IKBN PEKAN

Call Directions Website

IKBN PEKAN IKBN Pekan adalah Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS). Menawarkan latihan kemahiran secara percuma.

Menerajui TVET negara, IKBN Pekan adalah Hub Nasional Kursus Pembaikan Struktur Pesawat dan Pusat Kecemerlangan Kursus Minyak & Gas.

13/05/2026

IKBN PEKAN VS IKTBN BACHOK

📢SOROTON TERKINI KONTINJEN IKBN PEKAN DI KEJOHANAN SUKAN ILKBS 2026Kontinjen Institut Kemahiran Belia Negara Pekan terus...
13/05/2026

📢SOROTON TERKINI KONTINJEN IKBN PEKAN DI KEJOHANAN SUKAN ILKBS 2026

Kontinjen Institut Kemahiran Belia Negara Pekan terus menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam Kejohanan Sukan ILKBS 2026.

Pagi ini telah berlangsung perlawanan suku akhir acara bola baling yang menemukan pasukan IKBN Pekan menentang IKTBN Chembong dengan keputusan:

🤾 Bola Baling (Suku Akhir)
IKBN Pekan 7 - 14 IKTBN Chembong

Dalam perkembangan terkini, pasukan bola sepak IKBN Pekan berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir selepas menewaskan IKTBN Chembong dengan keputusan 2 - 0, kekal tanpa bolos dalam aksi suku akhir yang berlangsung penuh sengit dan bersemangat.

Sementara itu, perlawanan suku akhir sepak takraw yang menemukan IKBN Pekan menentang IKBN Wakaf Tapai masih sedang berlangsung.

Seluruh warga IKBN Pekan mendoakan kejayaan dan terus memberikan sokongan penuh kepada para atlet yang berjuang mengharumkan nama institusi dalam kejohanan ini.

Pemakluman: Laman web rasmi IKBN Pekan kini boleh diakses secara rasmi melalui pautan berikut:
https://kemahiran.kbs.gov.my/ikbnpekan.html

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul








Kupasan Kitab Asas Aqidah Bersama Ustaz Abdul Rahim​Pekan, 11 Mei 2026– Surau Ar-Raudhah, Institut Kemahiran Belia Negar...
12/05/2026

Kupasan Kitab Asas Aqidah Bersama Ustaz Abdul Rahim

​Pekan, 11 Mei 2026– Surau Ar-Raudhah, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan terus komited menyuburkan majlis ilmu dengan penganjuran Kuliah Maghrib khas bagi memantapkan pemahaman tauhid dalam kalangan warga institut dan penduduk setempat.

​Program yang dijalankan sejurus selesai solat Maghrib berjemaah pada hari Isnin minggu ke 2 & 3 setiap bulan ini menampilkan Ustaz Abdul Rahim Khusairi Bin Noor Amin, Guru Takmir lantikan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Pada kali ini, tajuk yang dikupas adalah "Perkembangan Ilmu Akidah", dari zaman Rasulullah SAW, Zaman Khulafa al-Rasyidin, Zaman Umaiyyah, Zaman Abbasiyah hingga ke Zaman Mazhab Ahli sunnah Waljamaah.

Source: MOSQ https://share.google/UqXLW8MdfUygqQPzc

Pemakluman: Laman web rasmi IKBN Pekan kini boleh diakses secara rasmi melalui pautan berikut:
https://kemahiran.kbs.gov.my/ikbnpekan.html

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul








🚌🔥 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍J𝐄𝐍 𝐈𝐊𝐁𝐍 𝐏𝐄𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐊𝐁𝐒 𝐊𝐄-𝟑𝟖 𝟐𝟎𝟐𝟔 🔥🚌Kontinjen Institut Kemahiran Belia Negar...
11/05/2026

🚌🔥 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍J𝐄𝐍 𝐈𝐊𝐁𝐍 𝐏𝐄𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐊𝐁𝐒 𝐊𝐄-𝟑𝟖 𝟐𝟎𝟐𝟔 🔥🚌

Kontinjen Institut Kemahiran Belia Negara Pekan hari ini secara rasminya telah berlepas ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong bagi menyertai Kejohanan Sukan ILKBS Ke-38 Tahun 2026.

