19/06/2023
SUSTAINABLE ENGAGEMENT PROJECT: KELESTARIAN HIDUPAN SEMULA JADI
Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum Universiti Tun Hussein Onn Malaysia melalui Kursus Kokurikulum Berkredit SISPA II Seksyen 1 telah menganjurkan Sustainable Engagement Project iaitu Program Kelestarian Hidupan Semula Jadi seperti berikut:
Tarikh: 17 Jun 2023 (Sabtu)
Lokasi: Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Padang Kemunting Masjid Tanah, Melaka.
Fokus utama penganjuran program ini adalah untuk menyebarkan pendedahan terhadap kepentingan menjaga hidupan semula jadi, khususnya hidupan bawah air yang kini kian pupus seperti penyu. Melalui projek yang dilaksanakan, peserta program memperoleh serba sedikit ilmu pengetahuan tentang kehidupan penyu dan menggalakkan aktiviti penjagaan kawasan pantai. Bukan itu sahaja, pelaksanaan program ini telah mewujudkan sinergi kerjasama antara Kor Sispa UTHM bersama pihak luar seperti Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu serta Kor Sispa Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Program ini juga memberi kesedaran berkaitan penjagaan hidupan maritim yang selari dengan matlamat Sustainable Development Goals iaitu #14 Life Below Water.
Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuklah penerangan dan lawatan ke Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu yang telah dikendalikan oleh Encik Muhamad Hanis bin Rosli selaku staf Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu. Selain itu, turut diadakan juga aktiviti gotong-royong, aktiviti Nature Explorace dengan menerapkan elemen alam sekitar, dan juga diberi kesempatan merasai sendiri aktiviti pelepasan anak penyu di pantai.
Majlis Perasmian Penutupan Program Kelestarian Hidupan Semula Jadi telah disempurnakan oleh Pegawai Latihan dan Operasi Kor Sispa UTHM selaku wakil rasmi Komandan Kor Sispa UTHM. Majlis tersebut turut dihadiri oleh wakil Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu,Pegawai Bersekutu Kor Sispa UTeM, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jasin dan Pegawai Penyelaras Kor Sispa UTHM.
Sekian untuk makluman.
Pejabat Unit Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia