Kolej Komuniti Pasir Salak

Call Directions Website

Kolej Komuniti Pasir Salak Kolej Komuniti Pasir Salak
KKPS.TV
Berita & Media Pendidikan Kolej Komuniti Pasir Salak. Sijil Teknologi Maklumat
2. Sijil Pengendalian Acara
3.

Kolej Komuniti Pasir Salak merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang menawarkan 4 buah program pengajian TVET sepenuh masa yang diiktiraf dan berkualiti seperti berikut:

1. Sijil Teknologi Automotif
4. Sijil Teknologi Pemprosesan Makanan

Disamping itu, kursus jangka pendek turut ditawarkan kepada masyarakat dalam pelbagai bidang bagi melestarikan pembelajaran sepanjang hayat.

🕌 RANGKUMAN KHUTBAH JUMAATTABAYYUN: BENTENG MENGHADAPI JENAYAH KEWANGAN📅 25 September 2026🛡️ APA ITU TABAYYUN?Menyelidik...
25/09/2026

🕌 RANGKUMAN KHUTBAH JUMAAT
TABAYYUN: BENTENG MENGHADAPI JENAYAH KEWANGAN

📅 25 September 2026

🛡️ APA ITU TABAYYUN?
Menyelidik, menyemak dan memastikan kesahihan sesuatu maklumat sebelum mempercayai atau menyebarkannya.

⚠️ JANGAN TERBURU-BURU!
Penjenayah kewangan sengaja mencetuskan:
• Rasa cemas
• Rasa takut
• Rasa terdesak

Supaya kita bertindak tanpa berfikir dan menyemak.

💰 RISIKO JENAYAH KEWANGAN
Penipuan boleh menyebabkan:
• Kehilangan simpanan
• Kehilangan wang persaraan
• Hilang wang yang dikumpul untuk ibadah
• Tekanan emosi & masalah rumah tangga

📊 TAHUKAH ANDA?
Pada tahun 2025, negara mencatat kerugian RM2.8 bilion akibat penipuan kewangan.
95% kes penipuan** merupakan pindahan wang dengan izin — mangsa sendiri memindahkan wang selepas diperdaya, dipengaruhi atau diugut.

🔎 AMALKAN 3S

1. SOAL
Semak siapa yang menghubungi kita dan pastikan maklumat yang diberikan sahih.

2. SEKAT
Jangan teruskan pindahan wang jika mencurigakan.
Jangan kongsi maklumat peribadi, kata laluan atau maklumat perbankan.

3. SEBAR
Maklumkan kepada keluarga dan masyarakat serta laporkan perkara mencurigakan kepada pihak berkuasa.

🚨 JIKA SUDAH MENJADI MANGSA
Hubungi segera bank masing-masing atau NSRC: 997.
Jangan bertangguh — tindakan segera dapat membantu usaha mengesan dan menyekat pergerakan wang.

🤲 INGAT:
BERTENANG → SEMAK → TABAYYUN → BARU BERTINDAK

Sikap berhati-hati bukan tanda kelemahan, tetapi tanda kebijaksanaan.

🕌 RANGKUMAN KHUTBAH JUMAATSULH: Mengembalikan Mahabbah, Merungkai Kekusutan Keluarga📅 18 September 2026🌿 Apa itu Sulh?Su...
18/09/2026

🕌 RANGKUMAN KHUTBAH JUMAAT
SULH: Mengembalikan Mahabbah, Merungkai Kekusutan Keluarga

📅 18 September 2026

🌿 Apa itu Sulh?
Sulh bermaksud perdamaian, penyelesaian dan usaha memperbaiki hubungan yang retak. Ia merupakan persetujuan bersama untuk menyelesaikan pertikaian secara damai.

❤️ Mengapa Sulh penting dalam keluarga?
1. Mengembalikan kasih sayang (mahabbah).
2. Mengelakkan pertengkaran dan persengketaan berpanjangan.
3. Memelihara maruah dan aib keluarga.
4. Membantu kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama.
5. Mengutamakan kebajikan dan perasaan anak-anak.

🤝 Prinsip yang perlu diamalkan
Dengar dengan baik • Berbincang dengan tenang • Kawal kata-kata • Bertolak ansur • Sedia menerima bantuan
Islam menggalakkan penyelesaian secara damai kerana perdamaian adalah lebih baik.

🌸 Pengajaran utama
Dalam konflik keluarga, kemenangan bukan apabila kita mengalahkan pihak lain, tetapi apabila pertikaian dapat diselesaikan secara damai, hak terpelihara, maruah dijaga dan anak-anak tidak menjadi mangsa.

✨ Kesimpulan
Sulh bukan tanda kelemahan.
Ia adalah jalan menuju perdamaian, kasih sayang dan keharmonian keluarga.

“Semoga Sulh mengembalikan mahabbah, memelihara maruah, melindungi anak-anak dan merungkai kekusutan keluarga.”

SEMARAK PATRIOTISME MEWARNAI MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA PERINGKAT KKPS 2026KOLEJ KOMUNITI PASIR S...
18/09/2026

SEMARAK PATRIOTISME MEWARNAI MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA PERINGKAT KKPS 2026

KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK, 18 September 2026 – Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 peringkat Kolej Komuniti Pasir Salak telah berlangsung dengan penuh semangat patriotisme dan kebersamaan di Dewan Kuliah, Kolej Komuniti Pasir Salak, pagi tadi.

Majlis yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi itu menjadi kemuncak kepada sambutan Bulan Kebangsaan di peringkat kolej, selain menjadi wadah untuk menyemarakkan semangat cintakan negara, memperkukuh perpaduan serta menyedarkan warga pelajar tentang peranan dan tanggungjawab mereka sebagai generasi pewaris masa hadapan negara.

Majlis telah dirasmikan oleh Encik Mohd Shahrir bin Ahmad Zaini, Pengarah Kolej Komuniti Pasir Salak.

Dalam ucapan perasmian, beliau menekankan bahawa pembentukan generasi yang bertanggungjawab dan mampu menyumbang kepada negara perlu bermula daripada diri sendiri serta institusi paling asas, iaitu keluarga. Menurut beliau, nilai tanggungjawab bukanlah sesuatu yang terbentuk secara spontan, sebaliknya perlu dipupuk sejak di rumah sebelum diterjemahkan dalam kehidupan bermasyarakat.

Beliau turut mengingatkan para pelajar agar bertanggungjawab terhadap diri sendiri dengan berusaha menuntut ilmu, membina sahsiah dan memanfaatkan peluang pendidikan yang tersedia. Ilmu yang diperoleh bukan sekadar untuk mencapai kejayaan peribadi, bahkan menjadi asas kepada pembentukan individu yang mampu memberikan sumbangan bermakna kepada masyarakat dan negara.

Dalam konteks kehidupan sebagai pelajar, beliau turut menekankan kepentingan tanggungjawab sesama rakan sebaya, khususnya dalam memelihara keharmonian dan perpaduan dalam kalangan warga kolej yang terdiri daripada latar belakang serta kaum yang berbeza.

Menurut beliau, kepelbagaian yang wujud dalam kalangan pelajar perlu dilihat sebagai kekuatan yang menyatukan, bukannya jurang yang memisahkan. Sikap saling menghormati, bertolak ansur, membantu antara satu sama lain dan menghargai perbezaan merupakan asas penting dalam membina sebuah komuniti yang harmoni.

Beliau turut menyentuh tentang budaya mengeluh yang perlu diubah dalam kalangan generasi muda. Para pelajar diseru supaya tidak hanya mempersoalkan perkara yang diterima atau mengeluh tentang cabaran yang dihadapi, sebaliknya membina sikap positif dengan bertanya kepada diri sendiri tentang usaha dan sumbangan yang mampu diberikan.

