UTHM Autopreneur Laboratory

UTHM Autopreneur Laboratory Autopreneur Laboratory or "Makmal Usahawan Automotif" is owned by the Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

In collaboration with Glide Technology Sdn Bhd, it provides vehicle lubrication oil change and services using Glide Lubricants product.

Dalam strategi mentadbir negara Ada mesyuarat raja raja,Kami juga ambil semangat Yang Sama.
14/09/2023

Dalam strategi mentadbir negara Ada mesyuarat raja raja,
Kami juga ambil semangat Yang Sama.


Dari Yang lama kepada Yang baru ...Orang Yang lama dengan semangat Yang baru...
13/09/2023

Dari Yang lama kepada Yang baru ...
Orang Yang lama dengan semangat Yang baru...


16/09/2021

Selagi Kita Dapat Menyumbang Sesuatu Kepada Masyarakat dan Negara,
Kita Semua Adalah Hero Untuk Negara.

Selamat Hari Malaysia



ICE vs EV (update 2021)Kenderaan guna petrol dan diesel akan pupus?Ya. Kita dah lama dengar desas desus ni. Menurut anal...
09/09/2021

ICE vs EV (update 2021)

Kenderaan guna petrol dan diesel akan pupus?

Ya. Kita dah lama dengar desas desus ni. Menurut analisis terkini, menjelang 2030, semua kenderaan baharu di Japan, UK, France, Germany dan China akan mula menggunakan tenaga elektrik. Dalam masa yang sama, penjualan kenderaan petrol dan diesel (Internal Combustion Engine ) akan dihadkan atau dihentikan terus. Bukan itu sahaja, menjelang 2040, penjualan kenderaan hybrid juga akan dihadkan.

Kenderaan elektrik (Electric Vehicle ) boleh dibahagi kepada beberapa kategori mengikut sumber kuasa:

1. Hybrid (HEV)
2. Battery (BEV)
3. Fuel Cell (FCEV)

Dalam pada itu, terdapat juga varian hybrid seperti:

1. Mild Hybrid (MHEV)
2. Full Hybrid (FHEV)
3. Plug-in Hybrid (PHEV)

Apa yang kita boleh lihat pada graf hasil kajian Nakanishi Research Institute (rujuk lampiran), adalah seperti berikut:

1. Penjualan kenderaan baharu dianggarkan akan meningkat sebanyak 25% dan 30% dalam masa 5 dan 10 tahun akan datang, kemudian malar pada jumlah 100 juta kenderaan setahun.
2. Penjualan ICE berjumlah 80 juta setahun pada 2015 mulai menurun sebanyak 10-30% setahun dan akan menjadi 10 juta setahun pada 2040.
3. Mulai 2025, penjualan EV (termasuk hybrid) akan meningkat; dan dijangkakan BEV akan mendominasi pasaran kenderaan baharu menjelang 2040 dengan pegangan sebanyak 46%.

OK. Itu yang tersurat. Jadi apa p**a yang tersirat?

1. Permintaan untuk tenaga dunia tetap bertambah.
2. Tenaga kimia (petroleum) yang dijual kepada pengguna akan berkurang dengan banyaknya.
3. Tenaga elektrik akan lebih meluas dijual di dalam sektor pengangkutan.
4. Tenaga elektrik boleh dijana menggunakan "mix strategy" iaitu dari pelbagai sumber tidak-boleh-baharu (gas, minyak, arang batu, nuklear, dsb) dan boleh-baharu (hydro, solar, angin, geothermal, dsb)
5. Kenderaan ICE akan mulai berkurang di atas darat, dan lama kelamaan akan digantikan dengan EV ataupun hybrid.
6. Pengangkutan laut masih belum terjejas dengan Electrification Strategy ini atas faktor ekonomi. Secara munasabahnya, tanker akan guna apa juga jenis bahanapi yang dibawanya; Oil tanker guna oil, gas tanker guna gas, etc.
7. Permintaan bateri untuk kenderaan akan meningkat dengan cepat. Ini termasuk permintaan bahan mentah untuk bateri seperti Lithium dan pelbagai logam lain.

Kembali kepada soalan adakah kenderaan guna petrol dan diesel akan pupus?

