24/04/2026
[LENSA BANTUAN DARI NGO]
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Pada 24 April 2026 (Jumaat), pihak Kolej Kediaman Luar Kampus (KKLK) telah menerima sumbangan daripada Tuan Fahrulfazly wakil daripada Pertubuhan Kebajikan Inspirasi Insani Batu Pahat, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif menjalankan kegiatan kebajikan dan kemasyarakatan di sekitar daerah Batu Pahat.
Program penyerahan bantuan ini telah berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni, dimeriahkan oleh Pengetua KKLK, Puan Noreina, Timbalan Pengetua 2 KKLK, iaitu Dr. Nor Adrian, Wakil MFPF, iaitu Dr Amin dan Encik Sazlan serta barisan MKP KKLK. Inisiatif ini bertujuan membantu meringankan beban pelajar yang menetap di dalam Kolej Perwira, di samping menyemai nilai keprihatinan serta semangat kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat dan warga universiti.
Sumbangan tersebut bukan sahaja memberi manfaat dari segi keperluan makanan kepada para penghuni, malah turut memperkukuh hubungan silaturahim dan kerjasama diantara pihak NGO dengan KKLK. KKLK menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pertubuhan Kebajikan Inspirasi Insani Batu Pahat atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini.
Diharapkan jalinan kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperluas impak positif terhadap kebajikan pelajar serta memperkukuh semangat perpaduan dan kebersamaan dalam komuniti kampus.
“Perpaduan Teras Malaysia Madani”
Sekian, terima kasih.
Untuk maklumat lanjut, ikuti saluran rasmi kami:
▪️Instagram - KKLKUTHM
▪️Facebook - KKLKUTHM
▪️TikTok - KKLKUTHM
▪️WhatsApp - KKLKUTHM
Exco Informasi & Penerbitan
Majlis Kepimpinan Pelajar
Kolej Kediaman Luar Kampus (KKLK)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Sesi 2025/2026