Kolej Matrikulasi Kelantan

Call Directions Website

Kolej Matrikulasi Kelantan Kelantan Matriculation College is the premiere pre-university institution in the state of Kelantan

PASIR PUTEH — Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt) yang berlangsung berte...
11/09/2026

PASIR PUTEH — Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt) yang berlangsung bertemakan "Terukir Prestasi, Terpahat Bakti" menjadi liputan manis apabila turut meraikan majlis perpisahan dan sanjungan bakti buat Pengarah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia, Encik Azman bin Abd. Karim sempena persaraan beliau.
Kehadiran Encik Azman dalam majlis berprestij ini bukan sahaja bagi merasmikan dan merayakan pencapaian cemerlang warga KMKt, malah menjadi detik penuh bermakna untuk seluruh warga kolej menyampaikan ucapan Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih di atas segala kepimpinan, komitmen serta sumbangan bakti beliau sepanjang berkhidmat.
Pencapaian Cemerlang & Sanjungan Bakti
Dalam majlis tersebut, para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 diraikan atas mutu kerja dan dedikasi luar biasa yang ditunjukkan sepanjang tahun. Majlis disusuli dengan acara pemotongan pulut kuning/kek sebagai simbolik penghargaan serta kenang-kenangan meraikan bakal pesara, Encik Azman bin Abd. Karim.
Suasana penuh mesra dan kehangatan keakraban terpancar apabila pengurusan tertinggi serta warga kolej bergambar bersama beliau.
Seluruh warga Kolej Matrikulasi Kelantan mendoakan agar Encik Azman bin Abd. Karim dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan bersama keluarga tercinta, serta dirakmati Allah SWT di fasa persaraan beliau.
Jasa dan bakti Tuan akan sentiasa dikenang dan menjadi sumber inspirasi warga matrikulasi.

3 Sept - Sekitar perlawanan persahabatan pembukaan padang hoki KMKt.
03/09/2026

3 Sept - Sekitar perlawanan persahabatan pembukaan padang hoki KMKt.

MAJLIS PERASMIAN PADANG TURF KMKT & PERLAWANAN PERTUNJUKAN HOKI (MAHOC)Satu majlis istimewa akan diadakan untuk merasmik...
03/09/2026

MAJLIS PERASMIAN PADANG TURF KMKT & PERLAWANAN PERTUNJUKAN HOKI (MAHOC)

Satu majlis istimewa akan diadakan untuk merasmikan padang turf baharu di KMKt, disusuli dengan siri perlawanan hoki pada:

🗓 Tarikh: 3 September 2026 (Khamis malam Jumaat)
🕗 Masa: 8.00 Malam
📍 Tempat: Padang Turf KMKt

Semua dijemput hadir untuk memberi sokongan! Jangan lepaskan peluang untuk melihat aksi padu pasukan-pasukan hebat ini.

Kehadiran anda sangat dialu-alukan! Jom meriahkan suasana!

KMKt TERBAIK KaKOM 2026 — LIMA PINGAT, EMPAT CABANG SUKAN, SATU KEBANGGAAN!SELANGOR - Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt) ...
24/08/2026

KMKt TERBAIK KaKOM 2026 — LIMA PINGAT, EMPAT CABANG SUKAN, SATU KEBANGGAAN!

SELANGOR - Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt) mencatat pencapaian membanggakan apabila muncul peneraju pungutan pingat Karnival Kokurikulum Matrikulasi (KaKOM) 2026 yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Selangor pada 21 hingga 24 Ogos 2026.

KMKt menamatkan saingan dengan kutipan 5 pingat — 2 emas, 1 perak dan 2 gangsa.

Apa yang menjadikan pencapaian ini lebih istimewa ialah KMKt bukan sekadar mengumpul pingat yang banyak. Kualiti pingat yang dimenangi meletakkan KMKt di tangga teratas.

Tiga kontinjen berjaya mengumpul lima pingat, namun KMKt mendahului kedudukan dengan 2 emas dan 1 perak, mengatasi kontinjen lain yang turut memperoleh jumlah pingat yang sama.

🥇 Emas – Bola Sepak
🥇 Emas – Skuasy Perseorangan Lelaki
🥈 Perak – Tenis Beregu Lelaki
🥉 Gangsa – Badminton Beregu Lelaki
🥉 Gangsa – Tenis Beregu Wanita

BOLA SEPAK KMKt — JUARA!

Antara kejayaan paling mencuri perhatian ialah pasukan Bola Sepak KMKt yang muncul Johan KaKOM 2026.

Dalam sukan berpasukan seperti bola sepak, kemenangan bukan bergantung kepada seorang pemain. Ia memerlukan keserasian pasukan, disiplin, kecergasan, taktikal, ketahanan mental dan kemampuan mengawal tekanan pertandingan.

Justeru, pingat emas bola sepak ini mempunyai cerita yang tersendiri — sebuah kemenangan yang lahir daripada kekuatan sebuah pasukan.

