SMK Indera Shahbandar

Call Directions

SMK Indera Shahbandar SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN INDERA SHAHBANDAR, PEKAN PAHANG (CEA5075)

OFFICIAL PAGE untuk pelajar-pelajar, guru-guru dan ibubapa bagi mengentahui jika terdapat hebahan yang memerlukan pengentahuan semua pihak yang berkepentingan

🚨 PROGRAM PENGUNGSIAN BANGUNAN SMK INDERA SHAHBANDAR 🚨SMK Indera Shahbandar telah melaksanakan Program Pengungsian Bangu...
01/10/2026

🚨 PROGRAM PENGUNGSIAN BANGUNAN SMK INDERA SHAHBANDAR 🚨

SMK Indera Shahbandar telah melaksanakan Program Pengungsian Bangunan dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Peramu, Pekan.

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan latihan kepada warga sekolah mengenai tatacara pengungsian bangunan yang betul, teratur dan selamat sekiranya berlaku kecemasan seperti kebakaran.

Sepanjang program, warga sekolah berpeluang mengikuti simulasi pengungsian serta mendapatkan penerangan dan panduan daripada pihak bomba berkaitan aspek keselamatan, tindakan semasa kecemasan dan penggunaan laluan keluar yang ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Balai Bomba dan Penyelamat Peramu, Pekan atas kerjasama, bimbingan dan perkongsian ilmu yang diberikan.

Semoga program ini dapat meningkatkan tahap kesedaran, kesiapsiagaan dan keselamatan dalam kalangan warga SMK Indera Shahbandar. πŸ§―πŸ‘¨β€πŸš’

β€œKeselamatan Tanggungjawab Bersama”





🌷 SELAMAT DATANG GURU BAHARU 🌷Selamat datang dan selamat bergabung di keluarga besar SMK Indera Shahbandar, Pekan buat:🌸...
30/09/2026

🌷 SELAMAT DATANG GURU BAHARU 🌷

Selamat datang dan selamat bergabung di keluarga besar SMK Indera Shahbandar, Pekan buat:

🌸 Ustazah Aida Farisha
🌸 Cikgu Rizwana

Warga SMK Indera Shahbandar mengalu-alukan kehadiran guru baharu dengan penuh rasa gembira dan sukacita. Semoga kehadiran Ustazah Aida Farisha dan Cikgu Rizwana membawa semangat, idea dan inspirasi baharu dalam mencorakkan kecemerlangan anak-anak didik.

🀝 Bersama kita membina kecemerlangan murid, warga dan sekolah.

Semoga terus maju jaya, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa diberi kekuatan dalam menjalankan amanah serta tanggungjawab sebagai pendidik.

Selamat datang ke keluarga SMK Indera Shahbandar! πŸ’





SOJOURN 4 SMKIS-LEAD @ SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH (SEMSAS)Seramai 10 orang murid Tingkatan 3 hingga T...
29/09/2026

SOJOURN 4 SMKIS-LEAD @ SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH (SEMSAS)

Seramai 10 orang murid Tingkatan 3 hingga Tingkatan 4 mengikuti Program Sojourn 4 SMKIS-LEAD di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) selama 4 hari 3 malam.

Program ini memberi peluang kepada para murid untuk mengenali budaya sekolah, kaedah pembelajaran serta mengikuti rentak dan rutin kehidupan pelajar-pelajar cemerlang.

Semoga pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini dapat dikongsi bersama warga SMK Indera Shahbandar, seterusnya membentuk budaya kecemerlangan dan menjadi pemangkin kepada pencapaian Straight A SPM pada tahun-tahun akan datang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak SEMSAS kerana sudi menerima delegasi SMK Indera Shahbandar. Semoga jaringan dan kerjasama yang terjalin ini terus berkekalan serta memberi manfaat pada masa akan datang.

Terima kasih juga kepada semua penjaga dan PIBG SMK Indera Shahbandar yang sentiasa memberikan sokongan penuh terhadap program yang dijalankan.

SMKIS-LEAD β€” Melangkah Bersama, Mencipta Kecemerlangan!




