Faculty of Mechanical & Automotive Engineering Technology UMPSA Malaysia

  • Home
  • Malaysia
  • Pekan
  • Faculty of Mechanical & Automotive Engineering Technology UMPSA Malaysia
Call Directions Website Contact the university

Faculty of Mechanical & Automotive Engineering Technology UMPSA Malaysia We offer Engineering, Engineering Technology, and Technology programmes in Mechanical and Automotive

Sekalung Tahniah diucapkan kepada pensyarah FTKMA berikut yang telah berjaya menerima Geran Penyelidikan Eksploratori da...
15/10/2026

Sekalung Tahniah diucapkan kepada pensyarah FTKMA berikut yang telah berjaya menerima Geran Penyelidikan Eksploratori dan Transformatif (GET) Fasa 1 & 2 Tahun 2026 :

1. DR. NURAZIMA BINTI ISMAIL
2. PROF. MADYA IR. DR. ASNUL HADI BIN AHMAD
3. ENCIK MUHAMMAD HATIFI BIN MANSOR
4. TS. DR. SALWANI BINTI MOHD SALLEH
5. DR. AZIZUDDIN BIN ABD AZIZ
6. DR. ERNY AFIZA BINTI ALIAS

Semoga dengan pencapaian ini akan mengembangkan lagi dunia penyelidikan kepada tahap lebih tinggi dan membanggakan.

Tahniah sekali lagi diucapkan daripada warga FTKMA.

14/10/2026

27 PENYELIDIK UMPSA TERSENARAI WORLD’S TOP 2% SCIENTISTS 2026

Seramai dua puluh tujuh penyelidik Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah ( UMPSA) tersenarai dalam kelompok World's Top 2% Scientists 2026 berdasarkan data terbaharu yang dikeluarkan oleh Elsevier BV dan Stanford University baru-baru ini.

Senarai berprestij ini diterbitkan setiap tahun berdasarkan pangkalan data Scopus dengan mengambil kira dua kaedah penilaian utama iaitu Career-Long Citation Impact dan Single Year Citation Impact.

Lebih membanggakan, 12 orang penyelidik UMPSA mendapat pengiktirafan dwi-kategori:
1️⃣ Career-Long Citation Impact (Sepanjang Kerjaya)
2️⃣ Single-Year Citation Impact (Satu Tahun)

Pencapaian luar biasa ini membuktikan kepakaran dan kualiti penyelidikan UMPSA terus diiktiraf di peringkat antarabangsa! 🚀👏

Berita Penuh layari : https://news.umpsa.edu.my/achievement/27-penyelidik-umpsa-tersenarai-dalam-kelompok-worlds-top-2-scientists-2026

Kementerian Pendidikan Tinggi
Naib Canselor UMPSA
Abdul Razak Jaafar

📚 *BENGKEL WORK-BASED LEARNING (WBL) | UMPSA KUALA LUMPUR*Alhamdulillah, telah berlangsung Bengkel Work-Based Learning (...
01/10/2026

📚 *BENGKEL WORK-BASED LEARNING (WBL) | UMPSA KUALA LUMPUR*

Alhamdulillah, telah berlangsung Bengkel Work-Based Learning (WBL) pada 28 September 2026 bertempat di UMPSA Kuala Lumpur.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan Akademik & Antarabangsa, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal & Automotif (FTKMA) , Ts. Dr. Mohd Zairi bin Baharom.

Pelaksanaan bengkel ini menjadi salah satu platform penting dalam memperkukuh pemahaman serta pelaksanaan Work-Based Learning (WBL), di samping mempereratkan kerjasama antara pihak universiti dan industri dalam menyediakan pengalaman pembelajaran yang lebih relevan dan berorientasikan dunia pekerjaan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini. Semoga usaha yang dilaksanakan dapat terus menyumbang kepada peningkatan kualiti pendidikan serta melahirkan graduan yang kompeten, berkemahiran dan bersedia menghadapi keperluan industri. 🤝🎓

Seramai 11 orang pelajar termasuk pengiring, Ts. Dr. Luqman Hakim bin Ahmad Shah akan menyertai program Mobiliti Tidak B...
28/09/2026

Seramai 11 orang pelajar termasuk pengiring, Ts. Dr. Luqman Hakim bin Ahmad Shah akan menyertai program Mobiliti Tidak Berkredit BVW ke Malang, Indonesia pada 28 September hingga 2 Oktober 2026.

