Pusat Teknologi dan Ekosistem Inklusif - Inklusif UMPSA

Call Directions Website

Pusat Teknologi dan Ekosistem Inklusif - Inklusif UMPSA Empowering an Inclusive UMPSA Community

Providing support and services for students, staff, and dependents.

iNKLUSIF UMPSA Santuni 300 Pelajar SMK Bukit Gambir Menerusi Perkongsian Pendidikan InklusifTANGKAK, 6 Oktober 2026 – Un...
09/10/2026

iNKLUSIF UMPSA Santuni 300 Pelajar SMK Bukit Gambir Menerusi Perkongsian Pendidikan Inklusif

TANGKAK, 6 Oktober 2026 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) melalui Pusat Teknologi dan Ekosistem Inklusif (iNKLUSIF) terus memperluas perkongsian ilmu dan kesedaran berkaitan masyarakat inklusif apabila menjayakan sesi perkongsian sempena Minggu Pendidikan Inklusif SMK Bukit Gambir di Tangkak, Johor.

Program tersebut menghimpunkan kira-kira 300 pelajar Tingkatan 1, Tingkatan 2 serta Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) daripada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah berkenaan.

Pelajar inklusif UMPSA, Muhammad Adhwa bin Mohd Salemi dari Fakulti Komputeran, UMPSA telah dijemput sebagai penceramah bagi slot ceramah bertajuk “Pendidikan Inklusif – Satu Keperluan, Bukan Pilihan”.

Sepanjang sesi tersebut, para pelajar turut diberikan pendedahan mengenai pelbagai bentuk ketidakupayaan dan keperluan pendidikan termasuk berkaitan penglihatan, pendengaran, fizikal, pertuturan dan komunikasi, kesukaran pembelajaran, autisme serta Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). Perkongsian itu bertujuan menunjukkan bahawa latar belakang, keadaan fizikal ataupun cabaran seseorang tidak seharusnya digunakan untuk mengecilkan ruang cita-cita mereka.

Para pelajar turut diberikan pendedahan awal mengenai UMPSA sebagai sebuah universiti teknikal serta bidang pengajian yang boleh diterokai pada masa hadapan termasuk komputer dan perisian, kejuruteraan, robotik, sains industri serta pengurusan dan teknologi industri.

Program tersebut juga selari dengan usaha memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan tinggi dan komuniti sekolah melalui perkongsian pengetahuan yang mampu memberikan impak secara langsung kepada generasi muda.

Penganjuran program seumpama ini turut mencerminkan aspirasi UMPSA dalam memanfaatkan ilmu dan kepakaran warganya untuk masyarakat, sekali gus memperkukuh usaha membina komuniti pendidikan yang lebih penyayang, berpengetahuan dan inklusif selaras dengan semangat ‘Teknologi untuk Masyarakat’.



03/10/2026
Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,Selamat Menyambut Hari Warga Emas Sedunia 2026Di sebalik setiap senyuman warga e...
01/10/2026

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Selamat Menyambut Hari Warga Emas Sedunia 2026

Di sebalik setiap senyuman warga emas, tersimpan perjalanan hidup yang penuh dengan pengalaman, pengorbanan dan kasih sayang.

Hari ini, kita meraikan mereka yang telah banyak memberi kepada keluarga, masyarakat dan generasi seterusnya.

Marilah kita terus mencipta persekitaran yang menghormati, menyantuni dan menghargai warga emas dalam setiap fasa kehidupan.

‘Warga Emas Disayangi, Negara Harmoni’




𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜𝗞 𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗥𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗗𝗨𝗦𝗧𝗥𝗜 𝗘𝗞𝗢𝗦𝗜𝗦𝗧𝗘𝗠 𝗜𝗡𝗞𝗟𝗨𝗦𝗜𝗙30 SEPTEMBER 2026 | UMPSA PekanPusat Teknol...
30/09/2026

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜𝗞 𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗥𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗗𝗨𝗦𝗧𝗥𝗜 𝗘𝗞𝗢𝗦𝗜𝗦𝗧𝗘𝗠 𝗜𝗡𝗞𝗟𝗨𝗦𝗜𝗙

30 SEPTEMBER 2026 | UMPSA Pekan

Pusat Teknologi dan Ekosistem Inklusif (iNKLUSIF), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerima kunjungan tiga agensi industri, iaitu L. Whimsical Vision Film, Ador World Enterprise dan Hope Rescue Academy & Services, bagi meneroka potensi perkongsian kepakaran dalam pembangunan bidang berkaitan inklusiviti dan TVET Inklusif.

