Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail

Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail
Kementerian Pendidikan Tinggi
Hab Pendidikan Tinggi Pagoh

Ini adalah akaun rasmi facebook Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail yang terletak di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, Muar, Johor.

PTSNevents | 30 Ogos - 3 September 2026 |3rd International Conference on Education Development (INCEDD 3.0 2026)Puan Nor...
03/09/2026

PTSNevents | 30 Ogos - 3 September 2026 |

3rd International Conference on Education Development (INCEDD 3.0 2026)

Puan Normazita Binti Mat Ali, Ketua Program Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Instrumentasi (DEI), Jabatan Kejuruteraan Petrokimia telah menyertai persidangan antarabangsa ini yang berlangsung di TTC Hotel, Da Lat, Vietnam sebagai pembentang.

Beliau telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Reliability and Validity of the Malaysian Polytechnic Lecturers’ Assessment Literacy Test Instrument (UL3PM) Using the Rasch Model: A Pilot Study” kepada komuniti akademik dan penyelidik antarabangsa.

Penyertaan dalam persidangan bertemakan “Sustaining Educational Transformation Through Intelligent, Inclusive and Ethical Digitalization” ini merupakan satu usaha strategik untuk berkongsi hasil penyelidikan berkaitan kebolehpercayaan dan kesahan Instrumen Ujian Literasi Pentaksiran Pensyarah Politeknik Malaysia (UL3PM) menggunakan Model Rasch.

Penglibatan ini turut memberikan pendedahan terhadap perkembangan terkini dalam penyelidikan pendidikan, pentaksiran dan pendigitalan pendidikan yang inklusif serta beretika. Selain meningkatkan kepakaran dan penguasaan ilmu, penyertaan ini juga membuka ruang untuk memperluas jaringan profesional dan kerjasama penyelidikan pada peringkat antarabangsa.

Diharapkan, penglibatan ini dapat memperkukuh budaya penyelidikan dan inovasi dalam kalangan warga PTSN, meningkatkan kualiti amalan pentaksiran dalam pendidikan TVET serta menyumbang kepada pembangunan pensyarah dan graduan yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi transformasi pendidikan digital. Pencapaian ini sekali gus mengangkat nama PTSN di persada pendidikan antarabangsa.




KARNIVAL PSH PTSN 2026 KINI KEMBALIIngin mempelajari sesuatu yang baharu, meningkatkan kemahiran atau mencuba sesuatu ya...
03/09/2026

KARNIVAL PSH PTSN 2026 KINI KEMBALI

Ingin mempelajari sesuatu yang baharu, meningkatkan kemahiran atau mencuba sesuatu yang berbeza?

Jom sertai pelbagai kursus pendek yang menarik dan praktikal! Daripada *solekan, sulaman dan penghasilan sabun* hingga AI, ESP32, bakeri dan reka bentuk 3D — ada sesuatu untuk semua!

📣 Maklumat Program:
📅 Tarikh:12 September 2026 (Sabtu)
⏰ Masa:9.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Lokasi: Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail

Yuran bermula serendah RM10 dengan tempat yang terhad!

Tidak kira anda *pelajar, guru, ibu bapa, atau daripada komuniti setempat*, semua dialu-alukan untuk menyertai program ini.

TINGKATKAN KEMAHIRAN. PERKASAKAN POTENSI.
Jom belajar, cuba sesuatu yang baharu dan berkembang bersama PTSN

‼️ DAFTAR SEKARANG‼️
https://app.mypolycc.edu.my/epsh/poli/borang/
Sebarang pertanyaan:
06-974 2234
Tempat terhad! Daftar sekarang

FESTIVAL OF IDEASAURORA PTSN 2026: MYFUTUREJOBSIlluminate Your Career PathMasa untuk buka lebih banyak peluang, kenal du...
03/09/2026

FESTIVAL OF IDEAS
AURORA PTSN 2026: MYFUTUREJOBS
Illuminate Your Career Path

Masa untuk buka lebih banyak peluang, kenal dunia industri dan mungkin… temui kerjaya yang anda cari!

