Pusat Penyelidikan Tasik Chini UKM

Call Directions Website Contact the university

Pusat Penyelidikan Tasik Chini UKM Pusat Penyelidikan Tasik Chini - PPTC
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
(1)

Teknologi Biochar dan Perapi Tanah Naik Taraf Projek Penanaman Semula Pokok Hutan di Tasik ChiniPEKAN, 24 September 2026...
29/09/2026

Teknologi Biochar dan Perapi Tanah Naik Taraf Projek Penanaman Semula Pokok Hutan di Tasik Chini

PEKAN, 24 September 2026 – Usaha memulihkan ekosistem terjejas di sekitar Tasik Chini terus diperkasa menerusi program penanaman semula 1,000 pokok hutan pelbagai spesies yang mengaplikasikan teknologi rawatan tanah serta penggunaan biochar.

Program penanaman semula pokok diadakan bersempena dengan sambutan Hari Malaysia menerusi peruntukan Pindahan Fiskal Ekologi (EFT) Negeri Pahang. Inisiatif strategik ini menggabungkan kepakaran penyelidik dari Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) UKM, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, serta keterlibatan aktif komuniti Orang Asli tempatan.

Fokus utama projek ini adalah mempraktikkan amalan terbaik penanaman semula hutan menerusi teknologi rawatan tanah khusus bagi menyokong pertumbuhan pokok di kawasan yang terkesan akibat aktiviti manusia.

Selain memulihkan litupan hijau, aplikasi biochar dalam projek ini turut berfungsi sebagai elemen pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) selaras dengan aspirasi negara untuk mengurangkan pelepasan karbon.

Pendekatan berasaskan sains dan teknologi ini menerima maklum balas positif daripada komuniti tempatan kerana berjaya meningkatkan kadar kelangsungan hidup anak pokok berbanding kaedah konvensional.

Wakil Orang Asli Tasik Chini, Hasam, berkata inisiatif tersebut memberikan pendedahan berasaskan teknologi baharu yang sangat berguna kepada penduduk kampung.

“Projek ini memberikan satu pengetahuan yang baru kepada kami sebagai komuniti Orang Asli.

“Sebelum ini kami hanya menggunakan konsep tradisional dalam program penanaman semula hutan, di mana kadar kematian pokok agak tinggi selepas proses penanaman semula.

“Namun, dengan teknik ini, kita dapat melihat perbezaan dengan jumlah pokok yang mati menurun.” katanya.

Menerusi sinergi antara agensi kerajaan, institusi akademik dan masyarakat pribumi, program penanaman semula ini dijangka mampu menjadi model rujukan dalam memulihkan kawasan hutan terdegradasi di seluruh negara secara mampan.

Sumber: https://www.ukm.my/beritaukm/teknologi-biochar-dan-perapi-tanah-naik-taraf-projek-penanaman-semula-pokok-hutan-di-tasik-chini/

28/09/2026

Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Tun. Dr. Siti Hasmah Hj. Mohamad Ali.

Semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Tulus ikhlas daripada Pengerusi, Ahli-ahli Lembaga Pengarah, Naib Canselor, Pengurusan Tertinggi & Warga UKM.





📢 PENCARIAN JURUPANDU RIZAB BIOSFERA TASIK CHINIPusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), UKM sedang mencari masyarakat set...
28/09/2026

📢 PENCARIAN JURUPANDU RIZAB BIOSFERA TASIK CHINI

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), UKM sedang mencari masyarakat setempat dan komuniti Orang Asli sekitar Chini & Pekan yang berminat untuk menjadi Jurupandu Rizab Biosfera Tasik Chini (TCRB). 🌿

Peserta terpilih akan mengikuti Training of Trainers CEPA TCRB dan diberi latihan berkaitan:
🌱 Alam sekitar & biodiversiti
🗣️ Teknik komunikasi, interpretasi & fasilitasi
👥 Pengendalian peserta dan aktiviti pembelajaran
🏞️ Pengetahuan mengenai Tasik Chini Rizab Biosfera

Kami mengalu-alukan individu yang mempunyai pengalaman atau minat dalam alam sekitar, pelancongan, komuniti, pendidikan atau pengurusan Tasik Chini.

📅 Tarikh tutup: 5 Oktober 2026 (Isnin)
📍 Lokasi: Pusat Penyelidikan Tasik Chini, UKM
☎️ Pertanyaan: Hubungi Pejabat PPTC di talian 0103044822 atau 0138727713 untuk bantuan pendaftaran.

