Pusat Pembangunan Mahasiswa Holistik dan Kepimpinan Pelajar

Pusat Pembangunan Mahasiswa Holistik dan Kepimpinan Pelajar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Pembangunan Mahasiswa Holistik dan Kepimpinan Pelajar, College & University, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN Kampus Bachok Beg Berkunci No. 01, Bachok, Kelantan, Palekbang.

MALAM ANUGERAH & APRESIASI SISWA: ANUGERAH TOKOH SISWA 🏆✨Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Terbilang UMK. 2. Su...
27/01/2025

MALAM ANUGERAH & APRESIASI SISWA: ANUGERAH TOKOH SISWA 🏆✨

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Terbilang UMK.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Anugerah & Apresiasi Siswa: Anugerah Tokoh Siswa Universiti Malaysia Kelantan akan dijalankan pada ketetapan berikut:-

> 📆 Tarikh: 20 Februari 2025 (Khamis)
> 🕣 Masa: 8:30 malam
> 📍 Tempat: Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota

3. Anugerah Tokoh Siswa UMK anjuran Pusat Pembangunan Mahasiswa Holistik dan Kepimpinan Pelajar (PPMHKP) UMK dijalankan pada setiap tahun untuk meraikan bakat, pencapaian dan sumbangan mahasiswa UMK.

4. Terdapat 14 kategori anugerah yang akan dipertandingkan, termasuk anugerah dalam Kategori Individu, anugerah dalam Kategori Pasukan serta 2 anugerah khas Tokoh Siswa Lelaki dan anugerah khas Tokoh Siswa Perempuan.

5. Senarai anugerah yang dipertandingkan, tatacara pengisian borang pencalonan dan syarat kelayakan adalah seperti yang dinyatakan di dalam poster dan dokumen yang datang bersama-sama memo ini.

6. Semua mahasiswa aktif UMK layak untuk bertanding! 🤩. Siapakah yang akan dinobatkan sebagai Tokoh Siswa UMK (Lelaki) dan Tokoh Siswa UMK (Wanita)? Mohon sekarang pada pautan dibawah! 🙂‍↕
> Kategori Individu: https://forms.gle/HszHpXdXeN2oEbkd8
> Kategori Pasukan: https://forms.gle/A22RDQ8vYZPe8EdF9

7. Tarikh tutup permohonan adalah pada ‼️ 29 Januari 2025 (Rabu) jam 11:59 malam‼️

8. Sebarang pertanyaan/ permasalahan boleh terus hubungi:-
> 📞 Pejabat PMH UMK Bachok: 09-7797410 (Pn. Zuraihah)
> 📞 Pejabat PMH Kampus Kota: 09-7717048 (Pn. Jannah)
> 📞 Pejabat PMH Kampus Jeli: 09-9477241 (Pn. Azlina)







14 JANUARI 2025 | PROGRAM SISWA BEBAS BULI PERINGKAT UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN 2025Program Siswa Bebas Buli yang dian...
15/01/2025

14 JANUARI 2025 | PROGRAM SISWA BEBAS BULI PERINGKAT UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN 2025

Program Siswa Bebas Buli yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Mahasiswa Holistik dan Kepimpinan Pelajar (PMH) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di ketiga-tiga kampus serentak, telah berlangsung dengan meriah pada 15 Januari 2025. Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Mohammad bin Ismail, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaysia Kelantan.

Program yang berjaya menarik seramai 2000 orang mahasiswa ini yang bertujuan untuk mendidik dan memberi kesedaran tentang isu buli di Universiti. Program yang membincangkan kesan buli serta cara pencegahannya telah membuka mata mahasiswa untuk mengetahui kaedah terbaik dalam menangani masalah buli dikalangan mahasiswa. PDRM juga turut serta dalam memberi taklimat kepada mahasiswa berkaitan isu buli yang semakin berleluasa di kalangan penuntut universiti.

Diharapkan agar dengan program ini dapat membentuk generasi yang lebih prihatin dan bertanggungjawab, serta menjadikan Universiti Malaysia Kelantan sebagai universiti yang bebas dari buli.







23 DISEMBER 2024 | MAJLIS PENYERAHAN AKAUN BANK MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP)Telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Ak...
24/12/2024

23 DISEMBER 2024 | MAJLIS PENYERAHAN AKAUN BANK MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP)

Telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Akaun Bank Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di UMK Bachok selaras dengan pindaan AUKU, MPP UMK telah selesai membuka akaun bagi tujuan menjalankan program pelajar. Ini bertujuan untuk memperkasakan mahasiswa dalam urusan kewangan kelab/persatuan.