Seramai 49 orang atlet bersama 15 orang pegawai telah menaiki bas rasmi kontinjen IKBN Pekan dalam suasana penuh semangat, berdisiplin dan berkobar-kobar demi membawa nama institut ke persada kejohanan.

Majlis pelepasan kontinjen turut diserikan dengan kata-kata semangat serta doa selamat buat semua atlet dan pegawai agar diberikan perjalanan yang lancar, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kejayaan sepanjang kejohanan berlangsung.

Kontinjen IKBN Pekan akan mengambil bahagian dalam beberapa acara sukan utama iaitu:
⚽ Bola Sepak 9 Sebelah
🪢 Sepak Takraw
🏐 Bola Tampar (Lelaki)
🏸 Badminton Berpasukan Campuran
🤾 Bola Baling (Lelaki)
🎳 Tenpin Bowling (Wanita)
🏎️ Go-Kart (Terbuka)

Warga IKBN Pekan turut menzahirkan sokongan dan doa buat semua atlet agar sentiasa mengekalkan semangat kesukanan, disiplin serta kerjasama berpasukan dalam setiap pertandingan yang disertai.

Semoga kontinjen IKBN Pekan terus cemerlang dan berjaya mengharumkan nama institut di Kejohanan Sukan ILKBS Ke-38 Tahun 2026.

Pemakluman: Laman web rasmi IKBN Pekan kini boleh diakses secara rasmi melalui pautan berikut:
https://kemahiran.kbs.gov.my/ikbnpekan.html
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul







🔥 𝐈𝐊𝐁𝐍 𝐏𝐄𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐆𝐄𝐆𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐊𝐁𝐒 𝐊𝐄-𝟑𝟖 ! 🔥Kejohanan Sukan ILKBS anjuran Bahagian Pembangunan Kem...
11/05/2026

🔥 𝐈𝐊𝐁𝐍 𝐏𝐄𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐆𝐄𝐆𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐊𝐁𝐒 𝐊𝐄-𝟑𝟖 ! 🔥

Kejohanan Sukan ILKBS anjuran Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), KBS dilaksanakan secara penggiliran di setiap ILKBS pada setiap tahun sebagai platform memperkukuh semangat kesukanan, perpaduan serta pembangunan sahsiah warga ILKBS.

Bagi tahun 2026, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong telah dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran Kejohanan Sukan ILKBS kali ke-38.

Antara acara yang dipertandingkan ialah:
⚽ Bola Sepak 9 Sebelah
🪢 Sepak Takraw
🏐 Bola Tampar (Lelaki)
🏸 Badminton Berpasukan Campuran
🤾 Bola Baling (Lelaki)
🎳 Tenpin Bowling (Wanita)
🏎️ Acara sampingan Go-Kart (Terbuka)

Kontinjen Institut Kemahiran Belia Negara Pekan akan menghantar seramai 49 orang atlet dan 15 orang pegawai bagi menyertai kejohanan kali ini.

Senarai pasukan yang akan mewakili IKBN Pekan adalah seperti berikut:

1️⃣ 𝐁𝐨𝐥𝐚 𝐒𝐞𝐩𝐚𝐤 𝟗 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐥𝐚𝐡 – “𝐏𝐞𝐤𝐚𝐧 𝐑𝐨𝐯𝐞𝐫𝐬”
👤 Pengurus Pasukan: En. Rahmat
👤 Jurulatih: En. Mustakim

2️⃣ 𝐒𝐞𝐩𝐚𝐤 𝐓𝐚𝐤𝐫𝐚𝐰 – “𝐏𝐞𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐦𝐦𝐨𝐭𝐡”
👤 Pengurus Pasukan: En. Amin
👤 Jurulatih: En. Ismail

3️⃣ 𝐁𝐨𝐥𝐚 𝐓𝐚𝐦𝐩𝐚𝐫 – “𝐏𝐞𝐤𝐚𝐧 𝐕𝐨𝐫𝐭𝐞𝐱”
👤 Pengurus & Jurulatih: Ts. Hakim

4️⃣ 𝐁𝐚𝐝𝐦𝐢𝐧𝐭𝐨𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐩𝐚𝐬𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐚𝐦𝐩𝐮𝐫𝐚𝐧 – “𝐁𝐂𝐈𝐏”
👤 Pengurus Pasukan: Pn. Atthirah
👤 Jurulatih: En. Suhaimi

