24/09/2026
🌱 LAWATAN KERJA KE AGROZ GROUP SDN. BHD. 🤝
Pada 23 September 2026, pihak Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bersama institusi PolyCC iaitu Politeknik Nilai dan Kolej Komuniti Rembau telah mengadakan lawatan kerja ke Agroz Group Sdn. Bhd. di Agroz Edu Farm, AEON Mall Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Lawatan ini membuka ruang penerokaan kerjasama strategik industri–PolyCC, khususnya dalam pembangunan kompetensi dan Modul Microcredential bidang Agroteknologi.
Terima kasih kepada pihak Agroz Group atas sambutan baik serta perkongsian ilmu dan pandangan yang bermanfaat. Semoga jalinan ini terus berkembang dan memberi impak positif kepada industri, institusi serta pelajar POLYCC. 🌱🤝