Institut Sains Islam - ISI, USIM

Institut Sains Islam - ISI, USIM Institut Sains Islam (ISI) merupakan lambang usaha Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk memu

Pihak Institut Sains Islam (ISI) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Madya Dr. Mash*tah binti Sulaiman, Felo...
12/05/2026

Pihak Institut Sains Islam (ISI) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Madya Dr. Mash*tah binti Sulaiman, Felo Bersekutu ISI atas penerimaan Pingat Perkhidmatan Cemerlang daripada Kementerian Pendidikan Tinggi sempena Pentas Apresiasi Bintang dan Legasi Kementerian Pendidikan Tinggi Tahun 2026.

Pengiktirafan ini merupakan penghargaan terhadap kecemerlangan perkhidmatan beliau sepanjang tahun 2025, termasuk sumbangan bermakna dalam memperkasa pengembangan ilmu Sains Islam melalui pelbagai wacana intelektual, diskusi ilmiah dan aktiviti kemasyarakatan. Semoga terus cemerlang dan menjadi inspirasi kepada masyarakat serta dunia akademia.

Institut Sains Islam (ISI) telah menyertai bengkel yang dianjurkan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI)...
12/05/2026

Institut Sains Islam (ISI) telah menyertai bengkel yang dianjurkan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) pada 5 Mei 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat PPPI.

Bengkel ini telah disampaikan oleh Prof. Dato' Dr. Mohamed Isa Abd Majid yang turut membimbing para penyelidik ISI dalam memahami keperluan penyelidikan secara menyeluruh.

Penganjuran bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada para penyelidik Kump**an Penyelidikan (KUP) Universiti Sains Islam Malaysia berkaitan dokumentasi dan strategi bagi memacu kecemerlangan penyelidikan.

Buku terbitan terkini ISI dengan kerjasama Unit Khazanah Ilmu Turath (U-KIT) USIM “Risalah Manhaj Ahli al-Sunnah oleh Tu...
14/04/2026

Buku terbitan terkini ISI dengan kerjasama Unit Khazanah Ilmu Turath (U-KIT) USIM “Risalah Manhaj Ahli al-Sunnah oleh Tuan Guru Abdul Qadir bin Wangah (1921-1991)”.

Buku ini adalah hasil kajian transliterasi dan analisis Risalah Manhaj Ahli al-Sunnah oleh Tuan Guru Abdul Qadir bin Wangah (1921-1991) atau Ayah Dir Sekam yang merupakan salah seorang ulama tersohor dalam bidang Usuluddin dari Patani, Thailand. Buku ini membincangkan mengenai pentafsiran ayat-ayat mutasyabihat yang terdapat dalam al-Quran dan hadis. Buku ini turut memberikan 18 contoh ayat mutasyabihat, perbincangan berkenaan maksud hadis jariyah dan menjawab dua persoalan umum daripada kalangan awam berkenaan kiblat doa dan dalil menyucikan (tanzih) Allah Taala. Risalah Manhaj Ahli al-Sunnah oleh Ayah Dir Sekam adalah salah satu teks akidah Islam yang sangat sesuai untuk diambil isi-isi pentingnya dan panduan-panduan ringkas sebagai rujukan masyarakat Islam di Nusantara, atau Malaysia khususnya.

Tahniah kepada barisan penulis buku Dr. Wan Fazrul Azdi Wan Razali (Felo Bersekutu ISI/ FKP), En. Mohammad Aizuddin Abdul Aziz (Pengarah Unit Khazanah Ilmu Turath -U-KIT), Tn. Syed Salim Syed Shamsuddin (FSU) dan En. Muhammad Farid Wajdi Ab. Rahim (USIM PACE).

Dipanjatkan doa kepada Allah swt buat penulis/ penyusun Allahyarham Dr. Mohd Faisal Mohamed atas sumbangannya, semoga dicatat sebagai amal jariah yang berkekalan.

