Jabatan Kejuruteraan Elektrik - JKE Politeknik Ibrahim Sultan

Call Directions Website

Jabatan Kejuruteraan Elektrik - JKE Politeknik Ibrahim Sultan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Kejuruteraan Elektrik - JKE Politeknik Ibrahim Sultan, Community College, KM 10 Jalan Kong Kong, Pasir Gudang.

Program-program yang ditawarkan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Ibrahim Sultan adalah Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perhubungan), dan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan).

🏆 GOLDEN CUP 2026 – POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN 🏆 19-20/9/2026🎉 Tahniah JKE! 🎉Syabas kepada para pelajar JKE atas pencapai...
22/09/2026

🏆 GOLDEN CUP 2026 – POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN 🏆 19-20/9/2026

🎉 Tahniah JKE! 🎉

Syabas kepada para pelajar JKE atas pencapaian cemerlang dalam Golden Cup 2026:

🥇 Futsal – No. 1
🥈 Takraw – No. 2

🎯 Petanque
🥈 Single Lelaki – No. 2
🥇 Single Perempuan – No. 1
🥈 Double Lelaki – No. 2
🥇 Double Perempuan – No. 1

🎮 PES
🥈 Lelaki Solo – No. 2
🥈 Lelaki Double – No. 2

🏐 Volleyball Perempuan – 🥇 No. 1
🎮 MLBB – 🥈 No. 2
🏕️ Booth – 🥉 No. 3
🏸 Badminton Single Lelaki – 🥇 No. 1

🏆✨ JKE telah dinobatkan sebagai JUARA KESELURUHAN Golden Cup 2026! ✨🏆

Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang telah berjuang dan mengharumkan nama JKE! 💪🔥

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para pensyarah yang membantu, membimbing dan memberikan sokongan sepanjang kejohanan. ❤️

JKE — Together We Achieve! 🏆💪

https://photos.app.goo.gl/UrhdNRi2P7p8KXAX8

🌟 LAWATAN PENILAIAN AUDIT INTERIM & CONTINUING AKREDITASI ETAC15 September 2026 | Politeknik Ibrahim SultanPoliteknik Ib...
15/09/2026

🌟 LAWATAN PENILAIAN AUDIT INTERIM & CONTINUING AKREDITASI ETAC

15 September 2026 | Politeknik Ibrahim Sultan

Politeknik Ibrahim Sultan telah menerima kunjungan Panel Penilai Engineering Technology Accreditation Council (ETAC) bagi melaksanakan Lawatan Penilaian Audit Interim & Continuing Akreditasi bagi Program Diploma Kejuruteraan.

Sesi penilaian yang berlangsung telah melibatkan semakan dan penilaian terhadap pelaksanaan program, dokumentasi serta aspek berkaitan bagi memastikan pematuhan terhadap standard akreditasi yang ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Panel Penilai ETAC, pihak pengurusan, warga akademik, staf sokongan serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang sesi penilaian ini.

Semoga usaha berterusan ini dapat memperkukuhkan lagi kualiti pendidikan dan kecemerlangan Program Diploma Kejuruteraan di Politeknik Ibrahim Sultan.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat! 👏🌟

📢 LAWATAN PENILAIAN AUDIT INTERIM & CONTINUING AKREDITASI ETACPoliteknik Ibrahim Sultan bakal menerima kunjungan Panel P...
10/09/2026

📢 LAWATAN PENILAIAN AUDIT INTERIM & CONTINUING AKREDITASI ETAC

Politeknik Ibrahim Sultan bakal menerima kunjungan Panel Penilai Engineering Technology Accreditation Council (ETAC) bagi melaksanakan Lawatan Penilaian Audit Interim & Continuing Akreditasi bagi Program Diploma Kejuruteraan.

📅 15 September 2026 (Selasa)
📍 Politeknik Ibrahim Sultan

Lawatan penilaian ini merupakan salah satu proses penting dalam memastikan kualiti dan pelaksanaan program sentiasa memenuhi standard akreditasi yang ditetapkan.

Semoga segala persiapan dan urusan sepanjang sesi penilaian dipermudahkan serta berjalan dengan lancar.

🌟 Bersama-sama melangkah ke arah kecemerlangan dan kualiti pendidikan TVET.

🌱 SEMINAR ESG 2026 | PEMERKASAAN DIRI 🌱“KUASA DI TANGAN ANDA”Alhamdulillah, Seminar ESG 2026: Pemerkasaan Diri – “Kuasa ...
01/09/2026

🌱 SEMINAR ESG 2026 | PEMERKASAAN DIRI 🌱
“KUASA DI TANGAN ANDA”

Alhamdulillah, Seminar ESG 2026: Pemerkasaan Diri – “Kuasa Di Tangan Anda” telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Ogos 2026 (Khamis) bertempat di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil, Politeknik Ibrahim Sultan (P*S).