📲 Berminat? Imbas kod QR pada poster untuk mendaftar.

Mari bersama menjadi jurupandu yang menyampaikan ilmu, memperkenalkan keunikan Tasik Chini dan membantu memelihara khazanah kita. 🌿💚

Mohon bantu sebarkan kepada keluarga, rakan dan komuniti yang berminat.

𝐀𝐋𝐀𝐅-𝐔𝐊𝐌, 𝐂𝐈𝐌𝐁 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌𝐈𝐂 𝐁𝐀𝐍𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃 𝐓𝐄𝐑𝐎𝐊𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐋𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈Pusat Pe...
26/08/2026

𝐀𝐋𝐀𝐅-𝐔𝐊𝐌, 𝐂𝐈𝐌𝐁 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌𝐈𝐂 𝐁𝐀𝐍𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃 𝐓𝐄𝐑𝐎𝐊𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐋𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈

Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM) melalui Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) terus memperkukuh peranannya sebagai pemangkin kepada jalinan strategik antara institusi akademik dan sektor korporat menerusi kunjungan hormat daripada CIMB Islamic Bank Berhad ke PPTC pada 14 Ogos 2026.

Delegasi CIMB Islamic Bank Berhad diketuai oleh Encik Mohd Zaid Othman, Pengarah, Kewangan Sosial & Inisiatif Korporat dan turut disertai oleh Encik Arshad Nuval Othman, Pengarah, Kewangan Mampan, Encik Noor Ali Abdul Razak, Naib Presiden, Kewangan Sosial & Inisiatif Korporat serta Encik Mohd Fauzi Zaid, Pengurus, Kewangan Sosial & Inisiatif Korporat CIMB Islamic Bank Berhad.

Delegasi CIMB telah disambut oleh Pengarah ALAF-UKM, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin, bersama Prof. Dr. Zaidi Che Cob, Timbalan Pengarah Pembangunan dan Strategi ALAF-UKM. Kunjungan hormat ini menjadi platform strategik bagi kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan serta meneroka potensi kerjasama yang dapat menghubungkan kekuatan institusi akademik dan sektor korporat, khususnya dalam bidang kelestarian, pemerkasaan komuniti serta pelaksanaan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Sepanjang kunjungan, delegasi CIMB dibawa meninjau fasiliti Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) bagi mendapatkan gambaran lebih dekat mengenai peranan dan kapasiti fasiliti makmal sebagai salah satu pusat penyelidikan UKM. Delegasi CIMB turut dibawa meninjau Kampung Tanjung Puput, salah sebuah perkampungan Orang Asli di sekitar Tasik Chini, bagi melihat dengan lebih dekat persekitaran komuniti setempat serta memahami konteks kehidupan masyarakat yang berada dalam ekosistem Tasik Chini.

Kunjungan ini diharapkan menjadi titik permulaan kepada penerokaan kerjasama yang lebih mendalam antara kedua-dua pihak, termasuk dalam mengenal pasti bidang, bentuk pelaksanaan dan mekanisme kolaborasi yang bersesuaian bagi menghasilkan manfaat yang berterusan.




17/06/2026

𝐉𝐄𝐉𝐀𝐊 𝐋𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐃𝐈 𝐓𝐀𝐒𝐈𝐊 𝐂𝐇𝐈𝐍𝐈: 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐌𝐀𝐈 𝐀𝐋𝐀𝐌, 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐘𝐀𝐓𝐈 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), ALAF-UKM telah menerima kunjungan seramai 44 orang mahasiswa bersama enam pegawai pengiring Unit Kaunseling Hal Ehwal Pelajar (HEP) UKM menerusi program “Jejak Lestari Kembara Mahasiswa” anjuran Kelab Persatuan Mencegah Dadah Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (PEMADAM UKM) yang berlangsung pada 5 hingga 7 Jun 2026. Program ini turut disertai oleh Ketua Unit Kaunseling & Psikologi HEP UKM, Puan Siti Atiqah Moamat Mastam, sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pembangunan sahsiah mahasiswa melalui pengalaman pembelajaran berasaskan alam semula jadi dan komuniti.

Melalui Pakej Eksplorasi Hutan, Tasik Chini dan Budaya Orang Asli yang ditawarkan oleh PPTC, para peserta berpeluang menyertai pelbagai aktiviti lapangan yang memberikan pengalaman pembelajaran secara langsung, antaranya eksplorasi Tasik Chini menaiki bot, lawatan ke Kampung Tanjung Puput bagi mengenali budaya dan kehidupan masyarakat Orang Asli, penerokaan hutan tanah bencah untuk memahami kepelbagaian flora dan fauna serta aktiviti berkayak yang menggalakkan gaya hidup sihat dan apresiasi terhadap alam sekitar.

Program ini bukan sahaja membuka ruang kepada mahasiswa untuk mendekati khazanah alam dan budaya negara, malah turut menyemai nilai tanggungjawab terhadap pemeliharaan ekosistem serta kelestarian warisan masyarakat setempat. Pengalaman pembelajaran secara imersif ini membuktikan bahawa alam semula jadi merupakan makmal pembelajaran terbaik dalam membentuk generasi yang berilmu, berjiwa lestari dan berdaya saing.

PPTC komited untuk terus memperkasakan fungsi Makmal Alami sebagai platform pendidikan, penyelidikan dan pemindahan ilmu yang memberi impak kepada masyarakat. Diharapkan lebih banyak program berteraskan kesedaran alam sekitar, pembangunan insaniah dan kelestarian dapat dilaksanakan pada masa hadapan demi melahirkan warga yang menghargai alam, budaya dan kelestarian kehidupan.






𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐊𝐎𝐊 𝐃𝐈 𝐓𝐀𝐒𝐈𝐊 𝐂𝐇𝐈𝐍𝐈 𝐑𝐈𝐙𝐀𝐁 𝐁𝐈𝐎𝐒𝐅𝐄𝐑𝐀Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC...
17/06/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐊𝐎𝐊 𝐃𝐈 𝐓𝐀𝐒𝐈𝐊 𝐂𝐇𝐈𝐍𝐈 𝐑𝐈𝐙𝐀𝐁 𝐁𝐈𝐎𝐒𝐅𝐄𝐑𝐀

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), ALAF-UKM telah menerima kunjungan wakil daripada UKM Pakarunding (UKMP) pada 4 Jun 2026 bagi menjalankan lawatan tapak dan penilaian awal berhubung pelaksanaan Program Penanaman Pokok yang dirancang untuk dilaksanakan di kawasan Tasik Chini. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh inisiatif pemuliharaan alam sekitar melalui program penghijauan yang melibatkan kerjasama strategik antara institusi, agensi teknikal dan pihak berkepentingan.

Delegasi UKMP diketuai oleh Ts. Yuriny Adnan, Ts. Mohd Fikri Mohd Sani. Turut hadir ialah wakil daripada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang yang memainkan peranan penting dalam menilai kesesuaian kawasan cadangan bagi memastikan pelaksanaan program menepati keperluan pemuliharaan dan pengurusan hutan secara lestari. Encik Muhamad Syahmin Aiman Sahrir, Pengurus Makmal PPTC telah mengiringi lawatan serta memberikan penerangan berkaitan latar belakang kawasan, status ekologi semasa dan potensi lokasi yang dikenal pasti untuk pelaksanaan aktiviti penanaman pokok.

Sesi lawatan ini turut memberi peluang kepada semua pihak untuk meninjau secara langsung keadaan lapangan serta memahami keunikan ekosistem Tasik Chini yang merupakan antara kawasan rizab biosfera yang penting di Malaysia.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan pelbagai pihak dalam memperkukuh usaha pemeliharaan dan pemulihan ekosistem semula jadi melalui kolaborasi strategik antara institusi, agensi teknikal dan komuniti berkepentingan. Diharapkan program yang dirancang ini akan menjadi pemangkin kepada usaha penghijauan serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga khazanah alam untuk generasi akan datang.





Teknologi Biochar APEC: PPTC Jadi Pusat Rujukan Pulihkan Ekosistem Tapak Warisan UNESCOOleh Dr Ahmad Razi Othman, FKABFo...
15/05/2026

Teknologi Biochar APEC: PPTC Jadi Pusat Rujukan Pulihkan Ekosistem Tapak Warisan UNESCO

Oleh Dr Ahmad Razi Othman, FKAB
Foto oleh Mohamad Aizam Adzha Jamaluddin

PEKAN, 15 Mei 2026 – Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) melakar sejarah sebagai pusat tumpuan rantau Asia Pasifik menerusi penganjuran Bengkel Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) yang memfokuskan kepada inovasi teknologi biochar dan perapi tanah bagi tujuan penanaman semula pokok.

