Alumni Institut Kemahiran & Teknologi SHNS

Alumni Institut Kemahiran & Teknologi SHNS Alumni bekas pelatih Institut Kemahiran & Teknologi SHNS

Syawal dah berakhir... Tapai tetap penyeri meja utk minggu ni..
20/04/2026

Syawal dah berakhir... Tapai tetap penyeri meja utk minggu ni..

Maaf Zahir Batin
23/03/2026

Maaf Zahir Batin

10/08/2025

Zaman ini, ramai orang dizalimi gara-gara berlakunya dua perkara iaitu memberi penyaksian palsu dan menyembunyikan penyaksian. Bahkan, ada mangsa yang diragut nyawanya tanpa pembelaan yang adil.

Sesiapa yang terlibat dalam memberi penyaksian palsu, dinasihatkan agar segera bertaubat kerana ia termasuk tiga dosa besar yang disebutkan oleh Rasulullah SAW (syirik kepada Allah, derhaka kepada ibu bapa dan memberi penyaksian palsu).
(HR Bukhari & Muslim)

Begitu juga orang yang tahu sesuatu kebenaran tapi mereka sembunyikan kerana tidak mahu terlibat, tidak hiraukan hal orang lain atau nak menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu. Allah SWT sudah berpesan:

وَلَا تَكْتُمُوا۟ ٱلشَّهَـٰدَةَ ۚ وَمَن يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُۥٓ ءَاثِمٌۭ قَلْبُهُۥ ۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌۭ

Maksudnya: "Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."
(Surah al-Baqarah: 283)

Penyaksian palsu dan orang yang menyembunyikan penyaksian akan alami masalah besar di Mahsyar kerana mereka telah melakukan dosa besar di sisi Allah. Di sana kelak, mereka dibangkitkan dan berdiri di mahkamah akhirat dalam keadaan Allah amat murka kepadanya.

حَسْبُنَا ٱللَّهُ وَنِعْمَ ٱلْوَكِيلُ

Tutup sebelah mata terhadap pembohongan atau pilih diam demi kepentingan sesuatu pihak adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap kebenaran. Tuhan memerintahkan kita berlaku adil walau terhadap diri sendiri, apatah lagi apabila melibatkan nyawa dan maruah insan lain.

Bertaubatlah dan berilah penyaksian yang benar nescaya kita akan terselamat di akhirat kelak, insya-Allah. Amat-amat tidak berbaloi memilih pelepasan di dunia berbanding kebebasan di akhirat.

Address

Kampus Kenangan SHNS, PT940-949 Jalan Desa Darul Naim
Pasir Tumboh
16150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alumni Institut Kemahiran & Teknologi SHNS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share