UTHM KKB Pengakap Kelanasiswa

UTHM KKB Pengakap Kelanasiswa Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB)
Pusat Pengajian Umum Dan Kokurikulum UTHM.

1.

Pengakap Kelanasiswa I : UQR10701
Kursus ini adalah asas kepada aktiviti kepengakapan di mana pelajar akan memperolehi ilmu dan kemahiran asas Pengakap berdasarkan Skim Latihan Pengakap Kelana. Kursus ini juga membolehkan pelajar memperolehi Lencana Keahlian, Lencana Keusahawanan dan Lencana ICT yang merupakan pra-syarat kepada pentauliahan Anugerah Baden-Powell yang diiktiraf di peringkat antarab

angsa. Kursus ini juga melibatkan pelajar dengan Kursus Kepimpinan Manikayu bagi melahirkan pemimpin-pemimpin Pengakap.
**Pra-syarat : TIADA

2. Pengakap Kelanasiswa II : UQR11301
Kursus ini adalah lanjutan kepada aktiviti kepengakapan di mana pelajar akan memperolehi ilmu dan kemahiran Pengakap berdasarkan Skim Latihan Pengakap Kelana. Kursus ini juga membolehkan pelajar memperolehi Lencana Kemahiran dan Lencana Kepimpinan yang merupakan pra-syarat kepada pentauliahan Anugerah Baden-Powell yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Kursus ini juga melibatkan pelajar dengan Kursus Kepimpinan Manikayu bagi melahirkan pemimpin-pemimpin Pengakap.
** Pra-syarat : UQR10701 Pengakap Kelanasiswa I

3. Pengakap Kelanasiswa III :UQR 20701
Kursus ini adalah lanjutan kepada aktiviti kepengakapan di mana pelajar akan memperolehi ilmu dan kemahiran Pengakap berdasarkan Skim Latihan Pengakap Kelana. Kursus ini juga membolehkan pelajar memperolehi Lencana Perkhidmatan dan Lencana Penyelamat Nyawa yang merupakan pra-syarat kepada pentauliahan Anugerah Baden-Powell yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Kursus ini juga melibatkan pelajar dengan Kursus Kepimpinan Manikayu bagi melahirkan pemimpin-pemimpin Pengakap.
** Pra-syarat : UQR 11301 PENGAKAP KELANASISWA II

4. Pengakap Kelanasiswa IV :UQR 21301
Kursus ini adalah lanjutan kepada aktiviti kepengakapan di mana pelajar akan memperolehi ilmu dan kemahiran Pengakap berdasarkan Skim Latihan Pengakap Kelana. Kursus ini juga membolehkan pelajar memperolehi Lencana Pengembaraan dan Lencana Aktiviti Ekstrem yang merupakan pra-syarat kepada pentauliahan Anugerah Baden-Powell yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Kursus ini juga melibatkan pelajar dengan Kursus Kepimpinan Manikayu bagi melahirkan pemimpin-pemimpin Pengakap.
**Pra -Syarat :UQR 20701 Pengakap Kelanasiswa III

Kursus ini merangkumi pembelajaran dan pengajaran secara teori dan praktikal mengenai kemahiran kepengakapan ke arah Baden Powell Award (BPA) serta Kursus Kepimpinan Manikayu disamping pelaksanaan program Jalinan Komuniti-Universiti (University Community Engagement, UCE) dengan bertemakan Salur Ilmu (Transfer Knowledge) bersama komuniti terpilih.

09/02/2026
-SCOUT FIESTA: BOND, CHILL & LEAD- PAGOH JOHOR – Jabatan Kesukarelawanan Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum UTHM melal...
22/12/2025

-SCOUT FIESTA: BOND, CHILL & LEAD-

PAGOH JOHOR – Jabatan Kesukarelawanan Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum UTHM melalui Kursus Kokurikulum Berkredit Pengakap Kelanasiswa I Seksyen 4 Kampus Pagoh menganjurkan Program Latihan Intensif bertemakan “ SCOUT FIESTA: BOND, CHILL & LEAD” pada 19 hingga 20 Disember 2025 bertempat di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Kampus Pagoh. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan, komunikasi dan kerjasama dalam kalangan mahasiswa melalui aktiviti berpasukan, cabaran fizikal dan aktiviti kebudayaan.
Program ini juga memberi peluang kepada peserta untuk menonjolkan potensi diri dan memupuk semangat kekitaan melalui latihan intensif ini pelajar dapat mengasah kemahiran dan mempraktikkan teori yang dipelajari di kelas di samping dapat menimba pengalaman baharu (Experiential Learning) bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan. Dengan ini secara langsung pelajar-pelajar dilatih untuk melaksanakan tugasan secara intelektual dan bersedia mengatasi segala permasalahan yang dihadapi dengan kritis dan kreatif untuk memastikan latihan intensif yang dilaksanakan berjalan dengan jayanya.
Program ini melibatkan peserta seramai 38 orang dan seorang Pengajar KKB. Program ini juga dijayakan dengan kehadiran Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Norashidah Binti Abd Rahman Timbalan Dekan Kokurikulum Pusat Pengajian Umum Dan Kokurikulum UTHM telah hadir untuk melihat perjalanan aktiviti serta diakhiri dengan penyampaian cenderahati.

