Pusat Sukan & Kebudayaan Universiti - UTHM

Call Directions Website

Pusat Sukan & Kebudayaan Universiti - UTHM Pusat Sukan dan Kebudayaan Universiti, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Ikuti Kami di :
https://linktr.ee/psku.uthm

NOTIS MAKLUMAN :MAKLUMAN PENANGGUHAN AKTIVITI LUAR
10/10/2026

NOTIS MAKLUMAN :

MAKLUMAN PENANGGUHAN AKTIVITI LUAR




📢 PEMAKLUMAN PENANGGUHAN FIT & FUN AEROBICS @ STADIUM NIGHT 4.0Dukacita dimaklumkan bahawa program Fit & Fun Aerobics @ ...
08/10/2026

📢 PEMAKLUMAN PENANGGUHAN FIT & FUN AEROBICS @ STADIUM NIGHT 4.0

Dukacita dimaklumkan bahawa program Fit & Fun Aerobics @ Stadium Night 4.0 yang dijadualkan pada 10 Oktober 2026 terpaksa ditangguhkan ekoran keadaan jerebu yang semakin membimbangkan demi menjaga keselamatan dan kesihatan semua peserta.

📅 Tarikh baharu program akan dimaklumkan kelak.

Segala kesulitan yang timbul amat dikesali dan pihak penganjur menghargai segala kerjasama serta pemahaman warga UTHM.




✨ FIT & FUN AEROBICS @ STADIUM NIGHT 4.0 BERSEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2026 ✨Ayuh beramai-ramai memeriahkan Stadium UTHM ...
06/10/2026

✨ FIT & FUN AEROBICS @ STADIUM NIGHT 4.0 BERSEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2026 ✨

Ayuh beramai-ramai memeriahkan Stadium UTHM pada hari Sabtu ini! Mari kita bersantai, beriadah, menyertai pelbagai aktiviti menarik, dan menikmati persembahan muzik secara langsung! 🎸🎤

📅 Tarikh: 10 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 8.30 malam
📍 Tempat: Stadium UTHM

Mengapa anda PERLU hadir? Sebab ada yang best-best...
• 🎪 Gerai jualan & food truck
• 🕺 Aerobics dan permainan sukan
*Jangan lupa berpakaian sukan untuk beriadah bersama!

Terdapat juga persembahan hebat dari para pelajar UTHM :
• 🎶 Persembahan muzik band (Pemenang Busking Challenge MAKUM 2026)
• 🎸 Cabaran lagu solo (Juara TVET Got Talent Kebangsaan 2025)
• 💃 Persembahan tarian (Pemenang Anugerah Perak Di Festival Tari Nusantara Antarabangsa 2025)
• 🎤 Persembahan Ukulele Berkumpulan (Pemenang Anugerah Perak di International Online Ukulele Competition 2026)
• 📒Rekod kehadiran - SMAP pelajar & jam latihan/kursus staf disediakan

Masuk adalah PERCUMA! Bawa rakan-rakan karib anda dan marilah kita mengukir memori indah bersama pada malam Sabtu ini. Jumpa di sana! 🙌





PORT DICKSON | 2-4 Oktober 2026 | Tahniah diucapkan kepada pasukan Pusat Sukan Tumpuan Mendayung KPT–UTHM (PST) atas pen...
06/10/2026

PORT DICKSON | 2-4 Oktober 2026 | Tahniah diucapkan kepada pasukan Pusat Sukan Tumpuan Mendayung KPT–UTHM (PST) atas pencapaian yang sangat membanggakan dalam penyertaan sulung mereka di 2026 Malaysia Junior Beach Sprint Championships.

Meskipun ini adalah penampilan pertama, pasukan kita tampil bertenaga, mempamerkan semangat juang tinggi, malah turut mencipta aksi sengit perebutan pingat sesama rakan sepasukan sendiri dalam acara perseorangan wanita dan beregu lelaki B-23. Antara kutipan pingat cemerlang yang dibawa pulang:

🥇 PINGAT EMAS
• Nurzarinah Zakaria (FSKTM) | CW1X
• Tanushiyah A/P Balasunderam (FSKTM) | CE U19 U23 CW1X
• Muhammad Farish Saifullah (FPTV) & Amin Syahmi (FBK) | U23CM2X
• Nurul Amira Norhadi (FTK) & Esther Sulo Apoi (FKMP) | CE U16 U19 U23 OPEN CW2X