SOJOURN 4 SMKIS-LEAD @ SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI TEMERLOH (InSOFT)Seramai 8 orang murid Tingkatan 3 hingga Tingk...
29/09/2026

SOJOURN 4 SMKIS-LEAD @ SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI TEMERLOH (InSOFT)

Seramai 8 orang murid Tingkatan 3 hingga Tingkatan 4 mengikuti Program Sojourn 4 SMKIS-LEAD di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh (InSOFT) selama 4 hari 3 malam.

Program ini memberi peluang kepada para murid untuk mengenali budaya sekolah, kaedah pembelajaran serta mengikuti rentak dan rutin kehidupan pelajar-pelajar cemerlang.

Semoga pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini dapat dikongsi bersama warga SMK Indera Shahbandar, seterusnya membentuk budaya kecemerlangan dan menjadi pemangkin kepada pencapaian Straight A SPM pada tahun-tahun akan datang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak INSOFT kerana sudi menerima delegasi SMK Indera Shahbandar. Semoga jaringan dan kerjasama yang terjalin ini terus berkekalan serta memberi manfaat pada masa akan datang.

Terima kasih juga kepada semua penjaga dan PIBG SMK Indera Shahbandar yang sentiasa memberikan sokongan penuh terhadap program yang dijalankan.

SMKIS-LEAD β€” Melangkah Bersama, Mencipta Kecemerlangan!




πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ“š MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN KE-69 DAN BULAN BAHASA 2026 πŸ“šπŸ‡²πŸ‡ΎAlhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh meria...
23/09/2026

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ“š MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN KE-69 DAN BULAN BAHASA 2026 πŸ“šπŸ‡²πŸ‡Ύ

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh meriah Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan ke-69 dan Bulan Bahasa 2026 SMK Indera Shahbandar. Turut dihadiri Timbalan Pengarah Penjara Penor
PP Mohamad Hasnor bin Abd Hamid sebagai perasmi untuk program ini.

Majlis ini menjadi kemuncak kepada pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang Bulan Kebangsaan dan Bulan Bahasa dalam usaha menyemarakkan semangat patriotisme, memupuk kecintaan terhadap bahasa serta mengeratkan hubungan dalam kalangan warga sekolah.

Pelbagai aktiviti dan pertandingan yang menarik telah disertai oleh para murid dengan penuh semangat dan kreativiti. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah mengambil bahagian serta para guru yang bertungkus-lumus menjayakan setiap program.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Semangat patriotik terus disemai, bahasa terus dimartabatkan. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Semoga semangat cintakan negara dan kecintaan terhadap bahasa Melayu terus subur dalam jiwa seluruh warga SMK Indera Shah Bandar.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! πŸ‡²πŸ‡Ύ







πŸ†βœ¨ TAHNIAH & SYABAS! βœ¨πŸ†πŸ”¬πŸ’‘ PERTANDINGAN STEM PERINGKAT NEGERI πŸš€Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada anak-anak hebat kita...
19/09/2026

πŸ†βœ¨ TAHNIAH & SYABAS! βœ¨πŸ†

πŸ”¬πŸ’‘ PERTANDINGAN STEM PERINGKAT NEGERI πŸš€

Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada anak-anak hebat kita atas pencapaian yang membanggakan dalam Pertandingan STEM Peringkat Negeri! πŸ‘πŸŽ‰

πŸ… Kategori Gami Code
πŸŽ–οΈ Tempat Ke-5
πŸ“œ Sijil | πŸ₯‡ Pingat | πŸ’° RM200

πŸ… Kategori Inovator of Tomorrow
πŸŽ–οΈ Tempat Ke-5
πŸ“œ Sijil | πŸ₯‡ Pingat | πŸ’° RM200

Pencapaian ini membuktikan bahawa murid kita mampu bersaing di peringkat negeri melalui kreativiti, pemikiran kritis, kemahiran teknologi dan semangat inovasi. πŸ’‘πŸ€–βœ¨

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada murid serta guru pembimbing atas usaha, komitmen dan kesungguhan yang telah dicurahkan.