Delegasi industri yang terdiri daripada Tuan Chin Hong Liang, Ketua Pegawai Eksekutif L. Whimsical Vision Film; Tuan Izaan Firdaus bin Sufian Chin, Ketua Pegawai Eksekutif Ador World Enterprise; dan Tuan Kang Wei Xian, Ketua Pegawai Eksekutif Hope Rescue Academy & Services telah disambut oleh Dr. Munira binti Abdul Razak, Pengarah iNKLUSIF bersama warga kerja pusat.

Sesi perbincangan memberi tumpuan kepada pembangunan bakat, inovasi serta perkongsian kepakaran dan sumber, selain mengenal pasti bidang yang berpotensi berdasarkan keperluan semasa industri dan masyarakat.

Pertukaran pandangan turut meneliti usaha memperluas akses kepada pembangunan kemahiran dan peluang penyertaan melalui pendekatan yang bersesuaian dengan keperluan pelbagai pihak.

Sesi lawatan dan mesyuarat ini diharapkan dapat membuka ruang kepada pelaksanaan inisiatif yang relevan dengan keperluan industri, universiti dan masyarakat, sekali gus menyokong pembangunan TVET yang inklusif dan berdaya saing.

𝗶𝗡𝗞𝗟𝗨𝗦𝗜𝗙 𝗨𝗠𝗣𝗦𝗔 𝗗𝗶𝗷𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝗦𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶 𝗙𝗚𝗗 𝗛𝗮𝗹𝗮 𝗧𝘂𝗷𝘂 𝗠𝗮𝘀𝗮 𝗛𝗮𝗱𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗚𝗧𝗖 𝗱𝗮𝗻 𝗥𝗧𝗖 𝗠𝗔𝗕, 𝗧𝗲𝗿𝗼𝗸𝗮 𝗦𝗶𝗻𝗲𝗿𝗴𝗶 𝗧𝗲𝗸𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝗩𝗘𝗧 𝗜𝗻𝗸𝗹𝘂𝘀𝗶𝗳21-...
30/09/2026

𝗶𝗡𝗞𝗟𝗨𝗦𝗜𝗙 𝗨𝗠𝗣𝗦𝗔 𝗗𝗶𝗷𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝗦𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶 𝗙𝗚𝗗 𝗛𝗮𝗹𝗮 𝗧𝘂𝗷𝘂 𝗠𝗮𝘀𝗮 𝗛𝗮𝗱𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗚𝗧𝗖 𝗱𝗮𝗻 𝗥𝗧𝗖 𝗠𝗔𝗕, 𝗧𝗲𝗿𝗼𝗸𝗮 𝗦𝗶𝗻𝗲𝗿𝗴𝗶 𝗧𝗲𝗸𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝗩𝗘𝗧 𝗜𝗻𝗸𝗹𝘂𝘀𝗶𝗳

21-22 September 2026 | Kuala Lumpur

Pusat Teknologi dan Ekosistem Inklusif (iNKLUSIF) mewakili Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah dijemput menyertai 𝘍𝘰𝘤𝘶𝘴 𝘎𝘳𝘰𝘶𝘱 𝘋𝘪𝘴𝘤𝘶𝘴𝘴𝘪𝘰𝘯 (FGD) Hala Tuju Masa Hadapan 𝘎𝘶𝘳𝘯𝘦𝘺 𝘛𝘳𝘢𝘪𝘯𝘪𝘯𝘨 𝘊𝘦𝘯𝘵𝘳𝘦 (GTC) dan 𝘙𝘦𝘨𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘛𝘳𝘢𝘪𝘯𝘪𝘯𝘨 𝘊𝘦𝘯𝘵𝘳𝘦 (RTC), 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢𝘯 𝘈𝘴𝘴𝘰𝘤𝘪𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘍𝘰𝘳 𝘛𝘩𝘦 𝘉𝘭𝘪𝘯𝘥 (MAB) untuk memberikan input strategik terhadap perancangan masa hadapan kedua-dua pusat latihan tersebut. Pengarah iNKLUSIF iaitu Dr. Munira Abdul Razak telah menghadiri bengkel intensif berkenaan yang berlangsung selama dua hari.

