AUDIT DALAM UMPSA

AUDIT DALAM UMPSA Audit Dalam UMPSA

01/05/2026

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026 kepada seluruh warga kerja Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan semua pekerja di Malaysia.

Sesungguhnya, dedikasi, komitmen dan semangat kerja yang tinggi merupakan tunjang utama dalam memacu kecemerlangan organisasi serta pembangunan negara. Setiap usaha dan sumbangan yang dicurahkan, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, amat dihargai dan menjadi pemangkin kepada kejayaan yang berterusan.

Semoga sambutan Hari Pekerja ini menjadi pemangkin untuk kita terus memperkukuh budaya kerja cemerlang, berintegriti dan berdaya saing dalam mendepani cabaran masa hadapan.

“Pekerja MADANI Kesuma Bangsa”

11 MAC 2026 | RABUSeramai 10 orang warga kerja Unit Audit Dalam berhimpun di Masjid Al-Jazari, UMPSA Pekan bagi menjayak...
11/03/2026

11 MAC 2026 | RABU

Seramai 10 orang warga kerja Unit Audit Dalam berhimpun di Masjid Al-Jazari, UMPSA Pekan bagi menjayakan Majlis Khatam Al-Quran dan World yang berlangsung di 10 ramadan terakhir.

Program anjuran Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) itu bertujuan mengimarahkan bulan Ramadan serta menggalakkan warga kampus untuk lebih mendekati dan mentadabbur Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

Majlis dimulakan dengan bacaan khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Ustaz Md Abdu bin Sahak, diikuti dengan bacaan tilawah Al-Quran oleh Ustaz Muhammad Fahmi Akmal bin Badrulisham sebelum diteruskan dengan sesi World Tadabbur Surah Al-Muzzammil yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamad Rozie bin Rejab.

Naib Canselor, Profesor Ts. Dr. Yatimah Alias dalam ucapan perasmiannya berkata, penganjuran program seperti ini memberi ruang kepada warga universiti untuk berhenti seketika daripada kesibukan harian dan kembali mendekati kalam Allah SWT.

Turut hadir ialah Mudir Pusat Pengajian Ribat Al-Musthofa dan Ribat Az Zahra Al-Batul, Ustaz Haji Muhamad Awais al-Qarni bin Abdul Rahman, Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan UMPSA, Dr. Ahmad Irfan bin Ikmal Hisham serta Imam Masjid Daerah Muadzam, Al-Fadhil Ustaz Mohd Fadzli bin Ishak.

9 MAC 2026 | ISNINHEBAHAN KEPUTUSAN KENAIKAN PANGKAT STAF UNIT AUDIT DALAM, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLA...
09/03/2026

9 MAC 2026 | ISNIN

HEBAHAN KEPUTUSAN KENAIKAN PANGKAT STAF UNIT AUDIT DALAM, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH (UMPSA)

Unit Audit Dalam dengan sukacitanya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Wan Nor Azma binti Wan Mokhtar yang telah berjaya dinaikkan pangkat ke jawatan Juruaudit W12.

Sesi penyerahan Surat Kenaikan Pangkat Kumpulan Pengurusan & Profesional ini telah disempurnakan pada 9 Mac 2026. Pengiktirafan ini merupakan manifestasi penghargaan Universiti di atas komitmen, dedikasi, dan kecemerlangan prestasi yang telah ditunjukkan oleh beliau.

Semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin semangat buat beliau untuk terus memberikan sumbangan yang lebih bermakna, menghasilkan idea-idea bernas, serta memacu kecemerlangan Unit Audit Dalam dan Universiti secara keseluruhannya.

Tahniah dan syabas diucapkan!

5 MAC 2026 | KHAMISSatu program Tadarus Al-Quran bagi Juzuk 29 sempena Festival Ramadan 1447H/2026M telah diadakan denga...
06/03/2026

5 MAC 2026 | KHAMIS

Satu program Tadarus Al-Quran bagi Juzuk 29 sempena Festival Ramadan 1447H/2026M telah diadakan dengan jayanya secara berkumpulan bersama warga kerja Unit Audit Dalam dan Jabatan Perundangan.

Program ini dibimbing oleh Ustazah Nurul Fatihah dari Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) yang memimpin para peserta dalam sesi bacaan. Para peserta yang hadir turut mengambil peluang untuk memperbaiki bacaan serta menambah ilmu berkaitan tajwid.

Program yang diadakan bermula jam 9:00 pagi ini berjaya diselesaikan sehingga jam 12:00 tengahari pada hari yang sama.

17/02/2026

Selamat Tahun Baharu Cina 2026

Semoga perayaan ini menyemarakkan lagi semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama.

Raikan cuti perayaan ini bersama keluarga tersayang dan semoga membawa kemakmuran dan kebahagiaan buat semua.

