21/09/2026
πππππππ πππππππππππ ππππππ ππππππππ ππ
ππππππ (ππ¨π) ππππππππππ πππππ πππ πππππ
Alhamdulillah, selesai Bengkel Pembangunan Projek Internet of Things (IoT) Berasaskan ESP32 dan Blynk pada 19β20 September 2026 bertempat bersama pelajar Tingkatan 2 SM Sains Sultan Iskandar Mersing - Official π€π±
Sepanjang bengkel, peserta berpeluang mencuba sendiri penggunaan peranti ESP32, sensor dan aplikasi platform Blynk serta pembangunan dashboard IoT bagi tujuan pemantauan dan kawalan peranti secara dalam talian. Mereka turut berpeluang membangunkan projek mini IoT melalui aktiviti hands-on dan pembelajaran berasaskan projek.
Semoga pengalaman ini dapat menyemai minat terhadap bidang STEM serta membantu dalam persediaan projek RBT akan datang.
Terima kasih dan tahniah kepada pensyarah-pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang yang diketuai oleh Dr. Zatul Iffah Abd Latiff, serta semua pihak yang terlibat menjayakan program ini termasuk guru-guru SM Sains Sultan Iskandar Mersing - Official dan pelajar-pelajar yang memberikan komitmen yang baik.