Jawapannya Ya. Realitinya, ia tidak akan berlaku di masa yang singkat. Ia juga tidak akan berlaku secara serentak di seluruh dunia. Ia akan bermula dengan negara² maju, kemudian negara² membangun, dan akhir sekali negara² dunia ketiga.

Bagi geng² peminat ICE & penyelidik ICE, yang mulai risau dengan permintaan dunia ni, saya mencadangkan 4 pilihan:

1. Stay ICE, fokus kpd negara² membangun, dan negara² dunia ketiga.
2. Stay ICE, fokus kpd hybrid
3. Stay ICE, fokus kpd enjin besar seperti trailer, kapal dsb.
4. Say no to ICE, pegi minum air panas 😂; beralih ke bidang berkaitan dengan EV.

What say you? 😁

-masfawzi-
9.9.2021
Autopreneur Lab UTHM

:: Sejarah Klasifikasi Minyak Enjin ::Salam hari Jumaat.Jom hari ni kita belajar sedikit pasal sejarah minyak enjin kend...
09/04/2021

:: Sejarah Klasifikasi Minyak Enjin ::

Salam hari Jumaat.

Jom hari ni kita belajar sedikit pasal sejarah minyak enjin kenderaan.

Pada tahun 1911, iaitu 110 tahun yang lepas, satu persatuan di Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Society of Automotive Engineer (SAE) telah membina sistem klasifikasi minyak enjin berdasarkan kelikatan (viscosity). Sistem tersebut kekal digunakan oleh semua inudstri dan konsumer sehinggalah tahun 1947, dimana American Petroleum Institute (API) memutuskan untuk mengkelaskan minyak enjin sedia ada kepada 3 jenis; iaitu regular, premium dan heavy duty.

Walaubagaimanapun, sistem tersebut masih terdapat kekurangan. Maka dari tahun 1952 hingga tahun 1960 pihak API telah bekerjasama dengan American Soceity for Testing & Materials (ASTM) untuk menghasilkan Service Categories yang mengasingkan kegunaan pada enjin petrol dan enjin diesel.

Pada tahun 1969 dan 1970, ketiga-tiga pihak API, ASTM dan SAE telah bersama-sama mengasaskan sistem klasifikasi baharu yang mengandungi jaminan penukaran minyak, senggaraan dan keperluan pelinciran yang diperlukan oleh industri automotif pada masa itu. Hasil kerjasama tersebut telah dikumpulkan dan diterbitkan melalui dokumen SAE J183.

Tahun demi tahun, kerjasama antara pihak API, ASTM dan SAE terus berjalan dan menghasilkan penambahbaikan pada Service Category. Untuk enjin petrol ianya dilabel bermula dengan SA, SB, SC dan seterusnya, manakala untuk enjin diesel dilabel dengan CA, CB, CC dan seterusnya.

Pada tahun 1992 dan 1993, pengeluar kenderaan Amerika Syarikat dan Jepun pun turut serta dalam penambahbaikan sistem tersebut bagi mengawal kualiti minyak yang dipasarkan kepada konsumer. Sehingga kini sistem tersebut dikenali sebagai: API Engine Oil Licensing and Certification System (EOLCS).

Diringkaskan cerita, dewasa ini minyak pelincir untuk enjin petrol menggunakan API Service Category: SL (hampir pupus), SM (masih dipakai disesetengah negara) dan SN (standard mulai 2011). Manakala untuk enjin diesel menggunakan kod CH (hampir pupus), CI (masih dipakai disesetengah negara) dan CJ (standard mulai 2010).

Bagaimana nak check API Service Category minyak enjin tersebut? Cuba lihat maklumat pada botol minyak hitam seperti foto yang dilampirkan.

Sekian. Terima kasih.

-masfawzi-
9.4.2021
Autopreneur Lab UTHM

Address

Universiti Tun Hussein Onn
Parit Raja
86400

Opening Hours

Monday 10:00 - 16:00
Tuesday 10:00 - 16:00
Wednesday 10:00 - 16:00
Thursday 10:00 - 16:00
Sunday 10:00 - 16:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UTHM Autopreneur Laboratory posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share