Sepanjang program, rombongan akan mengadakan kunjungan dan aktiviti akademik di beberapa institusi pengajian tinggi terkemuka di Malang, iaitu:

🎓 Universitas Muhammadiyah Malang (UMM)
🎓 Politeknik Negeri Malang (Polinema)
🎓 Universitas Widya Gama Malang (UWG)

Semoga program mobiliti ini dapat memberikan pengalaman, pendedahan antarabangsa serta memperkukuh hubungan akademik dan jaringan kerjasama antara institusi Malaysia dan Indonesia.

Semoga perjalanan dipermudahkan dan program berjalan lancar. 🇲🇾🤝🇮🇩

🌟 [PROGRAM ECoRehaB 2.0: MEMASYARAKATKAN TEKNOLOGI & INOVASI INKLUSIF MESRA OKU ]🌟Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanik...
27/09/2026

🌟 [PROGRAM ECoRehaB 2.0: MEMASYARAKATKAN TEKNOLOGI & INOVASI INKLUSIF MESRA OKU ]🌟
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA) bersama Pusat Teknologi dan Ekosistem Inklusif (iNKLUSIF) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menjayakan Program Educational Community Rehabilitation for Inclusive Biomechanics (ECoRehaB) 2.0 bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Maran, Pahang.
Program pemindahan ilmu dan khidmat komuniti ini menghimpunkan lebih 70 anak-anak inklusif daripada PPDK dan PPKI, ibu bapa, petugas, serta barisan pakar bagi memperkukuh ekosistem rehabilitasi dan pendidikan khas.
📌 ANTARA HIGHLIGHT & PENCAPAIAN UTAMA ECoRehaB 2.0:
🤝 Pertukaran Surat Hasrat (LOI):
Mewujudkan kerjasama strategik antara iNKLUSIF UMPSA bersama 3 buah PPDK Daerah Maran (PPDK Jalinan Siantan, PPDK Maran Sejahtera, dan PPDK Seri Teratai) dalam pemindahan ilmu dan pembangunan teknologi bantuan.
📚 Pelancaran Buku OKU Edisi Pertama:
Pelancaran rasmi buku “Inovasi Pembangunan Produk Berteknologi Inklusif Mesra OKU” terbitan Penerbit UMPSA hasil karya penyelidik UMPSA/FTKMA yang mengetengahkan peranti inovasi seperti PhyMILL, PhyWALK, Sonic-G, AuWRITE, dan AuSPEECHY.
💬 Dua Sesi Forum Pakar:
Perkongsian ilmu berkaitan Rehabilitasi & Penjagaan Kesihatan OKU serta Halatuju Pendidikan Inklusif bersama pakar KKM, KPTC, UMPSA, dan PPD.
🧩 Aktiviti Interaktif & Terapi Permainan:
Demonstrasi peralatan rehabilitasi serta aktiviti interaktif yang memberi pengalaman secara terus kepada anak-anak inklusif.
♿ Penyerahan 3 Unit Toddler Mobility Trainer (TMT):
Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan 3 unit peranti mobiliti TMT cetakan 3D hasil inovasi kesukarelawanan penyelidik daripada Human Engineering Group (HUMEN) FTKMA UMPSA.
💡 PENGHARGAAN KHAS TAJAAN FILAMEN (HARIMAU3D):
Pihak FTKMA dan UMPSA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Harimau3D atas sumbangan tajaan filamen cetakan 3D bagi pembuatan ketiga-tiga unit peranti TMT ini. Sinergi murni antara pihak industri dan universiti ini amat bermakna dalam merealisasikan sokongan mobiliti buat anak-anak istimewa di Daerah Maran.
Majlis Perasmian Pembukaan telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Ts. Dr. Mohamad Zairi bin Baharom (Timbalan Dekan Akademik FTKMA UMPSA), manakala Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Yang Hormat Dato’ Sri Hajjah Shahaniza binti Shamsuddin (Penyelaras DUN Chenor) bersama Yang Berusaha Dr. Daing Mohamad Nafiz bin Daing Idris (Pengarah Pusat Hubungan Komuniti UMPSA, wakil rasmi Naib Canselor UMPSA).
Syabas dan tahniah kepada seluruh jawatankuasa penganjur, rakan strategik, dan para penaja!

📚 PROGRAM CSR FTKMA UMPSA DI SEKOLAH RENDAH TAHFIZ NEGERI PAHANG📅 Tarikh: 9 September📍 Tempat: Sekolah Rendah Tahfiz Neg...
25/09/2026

📚 PROGRAM CSR FTKMA UMPSA DI SEKOLAH RENDAH TAHFIZ NEGERI PAHANG

📅 Tarikh: 9 September
📍 Tempat: Sekolah Rendah Tahfiz Negeri Pahang, Tanjung Lumpur

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menjayakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Sekolah Rendah Tahfiz Negeri Pahang, Tanjung Lumpur. Program ini dijayakan dengan penglibatan seramai 18 orang staf dan 12 orang pelajar diploma.