📅 12 September 2026 | Sabtu
📍 Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail

Apa yang menanti anda?

Inspirasi Kerjaya – dengarkan sendiri perjalanan alumni dari kampus ke dunia industri

Taklimat Talent Development Programmes
Taklimat MyFutureJobs bersama PERKESO
Pameran & Temuduga Terbuka bersama syarikat industri
Career Exploration bersama PERKESO
Peluang berinteraksi terus dengan pelbagai majikan dan wakil industri

Antara syarikat yang bakal bersama kami termasuk Malayan Flour Mills, 99 Speedmart, Apollo, Outspan, Sangsin Enertech, STINIS, URC Munchy’s, Cosmos, Dialog, UCAL Techs, Hexagon Synergy dan banyak lagi!

Your opportunity could start right here.

Siapkan resume.
Siapkan diri.
Bawa keyakinan.

AURORA PTSN 2026
Bukan sekadar mencari kerja — ini permulaan perjalanan kerjaya anda.

FUN WITH ESP32: Hands-on Interactive Lighting WorkshopSempena FOI PTSN 2026Nak cuba ESP32 tetapi tak pernah belajar codi...
03/09/2026

FUN WITH ESP32: Hands-on Interactive Lighting Workshop
Sempena FOI PTSN 2026

Nak cuba ESP32 tetapi tak pernah belajar coding? Jangan risau! Kursus ini direka khas untuk beginner dan anda akan belajar secara hands-on 100% - sambung, muat naik, ubah dan cipta sendiri!

📅 12 September 2026 (Sabtu )
⏰ 9.00 pagi – 1.00 petang
📍 Makmal Komputer Am, PTSN
💰 Yuran: RM20 seorang
👥 Terhad kepada 30 peserta sahaja

👨‍🏫 Penceramah:
Pn. Norazida binti Ali (Pensyarah Kanan PTSN
Tc. Muhd Amin bin Saad (Pen. Jurutera UTHM, Pagoh)

✨ Antara aktiviti:
✅ Blink LED
✅ Traffic Light
✅ RGB / NeoPixel
✅ Light Animation
✅ Mini Light Show

⚒️ Board ESP32, modul kursus, komputer disediakan.
📜Sijil Penyertaan akan diberikan kepada peserta selepas tamat kursus.

📲 Daftar sekarang melalui imbasan QR Code pada poster.
📜Pautan: https://bit.ly/FoIPTSN2026_ESP32
📣Tempat adalah terhad - siapa cepat, dia dapat!

Belajar • Bermain • Berkarya
✨ Cipta light show anda sendiri! ✨

🧑‍💻Urusetia:
Ts. Rashidah binti Lip (013-7777112)
Pn. Nuraini binti Mohd Rashid (017-7919086)
Dr. Muhamad Nazri bin Abu Shah (017-6305062)





SELAMAT BERJUANG AHLI KOSPEN PTSN! Seluruh warga Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN) ingin mengucapkan Selamat ...
30/08/2026

SELAMAT BERJUANG AHLI KOSPEN PTSN!

Seluruh warga Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN) ingin mengucapkan Selamat Berjuang kepada Ahli KOSPEN PTSN yang bakal membawa cabaran institusi kita dalam dua acara sukan berprestij di bumi bersejarah Melaka!

Sederap melangkah membawa nama PTSN ke puncak kecemerlangan sukan:

Melaka International Sport Carnival 2026 (Acara Duathlon, Run Bike Run) pada 30 Ogos 2026. Ahli Kospen yang menyertai ialah En. Mohammed Nuratiq bin Azman (Pegawai Belia dan Sukan PTSN) Semoga kayuhan padu dan larian bertenaga membawa kejayaan dalam cabaran getir multisport ini!

Melaka Fellowship Ride 2026 pada 21 November 2026. Ahli Kospen yang menyertai ialah Ts. Hamdan bin Samdin (Pengarah PTSN) Selamat mengayuh buat Tuan Pengarah, buktikan umur bukan halangan untuk cergas dan amalkan gaya hidup sihat KOSPEN!