Pautan lain:
https://youtu.be/I-gVVcH6MoQ?si=uohy9Khk55L35uqJ





PROGRAM LATIHAN INTENSIF PENGAKAP KELANASISWA :-(UNPLUG TO RECONNECT)UTHM KAMPUS PAGOH - Kursus Kokurikulum Berkredit Pe...
08/12/2025

PROGRAM LATIHAN INTENSIF PENGAKAP KELANASISWA :-(UNPLUG TO RECONNECT)

UTHM KAMPUS PAGOH - Kursus Kokurikulum Berkredit Pengakap Kelanasiswa UQR10701 Seksyen 4, telah menganjurkan Program Luar Latihan Intensif bertemakan (UNPLUG TO RECONNECT) bertarikh 5 hingga 7 Disember 2025 di sekitar UTHM Pagoh. Objektif program adalah memberi pendedahan latihan kemahiran secara intensif kepada pelajar-pelajar dalam ilmu kemahiran asas Pengakap Kelana di samping menerapkan etika dan profesional dalam budaya kerja aktiviti kemahiran asas pengakap secara individu dan berkumpulan. Pelajar juga dilatih untuk mewujudkan semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa, agama dan negeri melalui projek yang dijalankan. Antara aktiviti yang dijalankan seperti, Group Bonding, Senamrobik, Kim Melihat dan Merasa, Memasang Khemah, Masakan Dalam Kumpulan, Membuat Jerat, Kompas, Kawad Kaki, Simpulan dan Ikatan.
Dengan program ini, secara langsung pelajar-pelajar dilatih untuk melaksanakan tugasan secara intelektual dan bersedia mengatasi segala permasalahan yang dihadapi dengan kritis dan kreatif untuk memastikan latihan intensif yang dilaksanakan berjalan dengan jayanya untuk semester ini.

Pautan lain :
https://youtu.be/180QYpxVuPI?si=EjU-4OVj6p5zdUQn





Program YUNGA Cabaran Perubahan Iklim UTHM Berjaya Lahirkan Agen Perubahan GlobalPARIT RAJA, 21 November 2024 – Universi...
31/07/2025

Program YUNGA Cabaran Perubahan Iklim UTHM Berjaya Lahirkan Agen Perubahan Global
PARIT RAJA, 21 November 2024 – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hari ini berjaya menganjurkan program YUNGA Cabaran Perubahan Iklim peringkat negeri Johor. Program yang berlangsung di Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM ini merupakan inisiatif bersama Pengakap Kelanasiswa UTHM dan Sekolah Kebangsaan Seri Puteri, Batu Pahat. Program YUNGA (Youth and United Nations Global Alliance) merupakan kerjasama antara pelbagai agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan rakan kongsi antarabangsa, termasuk pergerakan Pengakap dan Pandu Puteri di seluruh dunia. Program ini direka khas untuk menggalakkan golongan muda memainkan peranan aktif dalam isu-isu global seperti alam sekitar, keselamatan makanan, perubahan iklim, dan pembangunan mampan.

Program ini telah melibatkan seramai 200 pelajar sekolah rendah dari lima daerah di negeri Johor dan juga 35 ahli Pengakap Kelanasiswa UTHM. Kerjasama erat dengan Persekutuan Pengakap Negeri Johor turut menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan program ini.

Objektif utama program ini untuk memberi pendidikan global mengenai isu-isu penting, melibatkan pengakap dalam projek komuniti yang memberi manfaat kepada alam sekitar dan masyarakat, serta mewujudkan peluang kerjasama antarabangsa melalui program global ini telah tercapai. Para peserta telah dididik dan didorong untuk menjadi agen perubahan aktif dalam komuniti tempatan mereka berkaitan isu perubahan iklim.