“Apa jasa kita kepada negara?” menjadi antara persoalan yang wajar direnungkan oleh setiap pelajar dalam memahami erti sebenar kemerdekaan dan tanggungjawab sebagai warganegara.

Jelasnya, sumbangan kepada negara tidak semestinya bermula dengan sesuatu yang besar. Ia boleh bermula dengan membentuk diri menjadi insan berilmu, berdisiplin dan berakhlak, sebelum diperluaskan melalui sumbangan kepada keluarga, rakan sebaya, masyarakat dan seterusnya negara.

Semangat patriotisme yang dizahirkan menerusi sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia diharap tidak terhenti pada acara dan simbol semata-mata, sebaliknya diterjemahkan dalam bentuk tindakan serta amalan seharian.

Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 ini sekali gus menjadi peringatan bahawa kemerdekaan yang dinikmati hari ini hadir bersama amanah untuk dipelihara. Generasi muda khususnya para pelajar mempunyai peranan penting dalam memastikan semangat perpaduan, keharmonian dan kecintaan terhadap negara terus subur dalam masyarakat.

Daripada diri sendiri, bermula di rumah, diperkukuh bersama rakan dan masyarakat, akhirnya menjadi sumbangan kepada negara.

Semoga semangat Malaysia MADANI, perpaduan dan patriotisme terus mekar dalam jiwa seluruh warga Kolej Komuniti Pasir Salak, selaras dengan aspirasi untuk melahirkan generasi berilmu, berketerampilan dan bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

Selamat Hari Malaysia 2026.






18/09/2026

🇲🇾 HAKIM IMAGINASI

Filem Pendek — Hari Malaysia 2026

🎬 Sebuah Filem Pendek Azizulrohim Basirun
🎭 Pelakon: Mohammad Ikmal Hakim
🎓 Pelajar Sijil Pengendalian Acara, Kolej Komuniti Pasir Salak

SINOPSIS
Hakim ialah seorang anak muda yang membesar dengan imaginasi luas dan rasa ingin tahu yang tinggi. Dalam dunia kecilnya, imaginasi membentuk pandangannya tentang perjuangan, keberanian dan erti menjadi seorang warganegara.
Namun, setelah melangkah ke alam pengajian di Kolej Komuniti Pasir Salak, Hakim mula memahami bahawa apa yang dibayangkannya dahulu hanyalah berdasarkan apa yang dilihat dan difahaminya ketika itu.

Kini, dia melihat kehidupan daripada perspektif yang berbeza. Realiti bukan sekadar apa yang kita bayangkan semalam, tetapi perjalanan yang kita lalui hari ini dan pilihan yang kita buat untuk menentukan masa depan.

Hakikatnya, perjuangan membina Malaysia bukan hanya di medan perang, tetapi juga melalui ilmu, perpaduan, bakti dan nilai kemanusiaan.

Hari ini, perjuangan kita mungkin berbeza, namun semangatnya tetap sama — mencintai tanah air, memelihara perpaduan dan memberikan yang terbaik untuk Malaysia.

🇲🇾 Selamat Hari Malaysia 2026.
Malaysia MADANI, jiwa merdeka, semangat bersama.

Daripada imaginasi kepada realiti.
Daripada seorang anak muda kepada sebuah harapan untuk Malaysia.




🇲🇾 NASI LEMAK MERDEKA! 🇲🇾❤️🤍💙💛 LAUNGKAN “SAYA ANAK MALAYSIA!” 💛💙🤍❤️📅 Tarikh: 9 September 2026 (Rabu)⏰ Masa: 9.30 pagi📍 L...
17/09/2026

🇲🇾 NASI LEMAK MERDEKA! 🇲🇾

❤️🤍💙💛 LAUNGKAN “SAYA ANAK MALAYSIA!” 💛💙🤍❤️

📅 Tarikh: 9 September 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 9.30 pagi
📍 Lokasi: Dataran Blok B, KKPS
👥 Penglibatan: 65 orang pelajar KKPS

🎯 OBJEKTIF PROGRAM

Program ini bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Pasir Salak (KKPS), di samping memperkenalkan nasi lemak sebagai salah satu makanan warisan dan identiti Malaysia serta menggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti sambutan Hari Malaysia.