Alhamdulillah for the opportunity for the Islamic Science Institute (ISI) to meet with the Deputy Vice Chancellor (Resea...
06/04/2026

Alhamdulillah for the opportunity for the Islamic Science Institute (ISI) to meet with the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation), Prof. Ts. Dr Mohd Ikmar Nizam Hj Mohamad Isa, as part of USIM’s research cluster.

Our discussion highlighted ISI’s role in advancing research in Islamic Science, grounded in the concept of wholeness, an integrative epistemological approach rooted in Tawhid, as well as the responsibility of the khalifah in upholding the amanah of sustainability as an integral dimension of all scientific inquiry. This vision should be manifested through research and publications that contribute to the enrichment of knowledge.

In the spirit of the month of Shawal, ISI extends our warmest Eid Mubarak greetings to the Deputy Vice Chancellor and all.

20/03/2026

Taqabbalallahu minna wa minkum.
May Allah swt accept (our good deeds) from us and you.

Eid Mubarak from Islamic Science Institute (ISI) USIM.

“Para ulama menekankan keseimbangan antara khawf (bimbang) dan raja’ (harapan) dalam beribadah. Khawf menjadikan seseora...
18/03/2026

“Para ulama menekankan keseimbangan antara khawf (bimbang) dan raja’ (harapan) dalam beribadah. Khawf menjadikan seseorang sentiasa bimbang jika amalannya tidak diterima oleh Allah kerana kelemahan dan kekurangan dirinya. Perasaan ini menjadikan seseorang tidak mudah berasa puas atau bangga dengan ibadah yang telah dilakukan.

Dalam masa yang sama, raja’ p**a menumbuhkan harapan yang besar terhadap rahmat Allah SWT. Seorang hamba berharap agar segala amal yang dilakukan sepanjang Ramadan diterima oleh Allah, walaupun amal tersebut mungkin tidak sempurna. Para salafussoleh sering menunjukkan sikap ini. Walaupun mereka bersungguh-sungguh dalam ibadah, mereka tetap berdoa dan berharap agar Allah menerima amalan tersebut.”

Bacaan penuh penulisan Dr Mohd Nizwan Musling, Felo Bersekutu Institut Sains Islam (ISI) di pautan berikut:

Sebelum tibanya Ramadan dahulu, ramai antara kita berdoa dengan penuh harapan agar dipanjangkan umur dan dipertemukan dengan bulan yang mulia ini.

This podcast invites us to reflect on Ramadan as a madrasah that nurtures the soul and shapes the self. It not only stre...
18/03/2026

This podcast invites us to reflect on Ramadan as a madrasah that nurtures the soul and shapes the self. It not only strengthens acts of worship but also offers health benefits through changes in eating habits, metabolic balance (metabolic reset), and the wonders of autophagy.

The question then is what good practices, from both the perspective of ibadah and health, can be sustained beyond Ramadan. The key lies in istiqamah, maintaining consistency in our practices, even if they are small, but continuous.

🎙️ *PODCAST USIM:* "Ramadan: Sinergi Ilmu, Rohani dan Kesihatan"Podcast ini mengajak kita melihat Ramadan sebagai madras...
18/03/2026

🎙️ *PODCAST USIM:* "Ramadan: Sinergi Ilmu, Rohani dan Kesihatan"

Podcast ini mengajak kita melihat Ramadan sebagai madrasah yang membentuk jiwa dan disiplin diri. Selain memperkukuh ibadah, Ramadan juga membawa manfaat kesihatan melalui perubahan tabiat pemakanan, keseimbangan metabolik (metabolic reset) dan proses autophagy. Amalan baik ini wajar diteruskan selepas Ramadan dengan mengekalkan sikap istiqamah, walaupun melalui amalan kecil tetapi berterusan.

🗣️Panel Jemputan:
*Prof. Madya Dr. Mohd Radzniwan bin A Rashid*
(Pensyarah, FPSK | Felo Bersekutu ISI)

*Dr. Muhammad Akmalludin bin Mohd Hamdan*
(Pensyarah, FPQS)

🧑🏻‍💼Moderator :
*Dr. Mohamad Hafizuddin Mohamed Najid*
(Pensyarah, FPQS | Felo Bersekutu ISI)

📺 Jom saksikan episod penuh di https://youtu.be/guqvQUcFgSQ !