Program anjuran bersama Politeknik Ibrahim Sultan (P*S) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) ini dimulakan ucapan alu-aluan dari Encik Mohd Firdaus bin Mohd Noor, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Politeknik Ibrahim Sultan dan ucapan perasmian dari Encik Md Hanisham bin Rahmat, Lead Stakeholders Engagement-Johor, Bahagian Retail, TNB serta kehadiran En. Kamarudin bin Kamit selaku Pegawai Smart Green Politeknik Ibrahim Sultan. Majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah dan perasmi diakhiri dengan sesi bergambar dan lawatan VIP ke booth pameran.

Sesi seminar diteruskan dengan 6 slot perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat, meliputi topik kecekapan tenaga, tarif asas elektrik, TOU & AFA, Smart Meter, kesedaran Bitcoin & Scam, keselamatan elektrik awam serta peluang membina masa hadapan di UNITEN. Perkongsian ini telah disampaikan oleh barisan penceramah berpengalaman daripada TNB dan UNITEN.

👥 Statistik Penyertaan:
🎓 Pelajar: 326 orang
👨‍🏫 Pensyarah / AJK: 58 orang
🤝 Komuniti / NGO: 32 orang
📊 Jumlah keseluruhan: 416 orang

Program turut mendapat sokongan dan penglibatan daripada Politeknik Mersing, Kolej Komuniti Pasir Gudang serta komuniti dan NGO sekitar Pasir Gudang – Taman Nusa Damai & Taman Scientex.

ESG bukan sekadar satu agenda, tetapi merupakan tanggungjawab bersama. Semoga ilmu dan kesedaran yang dikongsikan dapat menjadi pemangkin kepada warga kampus dan komuniti untuk bersama-sama mencetuskan perubahan positif demi masa depan yang lebih lestari, bertanggungjawab dan berdaya tahan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada staf TNB, warga P*S, Politeknik Mersing, Kolej Komuniti Pasir Gudang, komuniti serta NGO Pasir Gudang, para penceramah, urus setia dan semua pihak yang telah memberikan sokongan dalam menjayakan Seminar ESG 2026.

Kuasa di tangan anda. Perubahan bermula daripada kita 🌏

*S

https://www.facebook.com/share/p/1JsGcCuwzq/
21/08/2026

https://www.facebook.com/share/p/1JsGcCuwzq/

🌱𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐄𝐒𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐑𝐈 🌱
“𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐈 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐃𝐀”

Kesedaran terhadap Environmental, Social and Governance (ESG) bukan lagi sekadar satu pilihan, tetapi merupakan tanggungjawab bersama dalam membentuk masa depan yang lebih mampan. 🌍✨

Justeru itu, Politeknik Ibrahim Sultan (P*S) dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menganjurkan Seminar ESG 2026: Pemerkasaan Diri – “Kuasa Di Tangan Anda”, sebagai wadah perkongsian ilmu, kesedaran dan inspirasi dalam memperkukuh pemahaman terhadap agenda kelestarian dan amalan ESG sepertimana ketetapan di bawah ini.

📅 27 Ogos 2026 | Khamis
⏰ 8.00 pagi
📍 Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil, Politeknik Ibrahim Sultan

Ayuh bersama-sama kita memperkasa diri, mencetuskan perubahan dan memainkan peranan dalam membina masa depan yang lebih lestari, bertanggungjawab dan berdaya tahan. 💚🌏

Kuasa ditangan kita. Ayuh! mulakan perubahan 💪🏽💚

*S

📢 Johor Smart City Festival (JSCF) 2026 Fasa 1Pada 13 Ogos 2026, telah berlangsung Johor Smart City Festival (JSCF) 2026...
15/08/2026

📢 Johor Smart City Festival (JSCF) 2026 Fasa 1

Pada 13 Ogos 2026, telah berlangsung Johor Smart City Festival (JSCF) 2026 Fasa 1 di TMIYC, Pasir Gudang.

P*S telah menghantar pasukan bagi pertandingan Drone Soccer, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan Robotics (Line Following Robot) yang terdiri daripada pelajar program Elektrik dan Elektronik, Elektronik Automasi, Mekanikal dan Mekatronik.

