11/06/2026
Program SULAM Meriah Bahasa Melayu 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Lanchang, Temerloh, Pahang baru-baru ini.
Program ini merupakan inisiatif Service-Learning Malaysia β University for Society (SULAM) bagi kursus ULB1312 Bahasa Melayu Komunikasi yang melibatkan pelajar antarabangsa UMPSA serta dibantu oleh pelajar tempatan yang mengikuti kursus ULB3712 Bahasa Melayu Dokumentasi.
Melalui program ini, para pelajar berpeluang mengaplikasikan pembelajaran di dalam bilik kuliah secara langsung bersama komuniti, sekali gus menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna dan berimpak tinggi.
Berita penuh :
TEMERLOH, 18 Mei 2026 β Program SULAM Meriah Bahasa Melayu 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Lanchang, Temerloh, Pahang baru-baru ini. Program ini merupakan inisiatif Service-Learning Malaysia β University for Society (SULAM) bagi kursus ULB1312 Bahasa ...