Podcast ini mengajak kita bermuhasabah melihat Ramadan sebagai sebuah madrasah yang mendidik jiwa dan membentuk diri. Ia bukan sahaja memperkukuh amalan ibad...

This podcast explores the mechanisms used to determine the first of Syawal, marking the commencement of Eid al-Fitr in M...
17/03/2026

This podcast explores the mechanisms used to determine the first of Syawal, marking the commencement of Eid al-Fitr in Malaysia.

The determination of the first of Syawal is carried out through hisab (astronomical calculation), rukyah (crescent observation), or imkanur rukyah (crescent visibility criteria), taking into account minimum conditions such as a moon altitude of 3° and an elongation of 6.4° at sunset. The visibility of the crescent moon (hilal) determines whether the month of Ramadan ends at 29 days or is completed to 30 days. This process reflects the excellence of the tradition of ilmu falak (Islamic astronomy) in Islamic civilisation, which from its earliest days has encouraged scientific study of the natural world. At the same time, it highlights the regional cooperation and shared expertise among Southeast Asian countries, which exchange data, methodologies, and expertise to ensure accuracy and consistency in determining the Islamic calendar.

The episode features Associate Professor Dr Mualimin Mochammad Sahid from the Faculty of Syariah and Law, and is hosted by Dr Fadhlina Alias, Associate Fellow at the Islamic Science Institute (ISI), USIM

🎙️ PODCAST USIM: "Raya Mengejut? Rahsia di Sebalik Penentuan 1 Syawal"Penentuan 1 Syawal sering menjadi topik perbincang...
17/03/2026

🎙️ PODCAST USIM: "Raya Mengejut? Rahsia di Sebalik Penentuan 1 Syawal"

Penentuan 1 Syawal sering menjadi topik perbincangan setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri. Mengapa kadangkala timbul jangkaan bahawa Hari Raya mungkin berlaku lebih awal atau “mengejut”? Episod podcast ini mengupas rahsia di sebalik sistem kalendar Islam serta kaedah falak yang digunakan dalam menentukan permulaan bulan Syawal. Saksikan perkongsian yang menarik tentang bagaimana ilmu falak membantu memahami proses penentuan tarikh penting dalam Islam dengan lebih jelas dan berautoriti. Episod kali ini menampilkan:

*Podcaster:*
Prof. Madya Dr. Mualimin Mochammad Sahid
Pensyarah, Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU)

*Moderator:*
Dr. Fadhlina Alias
Felo Bersekutu ISI | Pensyarah, Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU)

“Perbezaan tarikh hari raya bukanlah tanda kekeliruan dalam Islam, tetapi melambangkan keluasan ijtihad dalam tradisi keilmuwan Islam itu sendiri.”

📺 Jom saksikan episod penuh di https://youtu.be/pkgNjjlMlnA !

Penentuan 1 Syawal sering menjadi topik perbincangan setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri. Mengapa kadangkala timbul jangkaan bahawa Hari Raya mungkin ...

“Pada masa sama, perubahan keseimbangan kuasa global yang semakin beralih ke Timur membuka ruang kepada Asia untuk memai...
14/03/2026

“Pada masa sama, perubahan keseimbangan kuasa global yang semakin beralih ke Timur membuka ruang kepada Asia untuk memainkan peranan lebih aktif dalam membentuk norma sistem antarabangsa. Ini termasuk membawa perspektif nilai dan tradisi perundangan yang lebih pelbagai.”

“Konsep perdamaian atau sulh dalam tradisi Islam, misalnya, menekankan diplomasi, mediasi dan timbang tara yang bertujuan memulihkan hubungan serta mencapai penyelesaian yang adil.”

Bacaan penuh di Utusan Malaysia:

https://www.utusan.com.my/premium/2026/03/kembali-ke-meja-rundingan-demi-keamanan-dunia/

Address

Level 6 Tamhidi Building Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Nilai
71800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Sains Islam - ISI, USIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Institut Sains Islam - ISI, USIM:

Share