07/11/2017
PROGRAM PENSIJILAN PEMESINAN CNC INDUSTRI
anjuran GMI dan Johor Petroleum Dev Corporation
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera warga FKMP,
Sukacita dimaklumkan pihak German-Malaysian Institute berhasrat menjemput anda warga FKMP yang berminat untuk menyertai program ini berdasarkan syarat-syarat berikut:
Syarat minima:
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai Diploma/Ijazah di dalam bidang pembuatan, mekanikal
atau kejuruteraan berkaitan, atau
- mempunyai SKM tahap 3 di dalam bidang berkaitan serta 3 tahun
pengalaman bekerja.
- Berumur di antara 19 hingga 28 tahun.
- Minat di dalam bidang kejuruteraan pembuatan dan Pemesinan
CNC.
- Sihat tubuh badan dan lulus ujian kesihatan.
- Lulus ujian temuduga di GMI.
Kelebihan program ini:
- Tiada yuran pengajian di kenakan
- Pensijilan daripada Akademi Latihan yang terkemuka dari Jerman
serta sijil daripada GMI.
- Latihan intensif secara praktikal selama 6 bulan (maksima) di GMI.
- Penempatan di GMI dan elaun RM200 disediakan.
- Bantuan penempatan pekerjaan (tertakluk kepada ketersediaan
tempat serta terma dan syarat)
- Cadangan tarikh kemasukan ialah pada *4 Disember 2017 (Isnin,
8.30 Pagi)* untuk kumpulan pertama seramai 20 calon.
Mohon kerjasama jika dapat emailkan permohonan bersama CV anda kepada En Mohd Tanwyn bin Mohd Khushairi di alamat email berikut:
[email protected]
sebelum atau pada 12 November 2017.
Calon-calon akan ditapis dan yang berjaya(20 calon untuk batch pertama)akan dipanggil untuk temuduga yang akan diadakan di German-Malaysian Institute pada:
Tarikh: *16 November 2017 (Khamis)*
Masa: *9 pagi*
Tempat:
*Bilik Mesyuarat 2,Tingkat 5, Kompleks Teknologi 2,German-Malaysian Institute,Jalan Ilmiah, Taman Universiti,43000 Kajang, Selangor*
Semoga Berjaya.