🍚 Jom makan nasi lemak!
🇲🇾 Jom laungkan “SAYA ANAK MALAYSIA!”
📸 Jom abadikan kenangan bersama!

📚 Anjuran
Unit Perpustakaan

🇲🇾 Satu hati, satu jiwa, kita Anak Malaysia! 🇲🇾

📣 HEBAHAN PROGRAM CERAMAH MAULIDUR RASUL KKPS 2026 📅 Tarikh: 9 September 2026 (Rabu)⏰ Masa: 3.00 petang hingga 4.00 peta...
17/09/2026

📣 HEBAHAN PROGRAM CERAMAH MAULIDUR RASUL KKPS 2026

📅 Tarikh: 9 September 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 3.00 petang hingga 4.00 petang
📍 Tempat: Dewan Kuliah, Kolej Komuniti Pasir Salak
👨‍🏫 Penceramah: Ustaz Hj. Muhammad Khairul Basri bin Osman
💼 Jawatan: Pegawai Tadbir Agama, Kampong Gajah
👥 Peserta: Warga Kolej Komuniti Pasir Salak
🔰Anjuran : Unit Pengajian Am

🎯 Objektif:
1. Memberi kefahaman kepada peserta tentang kepentingan mencintai Rasulullah SAW serta meneladani keperibadian baginda.
2. Memupuk penghayatan terhadap akhlak mulia dan nilai-nilai yang dicontohi daripada Rasulullah SAW.
3. Membentuk generasi yang berakhlak, berintegriti dan mengamalkan nilai-nilai Islam sebagai asas pembentukan generasi Madani.

📊 Impak:
1. Peserta memahami kepentingan mencintai Rasulullah SAW dan menjadikan baginda sebagai contoh teladan dalam kehidupan.
2. Peserta dapat menghayati serta mengamalkan akhlak mulia dan nilai-nilai terpuji yang dicontohi daripada Rasulullah SAW.
3. Program dapat menyemai kecintaan kepada Rasulullah SAW dan menyumbang kepada pembentukan generasi Madani yang berakhlak, berintegriti dan bertanggungjawab.

PROGRAM KESEJAHTERAAN KESIHATAN MENTAL : "BAHAGIA DI TEMPAT KERJA"Tarikh : 11 September 2026Masa : 10.00 pagi – 12.30 te...
17/09/2026

PROGRAM KESEJAHTERAAN KESIHATAN MENTAL : "BAHAGIA DI TEMPAT KERJA"

Tarikh : 11 September 2026
Masa : 10.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat : Dewan Kuliah, Kolej Komuniti Pasir Salak

Penceramah :
Puan Nazatul Hazariah Binti Mohd Zal
Pegawai Psikologi
Hospital Angkatan Tentera Lumut

Anjuran :
- Unit Psikologi
- Jawatankuasa Program Kesihatan Mental & Fizikal KKPS

Peserta :
30 orang kakitangan KKPS

Objektif:
1. Meningkatkan kesedaran kakitangan mengenai kepentingan kesihatan mental di tempat kerja.
2. Membantu peserta mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kesejahteraan dan kebahagiaan semasa bekerja.
3. Memberi pendedahan mengenai teknik pengurusan stres dan emosi yang berkesan.
4. Menggalakkan pembentukan budaya kerja yang positif, sihat dan menyokong kesejahteraan warga organisasi.