5️⃣ 𝐁𝐨𝐥𝐚 𝐁𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 – “𝐏𝐞𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐡𝐮𝐧𝐝𝐞𝐫”
👤 Pengurus Pasukan: En. Irfan

6️⃣ 𝐓𝐞𝐧𝐩𝐢𝐧 𝐁𝐨𝐰𝐥𝐢𝐧𝐠 – “𝐏𝐞𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐢𝐧 𝐂𝐫𝐮𝐬𝐡𝐞𝐫𝐬”
👤 Pengurus Pasukan: Pn. Malahayati
👤 Jurulatih: Pn. Aishah

Sebelum kejohanan berlangsung, satu sesi motivasi dan amanat kepada para atlet turut diadakan di Perpustakaan IKBN Pekan sebagai persediaan mental dan fizikal kontinjen dalam menghadapi pertandingan.

Semoga kontinjen IKBN Pekan terus bersemangat, mempamerkan disiplin tinggi serta berjaya mengharumkan nama institut dalam Kejohanan Sukan ILKBS Ke-38.

Pemakluman: Laman web rasmi IKBN Pekan kini boleh diakses secara rasmi melalui pautan berikut:
https://kemahiran.kbs.gov.my/ikbnpekan.html

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul








🎳 GASUKA DAY 2.0: KEJOHANAN BOLING TERTUTUP AHLI KESKIP IKBN PEKAN Suasana penuh meriah telah mewarnai penganjuran GASUK...
11/05/2026

🎳 GASUKA DAY 2.0: KEJOHANAN BOLING TERTUTUP AHLI KESKIP IKBN PEKAN

Suasana penuh meriah telah mewarnai penganjuran GASUKA Day 2.0: Kejohanan Boling Tertutup Ahli KESKIP IKBN Pekan yang telah berlangsung di Premium Lanes Pekan Bowling Centre, hari ini.

Program ini telah menyaksikan penyertaan empat pasukan rumah sukan iaitu Blue Thunder, Red Blaze, Yellow Spark dan Green Fusion yang bertanding secara sihat dan penuh semangat kesukanan.

Antara kategori yang dipertandingkan ialah:

Kategori Individu Lelaki (Tempat Pertama, Kedua & Ketiga)
Kategori Individu Wanita (Tempat Pertama, Kedua & Ketiga)
Kategori Terlongkang bagi individu lelaki dan wanita

Selain itu, setiap pasukan turut mengumpul mata keseluruhan berdasarkan prestasi ahli masing-masing, dan mata terkumpul ini akan dibawa ke program KESKIP yang akan datang sebagai penentu kedudukan keseluruhan rumah sukan.

Kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform persaingan sihat, malah berjaya mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat berpasukan dalam kalangan ahli KESKIP IKBN Pekan.

Pihak KESKIP selaku penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, jawatankuasa pelaksana serta pihak pengurusan Premium Lanes Pekan Bowling Centre atas kerjasama dan sokongan yang diberikan bagi menjayakan program ini.

Semoga GASUKA Day terus menjadi medan aktiviti sihat yang dinanti-nantikan pada masa akan datang.

Pemakluman: Laman web rasmi IKBN Pekan kini boleh diakses secara rasmi melalui pautan berikut:
https://kemahiran.kbs.gov.my/ikbnpekan.html

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul









KUNJUNGAN HORMAT DAN KOLABORASI STRATEGIK ANTARA IKBN PEKAN BERSAMA PERSATUAN KONTRAKTOR KELAS F NEGERI PAHANG (PKKFNP) ...
06/05/2026

KUNJUNGAN HORMAT DAN KOLABORASI STRATEGIK ANTARA IKBN PEKAN BERSAMA PERSATUAN KONTRAKTOR KELAS F NEGERI PAHANG (PKKFNP)

PEKAN, 6 MEI 2026 - Pihak Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Persatuan Kontraktor Kelas F Negeri Pahang (PKKFNP) bagi membincangkan prospek kerjasama strategik yang bakal merancakkan lagi industri pembinaan tempatan.

