Universiti Sains Malaysia

Call Directions Website Contact the university

Universiti Sains Malaysia Mentransformasi Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok

A purpose Driven University

The two most important days in your life are the day you were born and the day you find out why. Being the only University with an APEX status, Universiti Sains Malaysia will help you discover the answer to your ‘why’ and help you to shape it into something meaningful : such as the kind of purpose that drives our academics who are listed in ‘The World's Most Influential Scientific Minds’ and our alumnus who won the world’s renowned Gilbert Award for Internationalisation or the L’Oréal-UNESCO For Women in Science, just to name a few. Since 1969, our team of academics and professionals are trained to ignite the passion in you and to help you in your purpose driven journey. While being best at science, we always believe that being purpose driven requires a touch of the arts. Both science and arts make a powerful team in USM and this will enable you to balance/harmonise your purpose driven journey. Through our network of over 600 partnering organisations all over the world, combined with the mix of local and international experts within the University, we have designed an environment to nurture your passion and above all, to give meaning to it through our own unique concept of sustainability, or locally known simply as ‘Sejahtera’. We have discovered our purpose where We Lead by becoming a Sustainable-Led University. We want you to discover your true potential and we want you to start here in USM, a global University that is respected, referred to and relevant.

🎙️ USM | THOUGHTLINE — EPISOD 9Langkah Pertama di USM: Membimbing Pelajar Baharu Menyesuaikan DiriMemasuki universiti bu...
23/09/2026

🎙️ USM | THOUGHTLINE — EPISOD 9

Langkah Pertama di USM: Membimbing Pelajar Baharu Menyesuaikan Diri

Memasuki universiti bukan sekadar tentang pendaftaran. Bagi pelajar baharu, proses menyesuaikan diri dengan persekitaran, kehidupan akademik dan sosial yang baharu turut menjadi sebahagian penting daripada perjalanan di USM.

Dalam episod ini, Saudara Adam Zafry Zaharin, Penghulu Pembimbing Program Siswa Lestari USM 2026, berkongsi tentang peranan PPSL dalam membimbing pelajar baharu, bukan hanya semasa pendaftaran tetapi sepanjang proses awal penyesuaian mereka di kampus.

▶️ Saksikan episod penuh di YouTube:

https://usmofficial1969.com/4Aw3BeF

Pertemuan Idea • Pemangkin Impak

Melangkah ke alam universiti membawa pelbagai perubahan kepada pela...

23/09/2026

Pengerusi Lembaga Gabenor USM, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Hassan Said, meluangkan masa meninjau reruai pameran USM sempena University Research and Innovation Investment Summit (URIIS) 2026 di World Trade Centre Kuala Lumpur.

Lawatan tersebut memberi peluang kepada beliau melihat lebih dekat pelbagai penyelidikan dan inovasi USM serta berinteraksi bersama para penyelidik yang terlibat.

23/09/2026

BERSAMA PEMIMPIN NEGARA | INSPIRASI BUAT SISWA BAHARU USM

Pelbagai perspektif, inspirasi dan pengajaran tentang kepimpinan dikongsi oleh pelajar baharu Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) selepas mengikuti sesi Bersama Pemimpin Negara.

Daripada keberanian memasang cita-cita tinggi hingga memahami tanggungjawab seorang pemimpin, perkongsian tersebut memberi ruang kepada mahasiswa untuk melihat kepimpinan daripada sudut yang lebih dekat dan bermakna.

Sesi ini diadakan sempena Program Siswa Lestari Pelajar Baharu Kampus Kesihatan USM Sidang Akademik 2026/2027.

TIRAI URIIS 2026 DILABUHKANUniversity Research and Innovation Investment Summit (URIIS) 2026 melabuhkan tirainya selepas...
23/09/2026

TIRAI URIIS 2026 DILABUHKAN

University Research and Innovation Investment Summit (URIIS) 2026 melabuhkan tirainya selepas menghimpunkan universiti, industri, pelabur dan pemain ekosistem inovasi dalam usaha memperkukuh hubungan antara penyelidikan, pengkomersialan dan keperluan industri.

Sepanjang penganjuran, Universiti Sains Malaysia (USM) turut mengetengahkan kepakaran, penyelidikan dan inovasi berpotensi tinggi menerusi pameran, sesi pembentangan, jaringan strategik serta kerjasama bersama rakan industri.

Majlis penutupan menandakan berakhirnya URIIS 2026, namun membuka ruang kepada kesinambungan kerjasama, pelaburan dan penerapan hasil penyelidikan ke arah manfaat yang lebih luas kepada industri, ekonomi dan masyarakat.

23/09/2026

“Perjalanan di USM bukan sekadar tentang ke mana anda pergi, tetapi tentang siapa anda mahu menjadi.”

YBhg. Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin, Pro-Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), menyantuni mahasiswa baharu dalam Sesi Bersama Pemimpin Negara sempena Program Siswa Lestari, Sidang Akademik 2026/2027 di Kampus Kesihatan USM.

Dalam perkongsian beliau, mahasiswa diingatkan bahawa kehidupan di universiti bukan hanya tentang membina ilmu, tetapi turut membentuk karakter, jati diri dan kesediaan untuk menjadi generasi pewaris masa hadapan negara.

Selamat memulakan perjalanan baharu di USM. Bina ilmu, bentuk karakter, cipta masa depan.

Setinggi-tinggi tahniah.
23/09/2026

Setinggi-tinggi tahniah.

USM DI URIIS 2026 | Memacu Penyelidikan Ke Arah Pelaburan dan ImpakSekitar suasana pembukaan University Research and Inn...
22/09/2026

USM DI URIIS 2026 | Memacu Penyelidikan Ke Arah Pelaburan dan Impak

Sekitar suasana pembukaan University Research and Innovation Investment Summit (URIIS) 2026 di World Trade Centre Kuala Lumpur.

USM tampil mengetengahkan kepakaran, inovasi dan potensi penyelidikan yang mampu diterjemahkan kepada kerjasama industri, pelaburan serta penyelesaian bernilai kepada negara dan masyarakat.

URIIS 2026 berlangsung pada 21 hingga 23 September 2026, menghimpunkan universiti, industri dan pelabur dalam memperkukuh ekosistem penyelidikan dan inovasi negara.

22/09/2026

🎙️ USM | THOUGHTLINE — EPISOD 9

Langkah Pertama di USM: Membimbing Pelajar Baharu Menyesuaikan Diri

Masuk universiti bukan sekadar tentang pendaftaran. Cabaran sebenar kadangkala hanya bermula selepas minggu pertama.

Bagaimana PPSL membantu pelajar baharu menyesuaikan diri dengan kehidupan di USM?

🎙️ Bersama Saudara Adam Zafry Zaharin, Penghulu Pembimbing Program Siswa Lestari USM 2026.

▶️ Saksikan episod penuh esok, 23 September 2026.

Pertemuan Idea • Pemangkin Impak

MAJLIS PENANDATANGANAN MEMORANDUM PERJANJIAN ANTARA USM DAN ARISSA EXCELLENT SDN. BHD.
22/09/2026

MAJLIS PENANDATANGANAN MEMORANDUM PERJANJIAN ANTARA USM DAN ARISSA EXCELLENT SDN. BHD.

Address

Universiti Sains
Penang Island
11800

Telephone

+6046533888

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Universiti Sains Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Universiti Sains Malaysia:

Shortcuts

Share