Impak Program
Ø Menyokong pembentukan ekosistem kerja yang mengambil berat terhadap kesejahteraan mental warga organisasi.
Ø Meningkatkan kesedaran organisasi terhadap kepentingan pencegahan dan pengurusan stres dalam kalangan kakitangan.
Ø Membantu mengurangkan potensi tekanan kerja yang boleh menjejaskan prestasi dan kesejahteraan kakitangan melalui pendedahan kepada strategi pengurusan stres.
Ø Mewujudkan kesedaran terhadap kepentingan mendapatkan sokongan yang sesuai apabila berhadapan dengan cabaran emosi atau tekanan berkaitan pekerjaan.

PROGRAM DERMA DARAH SEMPENA BULAN KEBANGSAAN 2026“SETITIS DARAH, SEJUTA HARAPAN”Tarikh: 11 September 2026 (Jumaat)Masa: ...
17/09/2026

PROGRAM DERMA DARAH SEMPENA BULAN KEBANGSAAN 2026

“SETITIS DARAH, SEJUTA HARAPAN”

Tarikh: 11 September 2026 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: Dewan Pameran, Kolej Komuniti Pasir Salak

Penglibatan:
Pelajar, staf Kolej Komuniti Pasir Salak dan komuniti setempat

Objektif Program:

1. Memastikan Bekalan Darah Mencukupi
Membantu meningkatkan bekalan darah bagi memenuhi keperluan perubatan, khususnya untuk pesakit yang memerlukan transfusi darah dan rawatan kecemasan.

2. Membantu Pesakit yang Memerlukan
Memberi peluang kepada warga kolej dan komuniti setempat untuk menyumbang darah secara sukarela bagi membantu pesakit yang memerlukan transfusi darah, pembedahan dan rawatan perubatan lain.

3. Meningkatkan Kesedaran dan Keprihatinan
Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menderma darah serta memupuk nilai keprihatinan, kemanusiaan dan kesukarelawanan dalam kalangan warga kolej dan masyarakat.

Impak Program:

1. Membantu Menyelamatkan Nyawa
Sumbangan darah yang diterima dapat membantu memenuhi keperluan pesakit serta memberi peluang kehidupan kepada mereka yang memerlukan transfusi darah.

2. Memupuk Semangat Kesukarelawanan
Program ini berjaya menggalakkan warga kolej dan komuniti setempat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan serta menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.

3. Meningkatkan Kesedaran tentang Kepentingan Derma Darah
Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan menderma darah secara sukarela serta meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab sosial terhadap mereka yang memerlukan.

Statistik Program (sehingga jam 1.00 petang):
➡️ Berjaya menderma darah: 32 orang
➡️ Tidak berjaya menderma darah: 11 orang
➡️ Jumlah penyertaan: 43 orang

✨ KKPS Prihatin, KKPS Sejahtera!
🩸 “Setitis Darah, Sejuta Harapan”

🏆 TAHNIAH TEAM KKPS! | PENCAPAIAN POLYCCOM ’26 🏆Syabas dan tahniah diucapkan kepada Team KKPS atas pencapaian membanggak...
17/09/2026

🏆 TAHNIAH TEAM KKPS! | PENCAPAIAN POLYCCOM ’26 🏆

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Team KKPS atas pencapaian membanggakan dalam Pertandingan POLYCCOM ’26 yang telah berlangsung pada 14–15 September 2026.

Pertandingan anjuran Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI), JPPKK bersama Perak Culinary Art Academy (PCAA@KKCP) ini menjadi platform dalam mengetengahkan idea, kreativiti serta inovasi warga POLYCC.

