Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin-PTSS

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin-PTSS Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin merupakan Politeknik Malaysia yang ke 18. ❤️

Politeknik Malaysia Tuanku Syed Sirajuddin, Arau ,Perlis adalah merupakan Politeknik Malaysia yang ke 18 diujudkan diibawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Ini adalah Fan Page Rasmi Politeknik Malaysia Tuanku Syed Sirajuddin, Arau ,Perlis

13/05/2026
🌟🥭 PICNIC HARUMANIS PTSS 2026 🥭🌟📢 TERBUKA KEPADA ORANG RAMAI!Jom ramai-ramai meriahkan picnic harumanis paling dinanti d...
13/05/2026

🌟🥭 PICNIC HARUMANIS PTSS 2026 🥭🌟

📢 TERBUKA KEPADA ORANG RAMAI!
Jom ramai-ramai meriahkan picnic harumanis paling dinanti di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Perlis 🌞✨

😋 Menarik Menanti Anda:
🥭 Pulut harumanis wangi
🧃 Jus harumanis segar
🍦Ice cream harumanis lazat (limited 30 batang shj)
🛍️ Jualan harumanis berkualiti

🔥 PROMOSI ISTIMEWA JUALAN BAWA PULANG
💰 Harumanis hanya RM18/kg (terhad kepada 50 orang terawal walk-in/tempahan)

🌳 Anda juga boleh
✅ PILIH BUAH SENDIRI
Fresh dari ladang PTSS😍

📅 Tarikh: 15/5/2025 (Jumaat)
⏰ Masa: 2.30 petang – 6.30 petang
📍 Lokasi: Pauh Inn PTSS
(Boleh juga ronda-ronda ladang kami utk cipta kenangan indah dengan hanya RM1/pax..knderaan dan pemandu pelancong disediakan🤩)

💛 Nikmati keenakan Harumanis asli Perlis bersama keluarga & rakan-rakan dalam suasana santai dan meriah!
❤️ Jom bagi family di kampung merasai harumanis yang lazat ini sempena Hari Raya Aidiladha!

📲 Tempahan & Pertanyaan:
💬 WhatsApp:
https://wa.me/60193309878?text=tempahanharumanisPTSS

📷 Atau scan QR pada poster untuk maklumat lanjut!

TAHNIAH ATAS PENERBITAN ARTIKEL AKADEMIK! Seluruh warga Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) merakamkan ucapan setin...
13/05/2026

TAHNIAH ATAS PENERBITAN ARTIKEL AKADEMIK!

Seluruh warga Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada:

1. Dr. Yusrizal Sufardi bin Mohd Yunan, FCILT (Halal Research Training Centre (HRTC), Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti)
2. Dr. Norzianis binti Rezali @ Abdul Sukor, FCILT (Jabatan Perdagangan)

Atas kejayaan menerbitkan artikel akademik bertajuk: “The Relative Advantage of Halal Logistics: Perspectives from Malaysian Halal Food Firms”.

Artikel ini telah diterbitkan di dalam Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Social Sciences and Humanities – Vol. 11 No. 1 (2026).
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga akademik PTSS untuk terus aktif dalam bidang penyelidikan dan penulisan, sekaligus memartabatkan nama institusi di persada kecemerlangan ilmu.

Syabas dan Tahniah!

Sekalung tahniah diucapkan kepada:Dr. Yusrizal Sufardi bin Mohd Yunan, FCILTPensyarah Utama Jabatan Pelancongan dan Hosp...
11/05/2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada:

Dr. Yusrizal Sufardi bin Mohd Yunan, FCILT

Pensyarah Utama Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, (JPH), PTSS di atas kejayaan penerbitan artikel ilmiah bertajuk:

“Enhancing Procurement Sensitivity: Ensuring Halal Integrity in the Procurement of Food Supply Chain Equipment”

- yang telah diterbitkan di dalam:
CILTM Pulse
Edisi April 2026

- Penerbit:
The Chartered Institute of Logistics & Transport Malaysia (CILTM)

Kejayaan ini membuktikan komitmen berterusan warga akademik dalam memperkukuhkan budaya penyelidikan, penulisan profesional serta menyumbang kepada pembangunan ilmu dalam bidang halal logistics dan pengurusan rantaian bekalan makanan halal di Malaysia.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga JPH, PTSS untuk terus aktif menghasilkan penulisan berkualiti dan berimpak tinggi di peringkat nasional serta antarabangsa.

