PWSKL Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PWSKL, Sorority and fraternity, Pantai Valley.

Jumaat 29/10/21 4 petangSemangat, kerjasama, keserasian, Kasih sayang & niat yang baik..Inshaallah...PWSKL akan terus ke...
30/10/2021

Jumaat 29/10/21 4 petang

Semangat, kerjasama, keserasian, Kasih sayang & niat yang baik..
Inshaallah...PWSKL akan terus ke depan...❤️

Semalam petang di Pejabat Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN) team PWSKL membuat persediaan untuk program Maulidur Rasul pada hari ahad ini ❤️

Terima Kasih team PWSKL yg turun memeriahkan keadaan..Zura, Yana, Ayu, Anita dll


Khamis 28/10/2021 10am "Tiga perkara keutamaan dalam hidup kita.....Yang pertama adalah menjadi baik. Yang kedua adalah ...
28/10/2021

Khamis 28/10/2021 10am

"Tiga perkara keutamaan dalam hidup kita.....
Yang pertama adalah menjadi baik. Yang kedua adalah menjadi lebih baik. Dan yang ketiga adalah menjadi yang terbaik."

Alhamdulillah.. ❤️

Menerima sijil penghargaan dari JKM di dalam Program Jeyawara Pembangunan Komuniti & Kemakmuran Wawasan Bersama 2021 kerana aktif membantu Dan memberi sumbangan kepada penduduk semasa PKPD di Kg. Limau, Sri Penara & PPR Kerinchi.❤️

Semangat berpasukan, Kasih sayang, keihklasan & ketulusan team PWSKL menjadi teras untuk sentiasa membantu penduduk dan masyarakat.❤️

Terima Kasih team PWSKL..
Yang sentiasa turun membantu, bertungkus lumus & tidak pernah jemu untuk bersama memberi khidmat yg terbaik. ❤️

Terima Kasih team PWSKL..
Zura, Fiza, Ayu, Yana, Ila, Rehan, Ieta, Eja, Isma, Anita, Mekju, Nur dll. ❤️❤️❤️


18/10/21 Isnin 4 petangAlhamdulillah ❤️Pengagihan 600 pek Makanan (Nasi Rendang) & Minuman diagihkan kepada penduduk di ...
19/10/2021

18/10/21 Isnin 4 petang

Alhamdulillah ❤️

Pengagihan 600 pek Makanan (Nasi Rendang) & Minuman diagihkan kepada penduduk di 6 blok (A-F), PPR Kerinchi.❤️

Menyantuni penduduk dengan agihan dilakukan di dalam caravan yg disediakan oleh pihak NGO FoodAid Foundation.
600 pek makanan selesai diedarkan dalam masa satu jam ☺️❤️

Terima Kasih Mr Soon, FoodAid Foundation kerana sentiasa memberi bantuan & sumbangan dan sangat prihatin kepada penduduk & komuniti di PPR Kerinchi.❤️

Terima Kasih kepada team PWSKL.. Zura, Yana, Ila, Ayu, Anita, Izan, Ieta dll yg sentiasa bersedia & tidak jemu untuk turun membantu penduduk di PPR Kerinchi.♥️


PKPD PPR Kerinchi3 - 16/7/2021Selasa 6/7/2021 1pmAlhamdulillah❤️Masih lagi dalam suasana kuarantin, dan di hari ke 4 PKP...
25/07/2021

PKPD PPR Kerinchi
3 - 16/7/2021

Selasa 6/7/2021 1pm

Alhamdulillah❤️

Masih lagi dalam suasana kuarantin, dan di hari ke 4 PKPD.. PWSKL menerima sumbangan 100 barangan keperluan asas dari IKHLAS.❤️

Sumbangan yang sangat2 diperlukan oleh kami di PPR Kerinchi buat masa ini. ❤️

Sumbangan berupa barangan keperluan asas seperti Beras, Minyak Masak, Meehoon, Sardin, Susu, Gula dll serta Ayam Segar.❤️

Barangan keperluan asas ini terus diagihkan kepada penduduk di 6 blok A,B,C,D,E & F di PPR Kerinchi.❤️

Terima Kasih En Effendi Yahya dari IKHLAS atas sumbangan ini, penduduk di PPR Kerinchi amat berterima kasih dan amat2 menghargai ketulusan anda membantu kami di sini.

