Johor Skills Development Centre - Johor Skills

Call Directions Website

Johor Skills Development Centre - Johor Skills JSkills menyediakan latihan "upskilling" untuk pekerja industri, program kerjaya untuk graduan dan laluan TVET bagi lepasan sekolah.
(217)

Fokus kami ialah kemahiran sebenar, keperluan industri dan pembangunan kerjaya.

📞 Tempah konsultasi PERCUMA hari ini! JSkills menyediakan latihan untuk pekerja industri, program kerjaya untuk graduan dan laluan TVET bagi lepasan sekolah. Fokus kami ialah kemahiran sebenar, keperluan industri dan pembangunan kerjaya.

17/10/2026

Ujian amali PW2 🔌
Cuba kira, berapa kali calon ni buka suis semasa uji litar yang dah siap dipasang? 👀

𝐂𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀? 𝐉𝐎𝐌 𝐊𝐄 𝐉𝐓𝐃𝐂 𝐌𝐄𝐆𝐀 𝐉𝐎𝐁 𝐅𝐀𝐈𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔! Kerjaya impian bermula dengan satu langkah! Jom temui majikan, terokai pelua...
16/10/2026

𝐂𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀? 𝐉𝐎𝐌 𝐊𝐄 𝐉𝐓𝐃𝐂 𝐌𝐄𝐆𝐀 𝐉𝐎𝐁 𝐅𝐀𝐈𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔!

Kerjaya impian bermula dengan satu langkah! Jom temui majikan, terokai peluang pekerjaan dan serlahkan potensi anda di 𝐉𝐓𝐃𝐂 𝐌𝐄𝐆𝐀 𝐉𝐎𝐁 𝐅𝐀𝐈𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔.

📅 𝟐𝟑–𝟐𝟓 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭–𝐀𝐡𝐚𝐝)
⏰ 𝟗.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 – 𝟓.𝟎𝟎 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠
📍 𝐓𝐌𝐈𝐘𝐂, 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢
📝 𝐏𝐫𝐚-𝐩𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐤𝐢𝐧𝐢 𝐝𝐢𝐛𝐮𝐤𝐚!
🔗 https://careerfair.myfuturejobs.gov.my/careerfair/socsocareerfair/daftarjobseeker.php?id=ODc3MA==

Jangan lepaskan peluang ini dan bawa rakan-rakan anda bersama.
𝐉𝐨𝐦 𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐣𝐮𝐦𝐩𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐝𝐢 𝐬𝐚𝐧𝐚!

16/10/2026
MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM AO CHARGEMAN & PW2 PENDAWAIAN ELEKTRIK SESI 2026Johor Skills Development Centre (JSkills), sela...
16/10/2026

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM AO CHARGEMAN & PW2 PENDAWAIAN ELEKTRIK SESI 2026

Johor Skills Development Centre (JSkills), selaku pusat bertauliah Suruhanjaya Tenaga (ST), telah mengadakan Majlis Penutupan Program Kompetensi AO Chargeman dan PW2 Pendawaian Elektrik bagi Sesi 2026 sebagai tanda berakhirnya pelaksanaan program latihan kompetensi tersebut.

Majlis ini turut dihadiri oleh wakil pihak berkuasa berkaitan serta diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif JSkills, Dr. Mohamad Anas bin Annuar, yang menekankan kepentingan melahirkan tenaga kerja kompeten, berkemahiran dan mematuhi piawaian serta keperluan industri.

Penganjuran program ini mencerminkan usaha JSkills dalam memperkukuh pembangunan kemahiran teknikal dan melahirkan tenaga kerja bertauliah bagi memenuhi keperluan industri, di samping membuka ruang kepada pelaksanaan program-program kompetensi baharu pada masa akan datang.

Tahniah kepada semua peserta yang telah menamatkan program bagi Sesi 2026. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kerjaya serta menyumbang kepada pembangunan industri yang lebih berkualiti dan selamat.

Johor Skills berbesar hati menerima kunjungan daripada TWI South East Asia (TWI SEA), Shah Alam pada 15 Oktober 2026.Del...
16/10/2026

Johor Skills berbesar hati menerima kunjungan daripada TWI South East Asia (TWI SEA), Shah Alam pada 15 Oktober 2026.

