18/10/2026
[KURSUS MODUL ETIKA & PENGURUSAN INTEGRITI 2025 - KOR SUKSIS UTHM]
Tempat: Dewan Kuliah 7, B1, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Tarikh: 15 Oktober 2026 - 18 Oktober 2026
BATU PAHAT, 18 Oktober 2026 - Seramai 30 pelatih Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya menamatkan Kursus Modul Etika dan Pengurusan Integriti yang berlangsung selama empat hari, bermula 15 hingga 18 Oktober 2026, bertempat di Dewan Kuliah 7, UTHM.
Majlis serah menyerah pelatih telah diadakan pada 15 Oktober 2026, melibatkan penyertaan lima fasilitator serta enam anggota pengiring daripada Kor SUKSIS UTHM.
Sepanjang kursus, pelatih telah mengikuti pelbagai aktiviti seperti sesi pengenalan diri, pembentukan kumpulan, tayangan video projek mesra komuniti, aktiviti refleksi "Aku dan Perubahan", serta sesi pembentangan kumpulan.
Kursus ini bertujuan membentuk integriti, etika kepimpinan dan jati diri dalam kalangan pelatih, sejajar dengan nilai-nilai PDRM serta aspirasi universiti dalam melahirkan individu berwibawa dan berdisiplin.
Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh ACP/KS Prof. Ts. Dr. Abdul Rasid bin Abdul Razzaq, Komandan Kor SUKSIS UTHM. Sijil penyertaan dan cenderahati turut disampaikan kepada para pelatih sebelum majlis diakhiri dengan jamuan ringan dan sesi bergambar.
Kursus ini menjadi medan penting dalam memupuk sahsiah unggul pelatih SUKSIS UTHM, seterusnya mempersiapkan mereka sebagai barisan pelapis pemimpin masa depan yang bertanggungjawab dan berintegriti.
Ikhlas daripada seluruh warga Kor SUKSIS UTHM.
—Tamat— Part 7