UMPSA Malaysia

UMPSA Malaysia Official Facebook Account of Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (formerly known as UMP)
(366)

UMPSA Rai Kecemerlangan Mahasiswa Menerusi Majlis Anugerah Mercu Sanjung 202510 Jun 2026 | UMPSA PekanUniversiti Malaysi...
11/06/2026

UMPSA Rai Kecemerlangan Mahasiswa Menerusi Majlis Anugerah Mercu Sanjung 2025

10 Jun 2026 | UMPSA Pekan

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh agenda pembangunan mahasiswa holistik apabila meraikan pencapaian dan kecemerlangan pelajarnya menerusi Majlis Anugerah Mercu Sanjung (MARS) 2025 yang berlangsung penuh gemilang di Dewan Kompleks Sukan UMPSA, Kampus Gambang malam ini.

Majlis berprestij itu telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Dato’ Seri Abd Razak Jaafar dan turut dihadiri Naib Canselor, Prof. Ts. Dr. Yatimah Alias, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed, ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti, pengurusan tertinggi universiti, para alumni, rakan strategik industri serta mahasiswa.

Penganjuran MARS merupakan platform pengiktirafan tertinggi universiti dalam menghargai mahasiswa yang telah menunjukkan kecemerlangan luar biasa dalam pelbagai bidang merangkumi kepimpinan, kesukarelawanan, khidmat komuniti, keusahawanan, inovasi, kesenian, perpaduan, sukan dan rekreasi. Majlis ini turut menjadi simbol penghargaan universiti terhadap usaha, dedikasi dan komitmen mahasiswa yang berjaya mengharumkan nama UMPSA di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Prof. Ts. Dr. Yatimah Alias berkata, MARS bukan sekadar majlis penyampaian anugerah, malah merupakan manifestasi kejayaan mahasiswa yang telah berjaya membuktikan keupayaan mereka sebagai individu berdaya saing, berintegriti dan mampu menjadi pemimpin masa depan negara.

Menurutnya, sepanjang tahun 2025, UMPSA telah menyaksikan perkembangan luar biasa dalam landskap pembangunan mahasiswa apabila lebih 500 program pembangunan pelajar berimpak tinggi berjaya dilaksanakan melalui Majlis Teras Aktiviti Pelajar (MTAP) di bawah seliaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Prof. Ts. Dr. Yatimah Alias berkata pelbagai kejayaan telah dilakar oleh mahasiswa UMPSA sepanjang tahun lalu termasuk kejayaan Kelab Penyayang UMPSA yang dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Piala Sukarelawan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia 2025 dan membawa pulang geran bernilai RM25,000 bagi melaksanakan projek khidmat komuniti di perkampungan Orang Asli di Jerantut. Selain itu, Pasukan Robotik UMPSA turut mencipta nama apabila merangkul dua pingat emas dan gelaran Robosot Master dalam kejohanan antarabangsa 18th Malaysia FIRA RoboWorld Cup 2025.

Tambah beliau lagi, pasukan E-Motion dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA) turut mengharumkan nama universiti apabila muncul Juara Keseluruhan dalam pertandingan Next Generation Vehicle (NxGV) Challenge 2025, manakala seramai 62 mahasiswa berjaya memperoleh pelbagai pensijilan profesional dalam bidang rekreasi, sukan dan kecergasan.

“Pencapaian ini membuktikan bahawa mahasiswa UMPSA bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah mampu menyerlah dalam pelbagai bidang lain yang menyumbang kepada pembangunan sahsiah, kepimpinan dan kebolehpasaran graduan.

“Selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi menerusi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035 dan kerangka UMPSA30, universiti komited melahirkan graduan yang bukan sahaja memiliki kecemerlangan akademik tetapi juga nilai kemanusiaan, daya tahan serta kemampuan memimpin masyarakat”, ujarnya.

Sementara itu, Prof. Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed berkata, MARS merupakan satu manifestasi penghargaan universiti terhadap mahasiswa yang telah berjaya menterjemahkan potensi diri kepada pencapaian yang membanggakan serta menjadi contoh kepada warga kampus yang lain.

Menurutnya pendekatan pembangunan mahasiswa di UMPSA yang berteraskan konsep “memanusiakan manusia” telah berjaya melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja aktif dalam aktiviti kampus, malah mampu berperanan sebagai pengamal ilmu, usahawan dan penggerak ekonomi yang menyumbang kepada pembangunan universiti dan masyarakat.

“UMPSA telah memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi pembangunan mahasiswa, pemerkasaan badan pelajar dan penambahbaikan fasiliti sepanjang tahun lalu. Hasil daripada pelaburan tersebut, kadar pendaftaran persatuan pelajar prasiswazah telah mencapai 94.6 peratus, selain penawaran 23 modul kokurikulum yang menyediakan 8,940 tempat kepada mahasiswa.