Diharapkan MPP manfaatkan platform ini dengan sebaiknya dan uruskan dengan tatakelola yang betul. Hadir bersama adalah YBhg. Prof. Ts. Dr. Arham bin Abdullah, Menjalankan Fungsi Naib Canselor.







22 - 30 SEPTEMBER 2024 | UMK LEADERSHIP EXCELLENCE GROWTH ACROSS CULTURES AND YOUTH (L.E.G.A.C.Y) DI UNIVERSITI KARABUK,...
25/09/2024

22 - 30 SEPTEMBER 2024 | UMK LEADERSHIP EXCELLENCE GROWTH ACROSS CULTURES AND YOUTH (L.E.G.A.C.Y) DI UNIVERSITI KARABUK, TURKI.

Dr. Noormariana binti Mohd Din sebagai Pengarah Pusat Pembangunan Mahasiswa Holistik dan Kepimpinan Pelajar, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), telah menganjurkan program UMK Leadership Excellence Growth Across Cultures And Youth (L.E.G.A.C.Y.) iaitu program pemerkasaan kemahiran hubungan luar antara pelajar UMK dan pelajar Universiti Karabuk, Türkiye yang akan diadakan 22 - 30 September 2024 di Turkiye.

Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah Bengkel Kepimpinan, Perkhidmatan Komuniti UMK dan Universiti Karabuk, Topik Perbincangan Mengenai Program Kepimpinan Transformatif, Tema Seminar: Siri Kesedaran Global, Interaksi Antara Budaya Universiti, Debat Kepimpinan, Perbincangan Penglibatan Program Akademik dan Pelajar antara UMK dan Universiti Karabuk.

Rombongan ini diketuai sendiri oleh Dr.Noormariana Binti Mohd Din dan saudara Muhammad Abu Huzaifah Bin Zulkifli selaku Ketua Delegasi Pelajar dan 7 orang Pemimpin Pelajar Universiti Malaysia Kelantan yang lain. Semoga dengan adanya program ini mampu meningkatkan nilai tambah serta pengalaman pelajar-pelajar bagi menempuh cabaran globalisasi masa kini.







Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester II Sesi Akademik 2023/2024 kepada seluruh anak-anak pelajar Universiti Mala...
08/07/2024

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester II Sesi Akademik 2023/2024 kepada seluruh anak-anak pelajar Universiti Malaysia Kelantan.

Selamat Maju Jaya!







7 - 9 MEI 2024 | STUDENT LEADERSHIP CAMP (SLC) DI PELADANG AGRO RESORT SETIU, TERENGGANU.Seramai 147 orang mahasiswa Uni...
13/05/2024

7 - 9 MEI 2024 | STUDENT LEADERSHIP CAMP (SLC) DI PELADANG AGRO RESORT SETIU, TERENGGANU.

Seramai 147 orang mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK), telah berjaya mengikuti program kepimpinan anjuran Pusat Pembangunan Mahasiswa Holistik dan Kepimpinan Pelajar.

Pelaksanaan program yang bermula pada 7 hingga 9 Mei 2024, bertempat di Peladang Agro Resort Setiu, Terengganu pada kali ini melibatkan kepimpinan kelab/persatuan daripada kelab/persatuan yang aktif di UMK dari setiap kampus UMK, iaitu Kampus Kota, Kampus Jeli dan Bachok.

Pelaksanaan program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini, adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tambahan kepada para pelajar mengenai 'personal branding' semasa di pusat pengajian, selain memperkasakan jati diri atau etika sosial pelajar melalui modul-modul yang telah disediakan oleh pihak penganjur.







15 - 16 April 2024 | BENGKEL SISTEM AKTIVITI PELAJAR - MODUL KERTAS KERJA KELAB/PERSATUAN PELAJAR BERTEMPAT DI BILIK LEM...
20/04/2024

15 - 16 April 2024 | BENGKEL SISTEM AKTIVITI PELAJAR - MODUL KERTAS KERJA KELAB/PERSATUAN PELAJAR BERTEMPAT DI BILIK LEMBAGA SENAT, UMK KAMPUS KOTA.

Seramai 55 wakil kelab persatuan hadir bagi mengikuti bengkel yang diadakan selama 2 hari.

Hadir memberi ucaptama Ybrs. Dr. Noormariana, Pengarah PMH, serta semua pegawai PMH, serta turut hadir bagi menyelaras dan memberi penerangan berkait sistem daripada pihak CCI, Pn. Noradilah bersama kumpulan.







Salam Ramadhan buat semua Keluarga UMK dan mahasiswa/i yang beragama islam. Semoga ramadhan kali ini bermakna diraikan b...
11/03/2024

Salam Ramadhan buat semua Keluarga UMK dan mahasiswa/i yang beragama islam.

