Didoakan agar Allah SWT sentiasa mengurniakan keikhlasan, keberkatan dan kekuatan dalam meneruskan perjuangan memartabatkan kalam-Nya, serta terus cemerlang dalam setiap bidang yang diceburi.

SECRETARIAT OF IQRA’ CENTRE FOR UMMAH & NADI HUFFAZ USIM
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Ucapan selamat maju jaya diucapkan kepada saudara CIK HASNUL TAQIYUDDIN CIK SAZALI, pelajar Tahun 3 Program Pengajian Qu...
05/10/2026

Ucapan selamat maju jaya diucapkan kepada saudara CIK HASNUL TAQIYUDDIN CIK SAZALI, pelajar Tahun 3 Program Pengajian Quran dan Sunnah, Semoga bengkel persediaan ini menjadi penanda aras untuk kejayaan yang lebih besar di Majlis Tilawah Dan Hafazan Quran Antarabangsa

*TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA WAKIL USIM*Sekalung tahniah diucapkan kepada enam peserta yang telah berjaya melepasi *Saring...
01/10/2026

*TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA WAKIL USIM*

Sekalung tahniah diucapkan kepada enam peserta yang telah berjaya melepasi *Saringan Akhir Majlis Hafazan al-Quran Peringkat Negeri Sembilan 2026/1448H* dan seterusnya terpilih sebagai wakil *Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)* ke peringkat seterusnya.

Senarai Nama Peserta yang berjaya:

*Kategori 1–10 Juzuk*
*Muhammad Umar Aqil bin Zamri*
Sarjana Muda Pengajian Qiraat dengan Kepujian, Tahun 2

*Kategori 1–20 Juzuk (Perempuan)*
*Amni Nadiah binti Md Noh*
Sarjana Muda Sains dalam Teknologi Kimia Industri dengan Kepujian, Tahun 3

*Nur Irdina binti Shahrin Zamani*
Sarjana Muda Pengajian Qiraat dengan Kepujian, Tahun 3

*Saidatunnisa binti Mohd Baghawi Jalaluddin*
Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Komunikasi (Kepujian), Tahun 3

*Aisyah Nabihah binti Noor Hisham*
Tamhidi Syariah dan Undang-Undang

*Kategori 1–20 Juzuk (Lelaki)*
*Muhammad Zufarun Naufal bin Fakharudin*
Sarjana Muda Pengajian Qiraat dengan Kepujian, Tahun 2

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh hafazan, meningkatkan mutu bacaan dan membawa nama USIM dengan penuh amanah serta kecemerlangan.

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan para peserta dan mengurniakan kejayaan yang terbaik dalam *Majlis Hafazan al-Quran Peringkat Negeri Sembilan 2026/1448H*.

*SECRETARIAT OF IQRA’ CENTRE FOR UMMAH*
*UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA*

[ TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA ATAS PELANTIKAN IMAM RAWATIB ]IQRA’ Centre for Ummah merakamkan ucapan tahniah kepada Sa...
30/09/2026

[ TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA ATAS PELANTIKAN IMAM RAWATIB ]

IQRA’ Centre for Ummah merakamkan ucapan tahniah kepada Saudara Muhammad Fakhrul Islam bin Jeferydin, Alumni USIM, atas pelantikan beliau sebagai Imam Rawatib di Osaka Islamic Centre, Jepun bagi tempoh Oktober 2026 hingga Januari 2027.

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen dan kecemerlangan beliau dalam bidang al-Quran.

Pihak IQRA’ Centre for Ummah mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan oleh Allah dan dikurniakan petunjuk serta hidayah-Nya dalam menunaikan amanah ini dengan sebaiknya.

وفقك الله لما يحب ويرضى

SECRETARIAT OF IQRA’ CENTRE FOR UMMAH 2025/2026
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA


’Centre

📢*HEBAHAN PENCARIAN PESERTA MAJLIS HAFAZAN AL-QURAN DENGAN QIRAAT PERINGKAT NEGERI SELANGOR*📢بسم الله الرحمن الرحيمAssal...
08/09/2026

📢*HEBAHAN PENCARIAN PESERTA MAJLIS HAFAZAN AL-QURAN DENGAN QIRAAT PERINGKAT NEGERI SELANGOR*📢

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t. ✨

Sukacita dimaklumkan bahawa Secretariat of Iqra’ Centre for Ummah (SIC) 2025/2026 sedang membuka permohonan penyertaan kepada mahasiswa/i Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk menyertai:

📖 Majlis Hafazan Al-Quran dengan Qiraat Peringkat Negeri Selangor

Butiran Pertandingan:

- Juzuk: 1–10
- Qiraat: Imam Nafi‘ dan Ibn Kathir
- Tarikh Pertandingan: 17 Oktober 2026

🎓 Kelayakan Peserta:
Terbuka kepada mahasiswa/i Ijazah Sarjana Muda Tahun 1 hingga Tahun 4, USIM.

✨ Kursus & latihan kepada peserta disediakan.

🗓️ Tarikh Tutup Permohonan:
18 September 2026

📝 Pautan Permohonan:
https://forms.gle/QGtUoM3Bxct484rJ6

Ayuh rebut peluang ini untuk memperkasa kecintaan terhadap Al-Quran, di samping mengembangkan penguasaan dalam bidang hafazan dan qiraat.

📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Alif: 014-804 2065
Izzah: 011-4039 1787

LENSA PROGRAM JAULAH KESUKARELAWAN SEMARAK SISWA MADANI
09/08/2026

LENSA PROGRAM JAULAH KESUKARELAWAN SEMARAK SISWA MADANI

Address

Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah, USIM
Nilai
71800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IQRA' Centre for Ummah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share