Program strategik ini merupakan kolaborasi antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di bawah dana APEC menerusi forum Policy Partnership on Food Security (PPFS).

Projek Projek yang diterajui oleh Dr. Ahmad Razi Othman dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) itu bertujuan menangani isu kemerosotan kualiti tanah melalui penyelesaian berasaskan alam semulajadi.

Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh dalam ucapannya menekankan kepentingan lokasi penyelidikan tersebut yang bukan sahaja signifikan dari sudut akademik, malah diiktiraf di peringkat global.

“Penganjuran bengkel bertaraf antarabangsa di sini adalah sangat bertepatan memandangkan kedudukan Pusat Penyelidikan Tasik Chini sebagai salah sebuah tapak warisan UNESCO.

“Penggunaan teknologi hijau seperti biochar bukan sekadar inovasi, tetapi tanggungjawab kita dalam memastikan kelestarian ekosistem di kawasan sensitif alam sekitar seperti ini kekal terpelihara untuk generasi akan datang,” ujar beliau.

Bengkel tersebut dihadiri oleh delegasi dari pelbagai negara anggota APEC termasuk Australia, Viet Nam, China, Chinese Taipei, Brunei Darussalam, Thailand, dan Malaysia.

Kehadiran wakil antarabangsa ini membuktikan pengiktirafan dunia terhadap usaha Malaysia dalam menerajui teknologi perapi tanah yang mampu memulihkan kualiti tanah dan mempercepatkan proses penanaman semula hutan serta tanaman pertanian.

Turut hadir memberikan sokongan adalah Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik KPKM, Yee Chen Hua; Pengarah Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal (ALAF UKM), Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin dan Ketua Pusat Penyelidikan Tasik Chini, Prof. Madya Dr. Mohd Shazrul Fazry Sa’ariwijaya.

Selain penglibatan akademik, program ini turut diperkukuhkan menerusi sinergi bersama pemain industri gergasi seperti FGV Holdings dan SD Guthrie.

Kerjasama ini turut melibatkan agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, MARDI, Kebuniti Selangor, serta penglibatan bermakna daripada Komuniti Orang Asli Tasik Chini yang menjadi rakan strategik dalam usaha pemuliharaan setempat.

Teknologi biochar yang dihasilkan daripada sisa organik ini dijangka menjadi pemangkin kepada agenda kelestarian global, sekali gus memperkukuhkan peranan Malaysia sebagai hab rujukan teknologi hijau utama di rantau Asia Pasifik.

Oleh Dr Ahmad Razi Othman, FKABFoto oleh Mohamad Aizam Adzha Jamaluddin PEKAN, 15 Mei 2026 – Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) melakar sejarah sebagai pusat tumpuan rantau Asia Pasifik menerusi…

Memperkasa Ilmu Peribumi ke Arah Komuniti Berdaya Tahan4 Mei 2026 — Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-...
05/05/2026

Memperkasa Ilmu Peribumi ke Arah Komuniti Berdaya Tahan

4 Mei 2026 — Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM) berbesar hati menghadiri jemputan bagi Seminar Antarabangsa bersama Dekan Fakulti Alam Bina, UiTM serta kumpulan penyelidik antarabangsa di bawah tema “Indigenous Peoples’ Knowledge for Resilient Futures.”

Sesi ini membuka ruang interaksi yang mesra dan dinamik, menghimpunkan pelbagai kepakaran dari perspektif tempatan dan global. Wakil ALAF-UKM turut berkongsi pandangan serta pengalaman dalam pelaksanaan projek penyelidikan yang menekankan pendekatan berasaskan komuniti, pemeliharaan warisan budaya, serta integrasi ilmu masyarakat peribumi dalam pembangunan lestari.

Antara perkongsian utama adalah pengalaman menjalanakan projek kerjasama antarabangsa diantara UKM, UiTM, University of Greenwich, United Kingdom dan Lingnan University Hong Kong yang sedang dijalankan iaitu : “Approaches for Engaging with Indigenous Knowledge Process and Holders for Disaster Risk Resilience: The Case of the Tasik Chini Biosphere Reserve, Malaysia” yang dibiayai melalui dana luar oleh The British Academy – British Academy’s ODA Challenge-Oriented Research Grants (2024).