FGD ini merupakan usaha MAB untuk mendapatkan pandangan daripada pelbagai pemegang taruh, termasuk institusi pengajian tinggi, bagi menilai dan merancang pembangunan perkhidmatan rehabilitasi, pendidikan dan latihan kemahiran yang ditawarkan GTC dan RTC agar terus relevan dengan keperluan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan, perkembangan teknologi serta perubahan landskap pekerjaan dan pasaran kerja masa hadapan.

Sebagai universiti yang berteraskan kejuruteraan, teknologi dan TVET Termaju, iNKLUSIF berpeluang berkongsi kepakaran serta meneroka potensi penyelidikan dan inovasi yang boleh menyokong pembangunan latihan dan kemahiran untuk OKU Penglihatan, khususnya dalam bidang teknologi bantuan, reka bentuk inklusif, inovasi dan pembangunan kemahiran yang lestari serta mampan.

Perbincangan tersebut turut membuka ruang kepada penerokaan kerjasama rentas bidang dan agensi dengan menghubungkan kepakaran universiti bersama MAB, industri, agensi berkaitan dan komuniti dalam membangunkan pendekatan latihan yang lebih inklusif, mudah diakses dan responsif terhadap keperluan pekerjaan yang kalis perubahan.

iNKLUSIF komited untuk menghubungkan kepakaran, penyelidikan dan inovasi universiti dengan keperluan sebenar masyarakat, seterusnya meneroka peluang menterjemahkan hasil penyelidikan dan teknologi kepada penyelesaian, pendekatan latihan serta pembangunan kemahiran yang dapat memberi manfaat kepada OKU Penglihatan.

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍 𝐒𝐭𝐚𝐟 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐨𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐈𝐧𝐤𝐥𝐮𝐬𝐢𝐟 (𝗶𝗡𝗞𝗟𝗨𝗦𝗜𝗙) 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐏𝐃𝐊 𝐃𝐀𝐌𝐀𝐢 28 September 2026 | Pejabat Pentadb...
29/09/2026

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍 𝐒𝐭𝐚𝐟 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐄𝐤𝐨𝐬𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐈𝐧𝐤𝐥𝐮𝐬𝐢𝐟 (𝗶𝗡𝗞𝗟𝗨𝗦𝗜𝗙) 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐏𝐃𝐊 𝐃𝐀𝐌𝐀𝐢

28 September 2026 | Pejabat Pentadbiran Pusat iNKLUSIF, UMPSA Pekan

SANTUN bukan sekadar berkumpul dan menikmati juadah bersama, tetapi menjadi ruang untuk menyemai nilai kebersamaan, penghargaan dan kekeluargaan dalam kalangan warga kerja Pusat iNKLUSIF dan PPDK DAMAi.

Dalam suasana santai dan mesra, warga kerja bersama-sama berkongsi pelbagai juadah melalui konsep potluck, sambil beramah mesra, bertukar cerita dan mengeratkan silaturahim.

Lebih bermakna, Program SANTUN kali ini turut meraikan warga kerja yang menyambut hari kelahiran bagi bulan Julai hingga September 2026.

Sambutan sederhana ini menjadi tanda penghargaan dan kesempatan untuk berkongsi kegembiraan bersama rakan sekerja. Kerana dalam sesebuah organisasi, kekuatan bukan hanya pada tugasan yang diselesaikan, tetapi juga pada hubungan yang dibina dan semangat yang disemai bersama.

Semoga SANTUN terus menjadi wadah yang mendekatkan hati, mengukuhkan silaturahim dan menyemarakkan semangat kekitaan dalam kalangan warga iNKLUSIF dan PPDK DAMAi.

28/09/2026

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

SALAM TAKZIAH

Warga Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) merakamkan ucapan takziah dan turut berdukacita atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali, isteri kepada Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 September 2026 bersamaan 16 Rabiulakhir 1448H.

Negara kehilangan seorang tokoh wanita yang amat disegani dan berjasa besar dalam pembangunan masyarakat serta kesejahteraan negara.

Segala sumbangan, jasa dan pengorbanan Allahyarhamah akan sentiasa dikenang dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Al-Fatihah
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

“Ya Allah Ya Tuhan kami ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya”

28/09/2026

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh agenda pendidikan inklusif dan teknologi untuk masyarakat menerusi penganjuran Educational Community Rehabilitation for Inclusive Biomechanics (ECoRehaB) 2.0 di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Maran, Pahang, baru-baru ini.