Pegawai yang terlibat ialah En. Chok Kong Yu (JKM) selaku jurulatih pasukan Drone Soccer, bersama Pn. Aminah Binti Mohd Yunos (JKE) dan Cik Nur Hafizah Binti Rahim (JKE) sebagai pegawai pengiring.

🏆 Pencapaian P*S:
✅ Drone Soccer: Johan & Tempat Ketiga
✅ MLBB: Johan & Tempat Keempat

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar dan pegawai yang terlibat atas usaha, komitmen serta pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.

🙏 Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada PLANMalaysia Johor dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) atas penganjuran program yang telah menyediakan platform terbaik untuk para pelajar menyerlahkan bakat serta kemahiran dalam bidang teknologi dan inovasi.


*S







*S

📌 LAWATAN PERSEDIAAN PANEL JPPKK (PROSES PENILAIAN)Politeknik Ibrahim Sultan (P*S) menerima Lawatan Persediaan Panel JPP...
13/08/2026

📌 LAWATAN PERSEDIAAN PANEL JPPKK (PROSES PENILAIAN)

Politeknik Ibrahim Sultan (P*S) menerima Lawatan Persediaan Panel JPPKK bagi Proses Penilaian Akreditasi Engineering Technology Accreditation Council (ETAC) bagi Program Diploma Kejuruteraan.

🗓️ Tarikh: 18 Ogos 2026 (Selasa)

📍 Lokasi: Politeknik Ibrahim Sultan

🤵🏻‍♂️Panel penilai: En Muhammad Syafiq bin Zainun dan Ts Dr Khairul Fahzan bin Salleh

Sesi penilaian ini bertujuan memelihara mutu kualiti dan piawaian akademik program kejuruteraan P*S selaras dengan standard kebangsaan.


*S


Program:Integrated IoT Product Development and Industry VisitTarikh:5 Ogos 2026Tempat:Ada Fresh Farm dan Azhar Food,Batu...
07/08/2026

Program:Integrated IoT Product Development and Industry Visit
Tarikh:5 Ogos 2026
Tempat:Ada Fresh Farm dan Azhar Food,Batu Pahat Johor
Penceramah:
1)Pn Rashada binti Abdul Rahman - Pengurus Ada Fresh Farm
2) En Faiz bin Taha-Pegawai Pemasaran Azhar Food

Lawatan dianjurkan oleh Unit Keusahawanan JKE membawa seramai 29 orang pelajar DEE,DJK dan DEP yang mengambil kursus Technopreneur in Engineering World dan Internet of Things Devices bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar JKE mengenai penggunaan IOT dalam memberikan idea dana kemahiran yang terkini untuk bidang Technopreneur. Semoga lawatan ini dapat meningkatkan ilmu IoT dan Technopreneurship di kalangan para pelajar dan pensyarah.


🤖 *Robotic Tournament (ROBOTO)* Sempena Karnival TVET & Kerjaya Perbandaran Kulai 2026*Tarikh:* 26& 27 Julai 2026*Masa:*...
23/07/2026

🤖 *Robotic Tournament (ROBOTO)*
Sempena Karnival TVET & Kerjaya Perbandaran Kulai 2026

*Tarikh:* 26& 27 Julai 2026
*Masa:* 8.00 pagi - 5.00 petang
*Tempat:* Dewan Raya Putra, Bandar Putra Kulai

*Kategori:*
*1. Robot Sumo -* Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah
*2. Robot Soccer -* Sekolah Menengah
*3. Robot Obstacle Challenge -* Sekolah Menengah & Terbuka

*Syarat Utama:*
1. Setiap pasukan MESTI diiringi oleh seorang (1) guru pembimbing.
2. Setiap pasukan hanya layak mendaftar untuk satu (1) kategori sahaja.

*Tarikh Tutup Pendaftaran:* 22 Julai 2026

*Yuran Pendaftaran:* PERCUMA

*Pautan _Rulebook_ Syarat Teknikal & Syarat Pertandingan :*

*1. Robot Sumo:*
https://bit.ly/Robot_Sumo
*2. Robot Soccer:*
https://bit.ly/Soccer_Robot
*3. Robot Obstacle Challenge :*
https://bit.ly/Robot_Obstacle

Lawatan penilaian panel penilai luar (EE) akan berlangsung pada 30.6.26. Moga dipermudahkan urusan kita semua ameen.
29/06/2026

Lawatan penilaian panel penilai luar (EE) akan berlangsung pada 30.6.26. Moga dipermudahkan urusan kita semua ameen.

Address

KM 10 Jalan Kong Kong
Pasir Gudang
81700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kejuruteraan Elektrik - JKE Politeknik Ibrahim Sultan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share