Ayuh warga PTSN, mari kita titipkan doa dan kata-kata semangat buat mereka di ruangan komen! Semoga dikurniakan kecergasan luar biasa, strategi mantap, dan keselamatan sepanjang perlumbaan. Demi lencana di dada, lakukan yang terbaik!

MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI 2026 (ZON SELATAN) | SIDANG 3 & 4 POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED ISMAIL...
28/08/2026

MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI 2026 (ZON SELATAN) | SIDANG 3 & 4 POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED ISMAIL (PTSN)

Tarikh: 06-09-2026 (AHAD)
Masa: 0730-1800
Tempat: Dewan Wawasan, Politeknik Premier Port Dickson

Sesi Graduan: Sesi I : 2024/2025 | Sesi II : 2024/2025 | Sesi I : 2025/2026

Graduan dan ibubapa dah sedia ke untuk hari yang bersejarah ini?

Kongsikan di ruangan komen...
Share pada kawan-kawan semua...




  | 27 Ogos 2026 | *PROGRAM DERMA DARAH UNIT BERUNIFORM KELANASISWA PTSN TAHUN 2026* Program Derma Darah Unit Beruniform...
28/08/2026

| 27 Ogos 2026 | *PROGRAM DERMA DARAH UNIT BERUNIFORM KELANASISWA PTSN TAHUN 2026*

Program Derma Darah Unit Beruniform Kelanasiswa PTSN Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Ogos 2026 (Khamis) bertempat di Galleria, Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN). Program bertemakan “Setitis darah anda, sejuta harapan buat mereka yang memerlukan” ini dianjurkan oleh Pengakap Kelana Udara Daerah Kelanasiswa PTSN dengan kerjasama Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) PTSN serta Unit Perubatan Transfusi, Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar.

Inisiatif bermakna ini dianjurkan bertujuan membantu menambah dan menampung stok simpanan tabung darah bagi kegunaan pesakit di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar. Program yang berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 1.00 tengah hari ini telah mendapat sambutan amat menggalakkan daripada warga PTSN, merangkumi para pelajar berusia 18 tahun ke atas serta barisan pegawai dan staf institusi.

Penganjuran program ini mendapat sokongan dan bimbingan penuh daripada Pengarah PTSN, Ts. Hj Hamdan bin Samdin, Ketua Jabatan Sukan, Ko-Kurikulum & Kebudayaan JSKK PTSN, dan En Mohammed Nuratiq Bin Azman, Pegawai Belia dan Sukan JSKK PTSN serta Jawatankuasa Pelaksana Pelajar yang diketuai oleh Saudari Qistina Aqilah bt Mohd Faisal atas kelancaran pengurusan dari sesi pendaftaran, saringan kesihatan hingga ke sesi menderma darah.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga PTSN yang tampil menyumbang dan menyahut seruan murni ini. Penglibatan aktif dalam kempen derma darah ini menjadi wadah terbaik dalam memupuk nilai kesukarelawanan, empati, serta keprihatinan sosial yang tinggi dalam diri warga PTSN demi menyelamatkan nyawa.




✨ FESTIVAL OF IDEAS PTSN 2026 | AURORA PTSN 2026 ✨Ready to Illuminate Your Career Path? 🌌🚀Sempena Festival of Ideas PTSN...
27/08/2026

✨ FESTIVAL OF IDEAS PTSN 2026 | AURORA PTSN 2026 ✨

Ready to Illuminate Your Career Path? 🌌🚀

Sempena Festival of Ideas PTSN 2026, Politeknik Tun Syed Nasir dengan kerjasama PERKESO membawakan:

🌟 AURORA PTSN 2026: MYFutureJobs

Satu platform yang menghimpunkan peluang untuk anda meneroka kerjaya, bertemu industri dan membuka pintu kepada masa depan!