🌟 Syabas! Teruskan mencipta, teruskan berinovasi dan terus melakar kejayaan! πŸš€πŸ†








πŸ†βœ¨ TAHNIAH & SYABAS! βœ¨πŸ†πŸŽ“πŸ’‘ JUNIOR INNOVATHON RTM – PERINGKAT KEBANGSAAN πŸ‡²πŸ‡ΎSatu lagi pencapaian yang membanggakan! πŸŽ‰πŸ‘Darip...
19/09/2026

πŸ†βœ¨ TAHNIAH & SYABAS! βœ¨πŸ†

πŸŽ“πŸ’‘ JUNIOR INNOVATHON RTM – PERINGKAT KEBANGSAAN πŸ‡²πŸ‡Ύ

Satu lagi pencapaian yang membanggakan! πŸŽ‰πŸ‘

Daripada lebih 6,000 penyertaan, hanya 50 pasukan terbaik berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir β€” dan pasukan kita adalah antara yang terpilih! πŸ”₯πŸ†

πŸ’‘ 50 PASUKAN TERBAIK
πŸ‡²πŸ‡Ύ PERINGKAT KEBANGSAAN
πŸš€ LAYAK KE SEPARUH AKHIR

Kejayaan ini membuktikan kreativiti, inovasi, keberanian dan kesungguhan anak-anak dalam mengetengahkan idea yang hebat dan bernilai. 🌟

πŸ“Ί Jangan lupa saksikan mereka di RTM TV1!
🎬 Episode 5
πŸ“… 20 Oktober 2026

Sama-sama kita berikan sokongan dan semangat kepada pasukan kita! πŸ’ͺπŸ”₯

Teruskan melangkah, terus berinovasi dan cipta kejayaan! πŸš€βœ¨ PPD PEKAN Jpn Pahang








πŸ†βœ¨ TAHNIAH & SYABAS! βœ¨πŸ†Tahniah diucapkan kepada Team Eifa dan Team Smart Buddy atas kejayaan membanggakan dalam Pertandi...
19/09/2026

πŸ†βœ¨ TAHNIAH & SYABAS! βœ¨πŸ†

Tahniah diucapkan kepada Team Eifa dan Team Smart Buddy atas kejayaan membanggakan dalam Pertandingan Young Innovators Challenge Inno Pintar Peringkat Negeri! πŸŽ‰πŸ‘

πŸ₯ˆ TEAM EIFA – SILVER AWARD
πŸ₯‰ TEAM SMART BUDDY – BRONZE AWARD

Kejayaan ini membuktikan kreativiti, inovasi, kerjasama dan kesungguhan murid dalam menghasilkan idea yang bernilai serta berimpak. πŸ’‘πŸŒŸ

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada guru pembimbing yang telah memberikan tunjuk ajar, bimbingan dan sokongan sepanjang pertandingan.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus mencipta, berinovasi dan mengharumkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi. πŸš€πŸ†

Syabas dan tahniah Team Eifa & Team Smart Buddy! πŸ‘πŸ‘πŸ‘








Tahniah alumni SMKIS kerana berjaya menyambung pengajian di UMPSA. Teruskan kecemerlangan dan menjadi pembakar semangat ...
18/09/2026

Tahniah alumni SMKIS kerana berjaya menyambung pengajian di UMPSA. Teruskan kecemerlangan dan menjadi pembakar semangat kepada anak-anak SMKIS yang lain untuk sama-sama ke menara gading.

πŸŽ‰ TAHNIAH & SYABAS! πŸŽ‰Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ustazah Ainurmizan atas kenaikan pangkat ke Gred DG54. πŸŒ·πŸ‘S...
18/09/2026

πŸŽ‰ TAHNIAH & SYABAS! πŸŽ‰

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ustazah Ainurmizan atas kenaikan pangkat ke Gred DG54. πŸŒ·πŸ‘

Semoga kenaikan pangkat ini menjadi satu penghargaan atas segala komitmen, dedikasi dan jasa yang telah dicurahkan dalam mendidik serta membimbing anak-anak bangsa.

Semoga terus cemerlang, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa diberikan kekuatan untuk menggalas amanah dengan penuh ikhlas dan dedikasi.

πŸ’ Tahniah Ustazah Ainurmizan!
Semoga terus sukses dan menjadi inspirasi buat semua.





Address

SMK INDERA SHAHBANDAR
Pekan
26600

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 16:30
Friday 07:30 - 16:00

Telephone

+6094251261

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Indera Shahbandar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share