Delegasi yang diketuai oleh Encik Fauzi bin Mohd Kassim, Director of TWI SEA, telah disambut oleh pihak pengurusan Johor Skills.

Kunjungan ini menjadi ruang untuk bertukar idea dan meneroka potensi kerjasama dalam latihan teknikal, perkongsian kepakaran serta pembangunan kemahiran tenaga kerja selaras dengan keperluan industri.

Semoga pertemuan ini menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama yang bermakna dalam memperkukuh ekosistem TVET.

🔥 PROGRAM STEAM BOILER OPERATOR GRADE 2 SEDANG BERLANGSUNG DI JSKILLS!Memperkasa kemahiran, meningkatkan kompetensi! ⚙️🦺...
15/10/2026

🔥 PROGRAM STEAM BOILER OPERATOR GRADE 2 SEDANG BERLANGSUNG DI JSKILLS!

Memperkasa kemahiran, meningkatkan kompetensi! ⚙️🦺

Program ini memberi fokus kepada peningkatan pengetahuan dan kemahiran dalam pengendalian dandang stim, sekali gus menyokong amalan kerja yang cekap dan selamat.

🚜 PROGRAM LATIHAN FORKLIFT (NEW & REFRESHER)Program Latihan Forklift (New & Refresher) telah berlangsung di JSkills pada...
15/10/2026

🚜 PROGRAM LATIHAN FORKLIFT (NEW & REFRESHER)

Program Latihan Forklift (New & Refresher) telah berlangsung di JSkills pada 14–15 Oktober 2026 bagi meningkatkan kemahiran peserta dalam pengendalian forklift serta mengutamakan keselamatan di tempat kerja. 🦺💪

PEPERIKSAAN AKHIR KOMPETEN PW2 – AMALI ⚡Johor Skills Development Centre (JSkills) menjalankan Peperiksaan Akhir Kompeten...
13/10/2026

PEPERIKSAAN AKHIR KOMPETEN PW2 – AMALI ⚡

Johor Skills Development Centre (JSkills) menjalankan Peperiksaan Akhir Kompeten PW2 bagi Pendawai Elektrik Satu Fasa di bawah Suruhanjaya Tenaga (Energy Commission of Malaysia) dengan peperiksaan teori telah berlangsung semalam, diikuti peperiksaan amali pada hari ini.

Peperiksaan amali ini menilai kemahiran teknikal calon dalam kerja pendawaian elektrik serta pematuhan terhadap prosedur dan piawaian keselamatan. Kompetensi PW2 dapat membuka peluang kepada calon untuk mengembangkan kerjaya dalam bidang pendawaian elektrik.

💬 Anda dalam bidang pendawaian elektrik atau berminat untuk mendapatkan kompetensi PW2? Kongsikan pengalaman atau perancangan anda di ruangan komen!

PROGRAM LATIHAN AIR COMPRESSOR 🔧 Johor Skills Development Centre (JSkills) sedang menjalankan latihan Pemampat Udara (Ai...
13/10/2026

PROGRAM LATIHAN AIR COMPRESSOR 🔧

Johor Skills Development Centre (JSkills) sedang menjalankan latihan Pemampat Udara (Air Compressor) bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran praktikal peserta berkaitan fungsi, pengendalian serta penyelenggaraan peralatan.

Latihan ini memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan pengendalian peralatan yang betul bagi menyokong operasi yang selamat dan cekap.

Berminat untuk meningkatkan kemahiran teknikal anda? Ikuti media sosial JSkills untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai program latihan yang akan datang!

⚡Peperiksaan Kompetenan Penjaga Jentera (AO) & Pendawai Elektrik 1 Fasa (PW2) Sedang BerlangsungJohor Skills Development...
12/10/2026

⚡Peperiksaan Kompetenan Penjaga Jentera (AO) & Pendawai Elektrik 1 Fasa (PW2) Sedang Berlangsung

Johor Skills Development Centre (JSkills) terus komited dalam melahirkan tenaga kerja kompeten dan berkemahiran dalam bidang elektrikal melalui pelaksanaan peperiksaan kompetensi.

Inisiatif ini menyokong pembangunan profesional serta memastikan tenaga kerja memenuhi keperluan dan standard industri.

Address

Pasir Gudang
81700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6072521608

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Johor Skills Development Centre - Johor Skills posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share