“Penyertaan mahasiswa dalam badan beruniform terus meningkat dengan penglibatan 964 kadet merentasi sembilan badan beruniform aktif termasuk penubuhan badan beruniform baharu iaitu Siswa Siswi Koreksional (SISKOR), selain seramai 216 pegawai muda berjaya ditauliahkan pada tahun lalu”, ujarnya.

Dalam usaha memastikan pembangunan mahasiswa terus diperkasakan, universiti turut menyediakan pelbagai kemudahan pembelajaran berasaskan pengalaman menerusi Akademi ADAB termasuk fasiliti rekreasi dan sukan bertaraf tinggi seperti abseiling, flying fox, ATV, tapak perkhemahan, kayak, water zorbing serta kolam selaman yang melahirkan pelajar dengan pensijilan profesional penyelamat akuatik (MAQRA).

Majlis menyaksikan 31 anugerah dipertandingkan melibatkan kategori individu, kerjaya, alumni, pembelajaran sepanjang hayat, badan pelajar dan anugerah berkumpulan. Antara anugerah yang dipertandingkan termasuk Ikon Kepimpinan, Ikon Sukarelawan, Ikon Khidmat Komuniti, Ikon Ulul Albab, Ikon Usahawan Siswa, Ikon Kelestarian, Anugerah Badan Pelajar Terbaik, Anugerah Kumpulan Sukarelawan Terbaik dan Anugerah Kumpulan Khidmat Komuniti Terbaik.

Kemuncak majlis menyaksikan penyampaian tiga anugerah utama iaitu Anugerah Khas Kepimpinan, Anugerah Mercu Sanjung (Berpasukan) dan Anugerah Mercu Sanjung UMPSA (Individu) yang menjadi pengiktirafan tertinggi kepada mahasiswa dan pasukan yang telah menunjukkan pencapaian luar biasa serta memberi impak signifikan kepada universiti dan masyarakat.

Penganjuran MARS 2025 membuktikan komitmen berterusan UMPSA dalam melahirkan graduan yang seimbang dari aspek akademik, kepimpinan, sahsiah dan kemahiran insaniah selaras dengan aspirasi DNA A.D.A.B (Aspire, Dynamic, Agile dan Balanced) yang menjadi teras pembangunan mahasiswa universiti.

Majlis ini juga diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada mahasiswa untuk terus melakar kecemerlangan serta mengangkat nama UMPSA sebagai universiti teknologi terunggul yang melahirkan graduan kompeten, berdaya tahan dan berjiwa masyarakat di peringkat global.

Foto oleh Khairu Aidilnishah Rizan

UMPSA Himpunkan Universiti dan Industri Pantai Timur Perkukuh Ekosistem Inovasi Negara10 Jun 2026 | UMPSA Pekan  Univers...
11/06/2026

UMPSA Himpunkan Universiti dan Industri Pantai Timur Perkukuh Ekosistem Inovasi Negara

10 Jun 2026 | UMPSA Pekan

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh peranannya sebagai pemangkin pembangunan inovasi negara apabila menghimpunkan wakil universiti, industri, agensi kerajaan dan pelabur menerusi Pre-Event: Industry–University Research and Innovation Investment Dialogue Session 2026 (URIIS 2026) Series 5: Empowering East Coast – Smart Industry, Local Innovation yang berlangsung di Dewan Bankuet Canseleri Tun Razak, UMPSA Pekan.

Program anjuran bersama universiti awam Zon Pantai Timur itu menjadi platform strategik bagi memperluas kerjasama antara institusi pengajian tinggi dan industri dalam usaha mempercepatkan pemindahan teknologi, pengkomersialan hasil penyelidikan serta merancakkan pelaburan berasaskan inovasi.

Penolong Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi) UMPSA, Profesor Dr. Mohd Hasbi Ab Rahim berkata, Malaysia kini berada pada titik penting dalam landskap pembangunan negara yang memerlukan transformasi daripada sekadar pengguna teknologi kepada pencipta teknologi bertaraf global.

Menurutnya, universiti di negara ini memiliki modal insan berkemahiran tinggi, penyelidik bertaraf dunia, kemudahan makmal canggih serta pelbagai penemuan inovatif yang berpotensi memberi impak besar kepada pembangunan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.

“Ukuran sebenar kejayaan penyelidikan bukanlah apa yang tersimpan di makmal, sebaliknya bagaimana hasil penyelidikan itu mampu mentransformasikan industri, menjana kekayaan serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

“Di sinilah sinergi antara universiti dan industri memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan pengetahuan, teknologi dan inovasi dapat diterjemahkan kepada penyelesaian sebenar yang memberi manfaat kepada negara,” katanya.

Profesor Dr. Mohd Hasbi Ab Rahim turut menegaskan bahawa pelbagai cabaran masa hadapan melibatkan sektor seperti mobiliti pintar, aeroangkasa, tenaga lestari, teknologi hijau, ekonomi digital, bioteknologi dan teknologi pertahanan memerlukan kolaborasi strategik yang lebih erat antara kedua-dua pihak.

