Pusat Perancangan & Pembangunan Akademik - UMPSA

Pusat Perancangan & Pembangunan Akademik - UMPSA http://pksa.umpsa.edu.my
Gear up your career with a German, China and Kazakhstan dual degree programmes Bachelor of Mechatronics Engineering with Honours
2.

UMP offers
three dual degree programme collaboration with Karlsruhe University of Applied Sciences (HKA), Germany:

1. Bachelor of Automotive Engineering with Honours
3. Bachelor of Electrical Engineering (Electronics) with Honours

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA Sambutan Hari Pekerja diraikan pada tanggal 1 Mei setiap tahun sebagai usaha menghargai j...
01/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA

Sambutan Hari Pekerja diraikan pada tanggal 1 Mei setiap tahun sebagai usaha menghargai jasa serta komitmen para pekerja kepada pembangunan negara.

Kami dari Pusat Perancangan dan Pembangunan Akademik ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja 2026 kepada pekerja-pekerja di Malaysia khususnya kepada warga Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah. Semoga segala usaha kerja kita diterima sebagai amal kebaikan sekali gus membangunkan negara ke arah kesejahteraan dan kebahagiaan.



Mesyuarat Jawatankuasa Mata Pelajaran Umum (JKMPU) telah berlangsung pada 8 April 2026 (Rabu) di Bilik Mesyuarat Akademi...
08/04/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Mata Pelajaran Umum (JKMPU) telah berlangsung pada 8 April 2026 (Rabu) di Bilik Mesyuarat Akademik, FTKMA, UMPSA Pekan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah, Pusat Perancangan dan Pembangunan Akademik, Profesor Ts. Dr. Mohd Ruzaimi bin Mat Rejab. Ahli mesyuarat terdiri daripada Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) Fakulti/Pusat, Pengarah Pusat (Akademi ADAB, PIDA dan PuPA) serta Pegawai Fokal Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu (PTMBM) lantikan KPT.

Antara fokus perbincangan termasuk penubuhan JKMPU, kursus baharu MPU serta usaha memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.




Syawal Menjelma, Ukhuwah Diperkasa 🌙 Menyusun langkah menuju kejayaan,Akademik dirancang penuh teliti;Salam lebaran kami...
21/03/2026

Syawal Menjelma, Ukhuwah Diperkasa 🌙

Menyusun langkah menuju kejayaan,
Akademik dirancang penuh teliti;
Salam lebaran kami titipkan,
Maaf Zahir dan Batin setulus hati.

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada kami di Pusat Perancangan dan Pembangunan Akademik. Mari kita raikan kemenangan ini dengan rasa syukur dan memperkukuh ikatan silaturahim sesama kita.

TRANSISI SEKTOR AKADEMIK KE SEKTOR TVET: UMPSA SAHUT CABARAN10 Mac 2026 (Selasa) – Pusat Perancangan dan Pembangunan Aka...
11/03/2026

TRANSISI SEKTOR AKADEMIK KE SEKTOR TVET: UMPSA SAHUT CABARAN

10 Mac 2026 (Selasa) – Pusat Perancangan dan Pembangunan Akademik (PPPA), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan Bengkel Conversion Program Akademik kepada Program TVET yang berlangsung di Astana Ballroom, Hotel Grand Makmur, Kuantan, Pahang.Bengkel ini bertujuan memberi penerangan mengenai proses peralihan program akademik sedia ada kepada program TVET selaras dengan usaha universiti meningkatkan penawaran program TVET.

Bengkel ini melibatkan penyertaan daripada pusat-pusat di bawah Strategik dan Pembangunan Akademik (SPA) bersama wakil fakulti yang terdiri daripada Dekan, Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa), Ketua Jabatan serta Penyelaras Program yang berkaitan. Sebanyak lima fakulti terlibat dalam pelaksanaan program TVET Conversion, iaitu Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA), Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA), Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik (FTKPM).

Sepanjang bengkel, sesi penerangan dan perbincangan telah dijalankan meliputi keperluan, kriteria serta kerangka pembangunan program TVET. Selain itu, pandangan dan cadangan daripada fakulti turut dibincangkan bagi memastikan pelaksanaan TVET Conversion dapat dilaksanakan secara terancang serta memenuhi keperluan industri.

Secara keseluruhannya, bengkel ini telah memberikan pemahaman yang lebih jelas kepada fakulti berkaitan proses conversion program akademik kepada program TVET serta langkah-langkah yang perlu diambil dalam pembangunan program tersebut. UMPSA optimis dapat melahirkan graduan yang bukan sahaja berilmu, malah memiliki kemahiran teknikal yang kompetitif di peringkat global.





Salam Nuzul Al-Quran 1447H.Semoga peristiwa penuh keberkatan ini mengingatkan kita akan keagungan Al-Quran sebagai wahyu...
06/03/2026

Salam Nuzul Al-Quran 1447H.

Semoga peristiwa penuh keberkatan ini mengingatkan kita akan keagungan Al-Quran sebagai wahyu Ilahi yang membimbing umat manusia ke arah kebaikan, ilmu dan kesejahteraan hidup.




Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam. Semoga Ramadan kali ini menjadi ruang untuk memper...
18/02/2026

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam.

Semoga Ramadan kali ini menjadi ruang untuk memperkukuh keimanan, meningkatkan amal ibadah serta menyemai nilai kesabaran dan keikhlasan dalam setiap tugasan dan kehidupan seharian.

Semoga bulan yang mulia ini membawa keberkatan dan kesejahteraan buat semua.




Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh warga UMPSA dan masyarakat yang meraikannya. Semoga tahun ini membawa k...
16/02/2026

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh warga UMPSA dan masyarakat yang meraikannya. Semoga tahun ini membawa kemakmuran dan kesejahteraan buat kita semua. 🧧✨




Dari Kem ke Kampus: UMPSA–MINDEF Perkasa Laluan Akademik Warga ATM28–29 Januari 2026 | Dewan Tun Teja 1 & 2 UMPSA Gamban...
30/01/2026

Dari Kem ke Kampus: UMPSA–MINDEF Perkasa Laluan Akademik Warga ATM
28–29 Januari 2026 | Dewan Tun Teja 1 & 2 UMPSA Gambang

Pusat Perancangan & Pembangunan Akademik (PPPA) dengan kerjasama Pusat Inovasi & Daya Saing Akademik (PIDA) telah menganjurkan 2 hari Bengkel Pemetaan Kursus secara WBL 2,0 UMPSA dan Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) bagi memperkasakan laluan akademik warganya. Ia melibatkan program Diploma Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (DRO), Fakulti Sains & Teknologi Industri (FSTI) dengan penyertaan 45 orang wakil MINDEF yang merangkumi perkhidmatan Darat, Laut dan Udara.

Delegasi MINDEF diketuai oleh Kolonel Zulkifli Hussen, Pegawai Staf 1, Pengajian Tinggi ATM (mewakili Pengarah Pendidikan ATM) bersama Mejar Mohammad Nizam bin Abdul Rahim, Pegawai Staf 2, Penyelidikan A, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kehadiran mereka telah disantuni oleh Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa (TNCAA) Left. Kolonel Prof. Dato' Ts. Ir. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman bersama Pengarah Kanan Strategik & Pengembangan Akademik (SPA) Prof Dr. Che Ku Mohd Faizal Che Ku Yahya, Pengarah Pusat Perancangan & Pembangunan Akademik (PPPA) Prof. Ts. Dr. Mohd Ruzaimi Mat Rejab serta Pengarah Pusat Inovasi Dan Daya Saing Akademik (PIDA) Prof. Madya Dr. Mohd Anwar Bin Zawawi.

Bengkel ini memfokuskan kepada pemetaan kursus-kursus dalam program DRO melalui pendekatan Work-Based Learning (WBL). Usaha ini memastikan pengalaman kerja anggota tentera dapat diiktiraf dalam sistem pendidikan tinggi selaras dengan piawaian Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF), di samping membolehkan pengalaman industri dijadikan komponen pembelajaran formal dalam program akademik.

Kerjasama strategik ini juga bertujuan untuk memperkukuh jaringan akademik diantara UMPSA dan MINDEF, sebagai satu laluan kelayakan akademik yang bersesuaian dengan warganya. Inisiatif berkonsepkan “dari kem ke kampus” ini membuka peluang kepada warga pertahanan untuk meningkatkan kompetensi melalui kelayakan akademik yang diiktiraf, sekali gus mengiktiraf kemahiran praktikal sebagai sebahagian daripada pencapaian akademik.

Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan UMPSA dalam memperkasa pendidikan fleksibel, berimpak tinggi dan selari dengan keperluan industri serta pertahanan negara.





29/01/2026
Salam Israk dan Mikraj 1447H kepada seluruh umat Islam, khususnya warga UMPSA 🕌Semoga peristiwa bersejarah ini menjadi p...
16/01/2026

Salam Israk dan Mikraj 1447H kepada seluruh umat Islam, khususnya warga UMPSA 🕌

Semoga peristiwa bersejarah ini menjadi pengajaran bermakna dalam mempertingkatkan keimanan, memantapkan ibadah terutamanya solat, serta memperkukuh nilai-nilai murni dalam setiap aspek kehidupan.



Tahniah Profesor Ts. Dr. Ruzaimi Rejab  atas pelantikan semula sebagai Pengarah Pusat Perancangan & Pembangunan Akademik...
01/01/2026

Tahniah Profesor Ts. Dr. Ruzaimi Rejab atas pelantikan semula sebagai Pengarah Pusat Perancangan & Pembangunan Akademik - UMPSA

Semoga terus cemerlang dalam menerajui akademik dan memperkasa kualiti!



Address

Universiti Malaysia Pahang Kampus Pekan
Pekan
26600

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Telephone

+6094315037

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Perancangan & Pembangunan Akademik - UMPSA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pusat Perancangan & Pembangunan Akademik - UMPSA:

Share