Perkongsian ini memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa serta menyokong usaha memperkasakan ilmu watan Orang Asli sebagai asas kepada pembentukan komuniti yang lebih berdaya tahan dan mampan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi ini.


Bersama Komuniti: Mengangkat Suara, Menghargai Peranan30 April 2026 — Satu sesi libat urus bersama komuniti Orang Asli t...
05/05/2026

Bersama Komuniti: Mengangkat Suara, Menghargai Peranan

30 April 2026 — Satu sesi libat urus bersama komuniti Orang Asli telah berjaya diadakan melibatkan wakil komuniti termasuk Batin Jamaluddin bin Chot selaku Batin Masyarakat Orang Asli di Tasik Chini, yang sebelum ini bekerjasama rapat dalam penghasilan interactive documentary (iDoc) bertajuk “Kebangkitan Tasik Chini.”

Sesi ini memberi tumpuan bagi mendapatkan maklum balas komuniti terhadap kandungan iDoc yang telah dibangunkan, di samping membincangkan cadangan penambahbaikan bagi memastikan penceritaan yang dihasilkan benar-benar mencerminkan perspektif, pengalaman dan nilai komuniti setempat. Pendekatan ini selari dengan prinsip penyelidikan beretika dan berasaskan komuniti, yang menitikberatkan penglibatan aktif pemegang ilmu watan.

Selain itu, majlis turut diserikan dengan sesi penghargaan ringkas sebagai tanda terima kasih kepada komuniti Orang Asli atas komitmen dan kerjasama mereka dalam menjayakan pembangunan iDoc ini. Penyampaian cenderahati simbolik mencerminkan penghargaan terhadap sumbangan berharga komuniti dalam usaha mendokumentasikan dan memartabatkan pengetahuan tradisional.

Program ini merupakan sebahagian daripada pelaksanaan projek penyelidikan di bawah geran antarabangsa: “Approaches for Engaging with Indigenous Knowledge Processes and Holders for Disaster Risk Resilience: The Case of the Tasik Chini Biosphere Reserve, Malaysia” yang dibiayai oleh The British Academy – British Academy’s ODA Challenge-Oriented Research Grants (2024).

Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM) turut menyokong inisiatif ini dalam memperkukuh hubungan antara penyelidik dan komuniti serta memastikan ilmu masyarakat terus dipelihara dan dimanfaatkan untuk masa hadapan yang lebih lestari.


Bridging Wisdoms: Promoting Indigenous Peoples’ Knowledge for Resilient Futures29 April 2026 — Bengkel “Bridging Wisdoms...
05/05/2026

Bridging Wisdoms: Promoting Indigenous Peoples’ Knowledge for Resilient Futures

29 April 2026 — Bengkel “Bridging Wisdoms: Promoting Indigenous Peoples’ Knowledge for Resilient Futures” telah berjaya dilaksanakan di Ancasa Royale, Pekan, Pahang melalui kerjasama Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) dan Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) , Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Bengkel ini menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan daripada pelbagai latar belakang bagi membincangkan peranan dan kepentingan ilmu masyarakat Orang Asli (OA) dalam konteks kesiapsiagaan dan tindak balas terhadap bencana. Perbincangan turut menekankan aspek keterangkuman, kerjasama rentas sektor serta kepentingan mengintegrasikan pengetahuan komuniti dalam perancangan dan proses membuat keputusan berkaitan pengurusan risiko bencana di peringkat daerah, negeri dan persekutuan.

Program ini merupakan sebahagian daripada penyelidikan di bawah geran antarabangsa: “Approaches for Engaging with Indigenous Knowledge Processes and Holders for Disaster Risk Resilience: The Case of the Tasik Chini Biosphere Reserve, Malaysia” yang dibiayai oleh The British Academy – British Academy’s ODA Challenge-Oriented Research Grants (2024), dengan kerjasama rakan strategik dari University of Greenwich (United Kingdom), Lingnan University (Hong Kong) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM) turut terlibat dalam menyokong pelaksanaan program ini sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh jaringan kolaborasi penyelidikan serta memperkasakan ilmu watan ke arah komuniti yang lebih berdaya tahan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, pembentang dan pihak yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini.


Address

Tasik Chini
Pekan
26690

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60389213291

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Penyelidikan Tasik Chini UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pusat Penyelidikan Tasik Chini UKM:

Shortcuts

Share