🥈 PINGAT PERAK
• Ahmad Hulaif bin Ramzi (UTeM) | U23CM1X
• Ahmad Faiz Zuhairee bin Ahmad Fakhrul-Din (FKAAB) | CM1X
• Nurul Amira Norhadi (FTK) | CW1X
• Amnan Wafi (FTK) & Muhammad Izzalif Hakimi (FTK) | U23CM2X
• Ahmad Faiz Zuhairee (FKAAB) & Nur Afiqah Zamia (FPTV) | CE U23 OPEN CMix2X

🥉 PINGAT GANGSA
• Nur Afiqah Zamia Sumeri (FPTV) | CW1X
• Ahmad Hulaif Bin Ramzi (UTeM) &
Tanushiyah A/PBalasunderam (FSKTM) | CE U23 OPEN CMix2

Setinggi-tinggi terima kasih kepada barisan kejurulatihan di bawah pimpinan En. Mohd Aizat Md Zaini atas komitmen jitu membimbing atlet, serta kepada semua pihak yang terus menyokong pembangunan sukan mendayung negara.

Pengalaman berharga ini pastinya menjadi asas kukuh untuk terus memperkasakan prestasi atlet dan mengembangkan lagi disiplin coastal rowing pada masa hadapan.

Teruskan semangat, teruskan kayuhan




UPM | 2-4 Oktober 2026 | Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Olahraga Pelajar UTHM (UTHM Shakespeare Athletics) ...
05/10/2026

UPM | 2-4 Oktober 2026 | Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Olahraga Pelajar UTHM (UTHM Shakespeare Athletics) atas pencapaian cemerlang merangkul 3 pingat emas dan 1 pingat perak dalam kategori platinum di kejohanan Varsity Track & Field Grand Final 2026.

Kejohanan berprestij yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Universiti Putra Malaysia (UPM) ini menyaksikan atlet-atlet UTHM menampilkan aksi penuh bertenaga. Pencapaian ini sekali gus membuktikan dedikasi tinggi pasukan dan diharapkan dapat terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga UTHM.

Berikut adalah keputusan penuh pingat yang diraih oleh kontinjen UTHM:

PINGAT EMAS 🥇
Lompat Jauh (L) – 6.47 Meter
Muhamad Hakim Bin Muhamad Redzuan (PPD)

800 Meter (L) – 2:10.74 s (Rekod Baharu UTHM)
Danial Farhan Bin Kenalan (FKEE)

Rejam Lembing (W) – 30.22 Meter
Sitty Aisyah Binti Mohd Zahari (FKMP)

PINGAT PERAK 🥈
Lontar Peluru (W) – 7.88 Meter
Rachel Anne Anak Poly (FAST)




JOHOR BAHRU | 3 Oktober 2026 | Syabas diucapkan kepada Pasukan Futsal Wanita UTHM kerana berjaya merangkul tempat ke-3 d...
05/10/2026

JOHOR BAHRU | 3 Oktober 2026 | Syabas diucapkan kepada Pasukan Futsal Wanita UTHM kerana berjaya merangkul tempat ke-3 dalam Kejohanan Liga Futsal Wanita Johor 2026 di Sports Prima Pandan.

Pencapaian ini bukan sahaja membanggakan, malah menjadi permulaan ampuh dalam memperkukuh pasukan sebagai persiapan menghadapi kejohanan peringkat IPT yang bakal menjelang. Teruskan kecemerlangan.




04/10/2026
VIETNAM | 22-29 September 2026 | Kejohanan The 5th SEA Pencak Silat Championship 2026 yang berlangsung dari 22 hingga 29...
02/10/2026

VIETNAM | 22-29 September 2026 | Kejohanan The 5th SEA Pencak Silat Championship 2026 yang berlangsung dari 22 hingga 29 September 2026 di Ho Chi Minh, Vietnam telah menyaksikan kecemerlangan barisan atlet UTHM yang mewakili negara menerusi pasukan silat Malaysian University.

Tiga atlet kebanggaan UTHM telah terpilih untuk menyarung jersi Malaysia dan berjaya membawa pulang pingat membanggakan:

Wan Muhammad Naqib bin Wan Anuar Bakri (PPD)
Putra Kelas E | 🥈 Pingat Perak

Zulhimi bin Mohd Rusli (FKAAB)
Putra Kelas F | 🥈 Pingat Perak

Siti Quratu’aini Wafiyah binti Mohd A’swan (PPD)
Putri Kelas C | 🥉 Pingat Gangsa

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua atlet atas semangat juang yang tinggi, dedikasi, serta kejayaan mengharumkan nama universiti di persada antarabangsa. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.




Address

Pusat Sukan Dan Kebudayaan Universiti, Universiti Tun Hussein Onn
Parit Raja
86400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6074537466

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sukan & Kebudayaan Universiti - UTHM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share