ECoRehaB anjuran Pusat Teknologi dan Ekosistem Inklusif (iNKLUSIF) UMPSA dengan kerjasama Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA) serta rakan strategik, memberi tumpuan kepada pemerkasaan rehabilitasi, teknologi bantuan dan pendidikan inklusif, khususnya dalam menyokong keperluan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) di daerah Maran.

Program tersebut menghimpunkan lebih 70 anak-anak inklusif daripada Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), selain melibatkan wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPD Maran, ibu bapa, penjaga, guru, pensyarah dan fasilitator.

Berita penuh : https://news.umpsa.edu.my/oku/dari-makmal-ke-komuniti-teknologi-umpsa-bantu-anak-inklusif

iNKLUSIF UMPSA LANCAR BUKU INOVASI TEKNOLOGI MESRA OKU SEMPENA ECoRehaB 2.026 September 2026 | Pejabat Pendidikan Daerah...
28/09/2026

iNKLUSIF UMPSA LANCAR BUKU INOVASI TEKNOLOGI MESRA OKU SEMPENA ECoRehaB 2.0

26 September 2026 | Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Maran, Pahang

Bagaimana teknologi boleh membantu seorang kanak-kanak berlatih berjalan, atau memudahkan individu kurang penglihatan mengesan halangan di hadapan? Antara jawapannya dihimpunkan dalam buku Inovasi Pembangunan Produk Berteknologi Inklusif Mesra OKU Edisi Pertama yang dilancarkan oleh Pusat iNKLUSIF Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bersama penyelidik dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA) UMPSA sempena Program ECoRehaB 2.0.

Buku ini membawa pembaca mengenali lima inovasi penyelidik UMPSA. Physio-Treadmill (PhyMILL) dan Physio-Walker (PhyWALK) direka untuk menyokong latihan pergerakan kanak-kanak palsi serebrum. Ultrasonic Glass (Sonic-G) p**a menggunakan sensor untuk membantu individu kurang penglihatan mengesan halangan di persekitaran mereka.

Dua bab terakhir memberi tumpuan kepada keperluan kanak-kanak autistik. Autism Writing (AuWRITE) mengetengahkan aktiviti yang menyokong kemahiran motor halus dan tumpuan ketika menulis, manakala Autism Speech (AuSPEECHY) menggabungkan gambar, suara dan sentuhan untuk merangsang pertuturan serta pemahaman.

Di sebalik setiap produk, terdapat persoalan yang sama: bolehkah teknologi direka supaya lebih ramai orang dapat menggunakannya dengan selamat dan yakin? Itulah asas teknologi inklusif. Reka bentuknya mengambil kira kebolehcapaian, kesaksamaan dan kebolehgunaan sejak awal pembangunan, termasuk bagi pengguna yang mempunyai keupayaan fizikal, deria, intelektual atau kognitif yang berbeza.

Pendekatan ini juga mengingatkan kita bahawa halangan yang dihadapi komuniti OKU tidak terletak pada keadaan individu semata-mata. Persekitaran, perkhidmatan dan teknologi yang sukar diakses turut boleh mengehadkan penyertaan mereka. Prinsip tersebut seiring dengan takrif dalam Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685) dan gagasan universal design dalam Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya.

Dalam era Masyarakat 5.0 yang menggabungkan kemajuan teknologi dengan keperluan manusia, buku ini memperlihatkan makna praktikal tagline UMPSA, “Teknologi untuk Masyarakat”. Melalui gabungan kepakaran kejuruteraan, teknologi, rehabilitasi dan kesihatan, inovasi dapat dibangunkan dengan berpandukan cabaran sebenar pengguna, sekali gus membuka lebih banyak peluang untuk bergerak, belajar dan berkomunikasi.

Buku terbitan penerbit UMPSA ini ditulis oleh Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Azrul Hisham Mohd Adib, Ts. Dr. Nurul Shahida Mohd Shalahim, Ts. Dr. Muhammad Hilmi Jalil, En. Idris Mat Sahat dan Dr. Munira Abdul Razak. Pelancarannya menjadi ruang untuk berkongsi hasil penyelidikan universiti dengan masyarakat dan menggalakkan pembangunan teknologi yang lebih prihatin terhadap semua.


27/09/2026

Address

Pusat Teknologi Dan Ekosistem Inklusif (iNKLUSIF) Aras Bawah Perpustakaan UMPSA Kampus Pekan,, Pekan Darul Makmur
Pekan
26000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6094315073

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Teknologi dan Ekosistem Inklusif - Inklusif UMPSA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share