11/10/2016
Assalamualaikum wbt.
Cuma tinggal 10 saja hari lagi sebelum berlansungnya Seminar Fiqh Pergigian Nusantara 2016.
Terima kasih kami ucapkan kepada mereka yang telah mendaftar. Jumlah peserta yang kami terima amat memberansangkan. Kini, kami sedang bertungkus lumus untuk memastikan seminar ini berjalan dengan lancar.
Sekiranya masih ada yang berminat dan masih belum mendaftar, silalah melayari laman sesawang kami di
http://fpn2016.usim.edu.my
Untuk makluman peserta yang telah mendaftar, berikut adalah beberapa tatacara pemakaian yang perlu dipatuhi untuk masuk ke dalam Perkasa Ballroom, Wisma Perwira Kuala Lumpur.
Kod Etika Pakaian :
Berpakaian sopan
- Baju berkolar dan berlengan
- Seluar panjang/ skirt di bawah paras lutut
- Kasut bertutup
Anda DILARANG sama sekali untuk memakai pakaian yang tidak sopan.
- Baju tanpa kolar/
- Memakai selipar/ capal
- Memakai baju tanpa lengan
- Memakai seluar pendek/skirt pendek atas lutut
Untuk maklumat lanjut, sila ke pautan berikut :
http://www.mod.gov.my/ms/hubungi-kami/panduan-pelawat.html -pemakaian
Jumpa disana.
InsyaAllah.