Tahniah dan semoga terus melakar kecemerlangan!








Jabatan Perdagangan PTSS telah menyertai beberapa persidangan dan Pertandingan. Berikut adalah yang disertai dan dicapai...
11/05/2026

Jabatan Perdagangan PTSS telah menyertai beberapa persidangan dan Pertandingan. Berikut adalah yang disertai dan dicapai:-

1. Smart Attendance, Smarter Acceptance: Understanding Staff Adoption of SPOT-Me Through the UTAUT Lens - Laila Musa, Rashdan Rashid - International Journal for Research Trends and Innovation (IJRTI)

2. The Level of Knowledge, Attitude, And Perception of Individual Taxpayers Towards Lifestyle Tax Relief - Mohd Nizam Mat Isa, Nazura Arif - International Conference on Research, Innovation, Sustainability, & Education (iRiseCon) 2026

3. Factors Affecting Daily Personal Financial Management Among Students - Mohd Nizam Mat Isa, Nazura Arif - International Conference on Research, Innovation, Sustainability, & Education (iRiseCon) 2026

4. ⁠ Perception of AI Based e Learning Platform : A Case study of CIDOS at The Department of Commere Politeknik Tuanku Syed SIrajuddin 1. Nurul Huda Binti Mohamad Razai, 2. Nor Ashikin Binti Mohamad Isa International Conference on Research, Innovation, Sustainability, & Education (iRiseCon) 2026.

5. Bronze Award, International Competition & Exhibition for Innovative Generation (i-GEN 2026) For The Invention and Innovation of the Rovers Badge Tracker. Dr. Azizee bin Aziz and Pn. Laila binti Musa

6. ⁠Beyond Efficiency: Document Management and Ease of Use as Drivers of Student Perceptions in Digital Attendance Systems (9th International Research -Conference on Multidisciplinary in Social Sciences and Technology (9th IRCMST 2026), Mohd Hasrul Bin Hakimi, Maizah Mohmad Som, Abd Rahman Yaacob

10/05/2026

🌷 SELAMAT HARI IBU 🌷

Di sebalik setiap kejayaan seorang anak, ada doa seorang ibu yang tidak pernah putus.
Di sebalik setiap langkah yang kuat, ada tangan seorang ibu yang pernah memimpin dengan penuh kasih sayang.

Ibu…
insan yang sanggup berjaga saat dunia lena,
yang menyimpan lelah di sebalik senyuman,
yang memberi tanpa pernah meminta balasan.

Kasih ibu bukan sekadar kata-kata, tetapi pengorbanan yang dirasai sepanjang hayat.
Walau sebesar mana pun kita melangkah, hati seorang ibu tetap menjadi tempat paling tenang untuk pulang.

Sempena Hari Ibu ini, terima kasih atas segala doa, kasih sayang, pengorbanan dan cinta yang tidak pernah bertepi. Semoga setiap ibu sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan rahmat yang berpanjangan. 🤍




08/05/2026

Tahniah kepada 18 politeknik dan kolej komuniti (POLYCC) yang berjaya melakar pencapaian membanggakan apabila tersenarai sebagai FINALIS bagi pelbagai kategori (13 kategori) dalam Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi (AKKPT 2025) yang akan berlangsung di Hilton Kuala Lumpur pada 15 Mei 2026 (Jumaat).

Semoga kejayaan dan kemenangan menjadi milik POLYCC serta terus mengharumkan nama institusi di persada keusahawanan negara.




