Graduate School of Business, USM

Call Directions Website Contact the university

Graduate School of Business, USM Nurturing Business Sustainability To be a Reputable Business School for a Sustainable Tomorrow.

We are delighted to mark the official opening of the 5th International Conference on Business Sustainability and Innovat...
05/10/2026

We are delighted to mark the official opening of the 5th International Conference on Business Sustainability and Innovation (ICBSI 2026), bringing together academics, researchers, industry practitioners and scholars from local and international institutions to exchange ideas and explore new pathways towards a more sustainable and innovative future.

The Opening Ceremony was honoured by the presence of Deputy Vice-Chancellor Prof. Datin Dr. Noor Haslina Ahmad, who represented the Vice-Chancellor of USM in officiating ICBSI 2026.

We were also privileged to welcome our esteemed Keynote Speaker, The Honourable Dato’ Adissadikin Ali, Managing Director of RHB Islamic Bank and an appointed member of the USM CEO Faculty Programme, who shared valuable insights through an inspiring keynote address.

A heartfelt thank you to all our speakers, presenters, participants and collaborators who joined us both onsite and online. We are truly delighted to have you with us at ICBSI 2026.

30/09/2026
Warga GSB Perkukuh Kelestarian dan Semangat KomunitiSeiring komitmen HIJAU@GSB terhadap agenda kelestarian, warga Pusat ...
29/09/2026

Warga GSB Perkukuh Kelestarian dan Semangat Komuniti

Seiring komitmen HIJAU@GSB terhadap agenda kelestarian, warga Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan (GSB), Universiti Sains Malaysia (USM) yang terdiri daripada staf akademik, staf pentadbiran, pelajar dan alumni terus memperkukuh penglibatan dalam pelbagai inisiatif yang menggabungkan kelestarian alam sekitar, pendidikan, pembangunan komuniti dan tanggungjawab sosial.

Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah Hijau@GSB menerusi aktiviti pembersihan kawasan sekitar Bangunan Baharu GSB yang mula diduduki pada Jun 2026. Aktiviti tersebut diperkasakan dengan konsep “Membersih Sambil Mencari Harta Karun”, apabila peserta berpeluang mencari mesej-mesej kelestarian yang ditempatkan di sekitar kawasan dan memenangi 14 hadiah yang disediakan. Pendekatan kreatif ini bukan sahaja mewujudkan persekitaran yang bersih dan kondusif, malah menggalakkan interaksi serta semangat kebersamaan dalam kalangan warga GSB. Inisiatif ini menyokong SDG 11: Sustainable Cities and Communities dan SDG 12: Responsible Consumption and Production melalui pembudayaan pengurusan persekitaran yang bertanggungjawab serta amalan menjaga kebersihan dan kelestarian.

Program turut merangkumi aktiviti penanaman secara hidroponik di bawah inisiatif Business Sustainability Hub@GSB melalui projek Living Lab, hasil kolaborasi bersama pihak industri First Converting (M) Sdn. Bhd. menerusi geran dan sumbangan in-kind. Aktiviti ini memberi pendedahan kepada warga GSB mengenai kaedah penanaman alternatif dan inovasi pertanian lestari dalam persekitaran kampus, selaras dengan SDG 2: Zero Hunger, SDG 4: Quality Education dan SDG 12.

Selain itu, warga GSB turut menyertai aktiviti penanaman anak pokok herba bersama pasukan The 5th International Conference on Business Sustainability and Innovation (ICBSI2026), selaras dengan komitmen persidangan untuk menanam sekurang-kurangnya satu pokok bagi setiap persidangan sejak 2018. Anak pokok dan anak benih bagi aktiviti tersebut diperoleh melalui pembelian daripada PPDK Teluk Bahang, sekali gus menyokong penglibatan komuniti serta keterangkuman sosial melalui penyertaan golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Inisiatif ini menyumbang kepada SDG 10: Reduced Inequalities dan SDG 15: Life on Land melalui usaha penghijauan, pemeliharaan alam sekitar dan sokongan terhadap komuniti setempat.

Pelaksanaan aktiviti pembersihan dan penanaman turut mendapat tunjuk ajar serta panduan daripada wakil Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF), USM, khususnya berkaitan pengurusan kawasan dan aspek pelaksanaan penanaman yang bersesuaian. Penglibatan pelbagai pihak termasuk warga GSB, rakan industri, pasukan persidangan, komuniti setempat dan jabatan berkaitan USM memperlihatkan kepentingan kerjasama rentas komuniti dan sektor dalam menjayakan agenda kelestarian, selaras dengan SDG 17: Partnerships for the Goals.
Secara keseluruhannya, inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh amalan kelestarian di GSB, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan warga kampus serta memperkasa penglibatan komuniti. Pendekatan yang menggabungkan alam sekitar, pendidikan, inovasi, pembangunan komuniti dan tanggungjawab sosial ini terus menyokong usaha GSB dalam membudayakan kelestarian dan memperkukuh semangat kebersamaan ke arah pembangunan mampan.

GSB & ISDEV Bergabung Sempena Program Jalan Laju 1,000 Jalur Gemilang USM 2026 🇲🇾Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan (GS...
11/09/2026

GSB & ISDEV Bergabung Sempena Program Jalan Laju 1,000 Jalur Gemilang USM 2026 🇲🇾

Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan (GSB) dan Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM) bergabung tenaga dengan penyertaan seramai 18 orang peserta dalam Program Jalan Laju 1,000 Jalur Gemilang USM 2026.

Kontinjen gabungan dua Pusat Tanggungjawab (PTJ) ini diketuai oleh Puan Habibah Mohamad, Timbalan Pendaftar GSB dan berjaya menamatkan sesi jalan laju dengan penuh semangat. Turut menyertai program ialah Pengarah ISDEV, Prof. Madya Dr. Shahir Akram Hassan, yang kehadirannya memberikan suntikan motivasi kepada seluruh pasukan.

Penyertaan dalam program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat patriotisme dan kebersamaan warga USM, malah turut menyokong aspirasi Sustainable Development Goals (SDG), khususnya SDG 3: Good Health and Well-being melalui penggalakan aktiviti fizikal dan gaya hidup aktif.

Pada masa yang sama, penyertaan staf yang pelbagai dari segi jantina, gred, peringkat umur serta gabungan staf akademik dan pentadbiran mencerminkan komitmen terhadap inklusiviti, kesaksamaan dan kesejahteraan, selaras dengan aspirasi SDG 5: Gender Equality dan SDG 10: Reduced Inequalities.

Program sebegini turut menjadi wadah untuk memperkukuh hubungan antara warga GSB dan ISDEV, memupuk semangat kerja berpasukan serta mewujudkan budaya organisasi yang sihat, inklusif dan saling menyokong.

Tahniah dan syabas kepada seluruh peserta GSB & ISDEV atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan. Anda semua hebat! 💪🇲🇾

Address

Graduate School Of Business
Penaga
11800

Opening Hours

Monday 08:10 - 17:10
Tuesday 08:10 - 17:10
Wednesday 08:10 - 17:10
Thursday 08:10 - 17:10
Friday 08:10 - 17:10

Telephone

+6046532794

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Graduate School of Business, USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Graduate School of Business, USM:

Shortcuts

Share