Sekolah Kebangsaan Kota Masai

Call Directions Website

Sekolah Kebangsaan Kota Masai Laman Facebook rasmi SK Kota Masai

PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025

GOLDEN KOMPAS (KOTA MASAI PRIMARY SCHOOL) 2024

⭐️ Kejohanan DTC-JDT Kids Series Johor Divisyen 1 2026 ⭐️Pasukan DTC-JDT Kids Pasir Gudang (SK Kota Masai)Tarikh : Julai...
26/09/2026

⭐️ Kejohanan DTC-JDT Kids Series Johor Divisyen 1 2026 ⭐️

Pasukan DTC-JDT Kids Pasir Gudang (SK Kota Masai)

Tarikh : Julai, Ogos & September

Tempat : Muar, Tangkak & Kota Tinggi

Pencapaian :

JOHAN DIVISYEN 1 🏆

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan Sesi Petang 25 September 2026🇲🇾📸Cikgu Najaa & Cikgu Najida
25/09/2026

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan Sesi Petang
25 September 2026🇲🇾

📸Cikgu Najaa & Cikgu Najida

🇲🇾🏆 SESI PENYAMPAIAN HADIAH PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN SK KOTA MASAI 2026 🏆🇲🇾Sesi Penyampaian Hadiah kepada para pemenang...
25/09/2026

🇲🇾🏆 SESI PENYAMPAIAN HADIAH PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN SK KOTA MASAI 2026 🏆🇲🇾

Sesi Penyampaian Hadiah kepada para pemenang program dan pertandingan sepanjang Bulan Kemerdekaan SK Kota Masai 2026 telah berlangsung dalam suasana penuh meriah.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang atas usaha, kreativiti dan semangat patriotisme yang ditunjukkan sepanjang menyertai pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan. 👏🇲🇾

Penyampaian hadiah turut disempurnakan oleh Tuan Mohd Senin bin Kassim, Guru Besar SK Kota Masai, bersama barisan pentadbir sekolah.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada semua murid untuk terus aktif, berani mencuba dan melakar kecemerlangan dalam pelbagai bidang.

📸Unit Photography SKKM

🇲🇾✨ MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN SK KOTA MASAI 2026 ✨🇲🇾Semangat patriotisme terus disemarakkan melalui Majlis Penu...
25/09/2026

🇲🇾✨ MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN SK KOTA MASAI 2026 ✨🇲🇾

Semangat patriotisme terus disemarakkan melalui Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan SK Kota Masai 2026 yang berlangsung dalam suasana penuh meriah dan bermakna. 🇲🇾❤️

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Tuan Mohd Senin bin Kassim, Guru Besar SK Kota Masai, bersama barisan pentadbir serta warga sekolah.

Pelbagai aktiviti sepanjang Bulan Kemerdekaan telah berjaya menyemai semangat cinta akan negara, perpaduan dan jati diri dalam kalangan murid.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru, murid serta warga SK Kota Masai atas komitmen dalam menjayakan sambutan ini.

📷Unit Photography SKKM

Alhamdulilah, SKKM telah memperolah JOHAN bagi Pertandingan Video Drama Pendek Kemerdekaan anjuran Majlis Bandaraya Pasi...
24/09/2026

Alhamdulilah, SKKM telah memperolah JOHAN bagi Pertandingan Video Drama Pendek Kemerdekaan anjuran Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG)! 🥇🎬

Tahniah atas kreativiti, usaha dan komitmen yang telah mengharumkan nama SK Kota Masai. 👏🔥

Syabas team TVPSS SKKM! Terus melakar kejayaan dan memantapkan unit media SKKM! 🇲🇾💙💛

BE THE BEST, LEAD THE REST!

Link video:
https://vt.tiktok.com/ZSbdDPYnH/

PELANTIKAN PENGAWAS KELESTARIAN SESI PETANGTARIKH : 22 SEPTEMBER 2026TEMPAT : DATARAN PERPADUAN📸Cikgu Hidayah Almi
22/09/2026

PELANTIKAN PENGAWAS KELESTARIAN SESI PETANG
TARIKH : 22 SEPTEMBER 2026
TEMPAT : DATARAN PERPADUAN

📸Cikgu Hidayah Almi

🌱💚 PELANTIKAN PENGAWAS KELESTARIAN SK KOTA MASAI 💚🌱Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid yang telah dilantik s...
22/09/2026

🌱💚 PELANTIKAN PENGAWAS KELESTARIAN SK KOTA MASAI 💚🌱

Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid yang telah dilantik sebagai Pengawas Kelestarian SK Kota Masai pada 22 September 2026.

Pelantikan ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab dalam membantu mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan lestari. 🌿✨

Semoga para Pengawas Kelestarian dapat menjalankan amanah dengan penuh komitmen, disiplin dan menjadi contoh terbaik kepada warga sekolah.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah! 👏🌱

📸Cikgu Mashaila & Unit Photography SKKM

✨✨✨SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TAHNIAH buat pasukan GERMASATARI SK Kota Masai!✨✨✨​Meskipun belum rezeki membawa pula...
15/09/2026

✨✨✨SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TAHNIAH buat pasukan GERMASATARI SK Kota Masai!✨✨✨

​Meskipun belum rezeki membawa pulang trofi utama, kejayaan melangkah ke pentas akhir dan menempatkan diri dalam 5 Terbaik di Festival Zapin Jauhar Daerah Johor Bahru 2026 di UniKL MITEC tetap satu pencapaian yang amat membanggakan!

🎉​KEPUTUSAN RASMI (KATEGORI SK)

​Johan: SK Tebrau Bakar Batu (JB)
​Naib Johan: SK Kompleks Abu Bakar (JB)
​Tempat Ke-3: SK Taman Scientex ( PG)
​Tempat Ke-4: SK Taman Rinting 3 (PG)
​Tempat Ke-5: SK Kota Masai (PG)

​Terima kasih dan setinggi penghargaan diucapkan kepada:

​💐Guru Pembimbing: Cikgu Zairin & Cikgu Asiah atas dedikasi dan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi.
​Koreografer: Sir Phat atas bimbingan, kesabaran, serta sentuhan magis yang menyuntik inspirasi dan memacu semangat anak-anak penari hingga ke peringkat ini.

​💐🫶🏼Buat anak-anak GERMASATARI, setiap langkah dan keringat anda di pentas adalah kebanggaan kami. Tanpa trofi di tangan, anda tetap juara yang bertakhta di hati kami selamanya! ❤️

14/09/2026

PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM PRASEKOLAH SEMPENA HARI KEMERDEKAAN 🇲🇾

13/09/2026

Alhamdulillahh, dengan ini Karnival Kita Wow SK Kota Masai 2026 telah melabuhkan tirai. Terima kasih tak terhingga kepada para pengunjung, para penaja, rakan niaga dan semua warga SK Kota Masai. Mohon maaf salah silap, in sha allah jumpa lagi di masa akan datang ☺️

Berapa ringgit habis untuk Karnival Kita Wow kali ni? 🤭

Address

Jalan Jambu, Kota Masai
Pasir Gudang
81700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Kota Masai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share