Terima Kasih team PWSKL yg sentiasa bersedia turun dan bertungkus lumus membantu..Ayu, Zura, Rehan, Ieta, Nur, Fiza, Ila dll.


Selasa 6/7/2021 10.00am❤️PKPD PPR KERINCHI3 - 16/7/2021❤️Hari ke 4 PKPD di PPR Kerinchi,PWSKL menerima sumbangan 65 kart...
24/07/2021

Selasa 6/7/2021 10.00am❤️

PKPD PPR KERINCHI
3 - 16/7/2021❤️

Hari ke 4 PKPD di PPR Kerinchi,
PWSKL menerima sumbangan 65 karton Pokka Coffee Milk dari FoodAid Foundation.❤️

Sumbangan diagihkan terus kepada penduduk di 6 blok, A,B,C,D,E & F di PPR Kerinchi, frontliner yg bertugas, Abg2 Polis, Rela serta JKM.❤️

Alhamdulillah..
Sumbangan yg dihulurkan mampu memberi senyuman dan kegembiraan kepada penduduk yg dikenakan kuarantin.❤️

Terima Kasih Mr Soon, FoodAid Foundation kerana sentiasa memberi kerjasama & Prihatin terhadap penduduk di PPR Kerinchi.❤️

Terima Kasih juga team PWSKL, Ayu, Rehan, Zura, Ieta dll kerana sentiasa bersedia membantu penduduk..❤️


but

Khamis 22/7/2021 10 pagi❤️"Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:“Muliakanlah korban-korbanmu, kerana nanti dia m...
23/07/2021

Khamis 22/7/2021 10 pagi❤️

"Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

“Muliakanlah korban-korbanmu, kerana nanti dia menjadi kenderaan kamu ketika melalui titian Siratal Mustaqim.”

Alhamdulillah ❤️

Program Korban Pertubuhan Kasih Neelofa, Yayasan Pelajaran Mara & PWSKL berjalan dengan penuh kelancaran dan kesyukuran.❤️

Menyantuni & mengagihkan Daging Kurban kepada penduduk yg terdiri dari golongan asnaf, ibu tunggal & anak yatim.❤️

Sumbangan Daging Korban turut diagihkan kepada penduduk di PPR Sri Pantai & PPR Sri Anggerik.
Terima Kasih Man, Liza, Wak, serta team dari PPR Sri Anggerik, Saimon, Fahmi dll.❤️

Terima Kasih juga kepada team PWSKL yg bertungkus lumus memastikan program berjalan lancar, Fiza, Ieta, Eja, Zura, Ayu dll.❤️

Khamis 21/5/2021 11pm❤️Alhamdulillah..❤️Sayuran percuma sumbangan dari FoodAid Foundation di PPR Kerinchi pada setiap mi...
21/05/2021

Khamis 21/5/2021 11pm❤️

Alhamdulillah..❤️

Sayuran percuma sumbangan dari FoodAid Foundation di PPR Kerinchi pada setiap minggu.
Pengagihan di buat di setiap blok yang terdiri dari blok A, B, C, D, E & F.❤️

Pemberian sayuran percuma ini dapat membantu penduduk yg agak terkesan dan terjejas pendapatan akibat Covid 19 dan di dalam perintah PKP ini.❤️

Pengagihan sayuran ini dilakukan mengikut SOP, jaga penjarakan, & tiada perkumpulan.❤️

Penghantaran sayuran percuma ini juga dilakukan dari rumah ke rumah buat mereka yg kendiri kuarantin di dalam rumah.❤️

Terima Kasih team PWSKL yg bertungkus lumus turun membantu dari awal hingga selesai pengagihan..Eja, Ieta, Rina, Anita, Ayu, Nur dll..❤️


Selasa 18/5/2021 12pmAlhamdulillah..❤️Menyantuni dan menyampaikan sumbangan berbentuk barangan makanan keperluan asas ke...
18/05/2021

Selasa 18/5/2021 12pm

Alhamdulillah..❤️

Menyantuni dan menyampaikan sumbangan berbentuk barangan makanan keperluan asas kepada penduduk yang dikenakan kuarantin akibat covid19 di blok A & blok E, PPR Kerinchi.❤️

Terima Kasih kepada YB Fahmi Fadzil, Tuan Izhar & Pejabat Ahli Parlimen LP atas keprihatinan kepada penduduk yg terlibat.❤️