PTSS Terima Kunjungan Hormat MDEC Sempena Pengiktirafan PDTI7 Mei 2026 – Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) meneri...
08/05/2026

PTSS Terima Kunjungan Hormat MDEC Sempena Pengiktirafan PDTI

7 Mei 2026 – Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) menerima kunjungan hormat daripada wakil Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Encik Nik Hishamuddin bin Nik Mohd Yusoff, Ketua Tertiari, Bakat Digital dan Keusahawanan, Bahagian Pengadaptasian Digital, yang disambut oleh Ts. Khairul Anuar bin Ishak, Pengarah PTSS, bersempena kejayaan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) PTSS memperoleh status Premier Digital Tech Institution (PDTI).

Kunjungan tersebut menjadi simbol pengiktirafan terhadap komitmen PTSS dalam memperkukuh pendidikan digital, pembangunan bakat teknologi serta melahirkan graduan TVET yang kompeten dan memenuhi keperluan industri digital negara.

Tahniah buat lulusan Sijil Profesional Eksekutif Halal dari Halal Research Training Centre (HRTC), Jabatan Pelancongan d...
08/05/2026

Tahniah buat lulusan Sijil Profesional Eksekutif Halal dari Halal Research Training Centre (HRTC), Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS).

Saudari Nurul Aqilah Binti Md Zamri juga merupakan lulusan dan alumni Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)

PERALATAN SISTEM RANGKAIAN KAMPUS (WIFI) DALAM MENYOKONG PEMANTAPAN INFRASTRUKTUR ICT KE ARAH PENDIGITALAN PENDIDIKAN TI...
07/05/2026

PERALATAN SISTEM RANGKAIAN KAMPUS (WIFI) DALAM MENYOKONG PEMANTAPAN INFRASTRUKTUR ICT KE ARAH PENDIGITALAN PENDIDIKAN TINGGI FASA 3 : PERLUASAN WIFI DAN GANTIAN ALATAN USANG DI POLITEKNIK

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin melalui Unit Pusat Data dan Teknologi Maklumat (ITDC) telah mengadakan Taklimat Lawatan Tapak SRK 2026 pada 4 Mei 2025 bertempat di Makmal AK2, JMSK.

Program ini diadakan bagi memberi penerangan berkaitan sebutharga perolehan peralatan sistem rangkaian kampus (WiFi) dalam usaha menyokong pemantapan infrastruktur ICT kampus selaras dengan keperluan semasa teknologi pendidikan dan operasi institusi.

Selain itu, taklimat turut menjelaskan skop kerja projek yang melibatkan kerja perkabelan serta pemasangan sistem rangkaian kampus kepada pihak pembekal yang hadir. Lawatan tapak yang diadakan turut memberi peluang kepada pembekal memahami keperluan teknikal, spesifikasi projek dan lokasi pemasangan sebenar secara lebih jelas dan terperinci.

Program ini juga menjadi platform sesi soal jawab antara pihak politeknik dan pembekal bagi mengelakkan sebarang kekeliruan sebelum penghantaran sebutharga, sekali gus memastikan pelaksanaan projek dapat dijalankan dengan lebih teratur, efisien dan memenuhi keperluan infrastruktur ICT semasa kampus.

PTSS METERAI LOI BERSAMA PRESTIGE MEDIA STUDIOS PERKASA TVET INDUSTRI KREATIF7 Mei 2026 – Politeknik Tuanku Syed Sirajud...
07/05/2026

PTSS METERAI LOI BERSAMA PRESTIGE MEDIA STUDIOS PERKASA TVET INDUSTRI KREATIF

7 Mei 2026 – Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) dan Prestige Media Studios Sdn Bhd memeterai Surat Hasrat (LOI) bagi menjalin kolaborasi strategik dalam agenda pemerkasaan TVET khususnya bagi bidang rekabentuk dan komunikasi visual.

Majlis menandatangani LOI tersebut telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV), PTSS dan dipengerusikan oleh Ts. Khairul Anuar bin Ishak, Pengarah PTSS.

Kerjasama ini melibatkan pelbagai skop termasuk perkongsian kepakaran dan fasiliti, pembangunan kurikulum, latihan industri, Work Based Learning (WBL), penyelidikan, inovasi serta program pembangunan bakat dan keusahawanan bagi memberi pendedahan industri yang lebih menyeluruh kepada pelajar PTSS.

Address

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh Putra
Perlis
02600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049886200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin-PTSS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin-PTSS:

Share