SKUASY HADIAHKAN EMAS KEDUA

KMKt turut membuktikan keupayaan dalam acara individu apabila menjuarai Skuasy Perseorangan Lelaki.

Menariknya, dua pingat emas KMKt datang daripada dua bentuk pertandingan yang sangat berbeza — satu melalui kekuatan sebuah pasukan dalam bola sepak, dan satu lagi melalui keupayaan individu dalam skuasy.

Ini memperlihatkan keseimbangan kekuatan atlet KMKt.

EMPAT CABANG SUKAN MENYUMBANG PINGAT

Lebih menarik, lima pingat KMKt tidak datang daripada satu cabang sukan sahaja.

Pingat tersebut diperoleh daripada empat cabang berbeza — bola sepak, skuasy, tenis dan badminton.

Dalam tenis p**a, KMKt berjaya memperoleh dua podium, menerusi:

🥈 Tenis Beregu Lelaki
🥉 Tenis Beregu Wanita

Manakala badminton turut menyumbang:

🥉 Badminton Beregu Lelaki

Ini menunjukkan kejayaan KMKt mempunyai kedalaman dan kepelbagaian, merangkumi acara individu, beregu dan berpasukan.

KAMI BANGGA DENGAN ATLET KaKOM

Pingat hanyalah angka yang tercatat pada keputusan pertandingan.

Disebalik 2 emas, 1 perak dan 2 gangsa terdapat berjam-jam latihan, pengorbanan masa, keletihan, disiplin, semangat juang dan keberanian para atlet untuk membawa nama Kolej Matrikulasi Kelantan ke pentas kebangsaan.

Di belakang mereka p**a berdiri jurulatih, pengurus pasukan, pegawai kontinjen, pensyarah serta seluruh warga kolej yang sentiasa memberikan sokongan.

Maka apabila nama KMKt berada di tangga pertama pungutan pingat KaKOM 2026, kejayaan itu bukan milik atlet semata-mata.

Daripada padang bola sepak, gelanggang skuasy, tenis hingga badminton, atlet-atlet KMKt telah membawa satu mesej yang sama:

Kita datang untuk bersaing.
Kita berjuang untuk menang.
Dan kita p**ang membawa kebanggaan.

🏆 2 EMAS
🥈 1 PERAK
🥉 2 GANGSA
🏅 5 PINGAT
🎯 4 CABANG SUKAN MENYUMBANG PINGAT
🥇 TANGGA PERTAMA PUNGUTAN PINGAT KaKOM 2026

TAHNIAH SEMUA KONTINJEN KOLEJ MATRIKULASI! Ia adalah kejayaan kita bersama, terima kasih kepada penganjur Kolej Matrikulasi Selangor dan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan yang telah bersusah-payah mengurus dan mengelola acara tahunan ini sehingga berjaya dilaksanakan.

Hari ini kita bukan sekadar meraikan pingat.

Kita meraikan usaha.
Kita meraikan semangat.
Kita meraikan sebagai sebuah pasukan Program Matrikulasi di bawah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan.

WARGA KMKt, KITA BANGGA!









20/08/2026

Bangunan baru unlocked. New era for us! 🏫✨

19/08/2026

Di sini, sebuah padang hoki di dalam institusi pendidikan kita kini mendapat pengiktirafan International Hockey Federation (FIH). Trek sintetiknya p**a diiktiraf World Athletics Facilities Class 2.

Ini bukan kemudahan yang kita selalu jangka ada di sebuah kolej matrikulasi.

Kolej Matrikulasi Kelantan mula beroperasi pada tahun 2013. Dalam tempoh lebih sedekad, kolej ini berkembang bersama-sama ribuan anak muda yang datang membawa cita-cita.

Apabila jumlah dan keperluan pelajar berkembang, infrastrukturnya juga mesti berkembang bersama. Sebab itu Projek Pembangunan Fasa 2 Kolej Matrikulasi Kelantan bukan sekadar menambah bangunan.

Dua blok asrama baharu menyediakan lebih banyak ruang penginapan. Pusat sehenti pelajar, kafetaria, kuarters, dewan dan pelbagai kemudahan lain melengkapkan kehidupan sebuah kampus. Kemudahan sukan dan rekreasi p**a dinaik taraf sehingga mencapai piawaian antarabangsa.

Saya mahu anak-anak yang datang belajar di institusi pendidikan kita merasakan bahawa mereka diberikan ruang dan kemudahan terbaik untuk kembangkan potensi diri. Kerana pendidikan tidak hanya berlaku di dalam bilik kuliah.

Kita bukan sekadar membina bangunan untuk hari ini. Kita sedang menyediakan ruang untuk anak-anak kita membina masa hadapan mereka.