Sepanjang program berlangsung, para pelajar telah didedahkan kepada pelbagai aktiviti berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Terdapat tiga (3) aktiviti interaktif yang telah dijalankan bagi memupuk minat pelajar, iaitu:
•⁠ ⁠Sky-High Challenge
•⁠ ⁠Little Engineers: Mega-Bridge Builders
•⁠ ⁠Ultimate Robo-Clash

Di akhir program, pihak FTKMA turut menyempurnakan acara simbolik penyerahan 'Halaqah Vision' kepada pihak sekolah. Inisiatif ini merupakan hasil daripada geran CDU di bawah UMPSA yang diketuai oleh Dr. Muhammad Izhar. Pengalaman ini diharapkan dapat meningkatkan minat, motivasi, dan pendedahan teknologi di kalangan pelajar.

FTKMA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua staf, pelajar diploma dan pihak Sekolah Rendah Tahfiz Negeri Pahang atas kerjasama serta komitmen dalam menjayakan program ini.

Semoga usaha menyantuni komuniti dan memindahkan ilmu seperti ini dapat diteruskan bagi menyokong perkembangan pendidikan dan memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat setempat.

🎓 HARI SUAI KENAL PELAJAR BAHARU FTKMA AMBILAN SEPTEMBER 2026Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTK...
24/09/2026

🎓 HARI SUAI KENAL PELAJAR BAHARU FTKMA AMBILAN SEPTEMBER 2026

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA) telah menganjurkan Hari Suai Kenal (HSK) bagi menyambut kehadiran seramai hampir 400 orang pelajar baharu daripada program BMM, BHA, BVA, BVW, BTA, BTD dan BTG.

Sepanjang program, pelajar telah mengikuti taklimat akademik, hal ehwal pelajar dan alumni, penerangan setiap program serta sesi bersama penasihat akademik. Pelajar turut diberikan taklimat keselamatan makmal dan dibawa melawat makmal bagi mengenali kemudahan pembelajaran yang disediakan di fakulti. Program diakhiri sesi bersama alumni dan Persatuan Pelajar Mechapro.

Semoga program ini dapat membantu para pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran universiti, memahami sistem akademik serta memulakan perjalanan pengajian di FTKMA dengan penuh semangat dan keyakinan.

Selamat datang ke FTKMA dan selamat maju jaya! 🌟





📌 SESI TAKLIMAT PROGRAM SARJANA KEJURUTERAAN MEKANIKAL SEMESTER 1, SESI 2026/202721 September 2026 | Isnin | 9.00 malam ...
22/09/2026

📌 SESI TAKLIMAT PROGRAM SARJANA KEJURUTERAAN MEKANIKAL SEMESTER 1, SESI 2026/2027

21 September 2026 | Isnin | 9.00 malam – 10.00 malam | Microsoft Teams

Satu sesi taklimat kepada Pensyarah, Pelajar Kanan dan Pelajar Baharu Program Sarjana Kejuruteraan Mekanikal bagi Semester 1 Sesi 2026/2027 telah diadakan secara dalam talian menerusi platform Microsoft Teams.

Sesi ini merupakan wadah penting dalam menyampaikan maklumat berkaitan pelaksanaan program, akademik serta perkara-perkara berkaitan pengajian kepada para pelajar, khususnya pelajar baharu yang memulakan pengajian pada semester ini.

Kehadiran para pensyarah dan pelajar dalam sesi ini mencerminkan komitmen bersama dalam memastikan perjalanan pengajian di peringkat sarjana dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

Semoga sesi taklimat ini memberikan panduan serta informasi yang bermanfaat kepada semua warga Program Sarjana Kejuruteraan Mekanikal.

✨ Selamat datang dan selamat memulakan Semester 1, Sesi 2026/2027!






AERONYX UMPSA Raih Tempat Ketiga dalam MRCC 2026PASIR SALAK, PERAK, 10 September 2026 – Malaysia Rocket CanSat Competiti...
15/09/2026

AERONYX UMPSA Raih Tempat Ketiga dalam MRCC 2026

PASIR SALAK, PERAK, 10 September 2026 – Malaysia Rocket CanSat Competition (MRCC) 2026 yang dianjurkan oleh Planetarium Negara, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta High Energy Material Research Laboratory (HEMREL) telah berlangsung pada 8 hingga 10 September 2026 di FELCRA Seberang, Perak.