Rebutlah peluang perayaan ini untuk bertemu keluarga, sanak saudara dan rakan taulan dalam mengeratkan ikatan persaudaraan.

Sentiasa berhati-hati dan utamakan keselamatan walau di mana anda berada.

Gong Xi Fa Cai!

Kementerian Pendidikan Tinggi
Naib Canselor UMPSA
Abdul Razak Jaafar



16/02/2026

IMBASAN 24 TAHUN UMPSA
16 Februari 2002 – 16 Februari 2026

Tarikh keramat 16 Februari penuh makna, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) meraikan ulang tahun penubuhan yang ke-24 sebagai suatu perjalanan yang sarat dengan transformasi, pencapaian dan iltizam berterusan seluruh warganya.

Bermula sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (KUKTEM) pada tahun 2002 dengan hanya 303 mahasiswa prasiswazah dan kemudiannya 16 mahasiswa pascasiswazah pada tahun 2004, institusi ini berkembang pesat menjadi universiti berprestij sebagai Hab TVET Termaju.

Pada 1 Februari 2007, KUKTEM dijenamakan sebagai Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebelum dimasyhurkan sebagai Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) pada 14 April 2023 dan dirasmikan pada 21 Oktober 2023 bersempena Majlis Konvokesyen UMPSA Ke-18.

Sehingga kini, seramai lebih 50,000 alumni telah dilahirkan, menyumbang kepakaran kepada industri, masyarakat dan negara. Pencapaian ini diperkukuh dengan pengiktirafan antarabangsa melalui kedudukan dalam QS World University Rankings (QS WUR), QS Asia Rankings serta THE Impact Rankings, sekali gus meletakkan UMPSA sebaris universiti terbaik dunia dan mendahului Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) dalam beberapa penarafan utama.

KITA UMPSA

KITA adalah nadi kekuatan UMPSA. Dengan elemen Kasih (Hati), Intelek (Minda), Tatakelola dan Amanah dan Akauntabiliti, KITA akan memacu universiti ke arah kecemerlangan mampan.

Dengan 4 lonjakan bertemakan K.I.T.A iaitu Kelestarian, Kewangan, Keusahawanan, Komuniti (K), Inovasi dan Industri (I), TVET Termaju dan Bakat (T) dan Akademik, Antarabangsa dan Alumni (A), KITA akan memastikan UMPSA terus kekal relevan dan berdaya saing selari dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 untuk terus cemerlang di persada antarabangsa.

KITA akan memperkukuh jaringan global melalui kolaborasi strategik dengan universiti dan industri antarabangsa, mobiliti pelajar dan staf, serta program ijazah dual dan penyelidikan rentas sempadan.

KITA komited kepada pembangunan lestari melalui amalan kampus hijau, penyelidikan teknologi mampan dan tadbir urus berdaya tahan dalam memastikan UMPSA kekal relevan, bertanggungjawab dan berdaya tahan menghadapi cabaran masa hadapan.

Sebagai universiti teknikal terunggul, KITA akan memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berteraskan teknologi termaju dan keperluan industri dengan TVET Termaju menjadi pemacu utama kebolehpasaran graduan dan penyediaan bakat teknologi negara.

KITA akan membudayakan ekosistem keusahawanan dalam kalangan pelajar dan staf melalui inkubator, penyelidikan dikomersialkan serta kolaborasi industri.

Dua puluh empat tahun bukan satu tempoh yang singkat. Ia adalah perjalanan penuh cabaran dan kejayaan yang dibina atas asas kukuh generasi perintis serta komitmen berterusan seluruh warga.

Dengan semangat KITA UMPSA, marilah kita terus berganding bahu memperkasa pengantarabangsaan, kemampanan, TVET termaju dan keusahawanan demi mencapai visi sebagai Universiti Teknologi Terunggul menjelang 2050.

Buat seluruh warga UMPSA, Selamat Ulang Tahun ke-24.

Semoga KITA akan terus melakar kejayaan, melahirkan graduan kompeten dan holistik serta menyumbang kepada aspirasi negara dengan penuh iltizam dan kecemerlangan.

KITA UMPSA | MEMPERKASA KEGEMILANGAN

Kementerian Pendidikan Tinggi
Naib Canselor UMPSA
Abdul Razak Jaafar




02/02/2026

Salam Nisfu Syaaban kepada seluruh umat Islam khususnya buat warga UMPSA.

Semoga malam yang penuh keberkatan ini menjadi medan muhasabah diri, memperkukuh keimanan serta memperbaharui azam untuk terus melakukan kebaikan dan amal soleh.

Mudah-mudahan kita semua dikurniakan keampunan, rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT, serta dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadan yang mulia.

Semoga malam penuh rahmat ini menguatkan iman dan menyuburkan nilai keinsanan dalam diri kita semua.

01/01/2026

| Selamat Tahun Baharu 2026

Tahun 2025 begitu pantas meninggalkan kita dengan seribu satu kenangan yang terkandung di dalamnya pelbagai peristiwa dan pencapaian.