19/08/2026
19/08/2026

Sekitar Majlis Penyerahan Bangunan Tambahan Kolej Matrikulasi Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Fadhlina Sidek Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Cakna Enterprise Sdn. Bhd

KKR Serah Bangunan Tambahan Kolej Matrikulasi Kelantan Kepada KPM, Perkukuh Fasiliti Pendidikan MADANIPASIR PUTEH, 17 Og...
17/08/2026

KKR Serah Bangunan Tambahan Kolej Matrikulasi Kelantan Kepada KPM, Perkukuh Fasiliti Pendidikan MADANI

PASIR PUTEH, 17 Ogos — Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) hari ini secara rasmi menyerahkan projek siap Bangunan Tambahan Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt) kepada Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu majlis penyerahan yang berlangsung di sini, hari ini.
Penyerahan rasmi bangunan tambahan tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan kepada Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek.
Komitmen Prasarana Berkualiti Tinggi.

Dalam ucapan perasmiannya, YB Puan Fadhlina Sidek menzahirkan penghargaan kepada pihak KKR dan JKR atas kejayaan menyiapkan fasiliti pendidikan baharu yang moden, selesa, serta selamat untuk dimanfaatkan oleh warga pendidik dan pelajar KMKt.

"Penyediaan prasarana yang kondusif ini merupakan terjemahan iltizam berterusan Kerajaan MADANI dalam memastikan ekosistem pembelajaran peringkat pra-universiti sentiasa berada pada tahap terbaik demi menyokong kemenjadian modal insan negara" kata beliau.

Sementara itu, YB Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan menegaskan bahawa KKR sentiasa komited memastikan setiap projek pembangunan infrastruktur awam, khususnya sektor pendidikan, disiapkan mengikut piawaian kualiti yang ketat dan tempoh masa yang ditetapkan. Kontraktor yang bertanggungjawab adalah Cakna Enterprise Sdn. Bhd.

Projek bangunan tambahan ini merangkumi:
⚬ Blok Pensyarah & Akademik: Ruang kerja pensyarah yang lebih selesa serta bilik tutorial moden.
⚬ Kompleks Sukan & Padang: Kemudahan rekreasi dan sukan bertaraf tinggi bagi memupuk gaya hidup sihat dan pembangunan sahsiah pelajar.
⚬ Infrastruktur Sokongan: Kemudahan utiliti dan capaian moden bagi memenuhi keperluan pembelajaran abad ke-21.

Majlis diserikan dengan acara simbolik penyerahan replika kunci bangunan serta pertukaran cenderamata penghargaan antara kedua-dua kementerian. Sejurus selepas majlis selesai, YB Puan Fadhlina meluangkan masa beramah mesra dan berswafoto bersama para pelajar serta barisan warga kerja KMKt yang menyambut kehadiran beliau dengan penuh keterujaan dan semangat kebersamaan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM Encik Azman bin Abd Karim, Pengarah JPN Kelantan, Pengarah Kolej Matrikulasi Kelantan Encik Muhamad Fariq bin Che Mee, barisan pegawai kanan KPM, KKR, JKR, serta kontraktor pelaksana projek.

Media KMKt / Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan

MAJLIS PENYERAHAN BANGUNAN TAMBAHAN KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN: TINJAUAN MESRA & PERSIAPAN RAPI PENGARAH BAHAGIAN MATRIK...
17/08/2026

MAJLIS PENYERAHAN BANGUNAN TAMBAHAN KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN: TINJAUAN MESRA & PERSIAPAN RAPI PENGARAH BAHAGIAN MATRIKULASI KPM
Tarikh: 17 Ogos 2026 (Isnin)
Lokasi: Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt), Selising, Kelantan

Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt) hari ini melakar satu lagi mercu tanda bersejarah bersempena dengan Majlis Penyerahan Bangunan Tambahan Kolej Matrikulasi Kelantan. Projek infrastruktur penting ini diserahkan secara rasmi oleh YB Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya kepada YB Puan Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan.
Bagi memastikan segala persiapan majlis berjalan dengan lancar dan fasiliti berada pada tahap terbaik, Pengarah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan (KPM), Encik Azman bin Abd Karim telah hadir mengadakan lawatan penyeliaan dan pemantauan rapi di kolej ini. Kehadiran beliau telah disambut dan diiringi oleh Pengarah Kolej Matrikulasi Kelantan, Encik Muhamad Fariq bin Che Mee bersama barisan pengurusan kolej.
Sepanjang sesi lawatan tersebut, Encik Azman turut meluangkan masa meninjau fasiliti Bangunan Baharu Pensyarah bagi melihat sendiri ruang kerja yang lebih moden, selesa, dan kondusif untuk para pendidik.
Beliau juga sempat menyantuni dan beramah mesra bersama para pelajar KMKt, bertanyakan khabar serta memberikan kata-kata perangsang dan motivasi agar terus bersemangat menimba ilmu demi masa depan yang cemerlang.
Penyediaan fasiliti tambahan ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pendidikan dalam memperkasa ekosistem pembelajaran yang berkualiti, selamat, dan selesa demi kemenjadian modal insan dan kecemerlangan warga kolej secara menyeluruh.






Address

Selising
Pasir Puteh
16810

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Sunday 08:00 - 16:00

Telephone

+6097808000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Matrikulasi Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share