Pertandingan ini memberi peluang kepada peserta untuk mengaplikasikan kemahiran dalam bidang reka bentuk dan simulasi roket, pembuatan, sistem CanSat, ujian penerbangan serta sistem pemulihan roket.

Dalam pertandingan tersebut, pasukan AERONYX, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berjaya meraih tempat ketiga dalam kategori 2 (Roket 1 Kilometer dan CanSat) – Universiti, sekali gus mengharumkan nama UMPSA dalam bidang teknologi aeroangkasa.

AERONYX merupakan pasukan yang mewakili Kelab Aero UMPSA dengan sokongan Pusat Teknologi Aeroangkasa UMPSA.

Ahli pasukan AERONYX:

* Akmal Hakimi bin Ahmad Mukhlis – FTKMA
* Muhammad Afiq Farhan bin Izwan – FTKEE
* Muhammad Mirza bin Epong – FTKEE
* Cheong Hui Ven – FTKMA
* Sharifah Nursyahadah binti Syed Mohd Zaki – FTKMA
* Arifah Nadrah Bt Mohd Arif – FTKPM

Penyelia:

* Ts. Dr. Muhammad Syahir Amzar Zulkifli
* Ahmad Tamimi bin Ahmad Termizi
* Dr.Siti Salwani binti Yaacob

Kejayaan ini membuktikan komitmen dan keupayaan mahasiswa UMPSA dalam mengaplikasikan ilmu kejuruteraan dan teknologi aeroangkasa melalui inovasi, kerja berpasukan dan penyelesaian masalah.

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2605680

https://www.facebook.com/share/1PEbRQm85z/?mibextid=wwXIfr

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada para pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automoti...
09/09/2026

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada para pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang telah terpilih menyertai Program Sangkutan Staf bagi kategori Sangkutan Pengajaran Luar, Sangkutan Industri dan Sangkutan Kerja.

Sangkutan Pengajaran Luar :
1. Ts. Dr. Mohamad Zairi bin Baharom di Sichuan Aerospace Vocational College (SCAVC), China (05 September - 20 September 2026)
2. Prof. Madya Ts. Dr. Nasrul Azuan bin Alang di Sichuan Aerospace Vocational College (SCAVC), China (10 Oktober 2026 - 25 Oktober 2026)
3. Encik Muhammad Hatifi bin Mansor di Sichuan Aerospace Vocational College (SCAVC), China (12 September - 27 September 2026)

Sangkutan Industri :
1. Ts. Dr. Mohamed Reza Zalani bin Mohamed Suffian - OBM Technic Sdn. Bhd., Kuala Nerus, Terengganu (1 April 2027 - 31 Mac 2028)
2. Prof. Madya Ts. Dr. Nasrul Hadi bin Johari - MTC Engineering Consultancy Sdn. Bhd., Sepang, Selangor (1 September 2026 - 31 Ogos 2027)
3. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Fadzil Faisae Ab Rashid - Laras Mekanika Sdn. Bhd. (1 Oktober 2026 - 30 September 2027)
4. Encik Azim bin Mohd Arshad - MTC Engineering Consultancy Sdn. Bhd., Sepang, Selangor (1 September 2026 - 31 Ogos 2027)

Sangkutan Kerja bagi Peningkatan Kompetensi:
1. Prof. Madya Ts. Dr. Mohamad Heerwan bin Peeie - Delft University of Technology (TU Delft), Netherlands (2 November 2026 - 13 November 2026)

Pemilihan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, kepakaran dan kecemerlangan warga akademik FTKMA dalam memperkasa ilmu, pengalaman serta jaringan kerjasama dengan pihak luar.

Semoga penyertaan dalam program sangkutan ini dapat memberikan pengalaman dan pendedahan baharu, memperkukuh kompetensi profesional serta membawa pulang perkongsian ilmu yang bermanfaat demi kecemerlangan akademik dan kelestarian pendidikan di FTKMA, UMPSA.

Tahniah dan selamat menjalani sangkutan! Semoga terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama FTKMA serta UMPSA.

Address

Faculty Of Mechanical Engineering Universiti Malaysia Pahang Pahang Darul Makmur
Pekan
26600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Faculty of Mechanical & Automotive Engineering Technology UMPSA Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Faculty of Mechanical & Automotive Engineering Technology UMPSA Malaysia:

Shortcuts

Share