🎤 Career Talks – Dapatkan inspirasi & perkongsian daripada industri
🏢 Company Booths – Kenali syarikat dan peluang kerjaya yang ditawarkan
💼 Walk-In Interview – Bawa resume, tampil yakin & rebut peluang pekerjaan
🤝 Networking Opportunities – Bina connection yang mungkin mengubah perjalanan kerjaya anda

📅 12 September 2026
📍 Politeknik Tun Syed Nasir (PTSN)
⏰ 8.00 pagi – 5.00 petang

Jangan sekadar tunggu peluang datang — datang dan cipta peluang anda sendiri. ✨

Explore. Engage. Excel.
🌌 AURORA PTSN 2026 – Illuminate Your Career Path

Part of Festival of Ideas PTSN 2026 💡










*BENGKEL LMS CIDOS SESI I: 2026/2027*Pada 26 Ogos 2026, telah berlangsung Bengkel LMS CIDOS Sesi I: 2026/2027 bertempat ...
26/08/2026

*BENGKEL LMS CIDOS SESI I: 2026/2027*

Pada 26 Ogos 2026, telah berlangsung Bengkel LMS CIDOS Sesi I: 2026/2027 bertempat di Makmal Komputer Am, Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN). Bengkel ini melibatkan seramai 52 orang pensyarah daripada Jabatan Teknologi Kimia dan Makanan (JTKM), Jabatan Kejuruteraan Petrokimia (JKPK), Jabatan Pengajian Am (JPA) serta Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK). Penceramah pada bengkel kali ini ialah En Kamal Firdausi bin Abd Razak, Pegawai Unit e-Pembelajaran (CIDOS/TeCC)

Objektif utama bengkel adalah untuk:

✅ Menyelaraskan kriteria pencapaian Blended Status bagi ketetapan aktiviti untuk satu platform (kursus) bagi tahun 2026, Sesi I: 2026/2027 di PTSN.

✅ Memastikan ahli Jawatankuasa Gerak Kerja KPI 14 dan SKT BIPD e-Pembelajaran PTSN 2026, khususnya Item 5: Blended Learning Index (BLX), mencapai status Blended bagi Sesi I: 2026/2027.

Terima kasih diucapkan kepada semua pegawai dan pensyarah atas komitmen serta penglibatan yang diberikan sepanjang bengkel ini. Diharapkan pelaksanaan bengkel ini dapat memperkukuh kefahaman dan penggunaan platform CIDOS, seterusnya memperkasakan amalan pembelajaran digital dalam kalangan pensyarah dan pelajar bagi menyokong pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang lebih efektif, interaktif dan sistematik sepanjang semester.

Semoga usaha ini terus menyemarakkan budaya pembelajaran digital di PTSN! 💻📚✨


-pembelajaranPTSN
-2027
-2035

HARI KOKURIKULUM PTSN 2026!Bakat Diserlahkan, Potensi Direalisasikan!Jom meriahkan Hari Kokurikulum PTSN 2026 dengan pel...
26/08/2026

HARI KOKURIKULUM PTSN 2026!
Bakat Diserlahkan, Potensi Direalisasikan!

Jom meriahkan Hari Kokurikulum PTSN 2026 dengan pelbagai aktiviti menarik, interaktif dan penuh keseronokan! 🤩

✨ Apa yang menanti anda?
🎨 Kelab Kaligrafi
🗣️ Kelab Bahasa Jerman
💡 Kelab Keusahawanan
🎯 Karom
🔤 Scrabble
🎲 Permainan Tradisional

📢 PENYERTAAN ADALAH TERBUKA KEPADA:
✅ Semua pengunjung Festival of Ideas PTSN 2026
✅ Pelajar yang mengambil Kursus Kokurikulum

📅 Hari: Sabtu
📆 Tarikh:12 September 2026
📍 Tempat:Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail

Marilah sama-sama kita memeriahkan Hari Kokurikulum ini!
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba aktiviti, menguji kemahiran dan memeriahkan suasana bersama rakan-rakan.

Pelbagai aktiviti menarik, cabaran menyeronokkan dan hadiah menanti anda semua!

JOM SERTAI KAMI!
Kumpulkan rakan-rakan, datang dan serlahkan bakat anda!






Address

Pagoh
84600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6069742288

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share