Kemuncak program hari ini adalah penyampaian sijil YUNGA daripada United Nations kepada kesemua peserta. Pengiktirafan di peringkat antarabangsa ini bukan sahaja menambah nilai kepada markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK) pelajar, malah turut memberikan pengiktirafan kepada kelab dan universiti di peringkat kebangsaan.

Atur cara program pada hari ini merangkumi sesi berkumpul di Big Stage PTTA, aktiviti Makerspace UTHM, ceramah SDG, majlis penyampaian sijil, serta diakhiri dengan aktiviti penanaman pokok. Aktiviti penanaman pokok adalah simbolik kepada usaha mengurangkan kesan perubahan iklim dunia. Aktiviti praktikal ini bukan sahaja memberi pendedahan tentang kepentingan penjagaan alam sekitar, malah memupuk nilai tanggungjawab dan rasa cinta terhadap bumi dalam kalangan peserta.

Secara keseluruhannya, program ini telah memberikan pengalaman yang berharga kepada semua peserta. Ia bukan sahaja meningkatkan pengetahuan tentang perubahan iklim, malah menggalakkan pembentukan sikap prihatin terhadap alam sekitar yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian serta dalam komuniti setempat.




Address

Parit Raja
86400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UTHM KKB Pengakap Kelanasiswa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Our Story

Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) Pusat Pengajian Umum Dan Kokurikulum UTHM. 1. Pengakap Kelanasiswa I : UQR10701 Kursus ini adalah asas kepada aktiviti kepengakapan di mana pelajar akan memperolehi ilmu dan kemahiran asas Pengakap berdasarkan Skim Latihan Pengakap Kelana. Kursus ini juga membolehkan pelajar memperolehi Lencana Keahlian, Lencana Keusahawanan dan Lencana ICT yang merupakan pra-syarat kepada pentauliahan Anugerah Baden-Powell yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Kursus ini juga melibatkan pelajar dengan Kursus Kepimpinan Manikayu bagi melahirkan pemimpin-pemimpin Pengakap. **Pra-syarat : TIADA 2. Pengakap Kelanasiswa II : UQR11301 Kursus ini adalah lanjutan kepada aktiviti kepengakapan di mana pelajar akan memperolehi ilmu dan kemahiran Pengakap berdasarkan Skim Latihan Pengakap Kelana. Kursus ini juga membolehkan pelajar memperolehi Lencana Kemahiran dan Lencana Kepimpinan yang merupakan pra-syarat kepada pentauliahan Anugerah Baden-Powell yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Kursus ini juga melibatkan pelajar dengan Kursus Kepimpinan Manikayu bagi melahirkan pemimpin-pemimpin Pengakap. ** Pra-syarat : UQR10701 Pengakap Kelanasiswa I 3. Pengakap Kelanasiswa III :UQR 20701 Kursus ini adalah lanjutan kepada aktiviti kepengakapan di mana pelajar akan memperolehi ilmu dan kemahiran Pengakap berdasarkan Skim Latihan Pengakap Kelana. Kursus ini juga membolehkan pelajar memperolehi Lencana Perkhidmatan dan Lencana Penyelamat Nyawa yang merupakan pra-syarat kepada pentauliahan Anugerah Baden-Powell yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Kursus ini juga melibatkan pelajar dengan Kursus Kepimpinan Manikayu bagi melahirkan pemimpin-pemimpin Pengakap. ** Pra-syarat : UQR 11301 PENGAKAP KELANASISWA II 4. Pengakap Kelanasiswa IV :UQR 21301 Kursus ini adalah lanjutan kepada aktiviti kepengakapan di mana pelajar akan memperolehi ilmu dan kemahiran Pengakap berdasarkan Skim Latihan Pengakap Kelana. Kursus ini juga membolehkan pelajar memperolehi Lencana Pengembaraan dan Lencana Aktiviti Ekstrem yang merupakan pra-syarat kepada pentauliahan Anugerah Baden-Powell yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Kursus ini juga melibatkan pelajar dengan Kursus Kepimpinan Manikayu bagi melahirkan pemimpin-pemimpin Pengakap. **Pra -Syarat :UQR 20701 Pengakap Kelanasiswa III Kursus ini merangkumi pembelajaran dan pengajaran secara teori dan praktikal mengenai kemahiran kepengakapan ke arah Baden Powell Award (BPA) serta Kursus Kepimpinan Manikayu disamping pelaksanaan program Jalinan Komuniti-Universiti (University Community Engagement, UCE) dengan bertemakan Salur Ilmu (Transfer Knowledge) bersama komuniti terpilih.