ADTEC JTM Kampus Pedas

ADTEC JTM Kampus Pedas ADTEC JTM Kampus Pedas juga pernah dikenali sebagai Institut Latihan Perindustrian Pedas (ILP Pedas) sebuah institusi latihan kemahiran di bawah JTM, KSM

Pendaftaran sebagai Alumni ILP Pedas:
https://goo.gl/forms/HXUMFH7NF2TL4cci1

Permohonan kemasukan secara online:
https://form.jotform.me/70812176117452

Permohonan kursus jangka pendek:
https://form.jotform.me/70720868937468

𝟕 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐃𝐀𝐓𝐎’ 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐓𝐌 𝐊𝐄 𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐉𝐓𝐌 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐃𝐀𝐒 & 𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐊 𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈...
07/09/2026

𝟕 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐃𝐀𝐓𝐎’ 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐓𝐌 𝐊𝐄 𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐉𝐓𝐌 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐃𝐀𝐒 & 𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐊 𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐑𝐄𝐀𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐉𝐓𝐌 (𝐂𝐈𝐓𝐄𝐂) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟕

ADTEC JTM Kampus Pedas berbesar hati menerima kunjungan kerja 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗮𝘁𝗼’ 𝗛𝗷. 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗭𝗮𝗵𝗿𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗛𝗷. 𝗦𝗮𝗺𝗶𝗻𝗴𝗼𝗻, 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗻𝗮𝗴𝗮 𝗠𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮 (𝗝𝗧𝗠) pada 7 September 2026 bersempena Mesyuarat Jawatankuasa Induk Karnival Teknologi dan Kreativiti JTM serta lawatan tapak bagi persediaan penganjuran 𝗖𝗿𝗲𝗮𝘁𝗶𝘃𝗲, 𝗜𝗻𝗻𝗼𝘃𝗮𝘁𝗶𝘃𝗲 𝗮𝗻𝗱 𝗧𝗲𝗰𝗵𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝘆 𝗖𝗼𝗺𝗽𝗲𝘁𝗶𝘁𝗶𝗼𝗻 (𝗖𝗜𝗧𝗘𝗖) 𝟮𝟬𝟮𝟳.

Kunjungan ini menjadi platform penting bagi meneliti kesiapsiagaan ADTEC JTM Kampus Pedas selaku lokasi penganjuran karnival yang dijadualkan berlangsung pada 𝟲 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟳 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟳.

Antara pengisian utama sepanjang lawatan dan mesyuarat ialah:
🤝 Pertemuan bersama Pengurusan ADTEC JTM Kampus Pedas
📋 Mesyuarat Jawatankuasa Induk CITEC 2027
🏫 Lawatan tapak ke lokasi cadangan penganjuran
🗺️ Penelitian pelan susun atur, lokasi pertandingan, pameran & kemudahan
👥 Penyelarasan peranan jawatankuasa & skop pelaksanaan HAB
💡 Pembentangan perancangan & sistem digital pengurusan CITEC 2027
📸 Sesi pertemuan & fotografi bersama warga kerja serta pelajar

𝗖𝗜𝗧𝗘𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟳 turut menyasarkan penyertaan sehingga 𝟯𝟬𝟬 𝗽𝗿𝗼𝗷𝗲𝗸 𝗶𝗻𝗼𝘃𝗮𝘀𝗶 serta kehadiran sekitar 𝟭𝟮,𝟬𝟬𝟬 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗷𝘂𝗻𝗴 daripada kalangan pelajar dan institusi pendidikan, industri, komuniti, agensi kerajaan serta organisasi berkaitan.

Diharapkan lawatan dan mesyuarat ini memangkinkan penyelarasan mantap, persediaan sistematik, dan kerjasama erat warga JTM demi menjayakan CITEC 2027 sebagai platform inovasi TVET berimpak tinggi.✨

“𝑻𝑽𝑬𝑻 𝑷𝒆𝒎𝒂𝒄𝒖 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏”
“𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔”
“𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏”

𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐉𝐓𝐌 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐃𝐀𝐒 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐒 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐃𝐈 𝐀𝐓𝐍𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟔!Setinggi-tinggi tahniah kepada Ts. Muhammad S...
07/09/2026

𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐉𝐓𝐌 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐃𝐀𝐒 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐒 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐃𝐈 𝐀𝐓𝐍𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟔!