✨ 5 PINGAT PERAK BERJAYA DIBAWA PULANG! 🥈🥈🥈🥈🥈

🔹 Juara Kategori Multimedia & ICT
🥈 i-SPPBv2.0
• Ts. Salmiah binti Shahlan
• Puan Atera binti Saifuddin
• Puan Anis Irdina Syakira binti Harun

🔹 Kategori Pembelajaran dan Pengajaran
🥈 NumVerse
• Puan Asmarul Shazila binti Adnan
• Ts. Salmiah binti Shahlan
• Puan Atera binti Saifuddin

🔹 Kategori Teknologi Hijau
🥈 COBAEGG
• Ts. Mohd Izamuddin bin Itam Ahmed
• Puan Nurul Syahirah binti Mohd Nor
• Puan Siti Nur Haslinda binti Damanhuri

🔹 Kategori Kecantikan
🥈 Dragonkiss
• Puan Mayaslinda binti Mayahudin
• Ts. Nurul Fasihah binti Razak
• Puan Rawaida binti Abd Rahim

🔹 Kategori Multimedia & ICT
🥈 Sistem e-KPI PSH KKMPv2
• Puan Norjunainah binti Juri

💐 Tahniah dan syabas kepada semua pensyarah serta warga KKPS yang telah menyumbang idea, kepakaran dan komitmen dalam menghasilkan inovasi yang berkualiti.

Pencapaian ini membuktikan bahawa inovasi, kreativiti dan kolaborasi terus menjadi pemangkin kecemerlangan warga KKPS.

🌟 Terus berinovasi, terus mencipta dan terus menginspirasi!

PROGRAM EVENT QUEST KL 2026Explore More, Learn BeyondTarikh : 10 - 11 September 2026 (Khamis - Jumaat)Masa  : 8.00 pagi ...
17/09/2026

PROGRAM EVENT QUEST KL 2026
Explore More, Learn Beyond

Tarikh : 10 - 11 September 2026 (Khamis - Jumaat)
Masa : 8.00 pagi – 11.00 malam
Tempat: Sekitar Kuala Lumpur
Penglibatan: Pelajar dan pensyarah Program Sijil Pengendalian Acara
Kerjasama : KL Tower dan Infra Minda Global Sdn. Bhd.

Objektif Program:

1.Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pelajar tentang pengurusan acara, pengurusan destinasi dan operasi industri melalui pendedahan secara langsung dalam persekitaran sebenar.

2. Meningkatkan kemahiran etiket, komunikasi, kerja berpasukan dan profesionalisme pelajar melalui penglibatan serta pengalaman praktikal sepanjang program.

3.Memperluas pendedahan pelajar terhadap amalan industri, keperluan kompetensi dan peluang kerjaya melalui interaksi serta sesi perkongsian bersama pihak industri.

4.Membentuk pelajar yang lebih holistik, berdisiplin, bertanggungjawab dan berdaya saing melalui pengalaman pembelajaran luar bilik kuliah yang mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran insaniah dan jaringan profesional.

Impak Program:

1. Pelajar memperoleh pendedahan secara langsung terhadap pengurusan acara, pengurusan destinasi dan operasi dalam persekitaran industri sebenar, sekali gus meningkatkan kefahaman terhadap aplikasi pembelajaran di luar bilik kuliah.

2. Pelajar dapat mengaplikasikan etiket, protokol, komunikasi dan penampilan profesional dalam situasi sebenar, seterusnya meningkatkan keyakinan diri, disiplin dan profesionalisme ketika berinteraksi dengan pihak luar.

3. Interaksi, praktikal dan sesi perkongsian bersama pihak industri memberi pelajar pemahaman yang lebih jelas tentang amalan terbaik, perkembangan industri, keperluan kompetensi serta peluang kerjaya dalam bidang pengendalian acara.

4. Pengalaman pembelajaran luar bilik kuliah membantu membentuk pelajar yang lebih berdisiplin, bertanggungjawab, mampu bekerja dalam pasukan dan berdaya saing, di samping memperkukuh kemahiran insaniah, jaringan profesional serta nilai patriotisme.

Address

Kolej Komuniti Pasir Salak
Pasir Salak
36800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6056552300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Pasir Salak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share