“Industri menyediakan visi pasaran, kekuatan pelaburan dan laluan pengkomersialan, manakala universiti menawarkan kecemerlangan penyelidikan, inovasi teknologi dan bakat masa depan.

“Apabila kedua-duanya digabungkan, teknologi baharu dapat dihasilkan, industri baharu dapat diwujudkan dan peluang pekerjaan bernilai tinggi dapat dicipta,” ujarnya.

Tambahnya lagi, negara-negara yang kini muncul sebagai peneraju inovasi dunia berjaya membina ekosistem yang membolehkan pengetahuan, modal, teknologi dan bakat bergerak secara lancar antara universiti dan industri.

“Malaysia mempunyai semua ramuan untuk mencapai kejayaan yang sama. Kita mempunyai universiti yang cemerlang, industri yang berwawasan, dasar kerajaan yang menyokong serta sektor strategik yang berpotensi besar untuk berkembang.

“Apa yang lebih penting ialah kesungguhan kolektif semua pihak untuk memastikan negara mampu bersaing di peringkat global,” katanya.

Beliau berharap sesi dialog yang berlangsung dapat menjadi titik permulaan kepada pembentukan lebih banyak kerjasama strategik yang berimpak tinggi serta melahirkan generasi baharu teknologi dan syarikat tempatan yang mampu mengangkat Malaysia sebagai hab inovasi serantau.

Program sehari itu turut melibatkan penyertaan wakil daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), selain agensi strategik seperti Invest Pahang dan Yayasan Pahang.

Pelbagai sesi perkongsian, pembentangan keupayaan universiti serta perbincangan meja bulat turut diadakan bagi mengenal pasti peluang kerjasama penyelidikan dan pelaburan yang mampu memperkasa pembangunan ekonomi berasaskan inovasi khususnya di Pantai Timur.

Foto oleh Zaffaruddin Hamzah

Minda Pagi UMPSA. Hari ke-162, tahun 2026.
11/06/2026

Minda Pagi UMPSA. Hari ke-162, tahun 2026.

10/06/2026

10/06/2026

Malam Anugerah Mercu Sanjung (MARS) 2025, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)




10/06/2026

 | Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh peranannya dalam pembangunan inovasi negara a...
10/06/2026

| Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh peranannya dalam pembangunan inovasi negara apabila menghimpunkan wakil universiti, industri, agensi kerajaan dan pelabur menerusi Pre-Event: Industry–University Research and Innovation Investment Dialogue Session 2026 (URIIS 2026) Series 5: Empowering East Coast – Smart Industry, Local Innovation.

Program ini sebagai persediaan menuju University Research and Innovation Investment Summit (URIIS) 2026 yang bakal berlangsung pada 21 -23 September depan di WTC, KL.

URIIS menjadi platform pertemuan antara wakil universiti, pelabur modal teroka (venture capital) dan penggubal dasar bagi membincangkan usaha mempercepat akses pembiayaan serta membantu hasil penyelidikan universiti berkembang ke pasaran industri dan antarabangsa.

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

10/06/2026

Selamat Pagi Malaysia (SPM), TV1 bersama Prof. Madya Dr. Ahmad Tarmizi HaronUMPSA mempunyai sebuah pusat kecemerlangan y...
10/06/2026

Selamat Pagi Malaysia (SPM), TV1 bersama Prof. Madya Dr. Ahmad Tarmizi Haron

UMPSA mempunyai sebuah pusat kecemerlangan yang dinamakan Pusat Inovasi dan Pangkalan Ilmu Building Information Modelling atau lebih dikenal dengan nama BIM Centre UMPSA menawarkan kepakaran pembangunan bakat, penyelidikan, perundingan dan Transformasi BIM & Pembinaaan Digital di Malaysia.

Lebih membanggakan pusat ini dilantik selaku operator WorldSkills Malaysia Centre of Excellence (CoE) Digital Construction di bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia dan CIDB MyBIM Satellite Pahang.

BIM Centre UMPSA telah mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila meraih Pingat Emas dan anugerah Best of Nation pertandingan WorldSkills Asia Taipei 2025 bagi bidang Digital Construction.

Saksikan Temu Bual Slot Selamat Pagi Malaysia (SPM), TV1 pada 11 Jun 2026 jam 8.00 pagi bersama Prof. Madya Dr. Ahmad Tarmizi Haron, Pengarah Pusat Inovasi dan Pangkalan Ilmu Building Information Modelling (BIM Centre), UMPSA dengan tajuk “TVET Termaju Tingkat Kemahiran Teknologi Binaan Digital (BIM) Negara”.

Address

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Darul Makmur
Pekan
26600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6094315000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UMPSA Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to UMPSA Malaysia:

Share