Delegasi PKKFNP diwakili oleh Tuan Haji Abdul Mubin bin Abdul Rahim, Naib YDP, bersama barisan Ahli Jawatankuasa iaitu Encik Yusri Majid, Encik Nazuran Muhamad, dan Encik Nurhasmadi Harun ini telah disambut mesra oleh Ts. Muhammad Hamdan bin Abdullah Hazam, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKBN Pekan.

Fokus perbincangan menjurus ke arah menjadikan IKBN Pekan sebagai hab utama pelaksanaan kursus jangka pendek bagi para kontraktor tempatan. Inisiatif ini direka khas untuk memenuhi keperluan program Continuing Professional Development / Continuing Contractor Development (CCD).

Melalui kerjasama ini, peserta bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran (upskilling), malah akan menerima Mata CCD berserta Sijil Pencapaian daripada CIDB.

Antara kursus kompetensi berimpak tinggi yang bakal dilancarkan kelak ialah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Pemasangan Paip Air Retikulasi Tahap 2 (PWR2).

Semoga jalinan sinergi TVET dan industri ini bakal membawa limpahan manfaat kepada pembangunan sosio-ekonomi Pahang dan melahirkan lebih ramai kontraktor tempatan yang kompeten serta berdaya saing.

Pemakluman: Laman web rasmi IKBN Pekan kini boleh diakses secara rasmi melalui pautan berikut:
https://kemahiran.kbs.gov.my/ikbnpekan.html

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul







🔥 KIRAAN BERMULA! 🔥 Tinggal beberapa hari sahaja lagi…𝗔𝗨𝗗𝗜𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗜𝗝𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗘𝗞𝗦𝗔 𝗗𝗜𝗬-𝗞𝗕𝗦Segala persediaan kini berada di kemu...
05/05/2026

🔥 KIRAAN BERMULA! 🔥

Tinggal beberapa hari sahaja lagi…

𝗔𝗨𝗗𝗜𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗜𝗝𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗘𝗞𝗦𝗔 𝗗𝗜𝗬-𝗞𝗕𝗦

Segala persediaan kini berada di kemuncak!

✨ Pastikan setiap zon sentiasa kemas dan teratur
✨ Amalan EKSA dilaksanakan dengan penuh disiplin
✨ Dokumentasi disiapkan dengan sempurna
✨ Semua warga bersedia memberikan yang terbaik

Inilah masa kita membuktikan kecemerlangan sebenar!

🔥 BERSAMA KITA PASTIKAN KEJAYAAN EKSA DIY-KBS! 🔥

-J/K Promosi-

Pemakluman: Laman web rasmi IKBN Pekan kini boleh diakses secara rasmi melalui pautan berikut:
https://kemahiran.kbs.gov.my/ikbnpekan.html

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul







𝐒𝐄𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐄𝐊𝐀𝐋 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐁𝐈𝐒 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐔𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐅𝐀𝐁𝐑𝐈𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐕𝐄𝐒𝐒𝐀𝐋 ...
30/04/2026

𝐒𝐄𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐄𝐊𝐀𝐋 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐁𝐈𝐒 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐔𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐅𝐀𝐁𝐑𝐈𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐕𝐄𝐒𝐒𝐀𝐋 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐊𝐀𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐈𝐊𝐁𝐍 𝐏𝐄𝐊𝐀𝐍, 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆

*Sila rujuk lampiran asal kenyataan tawaran seperti dibawah.

Pemakluman: Laman web rasmi IKBN Pekan kini boleh diakses secara rasmi melalui pautan berikut:
https://kemahiran.kbs.gov.my/ikbnpekan.html

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul








𝐒𝐄𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐄𝐊𝐀𝐋 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐁𝐈𝐒 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐔𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐈𝐏 𝐆...
29/04/2026

𝐒𝐄𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐄𝐊𝐀𝐋 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐁𝐈𝐒 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐔𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐈𝐏 𝐆𝐀𝐒 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐊𝐀𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐈𝐊𝐁𝐍 𝐏𝐄𝐊𝐀𝐍, 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆

*Sila rujuk lampiran asal kenyataan tawaran seperti dibawah.

Pemakluman: Laman web rasmi IKBN Pekan kini boleh diakses secara rasmi melalui pautan berikut:
https://kemahiran.kbs.gov.my/ikbnpekan.html

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul








Address

IKBN PEKAN, KM55 Jalan Kuantan-Segamat, Paloh Hinai
Pekan
26650

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:30 - 17:00

Telephone

094514888

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IKBN PEKAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share