Setinggi-tinggi tahniah kepada Ts. Muhammad Syafiq bin Noor Azizi atas kejayaan membentangkan kertas kajian beliau di 2026 IEEE International Conference on Advanced Telecommunication and Networking Technologies (ATNT 2026)* anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang telah berlangsung pada 2 – 3 September 2026 bertempat di KSL Hotel & Resort, City Centre Johor Bahru.

Pencapaian di persidangan antarabangsa anjuran Institute of Electrical and Electronics Engineers (IEEE) ini membuktikan dedikasi, kepakaran, serta budaya penyelidikan berimpak tinggi warga ADTEC JTM Kampus Pedas dalam bidang masing-masing. Kertas kajian ini juga bakal diterbitkan di dalam arkib jurnal IEEE untuk rujukan umum!

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat seluruh warga kampus untuk terus melonjakkan nama institusi dan memartabatkan bidang TVET negara ke peringkat global!

"𝑷𝒆𝒌𝒆𝒓𝒋𝒂 𝑴𝑨𝑫𝑨𝑵𝑰, 𝑲𝒆𝒔𝒖𝒎𝒂 𝑩𝒂𝒏𝒈𝒔𝒂"
"𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔"
"𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑫𝒆𝒑𝒂𝒏"

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 & 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐉𝐓𝐌 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐃𝐀𝐒 𝐊𝐄 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐊𝐀𝐓 𝐓𝐎𝐏 𝐆𝐋𝐎𝐕𝐄2/9/2026| ADTEC JTM Kampus Pedas telah meng...
03/09/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 & 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐉𝐓𝐌 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐃𝐀𝐒 𝐊𝐄 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐊𝐀𝐓 𝐓𝐎𝐏 𝐆𝐋𝐎𝐕𝐄
2/9/2026| ADTEC JTM Kampus Pedas telah mengadakan Lawatan & Perbincangan Kerjasama ke Syarikat Top Glove.

Lawatan ini telah dihadiri oleh 6 Orang Warga ADTEC JTM Kampus Pedas, diketuai oleh En. Mohd Edzrin Bin Abdul Aziz (Ketua Jabatan Elektrik & Elektronik), tenaga pengajar daripada Bidang Teknologi Mekatronik dan pegawai unit CESS.

Lawatan & perbincangan kerjasama ini diadakan sebagai persediaan kepada pelajar-pelajar ADTEC JTM Kampus Pedas untuk ditempatkan sebagai pelatih latihan industri di Syarikat Top Glove. Perbincangan berkaitan kursus-kursus jangka pendek juga diadakan bagi memberi peluang kepada pekerja-pekerja Syarikat Top Glove untuk meningkatkan kemahiran mereka.

Semoga perbincangan ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak pada masa akan datang.

"𝑷𝒆𝒌𝒆𝒓𝒋𝒂 𝑴𝑨𝑫𝑨𝑵𝑰, 𝑲𝒆𝒔𝒖𝒎𝒂 𝑩𝒂𝒏𝒈𝒔𝒂"
"𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔"
"𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑫𝒆𝒑𝒂𝒏"
"𝑱𝑻𝑴 𝑴𝒆𝒌𝒂𝒓 𝒅𝒊 𝑯𝒂𝒕𝒊"

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐕𝐄𝐑𝐈𝐅𝐈𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐍𝐀𝐙𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐊𝐄 𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐉𝐓𝐌 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐃𝐀𝐒Pada 26 hingga 28 Ogos 2026, telah berlangsung Lawa...
01/09/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐕𝐄𝐑𝐈𝐅𝐈𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐍𝐀𝐙𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐊𝐄 𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐉𝐓𝐌 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐃𝐀𝐒

Pada 26 hingga 28 Ogos 2026, telah berlangsung Lawatan Verifikasi Naziran Sesi 1/2026 yang melibatkan delegasi daripada ADTEC JTM Kampus Selandar dan Ibu Pejabat Jabatan Tenaga Manusia (JTM). Lawatan ini merupakan sebahagian daripada proses pengesahan, pemantauan dan jaminan kualiti bagi memastikan pelaksanaan penilaian, verifikasi dan persijilan dilaksanakan mengikut standard serta garis panduan yang telah ditetapkan.

Delegasi lawatan diketuai oleh:

1. Ts. Nornizaha binti Ismail
2. Ts. Mohamad Hatta bin Mohamed Nor
3. En. Ahmad Fadzili bin Daud
4. Pn. Norlizah bin Akob
5. Ts. Azlina binti Amir (PPL-LI)

Pelaksanaan lawatan ini mencerminkan komitmen Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dalam memastikan setiap proses penilaian, verifikasi dan persijilan dilaksanakan secara telus, sistematik, berintegriti serta mematuhi standard dan prosedur yang ditetapkan. Di samping itu, lawatan ini turut menjadi platform penambahbaikan berterusan dalam memperkukuh kualiti penyampaian latihan kemahiran serta meningkatkan keyakinan terhadap kredibiliti sistem persijilan JTM.