Mereka tidak meminta untuk menerima keadaan ini (jangkitan covid-19).
Semoga mereka yang terlibat beransur pulih dan sihat kembali seperti biasa..
Aamiin.❤️

Terima Kasih jugak kepada team PWSKL yg turun bersama membantu Ayunie Yunie ❤️


Selasa 5/5/2021 5pm❤️"Berikanlah sedekah! Karena sedekah itu ibarat sungai yang mengalir. Kerana itu kamu akan terus mem...
04/05/2021

Selasa 5/5/2021 5pm❤️

"Berikanlah sedekah! Karena sedekah itu ibarat sungai yang mengalir. Kerana itu kamu akan terus memperoleh manfaat dari air bersihnya."❤️

Alhamdulillah..
Sumbangan 300 bungkusan iftar 'foodpack' Infaq dari NGO 'MyFundAction' buat penduduk dan komuniti di PPR Kerinchi telah diagihkan oleh team PWSKL.❤️

PWSKL telah menyantuni dan memberi sumbangan iftar tersebut kepada penduduk yg terpilih di 6 blok yg terdiri dari blok A - E di PPR Kerinchi.,❤️

Terima Kasih atas keprihatinan Encik Ikhwan dari MyFundAction atas sumbangan iftar ini.❤️

Semoga kobalarasi program antara MyFundAction & PWSKL akan terus berpanjangan.

Terima Kasih juga atas semangat & kesungguhan team PWSKL..Yana, Zura, Fiza, Ieta, Isma, Anita, Nur, Rehan, Ayu, Ila dll.


Sabtu 1 May 2021❤️"Program Infaq Ramadhan"Pertubuhan Kasih Neelofa di PPR Pinggiran Bukit Jalil.❤️Alhamdulillah..PWSKL t...
01/05/2021

Sabtu 1 May 2021❤️

"Program Infaq Ramadhan"
Pertubuhan Kasih Neelofa di PPR Pinggiran Bukit Jalil.❤️

Alhamdulillah..

PWSKL telah diberi peluang untuk bersama memberi bantuan dn sumbangan kepada warga yang memerlukan seperti Ibu Tunggal, Orang Kurang Upaya, Warga Emas & golongan asnaf di PPR Pinggiran Bukit Jalil pula.❤️

Program telah berlangsung dengan sederhana tetapi meriah dan mengikuti SOP yg telah ditetapkan seperti penjarakan jarak, penggunaan sanitizer dan suhu.❤️

200 penerima sumbangan telah mendapat manfaat dengan menerima barangan keperluan dll.❤️

Terima Kasih atas kerjasama yg diberikan oleh Puan Azzah Pengerusi Persatuan Penduduk Blok A-D & Tn Hj Samsudin Pengerusi Persatuan Penduduk Blok F-M, PPR Pinggiran Bukit Jalil.❤️

Terima Kasih juga atas kesungguhan team pwskl yg turun sejak awal pagi bg memastikan program berjalan lancar...Ayu, Eja, Zura, Ieta, Rina, Yana, Isma, Saadiah, Fiza & Rehan.❤️


Selasa 27/4/21 5 petang❤️"Program Infaq Iftar Ramadhan"Sumbangan dari Pertubuhan Kasih Neelofa petang semalam di PPR Sri...
28/04/2021

Selasa 27/4/21 5 petang❤️

"Program Infaq Iftar Ramadhan"
Sumbangan dari Pertubuhan Kasih Neelofa petang semalam di PPR Sri Pantai.❤️

300 pax food box telah diterima oleh penduduk dan komuniti di Blok 100 & Blok 102.❤️

PWSKL telah dilantik untuk menjadi wakil dan menyelaras di setiap program PKN di PPR/PA yang terlibat ❤️

Alhamdulillah..program berjalan dgn lancar dan jayanya.❤️

Terima Kasih pada Puan Eusiah, Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Sri Pantai, En. Azman ketua blok 100, Pn Shahaliza, Nizam Manan pic Kg Limau, Wak dll yg membantu kami.❤️

Terima Kasih juga pada team PWSKL Ayu, Yana, Anita, Liza, Eja, Ieta, Fiza, Saadiah, Tijah, Zura, Eija, Rehan, Isma dll yang turun dan bertungkus lumus.


Address

Pantai Valley
59200

Telephone

+60105696642

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PWSKL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to PWSKL:

Share