Setinggi-tinggi penghargaan tahniah dan terima kasih buat warga UMPSA yang telah meletakkan UMPSA sebaris dengan universiti diiktiraf dunia dengan mencapai kecemerlangan dalam akademik, penyelidikan dan pengantarabangsaan sepanjang tahun ini.

Marilah bersama-sama kita meneruskan kecemerlangan dalam memperkasa pendidikan tinggi, hubungan yang erat dengan pemain industri dan penyelidikan diiktiraf global ke arah menjayakan visi universiti ke arah universiti teknologi terunggul menjelang 2050.

Selamat Tahun Baharu 2026 buat seluruh mahasiswa, alumni, warga kerja universiti dan anak syarikat UMPSA, rakan strategik serta seluruh rakyat Malaysia.

Semoga UMPSA akan terus mencapai kegemilangan.

Layari saluran rasmi UMPSA untuk sebarang informasi dan berita terkini dalam https://linktr.ee/umpsamalaysia.







PEMAKLUMAN PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT UNIT AUDIT DALAM BAGI BULAN OKTOBER 2025YH./ YBhg./ YBrs./ Dato'/ Datin/ Profesor/ P...
28/10/2025

PEMAKLUMAN PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT UNIT AUDIT DALAM BAGI BULAN OKTOBER 2025

YH./ YBhg./ YBrs./ Dato'/ Datin/ Profesor/ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Audit Dalam UMPSA akan menganjurkan Program Gaya Hidup Sihat Bagi Bulan Oktober 2025 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 29 Oktober 2025 (Rabu)
Masa : 8.00 Pagi - 10.00 Pagi
Aktiviti : Running & Briskwalk 5KM
Tempat Berkumpul : Tasik UMPSA Pekan
Pakaian : Pakaian Sukan

Staf yang berkelapangan dijemput hadir bagi menyertai program ini dengan mendapat pelepasan daripada Ketua Jabatan. Mata CPD disediakan kepada peserta yang hadir.

Kerjasama dan sokongan YH./ YBhg./ YBrs./ Dato'/ Datin/ Profesor/ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan berkenaan perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera YH Dato' Sri/Datin Sri/Dato'/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Cik JEMPUTAN MENYER...
16/10/2025

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

YH Dato' Sri/Datin Sri/Dato'/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Cik

JEMPUTAN MENYERTAI KURSUS PENGAUDITAN ICT - OBJEKTIF & TEKNIK PENGAUDITAN BERSAMA AUDIT NEGARA ANJURAN UNIT AUDIT DALAM UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH (UMPSA)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, Unit Audit Dalam Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) akan menganjurkan Kursus Pengauditan ICT - Objektif & Teknik Pengauditan Bersama Audit Negara. Kursus ini akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 4 November 2025 (Selasa)
Tempat : Secara Dalam Talian (Google Meet)
Masa : 8:30 pagi - 4:00 petang
Yuran Penyertaan : RM200.00/pax

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 3 November 2025 (Isnin) dan bilangan peserta adalah terhad.

3. Tentatif dan brosur kursus adalah seperti di lampiran. Sebarang pertanyaan sila hubungi urusetia di talian:

i) Puan Ruslina - 012-823 1261
ii) Puan Nazifah - 016-932 9368
iii) Puan Wan Nor Azma - 013-905 2009

Segala perhatian dan sokongan daripada pihak YH Dato' Sri/Datin Sri/Dato'/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Cik amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera  YH Dato' Sri/Datin Sri/Dato'/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Cik  PEMAKLUMAN PI...
18/09/2025

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

YH Dato' Sri/Datin Sri/Dato'/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Cik

PEMAKLUMAN PINDAAN TARIKH KURSUS TEKNIK MENGESAN AKTIVITI FRAUD ANJURAN UNIT AUDIT DALAM UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH (UMPSA)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, Unit Audit Dalam Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) akan menganjurkan Kursus Teknik Mengesan Aktiviti Fraud. Kursus ini akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 15 Oktober 2025 (Rabu)
Tempat : Secara Dalam Talian (Google Meet)
Masa : 8:30 pagi - 4:00 petang
Yuran Penyertaan : RM200.00/pax

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 Oktober 2025 dan bilangan peserta adalah terhad.

3. Tentatif dan brosur kursus adalah seperti di lampiran. Sebarang pertanyaan sila hubungi urusetia di talian:

i) Puan Ruslina - 012-823 1261
ii) Puan Nazifah - 016-932 9368
iii) Puan Wan Nor Azma - 013-905 2009

Segala perhatian dan sokongan daripada pihak YH Dato' Sri/Datin Sri/Dato'/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Cik amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Address

UNIT AUDIT DALAM, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH
Pekan
26600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AUDIT DALAM UMPSA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to AUDIT DALAM UMPSA:

Share