Semoga ramadhan kali ini bermakna diraikan bersama insan tersayang.







1 MAC 2024 | BENGKEL PEMANTAPAN PEMIMPIN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)Bengkel Pemantapan Pemimpim Mahasis...
10/03/2024

1 MAC 2024 | BENGKEL PEMANTAPAN PEMIMPIN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)

Bengkel Pemantapan Pemimpim Mahasiswa UMK yang telah disampaikan oleh YBrs. Encik Hirman bin Awang @ Semail, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi di Kampus Kota. Barisan MPP dan JPKK berdiskusi dan diberi kefahaman yang jelas tentang pemerkasaan Mahasiswa 2.0.

Terima kasih kepada semua atas komitmen sepanjang bengkel ini berlangsung.







27-29 FEBRUARI 2024 | PROGRAM PEMBANGUNAN KENDIRI HEPA SERTA KHIDMAT KOMUNITI TAHUN 2024Program Pembangunan Kendiri HEPA...
10/03/2024

27-29 FEBRUARI 2024 | PROGRAM PEMBANGUNAN KENDIRI HEPA SERTA KHIDMAT KOMUNITI TAHUN 2024

Program Pembangunan Kendiri HEPA serta Khidmat Komuniti bersama Keluarga HEPA dan Majlis Perwakilan Pelajar di Pulau Pangkor. Program ini telah disertai oleh hampir 120 orang staf dan MPP.

Tujuan program ini diadakan agar MPP mementingkan hubungan kerjasama yang erat bersama staf HEPA. Diharapkan dengan adanya program ini, MPP dan staf HEPA dapat bersama-sama bekerja bagi memastikan Universiti lebih cemerlang di masa hadapan.
Turut diadakan adalah program komuniti di SMK Pulau Pangkor dan SM Tahfiz Darul Ridzuan. Di SMK Pulau Pangkor, sumbangan buku telah diadakan dan di SM Tahfiz Darul Ridzuan, MPP telah mengadakan program ‘Mengapai Impian bersama MPP UMK’. Perkongsian menempuh alam universiti dan sesi motivasi diadakan di sana.

Terima kasih kepada Keluarga HEPA dan MPP atas komitmen sepanjang program ini.







15 FEBRUARI 2024 | MAJLIS PENYERAHAN KMPUNG ANGKAT UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) BERSAMA KOMUNITI POS BLAU, GUA MUS...
16/02/2024

15 FEBRUARI 2024 | MAJLIS PENYERAHAN KMPUNG ANGKAT UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) BERSAMA KOMUNITI POS BLAU, GUA MUSANG

UMK telah menjadikan Pos Blau sebagai Kampung Angkat UMK secara rasmi. Ini adalah selari dengan semangat Semarak Siswa Madani di mana universiti melalui mahasiswa sentiasa bersama komuniti.

Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Naib Canselor. Turut hadir adalah Adun Dun Galas, YB Haji Mohd Syahbuddin bin Hashim. Sempena majlis ini, pihak HEPA telah mengadakan program bermula 14 Februari 2024. Antara program yang diadakan adalah program kerohanian, Blau Comey Lotey, Suara Emas Pos Blau, Gomo Rakyat Blau dan Mewarna.

Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga orang asli Pos Blau kerana telah memeriahkan program dan terima kasih juga kepada semua yang terlibat terutama mahasiswa yang telah mengendalikan hampir kesemua program yang diadakan.







[MAKLUMAN PERATUS TURUN MENGUNDI][PMPPUMK_RASMI]Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Berikut merupakan makluman Peratus T...
11/01/2024

[MAKLUMAN PERATUS TURUN MENGUNDI]

[PMPPUMK_RASMI]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berikut merupakan makluman Peratus Turun Mengundi setakat jam 2.00 petang

Dapatkan maklumat terkini mengenai PMPP 2023/2024 UMK di laman Facebook
🔈My Hepa UMK : https://www.facebook.com/hepaumkpage/

Dan laman Instagram
🔈 : https://www.instagram.com/hepaumk?igsh=MWhscDV1NnBvdDZhdQ==

🔈 : https://www.instagram.com/pmppumk?igsh=cTQ5b3llYXd4N2Z4

Sekian,
Sekretariat Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) Sesi 2023/2024
Universiti Malaysia Kelantan

/2024




Address

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN Kampus Bachok Beg Berkunci No. 01, Bachok, Kelantan
Palekbang
16300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pembangunan Mahasiswa Holistik dan Kepimpinan Pelajar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share