Semoga hasil daripada lawatan verifikasi ini dapat memperkukuh amalan terbaik dalam pelaksanaan latihan dan persijilan, di samping memupuk budaya penambahbaikan berterusan dalam kalangan warga ADTEC JTM Kampus Pedas dan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan institusi dalam melahirkan graduan TVET yang kompeten, berdaya saing dan memenuhi keperluan industri serta aspirasi negara.

Setinggi-tinggi penghargaan juga turut diucapkan kepada delegasi naziran dan warga kerja yang telah memberikan komitmen sepanjang lawatan ini.

"𝑷𝒆𝒌𝒆𝒓𝒋𝒂 𝑴𝑨𝑫𝑨𝑵𝑰, 𝑲𝒆𝒔𝒖𝒎𝒂 𝑩𝒂𝒏𝒈𝒔𝒂"
"𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔"
"𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑫𝒆𝒑𝒂𝒏"
"𝑱𝑻𝑴 𝑴𝒆𝒌𝒂𝒓 𝒅𝒊 𝑯𝒂𝒕𝒊"

31/08/2026

𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗖𝗦𝗥 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮𝗮𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲
29/8/2026| ADTEC JTM Kampus Pedas telah bersama-sama dengan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Negeri Melaka & Negeri Sembilan, Kesatuan-kesatuan Sekerja Awam & Swasta dan Warga Kampung Sungai Talan Kuala Pilah dalam Program CSR Sempena Bulan Kemerdekaan ke-69 Tahun 2026.

Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia.

Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan antaranya:
1. Program pembersihan kubur & masjid.
2. Program mengacau dodol
3. Program membuat gula anau
4. Jualan rahmah Madani
5. Sukan Rakyat
6. Demonstrasi & Pameran Agensi
7. Pertandingan Hiking Bukit Bujang Leo
8. Pertandingan masakan & gubahan sirih junjung

Program ini telah menghimpunkan lebih 1000 orang pengunjung dalam pelbagai lapisan masyarakat.

30/08/2026

𝐕𝐈𝐃𝐄𝐎 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐉𝐓𝐌 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐃𝐀𝐒 🇲🇾

Dalam mendalami semangat kemerdekaan Negara ke-69 tahun ini, marilah sama-sama kita hayati makna sebenar kesejahteraan dan kebebasan yang dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia secara umum dan tenaga mahir Negara secara khususnya.

Seluruh warga ADTEC JTM Kampus Pedas mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati. 🇲🇾

"𝑷𝒆𝒌𝒆𝒓𝒋𝒂 𝑴𝑨𝑫𝑨𝑵𝑰, 𝑲𝒆𝒔𝒖𝒎𝒂 𝑩𝒂𝒏𝒈𝒔𝒂"
"𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔"
"𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑫𝒆𝒑𝒂𝒏"
"𝑱𝑻𝑴 𝑴𝒆𝒌𝒂𝒓 𝒅𝒊 𝑯𝒂𝒕𝒊"

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟗 | 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐍𝐈𝐊𝐌𝐀𝐓𝐈 🇲🇾✨Pengurusan ADTEC JTM Kampus Pedas ingin meng...
30/08/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟗 | 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐍𝐈𝐊𝐌𝐀𝐓𝐈 🇲🇾✨

Pengurusan ADTEC JTM Kampus Pedas ingin mengutus ucapan Selamat Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh warga kampus, ahli komuniti sejagat, rakan-rakan strategik dan seluruh rakyat Malaysia.

Kemerdekaan dan kemajuan yang kita kecapi hari ini bukan sahaja dibina atas lipatan sejarah, malah terus diperkasa melalui sinergi kukuh bersama rakan industri serta komitmen jitu warga kampus dalam melahirkan modal insan dan tenaga mahir negara berdaya saing.

Semoga jalinan kerjasama akan terus utuh demi memakmurkan negara dan memastikan kesejahteraan ini terus dinikmati bersama.

Selamat Hari Merdeka! Dirgahayu Malaysiaku! 🇲🇾🤝

Address

2. 591342° N, 102. 048854° E
Pedas
71400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6066853564

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ADTEC JTM Kampus Pedas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share